Rabu, 10 Disember 2014

Freelance

Well ada satu cerita aku nak khabaq ni.

tapi tak sempat nak taip and nak cerita. tapi insya Allah mmg nak share.

let the picture speak for itself

Aku dah tak kerja kat earnpages.com
skrg ni aku join job di rumah. Serius nnt aku cerita..
ini kerja online aku yg pertama diterima.

moga Allah tunjuk yang terbaik.
Amin~~




Jumaat, 21 November 2014

Khamis, 20 November 2014

Ahad, 9 November 2014

stay or loose


Allah memilih kita  untuk faham islam dan bawa islam kepada orang lain dan akhirnya kita yang memilih sama ada mahu kekal atau tidak dalam jalan ni dengan mujahadah diri.  


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang beriman. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (9:16)

You stay or you loose, you choose 

(T.T)

Rabu, 5 November 2014

Ahad, 2 November 2014

Watching documentary


Malam ni saja nak tengok dokumentari. Ada banyak dokumentari dalam hard disk tapi tak sempat nak tengok. Nak tambah pengetahuan. Yelah, aku ni dah lah pemalas nak membaca tapi banyak jugak tak tahu..so solution tengah2 is menonton dokumentari.

Well dokumentari ni basically pasal Kerajaan Nabi Daud n Nabi Sulaiman. Dorang ni keep nak cari bukti betul ke 2 org Nabi ni wujud? and kalau wujud ape bukti? Zaman Nabi Sulaiman ni kan UA (Ustaziatul alam) org Bani Israel. That's why dorg keep agungkan mereka and keep nak cari temple of solomon y dorg claim ada kat bawah baitu maqdis. kalau baca dlm AQ pun istana Nabi Sulaiman ni digambarkan dengan sangat hebat. Tapi takde jumpa bukti istana ni wujud (But who cares...).

BTW

Aku dah start kerja kat tempat lain yang aku mmg niat nak belajar banyak tentang bisnes.
Bos nya pun mmg sgt2 banyak mengajar aku ciri2 org yang berjaya.

Aku ada baca dalam satu buku

Menjadi hebat bukan satu pilihan sbb semua penghuni syurga adalah hebat

Senang citer dia sangat obses dengan kerja dia. Aku keep terfikir adakah aku dah cukup obses dgn DNT?
And ada satu hari bos panggil kitorg kat bilik meeting. Tapi aku dgn confident yakin yang aku dah buat yg terbaik. lagi2 hari tu ada satu sale yang bernilai RM200.

Tapi apa yang terjadi sebaliknya. Dia kata "mengecewakan" sepatutnya boleh dapat 2 kali ganda.

Masa tu aku terfikir macam mana agaknya nnt dekat akhirat kita sangka kita dah buat yang terbaik tapi rupanya tak...Sedih wo... Rasa macam konon2 dah buat kerja tapi...

And perasan yang bos ni buat kerja laju (giler).. tapi sbnrnya bukan dia laju, aku yang lembab. Ntah lah bile refleks kerja dalam DNT pun lembab. x efficient. Masa kita tak banyak tapi buat kerja tak muntij.

Ramai org tak nak buat kerja membina org sbb kerja ni susah, lambat dan leceh that's why org lebih suka buat kerja kemasyarakatan sbb kita sentuh je pastu can let go or bagi je pengisian ikut bahan/ modul. Kerja kemasyarakatan akan tambah quantiti tapi akhirnya quantiti tu hanya tambah beban sbb org2nya tak faham.


Ahad, 14 September 2014

tarbiyyah will bring out the best of you


Alhamdulillah...

kerana Allah masih meilih diri ini dalam jalan DnT.

beberapa minggu kebelakangan ni aku keep menangis, sbb terlalu banyak peristiwa berlaku.

First is that, aku dah pun berhenti kerja tadika. aku berhenti sbb terlalu banyak benda tak settle time aku kerja. Adik usrah aku datang rumah pun aku tak sempat nak muayasha dia menyebabkan aku nangis balik kerja yang memang nangis. tak tau macam mana nak describe. sbb aku keep terfikir "Ya Allah banyak nya belengu dunia yang harus dihadapi" bila balik kerja pun dah tak larat nak buat ape2, sbb penat. so planning adik2 pending, kerja rumah tak buat, dgn akhwat pun tak sempat nak bertegur sapa. seriusly mmg teruk.

Second is that, seorg akhwat kahfi ayahnya meninggal dunia yang menyebabkan dia terpaksa balik kampung untuk jaga mak nya. This seriously bagi impak yang besar pada aku. sbb aku rapat dgn dia and kitorg banyak jaulah bersama, satu usrah kot. Tetibe Allah ambil dia. Menyebabkan aku stress. Memang Allah uji lah kita buat dakwah ni kenapa and bila? adakah waktu kita senang je? adakah waktu kita gembira je. adakah waktu kita ada duit je? time kita dgn akhwat je ke?
antara ramai2 akhwat kahfi yang tak pernah lagi diuji hanya aku seorg..orang lain semua pernah diuji dgn masalah family. Allah tahu aku tak mampu lagi.
so bila akhwat ni dah balik kampung barulah aku sedar yang aku tak boleh depend on dia lagi sbb b4 ni dia yang banyak fikir tentang adik2.
Mungkin Allah tahu yang aku takkan mungkin akan meningkat dalam tarbiyyah dgn dia ada di sisi. Dia juga diuji dgn hebat di kampung.

ntah la...keep thinking why Allah choose me in this path?
benda yang aku keep terfikirkan beberapa hari ni...

and aku mendapat satu jawapan (tak tau lah betul atau tak)
Orang2 yang Allah pilih dalam jalan ni mungkin boleh jadi tak hebat mana pun. kalau nak diikutkan ada ramai lagi orang yang hebat2 belaka kat dunia ni. tapi Allah nak tarbiyyah kita jadi hebat..
tarbiyyah jadi sibghahNya macam dalam AQ 2:138. tapi hanya orang yang bertahan je yang akhirnya akan jadi hebat & menang.
hu.....tak tau masih akan dipilih atau tak dlm jalan ni pada masa hadapan T.T

Khamis, 7 Ogos 2014

tadika today

I hate to admit this, but I'm feeling quite happy working at the tadika today. I really was considering to quite. Alhamdulillah aku keep cakap dalam hati "come on give it a week chance" Tapi sebenarnya aku tau, it was all me. I mean the negativity was all from me. kalau aku stop tadika ni dgn tak sampai beberapa hari aku kerja, cari lah kerja lain pun mesti tak tahan lama kalau dgn mentaliti yg aku ada ni.

Hari isnin lepas aku gi jalan2 kat tesco kajang, saja nak tgk mane2 kerja kosong yang mungkin boleh offer aku better time and payment. Rupanya baru aku tau kerja dekat tadika tu bg aku gaji lagi tinggi and working time yang tak berapa banyak. Sbb bile aku jalan2 dekat tesco tu semua yg offer kerja mesti kerja full time iaitu setiap hari and waktu kerja dari 9.30 pagi sampai 10 malam. And bos kat tadika ni sgt2 lah baik. Seriusly, bile dgr org lain punyer cerita pasal bos semuanya tak sebaik bos aku.

But this does not mean I wanted to work as a kindergarten teacher for long.

Today I was looking at the blue sky again and feeling all sad because I was blocked by this gate at the kindergarten wanted badly to go out and enjoy the freedom. And a few hours later I was outside searching for burger bakar abang burn and I didn’t know what to feel. I mean a few hours before I wanted so badly to go out and when I was already out I felt nothing.


Insya Allah, dah ada projek mega untuk menjayakan business aku sendiri and beberapa perkara in my mind.

today's story:

it wasn't easy to teach little children about roh islam. hari ni dalam sesi story telling aku bercerita tentang burung yang cuba membantu Nabi Ibrahim A.S ketika baginda dibakar oleh kaumnya. bila ditanya kepada burung tersebut kenapa nak cuba padam api dgn air yg sikit sbb obviously takkan padam pun api tu, burung tu menjawab "ini usaha aku supaya aku boleh menjawab di depan Allah" 

nak tunjuk pada 4 years old ni yang walaupun mereka nampak diri mereka tak significant sbb kecil lagi tapi sebenarnya di depan Allah sgt2 significant. teringat kisah kaum yang buat dakwah pada kaum tsabat yang pabila ditanya kenapa nak ajak mereka2 yang confirm2 akan diazab Allah? jwapan daie ni adalah "supaya ada alasan di hadapan Allah n supaya mereka bertakwa"
It is about hope and love to the ummah. <3




  

Rabu, 23 Julai 2014

iktikaf


first night iktikaf kat masjid. just something to read before I sleep. buku ni aku beli saat aku rasa down sgt. sbb tahu Dr muhaya ni sgt positif.

and tadi after terawih sgt terkesan dgn tazkirah omar, dia kata

"sesiapa yg masih belum bersungguh2 dalam bulan ramadhan ni ketahuilah Allah itu tidak mati dan Maha Hidup. pintu rahmatnya sentiasa terbuka. even bulan ramdhan ni dah habis."

and dia share jugak doa dia pada Allah

"ya Allah aku deserve api neraka, tapi aku mohon syurga Mu..."

I cried realizing that I have not do my best yet in this ramadhan..

Khamis, 17 Julai 2014

i force myself to write something 4


2 hari lepas sebelum aku start jadi teacher di tadika little caliph, aku gi temankan akhwat R and K pergi jalan tar. kononnya nak habiskan waktu free sebelum diperah keringat secara kaw2.



okay, tak jugak actually macam tak rancang pun nak gi jalan tar. tapi sebab voucher buku aku tak habis lagi so, aku pun rancang nak gi fajar ilmu baru sbb buku kat situ banyak and lebih murah. and another reason is that aku stress sbb aku tak tau keputusan aku menjadi teacher di tadika tu is a right decision atau tak. akhwat R and K kata nak berbuka di masjid KLCC. aku fikir why not travel sikit. aku kalau stress aku akan lari gi mana2. konon2 nak tenangkan jiwa. tapi actually it is not really good sbb aku seolah2 lari daripada berfikir solution. bila dah penat travel aku akan tido so tak sempat pun lah nak fikir.

kenapa aku stress dgn pilihan aku sbb actually kerjanya sgt memakan masa aku. bayangkan kerja dari 7.30 pagi sampai 6.30 ptg dgn bayaran RM950 utk 3 bulan percubaan. baru hari ni aku tahu yang ada sorg pekerja kerja half day. maksudnya dari 7.30 pg to 2 p.m dgn bayaran gaji RM750. aku rasa nak mohonlah macam tu. sbb at least boleh balik awal and buat benda lain. which is more to Dnt and matlamat masa depan aku. so aku start rasa stress bila kitorg tgh rancang nak berjaulah, selama beberapa hari after raya, tapi aku dah start kerja. so disebabkan aku, jaulah terpaksa dipendekkan. padahal before ni mmg beriya tak nak kerja sbb tahu akan jadi macam nie. akan effect plan tarbiyyah. kalau ikut kan hati mmg tak nak kerja. tapi mcam mana, duit takde, modal nak berniaga pun takde, so terpaksa juga kerja sementara so that boleh tampung sewa rumah, bayaran kereta and hutang mara. aku tak nak susahkan parents & org lain. seorg daie kena berdikari, salah satu ciri muasafat tarbiyyah.

bukan perkara mudah nak keluar dari comfort zone. nak buat sesuatu yang tak pernah dibuat dek org. sgt ramai org tak support and tak percaya sbb tahu ramai daie larut dek kesibukan kerja dan kilauan harta dunia. tapi sebenarnya harapan diri nie sgt besar, walaupun bila difikirkan balik "mampukah aku?" selalu sgt rasa was2 and nak turn back.

aku mempunyai impian nak all out dalam DnT nie dgn tidak diganggu oleh kesibukan kerja dunia (kerja under org), and membantu akhwat lain untuk boleh all out dlm DnT juga. dan passive income yang banyak so that aku boleh buat and sumbang lebih to the world. Satu impian yang besar, tapi selalu rasa down bila go into the reality.

That's why bila pergi fajar ilmu baru beli buku DR muhaya. sgt suka dgn aura positif dia. even just baca buku boleh terngiang suara dia yang lembut. walaupun tahu sebenarnya dia sendiri pasti dah lalui jalan yang panjang utk jadi macam tu, sbb she was not like that before.

to be continued...

Rabu, 16 Julai 2014

will be starting to work

Aku mohon kerja sebagai guru tadika kat bangi.

macam2 benda bermain di fikiran.

moga Allah permudahkan...

Isnin, 7 Julai 2014

i force myself to write something 3

final year dah pun tamat, Alhamdulillah.

now what?

a month and a few weeks nie so many things happen. Tak tau macam mana nak luahkan.

Honestly, I'm in a bit lost.

I know what I want although I'm still struggling to make it clear, but I don't know how.

takpelah, aku start dgn kisah aku buat usrah gabungan dgn seorg ukhti gi satu rumah anak yatim and buat recap surah al-maun. Dah lama dah nak buat, tapi sibuk kan..so bila dah cuti and adik2 usrah pun ramai balik kampung so ape salahnya buat something yg practical.

Seriously, it is highly recommended to go out and see the reality sometimes. My murobbi always said usrah is not just sit down in a circle. we need to be more creative. Do something odd sometimes.

kitorg pergi ke rumah anak2 yatim tu tanpa buat appointment pun just nak datang tgk. sedih sgt tgk budak2 tu. tak tau lah rasa sayu. long story short, before kitorg minta diri kitorg borak dgn sorg ibu tunggal yang duduk dekat rumah anak yatim tu and dia kata

" bulan ramadhan dah nak dekat nie, mesti ada banyak jemputan untuk makan2. padahal bukan itu yang kami kurang. Orang selalu ingat rumah anak2 yatim kurang makan. Takde siapa yang nak ambil berat atau inisiatif untuk tahu apa yang sebenar2nya diperlukan oleh kami. sebab semua sibuk dengan hidup sendiri kan?"

so kitorg pun tanya
"bagi mak cik apa yang paling penting yang diperlukan di rumah ni?"

mak cik tu jawab
"pendidikan"

kami pun angguk faham

"sebenarnya kalau tgk betul2 anak2 yatim nie motivasi nak belajar pun takde, ada je kadang2 cikgu2 yang volunteer datang ajar tapi berapa kerat je yang betul2 nak belajar. And biasalah kan cikgu2 volunteer nie pula datang bila free je sbb tak dibayar" mak cik tu sambung.

bagi aku experience ni sgt berharga. setiap org dari kitorg dapat ibrah yang berbeza. after tu kitorg gi solat dekat masjid yang berdekatan dan usrah dekat masjid tu.

beberapa hari before tu, kitorg dapat taujihat dr seorg ustaz.

katanya macam mana sepatutnya seorg daie tu berfikir.

contohnya kalau ada seseorg datang minta sedekah. kita selalu akan ada skeptic thinking tak yahlah bagi entah2 sindiket. akan ada satu lagi pemikiran "bagi jelah, tak kisah lah sindiket atau tak dapat pahala kan?"

ustaz tu kata pemikiran kedua adalah pemikiran selfish. sbb apa? sbb dia malas nak fikir asalkan dia dapat kebaikan. dia tak menyelesaikan masalah. asalkan tanggungjawab dia selesai. seorang daie tak boleh selfish.
seorg daie perlu sentiasa fikirkan solution yang paling effective untuk umat.

benda ni banyak membuatkan aku terfikir. patutlah kita kena ajak org lain juga untuk faham islam. sbb kalau kita faham islam and tak sebarkan kepada orang lain maknanya kita selfish.

contoh lain pula, berapa ramai jutawan2 dunia yang infaqkan duit utk org2 miskin tanpa fikirkan apa solution yang paling effective untuk cure masalah kemiskinan sbb fikir aku dah buat part aku dengan bagi sedekah bukan ke dapat pahala jugak? Ini juga adalah selfish tanpa disedari.

sekarang nie bila aku gi masjid nampak tabung aku akan fikir dulu, ke mana duit dalam tabung ni akan digunakan? adakah ia digunakan untuk selesaikan masalah umat atau mencantikan masjid atau menjadi makanan orang2 yang sentiasa sudah kenyang. yelah, haritu ada org yg mmg betul2 perlukan duit dipenjarakan hanya sbb ambil duit masjid rm2.

ya Allah, banyak lagi kerja yang perlu dilakukan.

to be continued....


Khamis, 3 Julai 2014

this ramadhan

I started with not so good momentum, but I really hope that Allah will give me a good energy to end this ramadhan with flying colors..

i force myself to write something 2

Alhamdulillah,

well I still wanted to write what I felt after I my last paper.

I finished my last paper almost half an hour early. I could go out if I wanted too. But I was too scared to go out. Why?

Because I remembered in the last usrah my murobbi shared one ayat from surah at-taubah ayat 75-77

Dan diantara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah, “Sesungguhnya jika Allah memberikan sebagian karuniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang shaleh.”
Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebagian dari karuniaNya, mereka kikir dengan karunia itu dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran). 
Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, karena mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepadaNya dan (juga) mereka selalu berdusta. 

masa tu aku mmg dah nak menangis sbb lepas ni dah takde alasan dah untuk tidak laju dalam jalan nie. kalau before ni aku boleh bagi alasan final year, or final year project or degree. skrg semua tu Allah dah pun hilangkan, penghadang yg konon2 melambat kan dnt diri Allah dah bantu hilangkan. T.T

and before habis final year keep nak cepat2 habis. tak sabar2 nak habis. sbb janji if final year dah over I can do so many things and think about so many things for DnT. Janji macam2 dgn Allah n diri sendiri. kalau tak laksanakan mmg obvious ada ciri2 org yg munafiq tu..

to be continued.....




Selasa, 1 Julai 2014

i force myself to write something

ever since I finished my last exam I wanted to wrote something here. Too many things.
Too many needed to be spilled out.
But I kept procrastinate. and here I am a month and one week extra after my last paper.
Alhamdulillah, I pass my degree with Honor. No words to explain. None of it was me. It was all from Allah. I did not want to take any credit from it, because I thought I was going to be screwed.

Next, all of us (kahfian) move out from kahfi (our house name) and move into a new kahfi. my parents freak out knowing that I wanted to start a business. Alhamdulillah, that was the story of a few weeks ago. Now, they seem to be soften by my determination. however they give me one year. If my business is not okay they force me to find some job to do. (insya Allah one year is enough to prove it)

I still remember the following day after my exam I was sitting in the computer room in the engineering building and I was looking at the sky.



It was ocean blue and beautiful. Suddenly I nearly burst into tears. Because at that time I was thinking

"what am I still doing here?"

I wanted to see the sky from other places. Probably could be the same thing I'm seeing from here but the feeling is different. I wanted to travel. I wanted to be all over places in the world. I wanted to be free. I wanted more time to do what I wanted.

Well, probably one day. Probably in Jannah. But I still put those dreams in my 101 wishlist to do.

*well this was just random thoughts. I know that this path (dakwah n tarbiyyah) is shaping me to be free from being selfish and think what is more muntij to do right now.

*nantikan post seterusnya.......

Sabtu, 24 Mei 2014

last exam!

i don't know what to feel.

ya Allah make it easy for us.

yang penting bukan exam nie pun, tapi WHAT IS NEXT?

Ahad, 18 Mei 2014

during 10 minutes of break

aku dah jumpa cara study yg effective, tapi tak tau lah kalau nie applicable kepada aku sahaja.

final sem of final year baru aku jumpa cara study yg okay  =.="

aku nie jenis yg senang distracted and sgt susah nak focus. maybe sbb banyak dosa.

so aku dah berazam kali nie mmg nak buat betul2. so aku pun try lah untuk buat 30 minutes study pastu 10 minutes break. disebabkan aku senang distracted nak ingat kan diri sendiri yg kena focus, aku letak timer kat depan aku. so that bila aku rasa nak buat benda lain aku ternampak timer tak habis lagi 30 minutes, aku kena tunggu break baru boleh buat benda lain. timer aku nie, habis je 30 minutes akan berbunyi menandakan aku boleh berehat. and disebabkan nak habiskan tilawah &tadabbur aku pun target every time break je mesti kena baca at least 10 ayat AQ, kalau lebih lagi bagus. so kalau belajar 2 jam, akan ada 4 break, 40 ayat at least aku akan habis baca. hehehe.. alhamdulillah, for now that seems work.

hope this help to those yg tgh exam.

let the past be the past

ice age 2


kita selalu bersedih dengan perkara yg dah berlaku dan khawatir dengan masa depan.

"barang siapa yang mengikuti petunjuk Ku nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (2:38)

Jumaat, 16 Mei 2014

I miss my mama

padahal baru je jumpe semalam.

baca blog ramai org yg diuji begitu hebat, ada yg parents sakit, ada yg parent dah 'pergi'

I can't imagine if it is me..

Selalu tertanya2 "Ya Allah, kau dah bagi rasa sayang ni pada family dalam hati aku, kenapa kau pisahkan kami?" I mean kita tak boleh jumpa setiap hari. Parents kena kerja keras cari duit, anak2 kena pergi belajar. habis belajar kena kerja, pastu kahwin.

okay aku tak persoalkan and rebel. aku sedang cuba utk reda, tapi yelah kita kena berfikir y? mesti ada sebab. And I know reasonnya mesti reasonable.

ingat lagi sampai je rumah hari selasa tu, mama kata " kenapa lama tak balik, mama rindu tau" OMG, sebaknya tak tau nak cakap macam mana.

pastu mama siap post status dekat fb yg dia gembira aku balik. betul lah parents just nak anak dia ada depan mata.

*I'm crying while typing this* cannot continue..

moga Allah permudahkan esok jawab exam.


Khamis, 15 Mei 2014

exam!! kill this exam..

skrg tgh study..yeah..obviously..ya Allah rasa terkapai2 sgt nie. makin nak habis degree makin teruk rasanya diri nie. mmg semua kekuatan hanya dari Allah.. moga Allah tetap akan memilih diri ini untuk terus tsabat dalam jalan nie. walaupun kalau tgk diri sendiri selalu tertanya2 "ya Allah apa agaknya kritiria org2 yg dipilih ni?" sbb aku rasa aku tak layak langsung utk terus berada di jalan DnT nie. tapi tak nak Allah memilih org lain. tannak Allah mengantikan dengan org lain. T.T 
kalau tak buat betul2 dan sungguh2 Allah boleh je hired org lain. (T.T) 1000x...

pape pun terasa sgt stress sbb esok ada exam. and while studying found this caption. " Are microbes out of this world?"  


Well what I know for sure is; we are.

We are from jannah!

another funny things I found while searching: 'how to study last minutes' through Google.

I know, how pathetic is is right?! but see how this blog is so positive in giving support.
Thanks bro!



Sabtu, 10 Mei 2014

A cup of coffee beside the lake

Alhamdulillah... Struggling now for thesis. A quick break beside the lake. Wish in jannah I can have this moment forever.

Ahad, 4 Mei 2014

Baru balik MMM 2014

Fuh...mmg seriously penat hadiri seminar millionaire marketing mastery 2014 by Richworks under Dr. Azizan Osman. Balik rumah je terus kena buat final year project sbb jumaat ni dah nak present.
Counting days before free from gengaman uni~~

19 days. Biiznillah...

Doakan mama, Abah n Ajim dapat pergi imkk jun ni.. Dapat 3 ticket free utk semua y hadiri MMM 2014.

Selasa, 29 April 2014

doing coursework in the middle of the night

rabu nie kena hantar coursework 1000 words so bile dah tak larat nak baca journals or website minta software yg bacakan. walaupun kadang2 sebutannya aneh sekali. you guys can download it too..


Jumaat, 11 April 2014

istiqamah dan harapan

sapa pernah baca dan dapat taujihat hadis ke empat imam nawawi

pagi nie recap dalam usrah dan satu benda yg tersentuh adalah pada bahagian akhir hadis nie.


Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.       

bahagian pertama tu ibrah yg kita boleh dapat adalah istiqamah. sbb ramai org boleh buat kebaikan or start buat kebaikan tapi sgt sedikit org yg mampu utk istiqamah. utk tetap berdiri mengatakan Tuhan aku adalah Allah even dalam apa situasi pun. sbb ada org yg dah buat kebaikan whole his life sampailah one point buat kejahatan sbb tak tahan. sikit je lagi nak dapat syurga tu tapi sbb buat kerja half way tak dapat syurga.



bahagian satu lagi adalah HARAPAN utk para pendosa. Aku mmg perasan dalam Al-quran Allah selalu sgt bagi harapan, expand our mind. cuba bayangkan surah at-taubah adalah surah yg tak de bismillah tapi nama dia At-taubah and sebanyak 66 kali Allah ulang perkataan taubat dalam surah tu. sebenarnya dalam surah tu Allah nak bagitau munafiq macam mana pun seseorg tu kalau dia bertaubat Allah terima.

and macam mana Allah keep cakap yg Al-quran ni adalah petunjuk kepada seluruh alam padahal rasulullah masa tu still kat mekah kot, org mekah sendiri tak nak terima islam macam mana nak sebarkan ke seluruh alam? dengan penindasan dan penyeksaan lagi. sesuatu benda yg tak logik. macam sekarang kita cakap satu hari nnt islam akan memegang tampuk pemerintahan dunia, tapi kalau tgk sekarang org islam di mana2 di tindas dan sgt mundur. sesuatu benda yg kita hampir2 tak percaya. Tapi Allah bagi HOPE. Allah kata akan terjadi.


Selasa, 1 April 2014

rasai lah ibadahmu

aku pernah terbaca dalam satu blog, kebanyakkan daie ada problem hilang rasa ibadah pada permulaan membawa halaqah atau certain point dalam tarbiyyah. and penulis blog tu kata "tahniah kerana anda dah pun meningkat ke satu lagi level yg baru dalam tarbiyyah"

so aku keep thinking, ape maksudnya? bukankah ia satu perkara yg menyedihkan, kenapa meningkat pulak? Then Allah memberi ilham pada aku.

masihkah kita ingat pada permulaan kita mendapat tarbiyyah dan hidayah buat sikit je (solat sunat, tadabbur AQ,zikir) terus rasa, terus menangis, terus rasa Allah tu Maha Sweet dan sebagainya. tapi as time goes by, kita makin immune, kadang2 ayat2 quran tak menyentuh pun hati kita. kadang2 after buat dosa kita tak boleh nangis pun untuk bertaubat, kadang2 kita rasa malas nak buat semua benda, kadang2 rasa menyampah gile dengan akhwat A,b dan C. Here is the reason: the higher u get in this path u need to do more in order to FEEL. ya, kita dah tak boleh lah buat ibadah macam time kita tak pegang halaqah, kita kena tingkatkan ibadah kita sbb kita nak bawa org lain kepada Allah. So hubungan kita dengan Allah pun mesti kuat.

