Rabu, 28 Disember 2011

sunnah makan


Assalamualaikum..=)
Tadi b4 maghrib Alhamdulillah terjumpa rancangan sunnah2 rasulullah..
Wahh.. sgt2 rindu nak tgk rancangan tu walaupun 15 minutes jer.
Hari nie nak share sikit lah sunnah rasulullah bile makan.
Allah bg kpd kita rezeki makanan utk dimakan oleh kita. Tapi Allah bg 2 syarat bile makan iaitu
1)tak boleh membazir
2)tak boleh makan makanan haram

“  Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah”. (Al-Baqarah: 172)
“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah”. (An-Nahl: 114)

Senang tak? Rasa kena tampar sikit bahagian tak boleh membazir  tu, sbb sgt2 biasa dlm budaya kita.
Aku sgt2 solute dgn syarat seorg mak kwn aku kpd anaknya, mak dia tak kisah nak beli bape bnyk mknn pun dan nak mkn ape pun tapi dgn syarat mesti habis kan mknn tu.

Move on to sunnah..
1)basuh tgn.
Sebelum makan rasulullah akan membasuh tgnnya dahulu
2)duduk dgn adab
Duduk mkn di hahadan rezeki Allah perlu beradap, seolah2 kita sedang duduk berhadapan dgn Allah.
3)bce Bismillah
Syaitan takkan share mknn dgn kita dgn kalimah bismillah
4)makan dengan tangan kanan
5)ambil makanan yg paling dekat
6)makan dgn suapan yg kecil
7)melicinkan pinggan
-kita akan bertanggungjawab dgn mknn yg kita buang
-kita tak tahu di mana keberkatan Allah nak letak dalam makanan tersebut mungkin pada lebihan yg kita buang
8)kesukaan rasulullah-roti dgn daging berkuah
                                       -tembikai dan kurma
                                       -makanan manis dan sejuk
                                       -cuka dan minyak zaitun
9)memuji Allah selepas makan
Daripada Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah meredhai hamba yang apabila menikmati sesuatu makanan, maka ia segera mengucapkan tahmid kepada Allah, atau apabila menikmati minuman, maka segera ia mengucapkan tahmid kepada Allah”. (An-Nawawi Sharh Sahih Muslim: 17/50/89 (2734)
10)membasuh tangan

*kebanyakkan sunnah aku baru tahu, macam basuh tgn tu, aku buat everytime b4 n after eat tapi aku tak pernah tahu itu sunnah( =.=”)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan