Rabu, 28 Disember 2011

sunnah makan


Assalamualaikum..=)
Tadi b4 maghrib Alhamdulillah terjumpa rancangan sunnah2 rasulullah..
Wahh.. sgt2 rindu nak tgk rancangan tu walaupun 15 minutes jer.
Hari nie nak share sikit lah sunnah rasulullah bile makan.
Allah bg kpd kita rezeki makanan utk dimakan oleh kita. Tapi Allah bg 2 syarat bile makan iaitu
1)tak boleh membazir
2)tak boleh makan makanan haram

“  Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah”. (Al-Baqarah: 172)
“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah”. (An-Nahl: 114)

Senang tak? Rasa kena tampar sikit bahagian tak boleh membazir  tu, sbb sgt2 biasa dlm budaya kita.
Aku sgt2 solute dgn syarat seorg mak kwn aku kpd anaknya, mak dia tak kisah nak beli bape bnyk mknn pun dan nak mkn ape pun tapi dgn syarat mesti habis kan mknn tu.

Move on to sunnah..
1)basuh tgn.
Sebelum makan rasulullah akan membasuh tgnnya dahulu
2)duduk dgn adab
Duduk mkn di hahadan rezeki Allah perlu beradap, seolah2 kita sedang duduk berhadapan dgn Allah.
3)bce Bismillah
Syaitan takkan share mknn dgn kita dgn kalimah bismillah
4)makan dengan tangan kanan
5)ambil makanan yg paling dekat
6)makan dgn suapan yg kecil
7)melicinkan pinggan
-kita akan bertanggungjawab dgn mknn yg kita buang
-kita tak tahu di mana keberkatan Allah nak letak dalam makanan tersebut mungkin pada lebihan yg kita buang
8)kesukaan rasulullah-roti dgn daging berkuah
                                       -tembikai dan kurma
                                       -makanan manis dan sejuk
                                       -cuka dan minyak zaitun
9)memuji Allah selepas makan
Daripada Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah meredhai hamba yang apabila menikmati sesuatu makanan, maka ia segera mengucapkan tahmid kepada Allah, atau apabila menikmati minuman, maka segera ia mengucapkan tahmid kepada Allah”. (An-Nawawi Sharh Sahih Muslim: 17/50/89 (2734)
10)membasuh tangan

*kebanyakkan sunnah aku baru tahu, macam basuh tgn tu, aku buat everytime b4 n after eat tapi aku tak pernah tahu itu sunnah( =.=”)

Rabu, 21 Disember 2011

sabar yang cantik


sabar..

dlm hidup nie bnyk sgt ujian yg memerlukan kita utk sabar

aku paling bnyk belajar utk sabar bile naik train(KTM)

kdg2kan bile kita dah bnyk kali sgt diuji dgn kesabaran dgn
perkara yg sama akan ade 2 kondisi yg berlaku

1) kesabaran kita akan menipis dan akhirnya akan meletup
kebabommm!!
2)kita akan menjadi lali lalu tak kisah dah..

adelah satu mase nie aku nek train sgtlah ramai org
aku dan kwn2 aku pun mule membebel, pasal kerajaan tak prihatin la
pasal kerjaan tak salurkan duit ke arah yg betul lah
pasal nak cbr org2 kaya iaitu kerajaan utk turun padang dan rasa sendiri
cmne naik train waktu puncak.
sgt lah lawak, ade sampai satu mase aku niat dlm hati aku
aku nak tuntut kat kerajaan kat akhirat nnt sbb menyusahkan
hidup aku nek train.. hahaha.. lawak an..
ok. aku dah tarik balik tuntutan tu..

sebenarnye ape yg aku nak gtau kat sini adalah,
kalau kita tak bersabar dlm satu ujian atau kesusahan,
after ujian n kesusahan tu berlalu kita tak rasa manisnya
ujian tersebut.

tapi bile ujian tu kita hadapi dgn sabar, dan percaya kpd Allah
bile ujian tu berlalu kita akan rasa something in our heart
yg sgt2 luar biasa.
sbb kita tahu kita tak go through the hardship alone
we go through with Allah

bukankah Allah mengatakan dalam Al-Quran
Allah bersama dgn org2 yang sabar

bukankah org yg memiliki Allah memiliki segalanya?

itulah sabar yg cantik.

p/s: harap sgt cuti study week nie aku tak sia2kan
sbb rehat bg para daie itu adalah kelalai baginya..

and good luck utk semua pelajar yg akan amek result PMR
terutamanya Adek aku Laila Syafinaz

rasa cuak tu perkara biasa b4 amek result, kalo tak rase cuak
ape gunaya amek exam an? takde life.. huhu
yg paling penting bersangka baik pada Allah
kerana Allah itu apa yg kamu fikirkan.

kalo rasa Allah akan bg fail, u will fail
kalo rasa Allah akan bg kecemerlangan Allah will give it to u
dgn syarat have faith in Allah..=)

Isnin, 19 Disember 2011

Bile kau bukan anak yang soleh pada ibu bapa
kau bukan lagi hamba yang soleh pada Allah

Rabu, 30 November 2011

responsibility

It doesn't mean that when u have a high position u hold a huge responsibility.
It doesn't matter whether u are a president or just an ordinary member
it is always about r u willing to carry the work or not..

also

when u have great knowledge u have great responsibility 
to let people know
when u don't know something u also carry responsibility
which is TO KNOW!



Jumaat, 25 November 2011

Kalaulah Allah boleh dilihat dengan mata seorang hamba,
maka  hidup ini bukanlah lagi sebuah ujian..

Jumaat, 18 November 2011

its something for Allah

Usrah haritu telah sgt2 menyentuh hati aku..
setelah beberapa minggu aku berasa sedikit lesu (i mean my eman)
Allah sungguh bijak dan Maha mengetahui tentang perkara yg aku perlukan iaitu Niat yg tulus.

Aku mengaku, kadang2 niat dalam hati tidak mengambarkan perlakuan. Atau pun melakukan sesuatu bukan semata2 kerana Allah. sedih..

rupanya sgt susah..

and perkara yg lain aku dpt ketika usrah adalah Allah melihat usaha bukan result.

seorg kakak berkongsi cerita dlm usrah, katanya dia mengadu pada ustaz dlm keadaan menangis kerana tidak dpt khusyuk dlm solat. dah mcm2 cara dia lakukan tapi still tak dpt nak letak hati dlm solat, hatinya tetap di dunia. 

ustaz tu menjawab, " tahukah awak, niat awak dan usaha awak untuk nak khusyuk tu pun dah something for Allah? " 

mase tu, aku terasa terpukul dengan kata2 tu sbb aku pernah berada in the state of ape yg kakak tu rase. tapi in the end aku putus asa, dan tak berusaha bersungguh2 pun.. 

wallahualam~~

Selasa, 15 November 2011

ruginya pada kamu sendiri

bile aku muhasabbah diri aku sendiri
aku sedar yg Allah jua pemilik segala sesuatu.
kdg2 kita mensyirikkan Allah tanpa kita sedari pun

ah, fail dlm bab mentauhidkan Allah

entah2 abdul mutalib yg tak terima islam yg di bawa oleh Rasulullah itu pun
lebih mengetahui kekuasaan Allah

aku citer dulu la kisah nya

sebelum abrahah menyerang kaabah
dia bertemu dulu dgn Abdul Mutalib, sbb dia nak berjumpa dgn pemimpin Mekah yg terkenal  dan popular mase tu

then ape yg Abdul mutalib kate
"pulangkan kembali unta2 yg telah kau ambil"

abrahah tersangat la pelik dgn kata2 Abdul Mutalib

" aku nak musnahkan rumah Tuhan kamu ni, dan kamu mintak unta kamu?"

"kaabah itu ada pemiliknya iaitu Allah, biarlah dia yg menjaga rumahNya, unta2 itu milik aku
aku mahukannya kembali" ujar Abdul Mutalib

                                                          ******

kalo di bandingkan dgn kita, kdg2 rezeki yg ada pun kita tak yakin pada Allah

kalo belajar pun kita merasakan usaha kita sendiri yg memberi kecemerlangan

padahal everything is from Allah, n nothing in this world is yours.

dan Allah sahaja yg berhak memberi dan mengambil segala sesuatu dari kita yg kita takde hak sedikit pun.

selain itu, mahu sedikit aku sentuh mengenai menyebarkan islam

ramai yg tidak mahu atau tidak bersedia utk melakukan kerja ini (ingat aku dah sedia ke?)

tapi just give yourself a thought, Allah tak perlukan kamu pun dlm islam

sbb kalo kamu tak mahu lakukan kerja ni, Allah akan gantikan dgn org yg lebih ikhlas dan lebih rela

ruginya pada diri kamu sendiri.. sunnahtullahNya Islam itu akan gemilang kembali

sama ade kamu join atau tidak. sama ada kamu dakwah atau tidak.

itu janji Allah.

so, be apart of this.. supaya kita sama2 boleh menghadap Allah dgn mengatakan "aku jalankan tugas aku sebagai khalifah Allah"

wallahualam...




Rabu, 9 November 2011

bile Allah mentarbiyah aku

salam aidil adha muslims..

hari raya yg mulia nie aku bnyk buat homework oleh kerana pendrive aku hilang secara tiba2..

ceh, aku pun bajet kuat dan hebat la, reda dgn ketentuan dan ujian Allah, mencari hikmah..

rupanya ade ujian yg lebih hebat dr itu lepas tu. panjang citernya. tapi yg pasti parents aku sgt sibuk n tak boleh nak amek aku utk pulang ke rumah

aku terasa yg aku nie anak yg diabaikan..

org len sumer sgt hepy nak balik tapi aku, parents aku nak tak nak je amek aku kat ktm je kot..

sgt2 tak puar hati dan tak boleh terima ujian Allah nie..

kenapa parents aku boleh lebih pentingkan kerja drpd anak dia? dan pelbagai lagi persoalan dlm kepala otak aku..

tapi akhirnya dgn izin Allah aku balik juga mlm jumaat tu sbb ade misunderstanding communication and so what ever.. wahhaahaha


then, semalam borak2 dgn mak aku pasal adik aku Mohd Najmuddin di politeknik penang

mak aku citer dia balik last 3 weeks utk gi interview SPA. interview tu hari isnin kot, then dia balik la ke selangor hari sabtu kot, tapi bygkan mak dgn ayak aku sibuk keje. mak aku keje mlm sebagai kerani di sebuah company, ayah aku pulak memandu teksi dan 2, 3 pagi baru hbs kerja. Ajim dah sampai di pudu tu kena pulak tunggu sampai 2-3 pagi, tak hbs di situ je, dia kena pulak halau dari dlm pudu tu sbb kalo tak de tiket tak boleh tunggu dlm pudu tu.

masyaAllah..

dgn beg2 sumer, dgn penat sume.
b4 nie dia pernah balik jugak, tapi ayah aku hntar ke office mak aku dulu, bygkanlah mak aku kena kerja sampai kol 4 pg. dia kena pulak tunggu kat situ.

bile aku dgr citer nie aku menangis, sbb aku kat sini senang je kot nek ktm tak sampai pun 2 jam. pastu ayah aku amek. tu pun aku mengeluh, menangis, tak reda, tak boleh terima. padahal ade org lagi susah dari aku. Aku amat terasa Allah mengajar aku, Allah mentarbiyah aku walaupun di rumah aku seakan2 lost connection dgn Allah..

p/s: ya aku tahu aku anak yg manja, moga lepas nie aku lebih reda dan tabah dalam ape pun situasi..


When Life gets better
Don't forget to say ALHAMDULILLAH...

Rabu, 2 November 2011

hidup undergradute student

busy
sabar
tekad
doa
usaha
abaikan perkara kecil

Raya Haji please come hurrily..

Jumaat, 21 Oktober 2011

kenapa sunnah dianggap pelik?

adelah sebuah kisah
sorg raja yg zalim lagi kejam
suka menindas rakyatnya

kesian rakyat dpt raja cmtu.

raja nie sukanya beradu tenaga dgn pahlawan dan panglima

sampai satu hari hidungnya dipotong panglima seorg

hodohlah jadinya muka hensem si raja

tidak berhidung pipi tersorong2

oleh kerana tidak tahan dgn kehodohan si raja

beberapa rakyat jelata ketawa tak terkira
bergosip2 tentang mukanya
si gadis tidak lagi termimpi2 tentangnya

raja murka dgn berita yg diterima
berasa sedih tersangatlah hiba

lalu titah perintah oleh raja kepada rakyat
seluruh negara dijatuhkan hukuman dipotong hidung mereka

tiada seorg pun terkecuali hendaknya

jadilah sebuah negara hidung tiada

legasi ini diteruskan bertahun lamanya

sehingga menganggap perkara ini biasa sahaja

sampailah seorg pengembara datang bertandang. berasa pelik dgn hidung tiada

penduduk negara pula merasa pelik dgn pengembara yg terpacak mancung hidung di muka

mereka mula mentertawakan pengembara kerana merasa pelik dgn wajahnya

**

wahhaaa.. dpt citer nie drpd seminar Heart Serene

ape yg dpt disimpulkan di sini, sunnah tu sgtlah common pada zaman Rasulullah. pabila lama dimakan zaman dan org mengubah2 di sana dan di situ jadilah pelik dgn perkara biasa patutnya..

wallahualam...


Rabu, 19 Oktober 2011

nasihat pabila berdoa

actually post nie adalah sambungan kisah hajar yg aku post semalam.
perkara baru yg aku belajar drpd The Separd's Path adalah

when u pray to Allah, ask for the best, Because Allah can give it to u

aku slalu lupe dan menyangka berdoa pada Allah hanya berbaloi pada waktu solat dan waktu2 mustajab shj.
padahal tidak. kita boleh meminta dan berdialog pada Allah bile2 mase dan ape jua keadaan. dan bila berdoa mintak yg TERBAIK.FULL PAKAGE.dan PALING HEBAT
jgn mintak terlalu specifik seperti "nak suami yg bermata biru dan berbibir tebal"
erk..

kalo nak doa pada Allah mintak the highest jannah, Suami paling soleh,kaya, hensem, kacak, baik, penyabar dan sbginya.
sbb Allah boleh bagi.

ade dialog semasa The shepard's Path

A: never mind, I don't deserve any of the following. the highest jannah? I think think so.

syeikh: who said u deserve it? No one deserve it, but Allah the Most Merciful can give it to you.

mcm kisah Nabi Ibrahim yang meninggalkan Hajar dan Ismail di Mekah (sblmnya dalah padang pasir yg tandus) Nabi Ibrahim berdoa pada Allah

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. [surah Ibrahim ayat 35-37]


cuba lihat doa Nabi Ibrahim pada berilah mereka dr buah-buahan. cuba bygkan kat padang pasir yg pokok pun susah nak carik tapi Nabi Ibrahim meminta buah-buahan. rase tak masuk akal kan?


tapi kalo kita pergi Mekah sekarang sume buah kita boleh jumpa. walaupun pokok tiada di situ tapi semua buah dr seluruh pelosok dunia boleh didapati di situ.


wallahualam..


p/s: insyaAllah akan ada sambungan lagi..




Selasa, 18 Oktober 2011

hebatnya tawakul Hajar

aku menjadi tetamu Allah untuk menghadiri seminar al-maghrib bertajuk the shepard's path. Alhamdulillah.
sgt2 bersyukur pada Allah sbb memilih aku dan memberi pula tajaan penuh untuk menghadiri seminar tersebut.
kwn2 yg lain tak dapat nak pergi sbb mereka hanya mendapat scholarship separuh. nak byr lagi separuh pun tak mampu sbb  terlalu bnyk komitment lain yg memerlukan selebihnya wang RM175 itu. MasyaAllah, sungguh aku org yg terpilih..

bukan hanya Ilmu tentang Rasulullah aku dpt, bahkan, dapat berkenalan dgn pelbagai ragam manusia dan menjalin ukhuwah dgn org yg tak pernah aku kenal sebelum nie. Terima kasih sis Fariza (driver ku), sis diblin (co-driver ku) dan sis hanis (bed mate ku) kerana telah menjaga saya. hehehe.... moga kita berjumpa lagi. tidak di sini di akhirat nnt InsyaAllah. dan moga Allah membalas jasa kalian sbb membantu sy ketika sy tidak ade tempat lain utk di tuju. cewahh..

ya, aku actually tak tau nak tido mane sepanjang seminar jumaat, sabtu, ahad itu. mulanya nak tumpang tido di rumah ansar tapi actually takut juga nak berjalan seorg diri waktu malam dari ktm ke rumah tu. jadi Allah pun membantu aku dgn menumpangkan aku ke rumah kakak2 yg baik hati di atas. enough of this story. aku nak mulakan kisah hajar yg aku dgr drpd syeikh AbdulBary Yahya.

aku yakin, semua org pretty know the story of Nabi Ibrahim and sarah and Hajar kan? Ya aku pun tahu melalui kisah ustazah2 mase aku kecik2 dulu. Nabi Ibrahim berkahwin dgn siti Sarah and tak dapat nak melahirkan anak, lalu meminta Nabi Ibrahim berkahwin dgn Hajar (hamba) agar dapat melahirkan zuriat seterusnya. Tapi lepas jer Hajar mengandung dan bersalin Sarah menjadi sgt jeles sampaikan dia kata " If my hands got to touch u, I will cut you to 3 parts"

ye, potong menjadi 3 bahagian! bukan tarik rambut, bukan pukul atau dera basuh baju tapi potong menjadi 3 bahagian. Jadi Nabi Ibrahim pun membawa Hajar jauh dari sarah ke padang pasir yang tandus. setelah sampai ke sana, Nabi Ibrahim terus berjalan meninggalkan Hajar dan anaknya Ismail. Hajar menjadi pelik. lalu hajar mengejar Nabi Ibrahim " adakah kamu akan meninggalkan kami di sini?!"

Namun Nabi Ibrahim tidak menyahut dan terus berjalan tanpa memandang ke belakang. Hajar terus mengejar Nabi Ibrahim dan berkata "there's nothing here, are u gonna leave us here, died by no water?!"

namun Nabi Ibrahim tetap juga tidak menyahut. Lalu Hajar bertanya soalan terakhir pada Nabi Ibrahim
"Did Allah command u to do this?"
Nabi Ibrahim berhenti,namun tidak memandang ke belakang dan menjawab
"yes"

serta merta itu Hajar berhenti mengejar Nabi Ibrahim dan kembali ke tempat dia ditinggalkan tadi.

masyaAllah. sungguh patuh dia dgn arahan Allah.

dgn keadaan gurun yg panas dan tiada air, anaknya Ismail mula menangis. Hajar mula mencari air dari bukit safah pergi ke marwah. dan berulang alik sebanyak 7 kali. dan apabila dia pulang ke tempat dia tinggalkan Ismail menangis alangkah terkejutnya apabila dia melihat air melimpah2 daripada tanah. Hajar cepat2 mengali lubang di sekeliling air itu kerana takut air itu akan habis tersejat kerana keadaan gurun yg panas. namun air itu tidak berhenti memancut. lalu Hajar berkata "zam..zam.." maksudnya "berhenti..berhenti.."

drpd kisah nie kita boleh amek pengajaran yg bertawal pada Allah adalah sebaik2 tawakal. walaupun kita percaya dgn kekuasaan Allah boleh memberi kita bantuan tapi kita wajib berusaha untuk mencapai sesuatu. Macam Hajar, dia percaya Allah akan menjaga dia dan anaknya, tapi kenapa dia still berlari2 ke bukit safah dan marwah mencari air?
sbb dia tahu kalo berusaha pasti akan berjaya.
sbb mase cari air di bukit safah dan marwah tu tak dapat pun air. tapi bile dia balik Allah beri lebih drpd ape yg dia minta,Allah beri air Zam Zam..

sme la macam kita, kita berusaha dan berusaha tapi exam tak gempak jugak. atau kita train gile2 men netball tapi tak hebat juga mcm org lain. jgn hanya lihat di situ, sbb mungkin Allah nak beri lebih drpd itu.

wallahualam...

p/s: bnyk lagi kisah nak citer nie actually nntkan part 2 tapi tajuk yg lain..



Rabu, 12 Oktober 2011

dunia sekadar permainan

"Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." 
(Surah Al-An'am, ayat 32)
 
analoginya
seorg org dewasa yg melihat seorg budak kecil bermain dengan permainannya. Sekadar melihat tetapi tidak tertarik dengan permainan itu. kerana org dewasa itu tahu permainan itu hanya sia2 dan tidak membawa manfaat kepadanya. org dewasa itu  mempunyai banyak lagi hal yg lebih penting yg harus dia kerjakan daripada bermain dengan permainan budak kecil itu. 

jika org dewasa itu pelajar, maka belajar lebih utama baginya
jika org dewasa itu pekerja maka bekerja lebih baik baginya
jika org dewasa itu Islam maka Allah lebih dikejar olehnya

lain pula halnya dengan budak kecil itu, permainan itulah dunia baginya. tiada apa yg lebih penting drpd pemainan yg melalaikan dan meneronokkan itu.tanpa menghiraukan perkara lain dan seluruh masa hanya ditumpu kpd itu..
 
jadi golongan yg mna kita?

Don't make Allah your last choice..

Jumaat, 7 Oktober 2011

tawakaltu ilallah..

straight to the point.
aku ade bnyk benda nak story, tapi biarlah ape yg tak bermanfaat tu jadi kenang-kenangan aku sorg jer..
hehe..

ade satu pagi tu aku, jln gi university dari rumah aku. best jln pg2. udara segar, sejuk, and menyejukkan mata.
ok tak penting environment tu..
dipendekkan citer, aku terserempak la dgn seokor anjing sedang menyalak tak henti pada seseorg. aku terus stop sbb tak berani nak lalu. gaya anjing tu cm nak terkam je org tu. walaupun jarak kami (aku dan anjing) agak jauh aku still tak berani berganjak. so aku pun berdoa la pada Allah.
time tu jugak ade la sorg org cine nie tgh nak lalu jln tu. ajaibnya (dgn izin Allah) anjing tu tiba2 stop menyalak n masuk ke dalam satu rumah.
disebabkan aku tgk keadaan dah safe n org cine tu pun men lalu tanpa cedera atau diserang aku pun dgn leganya berjalan lalu tempat itu.

ok, ape actually aku nak citer sebenarnye? jap aku pun tak ingat dah.
can we just leave it like this?

ok dah ingat balik..
ape yg aku nak sampaikan adalah, kenapa , bile kite sorg2 kite boleh letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah?
pernah tak rase dlm satu situasi yg hanya Allah boleh bantu kita? mcm situasi aku tadi, dihalang oleh anjing dan aku terus mintak pertolongan Allah. tapi bile org cine tu muncul aku trus rasa org cine tu pulak boleh bantu aku.
pada hakikatnya, kalo Allah tak izinkan dia membantu aku, org cine tu tak dpt nak bantu aku sedikit pun drpd anjing tu.

ya,tawakal hanya pada Allah..remmeber that always


Ahad, 18 September 2011

change the way u think

do u believe by changing the way u think, u can change the world u live in?


We don’t see the things the way they are. We see things the way WE are.”
                                                                                              - Talmund



Sabtu, 17 September 2011

Gunakan dunia untuk Allah, bukan Allah untuk dunia




Allah itu bukan sekadar pengkabul doa umat manusia.Allah itu Tuhan kita. Allah tidak perlukan amal ibadah kita, tapi kita yg memerlukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Listen all my dear friends,


dulu aku tak faham nape kita diwujudkan kat dunia. yang aku tahu, cemerlang periksa and have fun in life. dan aku tekun beribadah utk mendapatkan ape yg aku mahu itu : keputusan yg cemerlang dan hidup yang mengembirakan. Bila Allah tak makbulkan doa aku, aku jadi sedih. so aku terus tekun beribadah untuk capai perkara2 tersebut. 


bila Allah berikan 2 perkara tersebut aku jadi gembira tak terkira, melupakan Allah seketika. Bila semua tu dah tak boleh memuaskan hati aku, aku kembali berteleku berdoa untuk perkara yg sama cuma makin beranjak usia.


UPSR->PMR->SPM


perkara yg sama.


seolah2 aku mengunakan Allah untuk dunia. Aku memohon kecemerlangan dunia, akhirat aku ingat sekejap cuma. 


Bukan itu tujuan kita.


Allah itu bukan sekadar pengkabul doa kita. Kita ini hamba Allah. Tahukah kalian tugas hamba? . Kita ada tugas yang lebih besar sekadar cemerlang periksa, shcolarship, segulung ijazah, banggakan ibu bapa dengan kerjaya. 


Tugas kita membawa ISLAM.
Tugas kita menghambakan diri kpd Allah.
Tugas kita mengajak kpd kebaikan dan menjauhi kebatilan.


Tahukah anda tujuan anda hidup sekarang?


 ya, untuk Allah.


bukan gunakan Allah untuk dunia.
Buat Adik Syafinaz semoga Allah memberkati dan semoga berjaya 4 okt nie PMR

Buat Adik Najmuddin Semoga Allah permudahkan untuk temuduga SPA 17 okt nie


Selasa, 13 September 2011

ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan  senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani kemudian (tanamannya) itu menjadi kering dan kamu lihat warnnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. [surah al-hadid ayat 20]  

Isnin, 12 September 2011

germ words

Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak 

berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata 

"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana 

terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan 

makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan 

aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku 

sedikit.."

aku sure fail punyer exam nie..



luahan kata2 lahir atau batin majoriti pelajar, mahasiswa/siswi pada masa kini.


mahukah kamu aku tunjukkan satu cara utk membuatkan kamu tenang menghadapi peperiksaan atau ape jua dugaan Allah?


Dan bersangka baik terhadap Allah bahawa Dia juga akan memberikan kita yang terbaik...
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan." 
[HR Ahmad, Ibn Hibban]


jadi, jangan mengalah sebelum kalah. kerana kejayaan itu berada di hujung usaha. kalau awal2 lagi dah mengalah cmne Allah nak beri kejayaan?


wallahualam..

Ahad, 11 September 2011

Allah will provide way when there seem no way

Assalammulaikum.

aku sekarang dalam dilema. sama ada nak INI atau ITU. (ini dan itu dirahsiakan) haha.. padahal bukan big secret pun. cume aku tak rase cm nak share di sini. 

takpe, aku nak buat istkharah. Allah knows best kan? hehe..

kepada seorg sahabat aku yg sedang berlawan antara nafsu atau cahaya Illahi jgn risau, sbb Allah is always there to guide u and I will always pray for u. Ya, kalo kita rasa tak tenang dan gelisah selalu, berkemungkinan besar Allah nak bagi warning bahawa hati kita penuh dgn noda dosa. Salah satu solutionnya adalah BERTAUBAT. Buat solat taubat, pastu pergi mintak maaf dgn sape2 yg kamu rase kamu dah buat salah, serta maafkan sape2 yg pernah buat salah pada kamu. InsyaAllah~~ 

ape yg aku dah buat dlm minggu nie adalah, aku mencari course english yg dapat mengajar aku bahasa inggeris agar aku lebih fasih dan mahir. rupanya mmg boleh cari di google. kalo kalian2 semua nie mmg tak de ape nak buat boleh la pergi ke www.englishlink.com untuk sharpen u guys punyer english, appart from that dia juga memberikan certificate secara free utk setiap org yg hbskan course tu.

aku juga sedang mencari course bahasa arab secara percuma di internet.. tak jumpe lagi yg best.. takpe2.. when there is a will there is a way.. 

may Allah grant us all the highest state of iman..

Rabu, 7 September 2011

aku bukan hamba ramadhan

aku bukan hamba ramadhan pada bulan itu sahaja aku solat sunat
aku bukan hamba lailatulqadar pada malam itu sahaja aku beribadat
aku bukan hamba puasa pada saat itu sahaja aku menahan nafsu
aku hanya hamba Allah dan Allah wujud setiap waktu..

moga ramadhan menjadi titik tolak kita untuk berubah menjadi lebih baik, bukan hanya dalam bulan ramadhan sahaja kita menjadi baik, bulan lain kita menjadi hantu. sbb Allah tidak hanya wujud dalam bulan ramadhan, Allah tetap menilai amalan kita selepas itu.


kisah bulan syawal


assalamualaikum everyone!

wahaa.. rindunya ramadhan..
lepas ramadhan je aku ngaku aku trus jatuh futur.
aku jadi sgt pemarah, dan pemalas.
kesabaran sgt tipis dan rase sgt berat nak buat ibadah.
tapi semalam berbekal kan ilham dari Allah
aku teringin pulak nak bace buku Nasihat Agama dan Wasiat Iman

tup2. masuk bab perihal solat. memang bedebuk rase cm kena penumbuk sekali
satu di perut dan satu di hati..

mmg aku sgt terasa menjadi antara orang yg tidak menunaikan solat dgn sempurna

bnyk la perkara yg dikumpaskan contoh cam pelihara solat fardhu, solat itu bererti mengingati Allah, suci sebelum solat dan macam2 lagi la. tapi ape yg aku nak sentuh kat sini adalah perihal HAKIKAT SOLAT LAHIR DAN BATIN.

ape yg sure di sini kalo hakikat solat lahir pastilah tentang rukun solat kita, seperti ruku',sujud dan sebagainya

hakikat batin pula sudah pastilah kehadiran hati kita yang ikhlas menunaikan kewajipan kpd Allah.

Imam Ghazali pernah berkata

perumpamaan orang yang mendirikan solat secara hakikat lahir sahaja bagaikan seorang penaka yang menghadiahkan seorang puteri yang mati kepada seorang raja yang agung.  dan perumpamaan orang yang menunaikan solat tetapi alpa secara lahirnya bagaikan seorang penaka yang menghadiahkan seorang puteri yang cacat kaki dan tangannya, buta pula matanya kepada raja. penaka2 itu akan diseksa dan dianiaya oleh raja kerana telah menghina kedudukan raja dan mengabaikan haknya. 


samalah juga perumpamaan anda menghadiahkan solatmu kpd Allah. Awas! janganlah sehingga solat anda mempunyai kelemahan itu sehingga anda patut menerima siksaan Allah..

sumber: Nasihat Agama dan Wasiat Iman

disebabkan perkara ini serba sedikit telah menyedarkan aku dgn menyepak terajang iman aku agar aku sedar dan wake up aku pun membuka kembali sylabus Heart Serene.

 mencari Cara-cara untuk khusyuk dalam solat

*solat di awal waktu
*solat berjemaah
*rasakan seperti kita berinteraksi dgn Allah, and Allah alone
*memahami ayat,doa dan zikir yg diucapkan dlm solat
*mempelbagaikan bacaan surah pilihan selepas bacaan al-fatihah
*elakkan daripada menguap

p/s: jgn lupe utk berdoa kpd Allah utk kekhusyukan hati. kalo boleh buat solat hajat utk mintak hati yg khuyuk dlm solat. sbb sape yg dpt kemanisan khusyuk dlm solat sungguh dia org yg beruntung.

actually ade bnyk lagi cara2nya. boleh google. =)

"dan mintaklah pertolongan Allah dalam sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" [surah al-baqarah ayat 45]

aku sekarang agak excited, sbb ade bnyk events yang menanti sementara tunggu pendaftaran university. Moga Allah permudahkan.
kawan2 aku ramai dah pergi menuntut ilmu. pape pun all the best and may Allah bless u all..

just nak share dgn kamu semua kalo ade sesiapa yang tak tau nak buat ape, tapi online je setiap hari boleh lah kunjungi laman web www.islamicuniversityonline.com

boleh dapatkan diploma percuma secara online.

papepun niatkan kerana nak mencari ilmu kerana Allah kan?

Barang siapa yang mengambil jalan bersusah-payah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk masuk syurga

ape pun aku dah try dah amek satu course dan bnyk sgt ilmu yg aku dapat..

home work today and tomorrow adalah untuk bace buku ISK (ini sejarah kita)
mungkin menjadi fasi untuk program itu di KL jumaat nie.

hope sgt mama bagi pergi usrah khamis nie, i really need usrah utk charge up my eman..=) insyaAllah..


Ahad, 4 September 2011

course ape yang kau amek tu? bahagian 2


Assalamualaikum everyone!

moga Allah menerima amal kami dan kamu terutamanya pada bulan ramadhan yang lepas.

selamat hari raya Aidilfitri! masih tak terlambat kan? sbb raya kan sebulan! =)

kali nie aku nak meneruskan penerangan pasal course PLANT BIOTECHNOLOGY, aku tahu aku sgt berjasa dengan kamu2 orang yg nak amek course nie tapi tak tahu pape pasal course nie. Tp jgn risau sbb aku juga dahulu seperti kalian2 semua. hahaha.  walaupun actually aku tak la tahu sgt pasal course nie sbb aku belum pun masuk degree. aku baru je hbs foundation beberapa bulan yg lepas.

post nie aku akan menerangkan skop pekerjaan budak2 plant biotech. mmg kite akan mainly buat research in lab. kalo pasal pekerjaan korg sume jgn risau sbb peluang pekerjaan utk course nie sgt luas dan semakin luas setiap hari (merapu..)

dah name course pun Plant Biotech, jadi kerjanya tentu sangkut paut dgn tumbuhan.

Bosan?

Jangan rasa bosan dulu, sbb aku rasa bidang pekerjaan nie agak menarik.


Ini adalah salah satu projek atau research yg perlu dilakukan kalau korg berekerja bawah lembaga koko malaysia di sabah. waw! dpt terbang ke sabah!

kan aku dah ckp best..

lagi2..

dulu ade sorg profesor pangkat abang, dia citer org biotech dlm negara nie tak cukup, so dia kena bnyk bekerjasama dgn org2 luar negara dan fly gi luar negara dgn kerap. so korg yg tak dpt fly skerang jgn sedih, nnt fly time keje lagi best! dan actually agensi2 luar negara juga cukup dan amat2 berminat dgn khazanah tumbuh2 dlm negara kita, jadi mereka sanggup melabur berjuta (aku tak tau la bape dia melabur) untuk buat research.

selain itu, sebagai researcher, kita juga bertanggungjawab memberi kesedaran kepada orang ramai tetang tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. macam contoh, ade artikel yg aku jumpe pasal seminar asas membuat coklat dgn koko. Industri nie boleh berjaya, tgk mcm milo tu, cume org tak tau mcmne. pdhl resources kat malaysia nie sgt bnyk. selain itu, kesedaran pasal minyak kelapa sawit di dunia. negara lain berebut2 nak kelapa sawit kita tetapi kite buat dunno. jual mahal la tu an~~ huhu..
selain itu, aku juga ade membaca pasal biodegradable gloves yg diperbuat drpd natural rubber. sbb kalo perasan kebanyakkan bidang dekat malaysia pakai sarung tangan. dah tu pulak, pakai sekali jer pastu buang. so, dengan kesedaran ahli sains mereka mencipta sarung tangan boleh  hancur.

pape pun itu sahaja lah yg aku nak share pada malam nie. Moga bermanfaat. kalo salah tolong betulkan, sbb aku pun budak baru belajar.. peace~

p/s: rajin2lah bace isu semasa dekat web2 malaysia punyer minyak kelapa sawit, koko, kayu dan lain2. aku bagi link kat bawah.

Getah-www.lgm.gov.my
Koko-www.koko.gov.my
kelapa sawit-www.mpob.com.my
perladangan-www.kppk.gov.my
kayu-www.mtib,gov.my

selain itu kalo sukekan lebih cabaran gi la cari laman web FRIM pastu gi lawat sane.

sekian..



Selasa, 23 Ogos 2011

expedisi ramadhan


17 ramadhan 

pengisian ini kisahku wardina
semua memberi tumpuan =P
aku bersama2 dgn kakak2 senior mengadakan majlis iftar buat adik2 di unim dan aku juga terdedah dengan rancangan "ini kisahku-wardina"
boleh search di utube. basically rancangan nie mengisahkan di mana titik perubahan wardina menjadi lebih baik. sgt best!
adik2 datang ke masjid
antara mknn berbuka puasa ringan

meneyediakan makanan

pastu malam tu, kami beriktikaf (tido) di masjid unim setelah semua adik2 balik ke bilik. tiba2, dalam pukul 3.30 pagi ade seorg brother bg salam. terkejut kami dibuatnye. dia bg salam disebalik tabir. katanya kami tak boleh tido di sini kerana university policy. tetapi kalau beribadah boleh cume tak boleh tido. kami pun bangkitlah, qiam di situ. Tapi agak kelakar la kejadian tu. first time aku bersahur di cafe pagi2. kami mkn sgt bnyk. tapi tak kisahlah, rupanya pagi2 sgt ramai org yg bersahur di cafe.

18 ramadhan

ptg tu aku dan kak af pergi ke video lecture mengenai solat. mengupas ayat2 mengenai solat dalam al-quran. sgt bnyk. kata syeikh yang menyampaikan lecture tu, solat nie ade sangkut paut dengan zakat. kalau tgk ayat al-quran, solat bnyk digandingkan dengan zakat.

mlm tu aku dan kak af solat terawih di kktm beranang. ade usrah kat sana. secara umumnya kami tadabbur al-quran kisah kaum sabat. yang disumpah menjadi kera kerana menjala ikan pada hari sabtu. dan juga kuiz dan kisah para sahabat 10 org yang dijanjikan Allah ke syurga. refresh balik. seronok2.

19 ramadhan

aku bertolak ke muar pagi tu, ke rumah zqa berjumpa sekali dengan solehah. kami cath up balik ape yg tertinggal. berborak pasal unversity. kami juga berborak pasal budak2 kelas dan budak samura lain secara umum (bukan mengumpat atau bergosip) =)

lepas berbuka tu kami pun membuka balik kisah budak yg bg surat pada miss loh tu. yg penting aku dah maafkan org tu, aku malas nak ingat balik. malam tu aku dgn solehah solat terawih jemaah 20 rakaat. bergilir2 jadi imam.

20  ramadhan
hasil karya 4 cerdik utk merdeka

semangat kan mereka?
nnt kite jumpe lagi ye 


pergi ke samura, asalnya nak jumpe semua cikgu tapi terserempak dgn beberapa cikgu je. agak kecewa. =( after majlis khatam al-quran, dan berbuka. fasi dibenarkan berjumpa dgn adik2 kelas. part nie mmg aku sgt geram. sbb fasi yg digandingkan dgn aku tu conquer ckp hmpir satu jam dan aku berpeluang utk ckp tak sampai 10 min. sedih tau =-( aku ade bnyk sgt nak borak2 dgn budak2 cerdik...

21 ramadhan

pagi tu ade riadah bebas. aku, syaza dan aiman main basket ball dengan beberapa adik yg baru kami kenal pagi tu. masyaAllah I had fun! dah lama tak riadah punyer pasal. baru men sekejap dah panjit. pastu kami pun berborak panjang pasal kehidupan after spm dgn adik2 tu.

** expedisi nie hanya summary gile ar kalo aku nak citer terperinci. heheh.. tapi Allah mmg menguji aku nak tgk aku reda dan ikhlas atau tak. dan aku mengaku aku mmg lemah, after diuji barulah aku tahu betapa susah nak reda dan mengikhlaskan hati. dan aku perasan Allah sgt nak menjaga aku dari berborak kosong lebih2 lagi dengan lelaki ajnabi, sbb kwn aku yg nak fly pun, mcm acuh tak acuh layan aku. ntah bile lagi kan nak borak2. tapi tak pe, ini semua pasti ade hikmahnya

"boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah telah memberikan kebaikan yang banyak padanya" (surah an-nisa' ayat 19)



Selasa, 16 Ogos 2011

how to describe old things in this world


furniture-antique

monument-ancient


wine-vintage
soldiers-veteran

clergymen-venerable


hacks(kuda)-seasoned





an old man

Ahad, 14 Ogos 2011

program 3R


Remaja raikan Ramadhan

aku berpeluang untuk pergi ke program ni sebagai fasi
walaupun actually aku tak layak pun. huhu

tapi Alhamdulillah program nie sedikit sebanyak mengajar beberapa perkara baru kepada aku
dan membuka mata hati aku untuk tidak melepaskan peluang Ramadhan yang berbaki ni dengan perkara yang sia2.
ya aku mengaku aku hampir sahaja tertidur selepas 2 minggu berpuasa.
seakan2 aku tak mengambil peluang yang sewajarnya untuk memeriahkan Ramadhan kali nie.

betapa ruginya diri ini jika membiarkan hari2 dan detik2 yang akan datang tanpa rahmat,keampunan dan pembebasan api neraka.

mungkin tidak akan datang lagi peluang seperti ini lain kali.

salah satu perkara yang menarik hati aku pada ucapan ustaz yang memberi ceramah hari tersebut adalah

"sesiapa yang Allah pandang pada bulan Ramadhan tidak akan diazab selama2nya" (hadith sahih, boleh la google, aku tak carik pun)

jadi mcmne nak mencuri pandangan Allah. Agar Allah memandang diri yang hina nie?

dengan beramal semata2 kerana Allah

1) bertaubat dgn dosa2 lalu
2)bersedekah
3)berzikir
4)tadarus dan taddabur al-Quran
5)solat sunat

dan ape sahaja ibadah yang ikhlas dan mengikut al-quran dan sunnah

"Ya Allah, jika ini Ramadhan ku yang terakhir maka terimalah amalanku dan taubatku. Jika kau panjangkan umurku berilah kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang"

dan jangan lupe untuk berdoa agar Allah memberi hidayah dan tetapkan hati kita di jalan hidayah Allah itu.

review aktiviti 

mencari klue utk explorace
mencari klue juga

perbincangan menjawab soalan fekah
tasmi' ayat 183 surah al-baqarah
dah dapat klue
ermm.. tak tau nak ckp ape
mendengar pengisian

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah 
saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat- malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)

azab api neraka

ya Bulan Ramadhan makin beranjak jauh

apakah kita mengunakan setiap detik dan saat kita dengan sepenuhnya?

read this blog sini

u guys will know whats is Ramadhan really about and how waste the time has been if its not for Allah.

"Disebutkan dalam kitab, jika seorang ahli neraka itu diazab dalam neraka lalu dimasukkan ke dalam api dunia, maka dia akan tertidur di dalam api dunia"

Jumaat, 12 Ogos 2011

Tafsir surah An-Nas


An-Nas bermaksud manusia . Surah ini mengandungi pengajaran supaya hamba-hamba Allah memohon pertolongan dan pelindungan daripada Allah dari bahaya sebesar-besar musuh yang terdiri daripada iblis dan suku sakatnya, serta bahaya syaitan yang merasuk bangsa manusia dan jin.



Dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang.

1) katakanlah (Muhammad) aku berlindung dengan (Allah) pemelihara manusia

Hanya kepada Allah sepatutnya kita memohon perlindungan. Allah yang mencipta manusia, memelihara serta mengatur urusan kita. Kita manusia diwujudkan daripada tiada kepada ada,dan diberikan pelbagai nikmat di dunia.
Memang Allah khaskan surah ni kepada manusia dengan sebutan An-Nas (manusia). Hanya manusia makhluk Allah yang dibekali dengan akal dan ilmu pengetahuan sehinggakan malaikat yang tugasnya mensucikan nama Allah disuruh bersujud kepada manusia.Hal ini untuk mengakui manusia itu makhluk paling mulia yang Allah ciptakan.

2) Raja (yang menguasai) sekalian manusia
3)Tuhan sekalian manusia


Allah merupakan Raja kepada raja. Raja kepada sultan di dunia, yang bersifat Adil dan sangat sempurna. pernah dengar istilah dunia ni tak adil? benar, tapi Allah itu Maha Adil. boleh jadi mahkamah dunia tak berupaya membela seseorang tetapi tidak di mahkamah Allah. Allah juga yang berhak menjatuhkan hukuman kepada hambanya. Allah jua yang memberi kemuliaan dan kehinaan. Allah jua yang memberi kekayaan dan kepapaan.

 4)Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang tersembunyi

kita tak mampu untuk menangkis bisikan syaitan tanpa pertolongan Allah
Syaitan selalu mendatangkan was-was dalam hati serta memujuk manusia untuk derhaka kepada Allah. Syaitan akan sentiasa berundur apabila kita meminta pertolongan kepada Allah dan datang mengoda kita apabila kita lalai dan lupa pada Allah.

5)yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada (hati) manusia
6)dari bangsa jin dan bangsa manusia

Tidak syak lagi syaitan daripada gologan manusia itu lebih berbahaya berbanding syaitan daripada gologan jin. Hal ini kerana syaitan daripada golongan jin akan berundur dan bersembunyi apabila manusia meminta pertologan Allah dengan istiazah. sedangkan jin daripada golongan manusia akan sentiasa mengoda dan seolah-olah tidak makan saman dengan amaran Allah tetang azab api neraka. Kecuali orang-orang yang terpilih oleh Allah untuk dilindungi dan yang mendapat hidayah.

Khamis, 11 Ogos 2011

course ape yang kau amek tu?


people always ask me

"ape kebendanya plant biotech tu?"


or make faces like its the most stupid course in the world

that is why I prefer saying biotech alone without plant.

they are two different courses

plant biotech and biotech

plant biotech is more to plant, tissue culture and so on

biotech is more general like DNA,genes and stuff

"apesal kau amek course pelik semacam tu?"

first of all, it is not that alien. if u ask people who took biotech they will know what exactly u are talking about.

its actually quite new course in malaysia

but its one of the government plans to extend the technology in agriculture and crops.

Food are importand for us. Right? do u know where foods come from?

from animals and plants. correct!

that is why this course is important. To find a way to increase the production of foods from plants as well as the make the side effect minimum for people to consume.

at least that is what I know.

more info here

p/s: insyaAllah ade mase akan ku ceritakan lebih lanjut tentang course ini


Selasa, 9 Ogos 2011


Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w:
Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab:
"Keseluruhannya adalah pengajaran". Aku merasa hairan terhadap orang
yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan
kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku
hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih
kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolakbalik
penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga
merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian
hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".

Ahad, 7 Ogos 2011

cara mendapatkan pahala berterusan

Six Easy ways to earn even after death:

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.


2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.


3) Participate in building a Masjid.


4) Place water cooler in a public place.

5) Plant a tree. U gain whenever a person,ani mal sits in 


its shade or eats from it. 


6)And the easiest of all to Share this message with people.


insyaAllah~~

bulan kedua bagi bumi


Tahukah anda2 sekalian dahulunya bumi kita ini berkemungkinan mempunyai 2 bulan orbit mengelilingi bumi?

Dalam kajian yang dilakukan, bulan kedua berkemungkinan bersaiz 1/3 daripada bulan. Dan dikatakan bulan kedua yang kecil ini menghempas bulan pada 10 juta hingga 100 juta tahun yang lalu kerana berlaku ketidakseimbangan. Peristiwa ini menjawab persoalan saintis yang tertanya-tanya mengapa bahagian bulan sebelah timur berlainan daripada sebelah baratnya.

Bulan kita mempunyai dua sisi permukaan yang sangat berlainan daripada sisinya yang lain. Sebagai contoh permukaan sisi satu rata dan rendah, tetapi sisinya yang lain jauh lebih tinggi dan mempunyai kawasan pergunungan.

Bulan kedua yang kecil ini mempunyai kira2 1200 km lebar dan terbentuk daripada pelanggaran yang sama seperti bulan yang kita lihat di langit hari ini. Saintis berpendapat bulan terbentuk daripada pelanggaran planet dan objek bersaiz Marikh.

Ahli astronomi mencadangkan bulan kedua terbentuk pada masa yang sama dengan bulan kita. Para saintis bersetuju bulan kita dilahirkan dari sejumlah besar sisa dari bumi bersaiz planet marikh dalam pada sejarah sistem suria.

Bulan kecil kedua boleh kekal statik dalam satu tempat di kenali sebagai orbit Trojan selama berpuluh-puluh juta tahun. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan berlaku akibat orbit bulan mengembang jauh dari bumi.

Pelanggaran yang terhasil agak perlahan menyebabkan zahrah pada bulan kecil kedua berselerakkan satu lapisan tebal di atas permukaan bulan kita yang membentuk puluhan kerak pepejal batu tebal dan bukannya membentuk kerak.

"Ianya munasabah untuk bulan Trojan yang telah terbentuk dalam kesan gergasi, dan kerana ia tidak stabil selepas 10 juta kepada 100 juta tahun dan meninggalkan bukti zahrah pada bulan," kajian pengarang bersama Erik Asphaug, planet saintis di Universiti California, Santa Cruz, memberitahu SPACE.com. Bayangkan "bola-Gruyere berlanggar dengan bola cheddar."

sumber

http://news.yahoo.com/earth-had-two-moons-crashed-form-one-study-170201124.html

ilmu baru hari ini =)

cara untuk speaking dengan baik


aku mengaku dengan ikhlas aku mmg tak pandai nak ckp org putih dgn lancar
kadang2 kalo dpn foreigner aku kena gak pakse diri aku utk ckp english
yela, mne la mereka phm bahasa ibunda kita ni kan.
so, setelah ditanya oleh seorang adk dorm aku Khadijah lukman (DJ)
cmne nak practice speaking english better
aku terpikir lah beberapa idea yang agak bernas.

1) berbual dgn kawan dlm bhs inggeris walaupun broken english
*aku tau, cara nie sgt susah. aku ngaku aku pun tak boleh nak ckp bi dgn member
mengade katanya. tapi ckp english pelan2. jgn pakse sampai membuatkan perbualan dgn kwn tu kekok sbb tersekat2 nak fikir perkataan yg sesuai. kalo tak tau ckp je bm campur2 dgn english.
takde sape nak tolak markah kamu sbb broken english.

kalo tak boleh buat jugak step number one tu move to step 2

2)practice speaking english depan cermin
*cara ni dapat meningkatkan self-esteem. lagi2 kalo nak presentation, kite kena tahu ape gaya terbaik utk ckp depan audience.

3)amek article or text english, pastu bace kuat2 dgn intonasi yang sesuai.
* boleh meningkatkan pronountiation english anda

4)amek kamus atau buku atau surat khabar pastu cari satu perkataan then bina ayat dengan perkataan itu. try buat pelbagai ayat in your head and speak it out loud
* meningkatkan daya kreativiti minda

5)banyakkan membaca dan mendengar perbualan bahasa inggeris
*tgk movie (yg bermanfaat) tgk contoh presentation dlm utube (ape gunanya teknologi kan?)

6)buat beberapa soalan atau cari beberapa soalan lepas tu try jawab dalam bahasa inggeris
*contoh : what is the best way to be a good student?
where do u see yourself in 10 years time?
what is the major achievement of malaysia in the past 50 years?


dan lain2 lagi soalan yang menjana minda. cara ni sgt membantu lebih2 lagi kalo ade oral speaking dan akan ditanya soalan depan audience.

actually ade bnyk je lagi cara ape pun yang paling penting practice, practice and practice

insyaAllah~~

Jumaat, 5 Ogos 2011

surah al-baqarah ayat 214

Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-oarng terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai ujian)  sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata "bilakah datang pertolongan Allah?" dan ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat   

kenapa orang islam tak boleh minum arak?

mase kat Universiti ade la satu brother nie kate

kalau la ade orang bukan islam tanye kita macam tu ape kite nak jawab?

katanya lagi jgn jwb

"arak nie memabukkan dan ade lebih bnyk keburukkan drpd kebaikan kalau minum"

jawab dulu

"kami tak minum arak sebab Allah yang suruh, kami dengar dan kami patuh kepada perintah Allah"

lepas tu baru lah jwab

"lagipun arak nie memabukkan dan ade lebih bnyk keburukkan drpd kebaikan kalau minum"

and boleh la bagi ayat Al-Quran surah Al-baqarah ayat 219

" mereka bertanya kepadamu (muhammad) tentang khamar dan judi. katakanlah, 'pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya' "

sebenarnya islam nie mudah, mmg orang akan kate islam nie menyusahkan sbb itu tak boleh, ini tak boleh. makan itu haram, makan ini haram. mereka tak tau, Allah hanya menetapkan beberapa je rezeki kat dunia nie yang kita tak boleh makan. dlm bnyk2 haiwan lain yang kite boleh makan, hanya Khinzir yang Allah haramkan. dalam banyak2 minuman kita boleh minum, hanya khamar yang Allah haramkan.

mana dia agama yang menyekat kebebasan?

Allah beri  kita pilihan untuk makan apa sahaja kecuali yang terlist dalam al-quran sebagai haram.

Itu semua ujian Allah kepada kita, nak lihat kita nie patuh atau tidak sebagai muslim.

remember, freedom is not by doing anything that u want but by doing everything that is right 


wallahualam~~

Rabu, 3 Ogos 2011

cara untuk memaafkan orang

actually aku pun antara orang yang susah nak maafkan kesalahan orang lain

sbb aku jenis yang pendam dan simpan dalam hati

bile seseorang tu dah sakitkan hati kita bukan senang ye tak nak maafkan?

tapi hari nie aku dpt tahu salah satu caranya dalam al-quran

 وَْليَعُْفوا وَلْيَصَْفحُوا َأَلا تُحِبُّو َ ن َأ ْ ن يَغْفِرَ اللَّهُ َل ُ كمْ


Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta
melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah
mengampunkan dosa kamu? (Surah An-Nur, Ayat: 22).


Allah memberithu cara untuk memaafkan kesalahan orang lain dengan melupakan kesalahannya dan
berfikir, tidakkah kita gembira kalau Allah menerima taubat kita.

aku yakin, semua antara kita pernah rasa menyesal dengan kesalahan yang kita lakukan
kita amat berharap agar Allah akan ampunkan dosa kita. begitu juga dengan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita, berkemungkinan sebenarnya dia menyesal tetapi tidak ditunjukkan.

sifat pemaaf adalah sifat yang terpuji,
bukan sahaja orang kagumi di dunia
bahkan Allah juga menyukainya
dan akan memberi ganjaran di akhirat.

p/s: berdendam tu tak bagus untuk kesihatan jantung

Ahad, 31 Julai 2011

its not that bad after all


mengajar seseorang dengan cara memerli dan menyakitkan hati bukanlah cara yang bagus, bahkan menambah kebencian dan lebih teruk boleh mengundang kemurkaan Allah.

mungkin perbuatan memerli itu memberi kepuasan pada seseorang, dan mungkin menunjukkan kelemahan orang yang diperli tapi sebenarnya menunjukkan betapa orang yang memerli itu kurang cerdik di mata orang yang celik.

diam bukan bermaksud kalah,diam bukan bermaksud setuju
tapi diam kerana ia lebih cantik daripada kata-kata yang hodoh menyakitkan hati orang lain.

orang yang kurang mahir dalam sesuatu perkara boleh jadi lebih hebat dalam suatu perkara yang lain. kita tak boleh nak menghakimi seseorang hanya dia pemalas. mungkin di mata kita dia pemalas, tetapi itu hanya separuh perkara yang ditunjukkan kepada kita kerana kita berjumpa hanya 3 kali setahun.

there is always the other me the side that u never can see, because I'm only showing to u the side that I wanted u to see.
get it?

p/s: I had face the thing that I feared the most. and I can feel Allah is with me all the time.
Thank u Allah.