And know one thing, the essence of ibadah is DOA.

Kita ni sangat lemah. bayangkan rasa dalam hati kita sendiri pun kita tak boleh control. that's why setiap masa minta pada Allah untuk RASA kita nie sedang beribadah.

and bile semua benda nie tak jalan jugak mintalah hati yg baru, dan usaha untuk rasa along the way sbb Allah tak tanya "kau Rasa tak buat ibadah sekian2?" Allah tanya "kau usaha tak untuk Rasa?"

Ahad, 30 Mac 2014

rehlah bertemakan jihad


last two weeks baru je jaulah gi perak. alhamdulillah this week pula baru je balik dari jaulah dan rehlah di  kelantan.

rasa sgt best and boosted sbb dari jaulah ke perak tu lagi I felt something.
masa tgh dgr lagu "indahnya jika kita dapat bersama hidup selalu gembira di dunia ini. lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup selalu gembira di akhirat sana..." (tak ingat tajuk lagu n siapa yg nyanyi)

masa tu terdetik dalam hati "haah lah, everything i have and happen now is temporary"

yg kita mahukan saat gembira bukanlah di dunia sgt tapi di akhirat sana. setiap penat lelah, air mata, peluh, luka semuanya sementara. semuanya untuk akhirat sana.

then bila gi rehlah nie pun mmg compliment sgt dgn apa yg aku rasa.

aku ngaku aku hampir pengsan after buat aktiviti lumba berjalan. sbb oksigen tak sampai ke otak. masa tu aku mmg rasalah sedikit apa yg rasulullah rasa masa pergi ke taif bersama zaid bin harithah untuk sebarkan dakwah. and macam mana rasulullah terpaksa berlari dari taif sbb semua org keep baling batu ke arah dia. mesti rasulullah fit kan? sbb aku jalan je kot, panas pun panas khatulistiwa je kot bukan panas gurun and aku pakai kasut kot. I'm not fit enough.

petang tu dapat pengisian pasal jihad. masa nie mmg dush2 kat muka, hidung, perut semualah..

resolusi aku after rehlah nie adalah tidak berlengah2 lagi. sbb teringat Dr. Azizan kata FAST ACTION FAST RESULT! rupanya benda tu ada dalil iaitu 23:61 "mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya"

mmg reflek sbb kebanyakan tugas2 yg diberi oleh kakak2 aku selalu delay and buat lambat2 dan akhirnya tak siap pun. Bila baca kisah sahabat atau dgr kisah ikhwan rasa macam senang je kan Allah nak bagi dorg syahid. formula dia senang BERSEGERA. don't delay like bani israel yg bila nabi musa suruh sembelih seekor kambing mereka banyak bertanya2 padahal sebenarnya tannak buat pun. (boleh baca surah al-baqarah)

Selasa, 11 Mac 2014

let it go first.

minggu lepas merupakan saat homesick aku yg paling tinggi gara2 status facebook mama yg berbunyi


nangis kot baca status nie sbb sebulan lebih jugaklah aku tak balik and everytime tak balik aku bagi alasan nak buat final year project.

pastu bile watsapp dgn ajim pun, dia kata bulan 6 nnt baru balik rumah. aku dah macam "eh biar betul?" kalau aku sendiri mmg tak tahan ar. perkara ni membuatkan aku banyak berfikir. so aku reply watsapp tu dgn kata "banyakan bersabar, lagi pun kita nak bersama di syurga bukan di sini".

after reply tu aku nangis sbb aku tak tau betul ke ikhlas apa yg aku tulis tu. and aku tahu syurga tu akan menuntut banyak pengorbanan dari aku.

so aku nak dapat semangat aku pun search lah pasal pemuda2 yg syahid, ibu2 yg hebat dekat palestine.

ada satu kisah nie pasal ummu nidhal yg tak kisah menginfak kan anak2 dia fi sabilillah. so aku macam "wow!"
aku pun nak jugak ada family yg macam tu. so aku reflect balik, agak2 nya mak aku akan reda tak aku syahid? sbb apa? sbb ada bnyk lagi hak dia yg aku tak tunaikan. apa yg perlu aku buat sampai time aku syahid tu dia rela melepaskan aku?

bila fikir2 bile je masa kita nak spend time dgn family yg betul2 kualiti kalau bukan di syurga? dekat dunia nie after grad kita nak kena kerja, kahwin, dan so on...the list will not ended. ntah2 bila kita dah settle down dah ada kerja yg stable, mereka dah pun pergi meninggalkan kita..

hectic


starting to feel the warmness of final year!

Khamis, 20 Februari 2014

law of attraction

pernah dengar tak law of attraction?

minggu lepas aku pergi seminar Dr. Azizan, tajuk dia Bangkit 2014 secara free kalau bawak 2 org bersama.

AKu pun tak tau kenapa aku setuju dengan ajakan k.Tiqah. pada mulanya saja2 je setuju. and nak pergi pun rasa tak ikhlas je (sama macam b4 pergi sarawak tu). tapi aku tahu mesti ada sebab Allah bagi aku pergi.

by the end of the seminar Dr. Azizan suruh kitorg tulis satu matlamat kita setahun akan datang. pada mulanya aku tak nak tulis, sbb aku malas nak fikir. pastu Dr. Azizan suruh jugak tulis so aku pun fikirlah benda yg aku paling nak selesaikan dalam hal isu kewangan. After dah tulis tu Dr. Azizan suruh cakap apa yg aku dah tulis.

"mestilah taaak, malu kot nak sebut kuat2. ini kan kita punya impian"

tapi aku still cakap cume mulut berkumat kamit supaya org sebelah tak dengar.

"cakap pun macam tak makan je..macam bisik2 je. Macam tak nak je impian tu..." Dr. Azizan kata.

"Saya nak kamu cakap kuat2. Cakap macam kamu nak benda tu"

dengarlah suara hadirin cuba untuk mengespresikan impian masing2.

"saya tak dengar!" Dr. Azizan still tak puas hati.

"Saya nak kamu semua pejam mata and bayangkan yg kamu dah dapat dah benda tu, apa perasaan kamu? siapa yg kamu nak berada di sisi kamu semasa kamu dah berjaya dapat apa yg kamu impikan? bayangkan harini adalah setahun akan datang."

tapi still suara yg kedengaran sayup2 mengatakan impian mereka, termasuklah aku.

"Kenapa kamu still tannak cakap? Apa kamu ingat Allah tu kedekut sgt ke nak bagi apa yg kamu doakan tu?"

Masa nie zaaaasss...
And aku tersedar "haah lah apa yg aku malukan sgt, apa yg aku takutkan sgt..aku NAK apa yg aku tulis nie"

masa tulah aku reflek balik macam mana cara aku doa selama nie. patutlah hidup aku sedih je, rupanya cara aku mintak pun menyedihkan. macam nak tak nak je apa yg aku minta, doa macam caca marba. kalau kita berdoa kan kita kena yakin Allah akan makbulkan doa kita, hanya dia sahaja chance yg kita ada, kalau minta syurga kepada Allah kita kena rasa kita menghirup udara syurga, minum air susunya, seolah2 kita dah ada di sana. kalau minta dijauhkan neraka rasakan api mambakar kulit kita dan kita sedang berlari menjauhinya. tapi betapa Pemurahnya Allah ni, doa yg ntah pape tu pun Allah still makbulkan. Allah still dengar. sedih...sedih....

oh, kalau nak tau pasal law of attraction boleh lah google..hehehe..



dengan kenderaan aku menjelajah

ok.. not really funny, saja ambil tajuk dengan basikal aku menjelajah. huhu..

beberapa minggu lepas aku tengok summary dokumentari ni dengan basikal aku menjelajah seriously sgt BEST and kagum dengan Zahariz nie. tak habis pun lagi tengok keseluruhan dokumentari tapi mmg dapat banyak benda. dia kata tujuan utama dia menjelajah ke artik tu adalah untuk tengok aurora. Di samping tu dia nak cari jawapan kepada persoalan2 yg bermain dalam fikiran dia.

mmg betul sgt, when you have too many things playing in your mind you certainly need to travel and if possible alone. sbb aritu aku travel gi sarawak nak gi majlis perkahwinan adik usrah aku, sgt banyak benda yg aku reflek. especially when you are alone and no one to talk too you definitely need to think about the past, about the future, about yourself.

and dia nak buat lagi satu dokumentari..wahhh..tak sabar nak tengok.
you guys can follow the updates here

end of poverty?

hari nie kelas habis agak awal.
selalunya msti akan ada kelas sampai 5 or 6 ptg. tapi sbb aku nak drop satu module nie aku tak pergi lah kelas tu.
so aku gilah library tgk CD2 yg best utk ditengok..padahal banyak lain kerja lain yg oleh diselesaikan..
tgklah satu CD tajuk dia "the end of poverty?" documentary.

disebabkan movie nya 1 hour something so aku pun tgk lah trailernya dekat youtube.
mmg sgt2 menyayat hati. bile tengok org2 yg miskin tu semua. even kita tak tahu pun dia islam ke tak, kita tahu yg dorg nie deserve better if only islam is ustaziatul alam (UA).

dunia akan keep jadi macam nie if we don't do anything and just sit around studying in our universities tak hirau pun dunia luar. sgt2 sedih and takut sbb dorg nie semua akan tanya and tuntut dekat kita kenapa tak jalankan tanggungjawab as a muslim tu. T.T

Isnin, 10 Februari 2014

Nabi yusuf as a role model

beberapa hari lepas semasa mukhayyam aku mentadabbur surah yusuf ayat 100 yg berbunyi.

Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgasana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: "Wahai ayahku inilah ta'bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

bile baca ayat nie rasa sgt kagum dengan Nabi Yusuf. No wonder Allah mentioned pada awal surah yg kisah nie adalah kisah terbaik. setiap kali baca surah yusuf mesti akan dapat banyak ibrah. dalam ayat nie Nabi Yusuf bersyukur pada Allah sbb Allah dah berbuat yg TERBAIK padanya. kalau bahasa arabnya Ahsan. masa tu aku macam, Ya Allah mmg layak lah kau jadi Nabi sbb kau seolah2 dah melupakan segala ujian yg Allah turunkan pada kau. Cuba bayangkan dari kecil sampai besar macam2 ujian yg Allah bagi tapi bile dia cerita pada ayah dia, Yusuf tak cerita satu pun kesusahan melainkan kata "Allah telah buat yg terbaik padaku".

mmg nampak lah macam mana seorg mukmin tu patut jadi. org2 yg beriman tu patutnya memandang segala yg baik dan buruk tu satu tarbiyyah dari Allah yg tidak lain tidak bukan untuk mengajar dan menguji kita. Bila relate dgn mukhayyam yg baru dihadiri mmg nampak je semua org Allah uji, ada yg luka semasa membuat aktiviti lasak, ada yg didenda sbb tak berdisplin, ada yg ditegur sbb melakukan kesalahan. Tetapi bile diminta bagi refleksi semua akhwat memberi refleksi yg positif,yg membangun, yang membangkitkan iman sbb tahu Allah sedang mentarbiyyah..

P/s: Obses dengan perkataan AHSAN

Jumaat, 7 Februari 2014

dengar tafsir al-quran bahasa indonesia

dah lama aku cari bacaan tafsir quran nie.. sbb kadang2 kalau cam tak sempat nak baca or kalau dok dalam kereta or bus boleh dengar bacaan quran di samping memahami maksudnya. dulu pernah terfikir nak buat sendiri recording bacaan AQ and tafsirnya tapi tak pernah sempat..
alhamdulillah.. boleh lah kalau korang nak download.

quranwebsite.com
p/s: here's the link to go to the website. XD

Selasa, 4 Februari 2014

terbaik. yang terbaik.



beberapa minggu yg lepas, ade beberapa peristiwa yg berlaku waktu exam yg menyebabkan ayat yg pendek dari surah al-qasas ayat 77 nie keep popping in my mind.

kalau baca dalam tafsir "buatlah baik kepada (orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu".

walaupun setiap hari berODOJ/ one day one juzu' mentadabbur al-quran, ayat tu jugak yg datang bile hati kesusahan. pastu beberapa hari selepas mentaddabur ayat tu dapat pula pengisian Dakwatunna (revision class). masa tu lagi lah dush2 mereflek diri macam mana selama ni membawa usrah, macam mana rancangan pembinaan adik2 dan diri sendiri. bile baca balik ayat al-qasas tu lagi lah menangis sbb baca sekali bahasa arabnya yg bermaksud "buatlah yang TERBAIK kerana Allah telah beri yg TERBAIK".

Ahsan bermaksud terbaik atau the best.

mmg betul, Allah telah beri segala2nya TERBAIK buat kita. ambil sahaja satu contoh seperti bintang. saya tak tahu kenapa saya sangat menyukai ciptaan Allah yang ini. dulu masa kecik2 pernah bercita2 nak jadi astronomer. kalau tengok siri2 dokumentari paling suke pasal angkasa. Ia sangat misteri dan cantik.

dokumentari dengan basikal aku menjelajah


satu hari after balik dari satu program (waktu mlm) saya melihat angkasa, pada waktu itu subhanAllah bintang bertaburan sgt cantik. saya boleh merenung langit selama berjam2 kalau tengkok saya tak sakit sbb tengok ke atas sambil berdiri. so saya tertanya2 macam mana sebenarnya bintang nie diciptakan? so saya google (buat research) so dapat info like bintang dilahirkan di nebula dan memerlukan tekanan yg sgt kuat, suhu at least 1500 degree celcius dan sekurang2nya separuh billion tahun untuk dilahirkan. masa tu saya macam tergamam sbb itu baru satu bintang, dekat langit tu ada sangat banyak bintang. dan untuk merealisasikan salah satu tujuan bintang diciptakan iaitu sebagai perhiasan langit untuk manusia satu bintang mana cukup. (kalau tengok langit dan ada satu bintang je mmg tak feel)

nampak tak AHSAN Allah dalam ciptaannya? perhiasan langit yg ada setiap malam adalah untuk manusia lihat, tadabburi dan senangi. masa tu just terfikir "mahalnya Allah buat perhiasan manusia ni".

contoh kalau kita sedih kan, pastu ada org hadiahkan pada kek coklat siap hias cantik2. kita akan rasa terharu dan tak sanggup nak rasa sedih kan? tapi Allah ciptakan bintang utk kita dan ia ada setiap malam di langit untuk buat kita rasa gembira, mana appreciation kita pada Allah?

marilah kita mereflek kembali macam mana kesungguhan kita dalam melakukan ibadah=kehidupan seharian kita. itu baru satu contoh tak bagi lagi contoh lain macam susu. macam mana Allah bagi susu yg sgt suci dan bersih walaupun salurannya berdekatan dengan saluran najis tapi ia tak ter effect. Susu yg sgt bersih dan lazat tapi mcm mana amal kita pada Allah? adakah sesuci susu atau ada kekotoran yg tercampur? macam mana amal ni boleh tercampur? bile kita buat sesuatu bukan sbb Allah semata2. bile kita ada syirikkan Allah dengan makhluknya yg lain.

Rabu, 8 Januari 2014

motivational movies

waktu exam2 cmnie kita sangat2 memerlukan kepada motivational utk maju terus ke depan.

beberapa minggu lepas aku ada tgk 2 movies yg aku rasa sgt best dan menaikkan smgt. lebih2 lagi org yg dah habis exam. sila lah jgn membuang masa anda meilhat movie2 korea dan cinta melayu..

I'm still wondering where all the good movies has gone?

pursuit of happyness

homeless to havard

Dua2 cerita nie kisah benar diadaptasi ke filem. takde romance scene. mmg sgt bagus untuk ambil ibrah. and tak bosan langsung citernya. believe me. kalau nak tahu synopsis boleh google, malas nak tulis panjang2, need to study yo. =P

Walau ape pun, pemberi motivasi tertinggi tetap dari Allah

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha bersungguh2 ke arah itu sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" (al-isra' ayat 19)

rindu family di akhirat?

mesti kita semua pernah tgh dok buat something teringat family. lagi2 yg duduk jauh, mesti teringat saat gembira, telatah lucu ahli keluarga, kata2 mereka. masa tu rasa nak balik yg membuak2 kan?

aku terbayang nnt dekat akhirat time kita di syurga atau neraka dan kita teringat family kita camne eh?
dekat syurga yg sgt nikmat tu pun mesti kita nak bersama dgn org yg kita sayang, dengan org yg dah besarkan kita, org yg kita dah duduk dgn dia lama. kalau kita di syurga dan mereka pula di neraka mesti rasa sgt sedih. kita rasa kalau lah aku buat camni, kalau lah aku buat cmtu, mesti sama2 dapat masuk syurga. kalau kita di neraka pulak dan ahli keluarga kita di syurga, tak ke menangis air mata darah terpisah dgn mereka? mereka tersenyum di depan pintu syurga meninggalkan kita kerana amal kita tak cukup nak bersama dengan mereka.

Ya Allah tak dapat nak bayangkan...

kita start hari ni doa pada Allah agar sama2 dapat masuk syurga. Kita start hari ni ajak parents kita kepada mengenal Allah slowly (tapi kita kena kenal Allah dulu). Kita buat amal2 banyak2 dan jauhi dosa agar parents kita pun akan mendapat saham pahala. Kita start hafaz Quran sbb ibu bapa kita akan mendapat mahkota dan syafaat di akhirat sbb anaknya. Jom2... sebelum datangnya hari:

"manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu bapanya, dan dari isteri dan anak2nya" ('Abasa : 34-36)

Ahad, 5 Januari 2014

nikmat dan azab

waktu2 exam macam nie selalunya kita akan berdoa pada Allah macam2, lebih2 lagi utk permudahkan jawab soalan periksa.

Kita:manusia ada macam2 permintaan, kita ada bermacam2 keinginan. setiap hari kita tak terlepas daripada memerlukan sesuatu. Apa doa kita pada Allah setiap hari? kenapa kita berdoa kepada Allah?
sbb kita lemah.

kita tak mampu nak buat tanpa pertolongan Allah. setiap hari kita doakan parents kita sbb apa?
sbb kita nak sgt dorg masuk syurga dgn kita tapi kita tak tahu adakah kita akan bertemu mereka di akhirat nnt.

kita semua nakkan kebaikan. kita semua nakkan nikmat Allah. Macam dalam surah al-fatihah Kita minta Allah tunjuk jalan yg lurus sama macam org2 yg Allah dah beri nikmat.

siapa org2 yg diberi nikmat nie? kalau rujuk surah an-nisa' ayat 69

"dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul maka mereka itu akan bersama2 dgn org yg diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) para nabi, para pecinta kebenaran (Sidikin), org2 yg mati syahid dan org2 yg soleh"

Allah dah mentioned kat dalam ayat nie, above all nikmat yg kita minta tu nikmat yg paling tinggi adalah derajat2 yg Allah bagi pada golongan2 tu. Tapi kita obviously bukan Nabi, nak jadi org yg Sodik (org yg hati,percakapan dan perbuatannya selari) sgt susah, kita tak tahu adakah kita akan mati syahid, kita tak tahu juga adakah kita org2 yg soleh. Sbb Allah tahu susah bagi kita, so Allah bagi satu guideline. nak jadi org yg mendapat nikmat lebih besar dari semua nikmat2 yg kita doa selalu tu adalah dgn taat pada Allah dan Rasul.
Golongan2 yg Allah bagi nikmat nie for sure akan masuk syurga, dan kalau kita bersama2 dgn mereka bukankah syurga pun guarentee bagi kita. Aku membayangkan bukan hanya bersama di syurga tapi actually bersama jugak di dunia dalam melaksanakan ketaatan kpd Allah. Apa sahaja kebaikan yg kita buat dan usaha yg ikut sunnah percayalah golongan2 di atas juga pernah melakukannya. Apatah lagi kalau sedang melakukan dakwah, sunnah nabi yg terbesar, bukankah ia satu kebangaan bagi kita melalui jalan yg dilalui oleh para Rasul.
 
kalau rujuk surah Maryam ayat 58
"...mereka itulah org yg telah diberi nikmat oleh Allah iaitu...org yg telah Kami beri petunjuk dan telah kami pilih. Apabila dibacakan ayat2 Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka maka mereka tunduk sujud dan menangis" (boleh baca ayat yg lengkap sendiri)
dan rasailah kita nie antara org yg terpilih. Bile Allah dah bagi rasa nikmat kesyumulan islam, nikmat merasai mahukan khalifah kembali di dunia, nikmat tunduk dan patuh hanya pada Allah, kita tak boleh selfish. kita kena sebarkan pada org lain.

Kita kena sentiasa buat suruhan Allah dengan rasa syukur. Barulah ia tidak menjadi beban. Menyampaikan islam adalah beban yg berat, tapi Allah sebenanya dah banyak bagi kemudahan dekat kita utk melaksanakan tugas tu.

Allah bagi kita bumi yg selesa dan mudah utk berjalan di atasnya. Allah jadikan gravity agar kita tak sukar bergerak. Allah jadikan sumber2 rezeki yg kita makan setiap hari tak pernah habis. Allah jadikan perhiasan2 yg cantik seperti bintang, laut, gunung dan matahari terbenam agar kita tak stress. Allah dah sediakan satu tempat yg dah lengkap dengan semua benda, yg kita perlu buat adalah tarbiyyah diri dan dakwah org lain.
Allah tak jadikan semua benda dekat dunia nie utk kita bersuka ria, utk kita makan sepuas2nya, utk kita tido, utk kita study, jadi doktor, jadi engineer, jadi cikgu. Allah suruh kita jadi abid (org yg beribadah) dan khalifah. Ia adalah 'dan' bukan 'atau'. maksudnya kita kena buat dua2 tak boleh tinggal salah satu. kalau kita buat apa yg kita nak dan tinggalkan apa yg kita tak suke maksudnya kita memilah-milahkan Al-quran (tak ambil keseluruhan).

sekarang dah masuk tahun 2014. Masih ramai lagi yg tak tahu kesyumulan islam, ramai org yg nakkan kebaikan tapi tak tahu nak cari di mana, ramai org yg nak berubah tapi keadaan sekeliling tak mengizinkannya. Sangat menyedihkan..kalau baca news mmg rasa sgt segala kesempitan, jenayah yg meningkat dan bencana alam yg terjadi tidak lain tidak bukan merupakan cebisan2 azab2 Allah kepada kita. dan ketahuilah bile kita tak buat apa2 azab lebih besar akan tiba.

*re-reading muntalaq chapter 3&4

Khamis, 2 Januari 2014

no turning back

tgh stay up study past year paper bersama adik yg tersayang tolong key in data untuk final year project. sampai mama tanya

"mimi bagi apa kat adik?"
aku jawab "pahala"

tapi dia yg semangat nak buat. huhuhu.. sampai bile makan betik dia still boleh buat kerja menaip sbb dia left handed. so makan belah kanan menaip belah kiri. siap kata
"kawan2 adik semua jelous dengan adik sbb boleh makan sambil buat kerja"

sebnarnya tak pernah perasaan org left handed ada keupayaan sebegitu rupa..quite amaze.

pastu ayah aku pulak beli buku pasa freemason, dajal, yahudi. pastu baca buku tu dekat mak aku. sampai mak aku lari tak nak dengar lagi dah lecture abah. yelah, pada mulanya mak aku yg tanya2 buku tu pasal apa. kitorg semua dah tahu yg movie, economy, social bak kata semua lah dah pun dikuasai oleh kebatilan yg tersusun nie.

pastu tadi ada terbaca paper online dekat metro rasanya ada sorg lelaki nie dia buat pembedahan tukar jantina. mmg tukar semua even dia punyer kemaluan pun. pastu dia kata dia menyesal sekarang. masa aku baca tu kan aku rasa bulu roma aku naik. aku membayangkan diri aku yg buat pembedahan tu and bile aku dah menyesal there is no turning back.

pastu masa tadabbur AQ terbaca ayat 44 surah Ibrahim

" dan berilah peringatan ketika manusia pada hari azab datang kepada mereka, maka org yg zalim berkata,
'Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan kembali ke dunia walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul2' kepada mereka dikatakan ' bukankah dahulu di dunia kamu telah bersumpah bahawa sekali2 kamu tidak akan binasa?"

masa baca ayat nie mmg dapat bayang kan penyesalan org2 yg nak kembali ke dunia tu (boleh jadi diri sendiri nnt, mintak dijauhkan) tapi there is no turning back. Nothing.

pernah terbaca dekat tumblr org post, salah satu cara untuk muhasabah diri adalah membayangkan kita adalah salah seorg yg akan minta ke dunia tu kembali dan bayangkan Allah bagi untuk pulang dan kita sedang berada di dunia sekarang dan buat lah amalan sehabis baik supaya kita tak pulang kepada Allah sebagai seorg yg menyesal.

Rabu, 1 Januari 2014

Tahun baru 2014


Bimillah

pejam celik, sekejap je tahun 2013 meninggalkan kita dan percayalah 2014 nie pun akan meninggalkan kita dengan sekelip mata. Bukan kah dalam Al-Quran Allah menceritakan

" pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu mereka merasa seolah2 hanya tinggal di dunia pada waktu petang atau pagi hari" (79:46)

bayangkan seseorg itu boleh jadi hidup selama 100 tahun tapi bila di padang mahsyar nnt dia hanya merasakan hanya hidup di dunia selama beberapa jam. sbb waktu menuggu di padang mahsyar nnt lebih lama dan lebih menyeksakan. Kita tak tahu berapa lama kita harus tunggu di padang mahsyar sampai kita berjumpa Allah dan dihakimi. 

apa pun yg kita buat dan usahakan semalam, don't forget kita boleh buat lebih baik today.  



 p/s: examination week!