Isnin, 10 Februari 2014

Nabi yusuf as a role model

beberapa hari lepas semasa mukhayyam aku mentadabbur surah yusuf ayat 100 yg berbunyi.

Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgasana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: "Wahai ayahku inilah ta'bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

bile baca ayat nie rasa sgt kagum dengan Nabi Yusuf. No wonder Allah mentioned pada awal surah yg kisah nie adalah kisah terbaik. setiap kali baca surah yusuf mesti akan dapat banyak ibrah. dalam ayat nie Nabi Yusuf bersyukur pada Allah sbb Allah dah berbuat yg TERBAIK padanya. kalau bahasa arabnya Ahsan. masa tu aku macam, Ya Allah mmg layak lah kau jadi Nabi sbb kau seolah2 dah melupakan segala ujian yg Allah turunkan pada kau. Cuba bayangkan dari kecil sampai besar macam2 ujian yg Allah bagi tapi bile dia cerita pada ayah dia, Yusuf tak cerita satu pun kesusahan melainkan kata "Allah telah buat yg terbaik padaku".

mmg nampak lah macam mana seorg mukmin tu patut jadi. org2 yg beriman tu patutnya memandang segala yg baik dan buruk tu satu tarbiyyah dari Allah yg tidak lain tidak bukan untuk mengajar dan menguji kita. Bila relate dgn mukhayyam yg baru dihadiri mmg nampak je semua org Allah uji, ada yg luka semasa membuat aktiviti lasak, ada yg didenda sbb tak berdisplin, ada yg ditegur sbb melakukan kesalahan. Tetapi bile diminta bagi refleksi semua akhwat memberi refleksi yg positif,yg membangun, yang membangkitkan iman sbb tahu Allah sedang mentarbiyyah..

P/s: Obses dengan perkataan AHSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan