Jumaat, 12 Ogos 2011

Tafsir surah An-Nas


An-Nas bermaksud manusia . Surah ini mengandungi pengajaran supaya hamba-hamba Allah memohon pertolongan dan pelindungan daripada Allah dari bahaya sebesar-besar musuh yang terdiri daripada iblis dan suku sakatnya, serta bahaya syaitan yang merasuk bangsa manusia dan jin.



Dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang.

1) katakanlah (Muhammad) aku berlindung dengan (Allah) pemelihara manusia

Hanya kepada Allah sepatutnya kita memohon perlindungan. Allah yang mencipta manusia, memelihara serta mengatur urusan kita. Kita manusia diwujudkan daripada tiada kepada ada,dan diberikan pelbagai nikmat di dunia.
Memang Allah khaskan surah ni kepada manusia dengan sebutan An-Nas (manusia). Hanya manusia makhluk Allah yang dibekali dengan akal dan ilmu pengetahuan sehinggakan malaikat yang tugasnya mensucikan nama Allah disuruh bersujud kepada manusia.Hal ini untuk mengakui manusia itu makhluk paling mulia yang Allah ciptakan.

2) Raja (yang menguasai) sekalian manusia
3)Tuhan sekalian manusia


Allah merupakan Raja kepada raja. Raja kepada sultan di dunia, yang bersifat Adil dan sangat sempurna. pernah dengar istilah dunia ni tak adil? benar, tapi Allah itu Maha Adil. boleh jadi mahkamah dunia tak berupaya membela seseorang tetapi tidak di mahkamah Allah. Allah juga yang berhak menjatuhkan hukuman kepada hambanya. Allah jua yang memberi kemuliaan dan kehinaan. Allah jua yang memberi kekayaan dan kepapaan.

 4)Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang tersembunyi

kita tak mampu untuk menangkis bisikan syaitan tanpa pertolongan Allah
Syaitan selalu mendatangkan was-was dalam hati serta memujuk manusia untuk derhaka kepada Allah. Syaitan akan sentiasa berundur apabila kita meminta pertolongan kepada Allah dan datang mengoda kita apabila kita lalai dan lupa pada Allah.

5)yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada (hati) manusia
6)dari bangsa jin dan bangsa manusia

Tidak syak lagi syaitan daripada gologan manusia itu lebih berbahaya berbanding syaitan daripada gologan jin. Hal ini kerana syaitan daripada golongan jin akan berundur dan bersembunyi apabila manusia meminta pertologan Allah dengan istiazah. sedangkan jin daripada golongan manusia akan sentiasa mengoda dan seolah-olah tidak makan saman dengan amaran Allah tetang azab api neraka. Kecuali orang-orang yang terpilih oleh Allah untuk dilindungi dan yang mendapat hidayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan