Selasa, 23 Ogos 2011

expedisi ramadhan


17 ramadhan 

pengisian ini kisahku wardina
semua memberi tumpuan =P
aku bersama2 dgn kakak2 senior mengadakan majlis iftar buat adik2 di unim dan aku juga terdedah dengan rancangan "ini kisahku-wardina"
boleh search di utube. basically rancangan nie mengisahkan di mana titik perubahan wardina menjadi lebih baik. sgt best!
adik2 datang ke masjid
antara mknn berbuka puasa ringan

meneyediakan makanan

pastu malam tu, kami beriktikaf (tido) di masjid unim setelah semua adik2 balik ke bilik. tiba2, dalam pukul 3.30 pagi ade seorg brother bg salam. terkejut kami dibuatnye. dia bg salam disebalik tabir. katanya kami tak boleh tido di sini kerana university policy. tetapi kalau beribadah boleh cume tak boleh tido. kami pun bangkitlah, qiam di situ. Tapi agak kelakar la kejadian tu. first time aku bersahur di cafe pagi2. kami mkn sgt bnyk. tapi tak kisahlah, rupanya pagi2 sgt ramai org yg bersahur di cafe.

18 ramadhan

ptg tu aku dan kak af pergi ke video lecture mengenai solat. mengupas ayat2 mengenai solat dalam al-quran. sgt bnyk. kata syeikh yang menyampaikan lecture tu, solat nie ade sangkut paut dengan zakat. kalau tgk ayat al-quran, solat bnyk digandingkan dengan zakat.

mlm tu aku dan kak af solat terawih di kktm beranang. ade usrah kat sana. secara umumnya kami tadabbur al-quran kisah kaum sabat. yang disumpah menjadi kera kerana menjala ikan pada hari sabtu. dan juga kuiz dan kisah para sahabat 10 org yang dijanjikan Allah ke syurga. refresh balik. seronok2.

19 ramadhan

aku bertolak ke muar pagi tu, ke rumah zqa berjumpa sekali dengan solehah. kami cath up balik ape yg tertinggal. berborak pasal unversity. kami juga berborak pasal budak2 kelas dan budak samura lain secara umum (bukan mengumpat atau bergosip) =)

lepas berbuka tu kami pun membuka balik kisah budak yg bg surat pada miss loh tu. yg penting aku dah maafkan org tu, aku malas nak ingat balik. malam tu aku dgn solehah solat terawih jemaah 20 rakaat. bergilir2 jadi imam.

20  ramadhan
hasil karya 4 cerdik utk merdeka

semangat kan mereka?
nnt kite jumpe lagi ye 


pergi ke samura, asalnya nak jumpe semua cikgu tapi terserempak dgn beberapa cikgu je. agak kecewa. =( after majlis khatam al-quran, dan berbuka. fasi dibenarkan berjumpa dgn adik2 kelas. part nie mmg aku sgt geram. sbb fasi yg digandingkan dgn aku tu conquer ckp hmpir satu jam dan aku berpeluang utk ckp tak sampai 10 min. sedih tau =-( aku ade bnyk sgt nak borak2 dgn budak2 cerdik...

21 ramadhan

pagi tu ade riadah bebas. aku, syaza dan aiman main basket ball dengan beberapa adik yg baru kami kenal pagi tu. masyaAllah I had fun! dah lama tak riadah punyer pasal. baru men sekejap dah panjit. pastu kami pun berborak panjang pasal kehidupan after spm dgn adik2 tu.

** expedisi nie hanya summary gile ar kalo aku nak citer terperinci. heheh.. tapi Allah mmg menguji aku nak tgk aku reda dan ikhlas atau tak. dan aku mengaku aku mmg lemah, after diuji barulah aku tahu betapa susah nak reda dan mengikhlaskan hati. dan aku perasan Allah sgt nak menjaga aku dari berborak kosong lebih2 lagi dengan lelaki ajnabi, sbb kwn aku yg nak fly pun, mcm acuh tak acuh layan aku. ntah bile lagi kan nak borak2. tapi tak pe, ini semua pasti ade hikmahnya

"boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah telah memberikan kebaikan yang banyak padanya" (surah an-nisa' ayat 19)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan