Rabu, 8 Januari 2014

motivational movies

waktu exam2 cmnie kita sangat2 memerlukan kepada motivational utk maju terus ke depan.

beberapa minggu lepas aku ada tgk 2 movies yg aku rasa sgt best dan menaikkan smgt. lebih2 lagi org yg dah habis exam. sila lah jgn membuang masa anda meilhat movie2 korea dan cinta melayu..

I'm still wondering where all the good movies has gone?

pursuit of happyness

homeless to havard

Dua2 cerita nie kisah benar diadaptasi ke filem. takde romance scene. mmg sgt bagus untuk ambil ibrah. and tak bosan langsung citernya. believe me. kalau nak tahu synopsis boleh google, malas nak tulis panjang2, need to study yo. =P

Walau ape pun, pemberi motivasi tertinggi tetap dari Allah

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha bersungguh2 ke arah itu sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" (al-isra' ayat 19)

rindu family di akhirat?

mesti kita semua pernah tgh dok buat something teringat family. lagi2 yg duduk jauh, mesti teringat saat gembira, telatah lucu ahli keluarga, kata2 mereka. masa tu rasa nak balik yg membuak2 kan?

aku terbayang nnt dekat akhirat time kita di syurga atau neraka dan kita teringat family kita camne eh?
dekat syurga yg sgt nikmat tu pun mesti kita nak bersama dgn org yg kita sayang, dengan org yg dah besarkan kita, org yg kita dah duduk dgn dia lama. kalau kita di syurga dan mereka pula di neraka mesti rasa sgt sedih. kita rasa kalau lah aku buat camni, kalau lah aku buat cmtu, mesti sama2 dapat masuk syurga. kalau kita di neraka pulak dan ahli keluarga kita di syurga, tak ke menangis air mata darah terpisah dgn mereka? mereka tersenyum di depan pintu syurga meninggalkan kita kerana amal kita tak cukup nak bersama dengan mereka.

Ya Allah tak dapat nak bayangkan...

kita start hari ni doa pada Allah agar sama2 dapat masuk syurga. Kita start hari ni ajak parents kita kepada mengenal Allah slowly (tapi kita kena kenal Allah dulu). Kita buat amal2 banyak2 dan jauhi dosa agar parents kita pun akan mendapat saham pahala. Kita start hafaz Quran sbb ibu bapa kita akan mendapat mahkota dan syafaat di akhirat sbb anaknya. Jom2... sebelum datangnya hari:

"manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu bapanya, dan dari isteri dan anak2nya" ('Abasa : 34-36)

Ahad, 5 Januari 2014

nikmat dan azab

waktu2 exam macam nie selalunya kita akan berdoa pada Allah macam2, lebih2 lagi utk permudahkan jawab soalan periksa.

Kita:manusia ada macam2 permintaan, kita ada bermacam2 keinginan. setiap hari kita tak terlepas daripada memerlukan sesuatu. Apa doa kita pada Allah setiap hari? kenapa kita berdoa kepada Allah?
sbb kita lemah.

kita tak mampu nak buat tanpa pertolongan Allah. setiap hari kita doakan parents kita sbb apa?
sbb kita nak sgt dorg masuk syurga dgn kita tapi kita tak tahu adakah kita akan bertemu mereka di akhirat nnt.

kita semua nakkan kebaikan. kita semua nakkan nikmat Allah. Macam dalam surah al-fatihah Kita minta Allah tunjuk jalan yg lurus sama macam org2 yg Allah dah beri nikmat.

siapa org2 yg diberi nikmat nie? kalau rujuk surah an-nisa' ayat 69

"dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul maka mereka itu akan bersama2 dgn org yg diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) para nabi, para pecinta kebenaran (Sidikin), org2 yg mati syahid dan org2 yg soleh"

Allah dah mentioned kat dalam ayat nie, above all nikmat yg kita minta tu nikmat yg paling tinggi adalah derajat2 yg Allah bagi pada golongan2 tu. Tapi kita obviously bukan Nabi, nak jadi org yg Sodik (org yg hati,percakapan dan perbuatannya selari) sgt susah, kita tak tahu adakah kita akan mati syahid, kita tak tahu juga adakah kita org2 yg soleh. Sbb Allah tahu susah bagi kita, so Allah bagi satu guideline. nak jadi org yg mendapat nikmat lebih besar dari semua nikmat2 yg kita doa selalu tu adalah dgn taat pada Allah dan Rasul.
Golongan2 yg Allah bagi nikmat nie for sure akan masuk syurga, dan kalau kita bersama2 dgn mereka bukankah syurga pun guarentee bagi kita. Aku membayangkan bukan hanya bersama di syurga tapi actually bersama jugak di dunia dalam melaksanakan ketaatan kpd Allah. Apa sahaja kebaikan yg kita buat dan usaha yg ikut sunnah percayalah golongan2 di atas juga pernah melakukannya. Apatah lagi kalau sedang melakukan dakwah, sunnah nabi yg terbesar, bukankah ia satu kebangaan bagi kita melalui jalan yg dilalui oleh para Rasul.
 
kalau rujuk surah Maryam ayat 58
"...mereka itulah org yg telah diberi nikmat oleh Allah iaitu...org yg telah Kami beri petunjuk dan telah kami pilih. Apabila dibacakan ayat2 Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka maka mereka tunduk sujud dan menangis" (boleh baca ayat yg lengkap sendiri)
dan rasailah kita nie antara org yg terpilih. Bile Allah dah bagi rasa nikmat kesyumulan islam, nikmat merasai mahukan khalifah kembali di dunia, nikmat tunduk dan patuh hanya pada Allah, kita tak boleh selfish. kita kena sebarkan pada org lain.

Kita kena sentiasa buat suruhan Allah dengan rasa syukur. Barulah ia tidak menjadi beban. Menyampaikan islam adalah beban yg berat, tapi Allah sebenanya dah banyak bagi kemudahan dekat kita utk melaksanakan tugas tu.

Allah bagi kita bumi yg selesa dan mudah utk berjalan di atasnya. Allah jadikan gravity agar kita tak sukar bergerak. Allah jadikan sumber2 rezeki yg kita makan setiap hari tak pernah habis. Allah jadikan perhiasan2 yg cantik seperti bintang, laut, gunung dan matahari terbenam agar kita tak stress. Allah dah sediakan satu tempat yg dah lengkap dengan semua benda, yg kita perlu buat adalah tarbiyyah diri dan dakwah org lain.
Allah tak jadikan semua benda dekat dunia nie utk kita bersuka ria, utk kita makan sepuas2nya, utk kita tido, utk kita study, jadi doktor, jadi engineer, jadi cikgu. Allah suruh kita jadi abid (org yg beribadah) dan khalifah. Ia adalah 'dan' bukan 'atau'. maksudnya kita kena buat dua2 tak boleh tinggal salah satu. kalau kita buat apa yg kita nak dan tinggalkan apa yg kita tak suke maksudnya kita memilah-milahkan Al-quran (tak ambil keseluruhan).

sekarang dah masuk tahun 2014. Masih ramai lagi yg tak tahu kesyumulan islam, ramai org yg nakkan kebaikan tapi tak tahu nak cari di mana, ramai org yg nak berubah tapi keadaan sekeliling tak mengizinkannya. Sangat menyedihkan..kalau baca news mmg rasa sgt segala kesempitan, jenayah yg meningkat dan bencana alam yg terjadi tidak lain tidak bukan merupakan cebisan2 azab2 Allah kepada kita. dan ketahuilah bile kita tak buat apa2 azab lebih besar akan tiba.

*re-reading muntalaq chapter 3&4

Khamis, 2 Januari 2014

no turning back

tgh stay up study past year paper bersama adik yg tersayang tolong key in data untuk final year project. sampai mama tanya

"mimi bagi apa kat adik?"
aku jawab "pahala"

tapi dia yg semangat nak buat. huhuhu.. sampai bile makan betik dia still boleh buat kerja menaip sbb dia left handed. so makan belah kanan menaip belah kiri. siap kata
"kawan2 adik semua jelous dengan adik sbb boleh makan sambil buat kerja"

sebnarnya tak pernah perasaan org left handed ada keupayaan sebegitu rupa..quite amaze.

pastu ayah aku pulak beli buku pasa freemason, dajal, yahudi. pastu baca buku tu dekat mak aku. sampai mak aku lari tak nak dengar lagi dah lecture abah. yelah, pada mulanya mak aku yg tanya2 buku tu pasal apa. kitorg semua dah tahu yg movie, economy, social bak kata semua lah dah pun dikuasai oleh kebatilan yg tersusun nie.

pastu tadi ada terbaca paper online dekat metro rasanya ada sorg lelaki nie dia buat pembedahan tukar jantina. mmg tukar semua even dia punyer kemaluan pun. pastu dia kata dia menyesal sekarang. masa aku baca tu kan aku rasa bulu roma aku naik. aku membayangkan diri aku yg buat pembedahan tu and bile aku dah menyesal there is no turning back.

pastu masa tadabbur AQ terbaca ayat 44 surah Ibrahim

" dan berilah peringatan ketika manusia pada hari azab datang kepada mereka, maka org yg zalim berkata,
'Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan kembali ke dunia walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul2' kepada mereka dikatakan ' bukankah dahulu di dunia kamu telah bersumpah bahawa sekali2 kamu tidak akan binasa?"

masa baca ayat nie mmg dapat bayang kan penyesalan org2 yg nak kembali ke dunia tu (boleh jadi diri sendiri nnt, mintak dijauhkan) tapi there is no turning back. Nothing.

pernah terbaca dekat tumblr org post, salah satu cara untuk muhasabah diri adalah membayangkan kita adalah salah seorg yg akan minta ke dunia tu kembali dan bayangkan Allah bagi untuk pulang dan kita sedang berada di dunia sekarang dan buat lah amalan sehabis baik supaya kita tak pulang kepada Allah sebagai seorg yg menyesal.

Rabu, 1 Januari 2014

Tahun baru 2014


Bimillah

pejam celik, sekejap je tahun 2013 meninggalkan kita dan percayalah 2014 nie pun akan meninggalkan kita dengan sekelip mata. Bukan kah dalam Al-Quran Allah menceritakan

" pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu mereka merasa seolah2 hanya tinggal di dunia pada waktu petang atau pagi hari" (79:46)

bayangkan seseorg itu boleh jadi hidup selama 100 tahun tapi bila di padang mahsyar nnt dia hanya merasakan hanya hidup di dunia selama beberapa jam. sbb waktu menuggu di padang mahsyar nnt lebih lama dan lebih menyeksakan. Kita tak tahu berapa lama kita harus tunggu di padang mahsyar sampai kita berjumpa Allah dan dihakimi. 

apa pun yg kita buat dan usahakan semalam, don't forget kita boleh buat lebih baik today.  



 p/s: examination week!