Khamis, 17 Julai 2014

i force myself to write something 4


2 hari lepas sebelum aku start jadi teacher di tadika little caliph, aku gi temankan akhwat R and K pergi jalan tar. kononnya nak habiskan waktu free sebelum diperah keringat secara kaw2.



okay, tak jugak actually macam tak rancang pun nak gi jalan tar. tapi sebab voucher buku aku tak habis lagi so, aku pun rancang nak gi fajar ilmu baru sbb buku kat situ banyak and lebih murah. and another reason is that aku stress sbb aku tak tau keputusan aku menjadi teacher di tadika tu is a right decision atau tak. akhwat R and K kata nak berbuka di masjid KLCC. aku fikir why not travel sikit. aku kalau stress aku akan lari gi mana2. konon2 nak tenangkan jiwa. tapi actually it is not really good sbb aku seolah2 lari daripada berfikir solution. bila dah penat travel aku akan tido so tak sempat pun lah nak fikir.

kenapa aku stress dgn pilihan aku sbb actually kerjanya sgt memakan masa aku. bayangkan kerja dari 7.30 pagi sampai 6.30 ptg dgn bayaran RM950 utk 3 bulan percubaan. baru hari ni aku tahu yang ada sorg pekerja kerja half day. maksudnya dari 7.30 pg to 2 p.m dgn bayaran gaji RM750. aku rasa nak mohonlah macam tu. sbb at least boleh balik awal and buat benda lain. which is more to Dnt and matlamat masa depan aku. so aku start rasa stress bila kitorg tgh rancang nak berjaulah, selama beberapa hari after raya, tapi aku dah start kerja. so disebabkan aku, jaulah terpaksa dipendekkan. padahal before ni mmg beriya tak nak kerja sbb tahu akan jadi macam nie. akan effect plan tarbiyyah. kalau ikut kan hati mmg tak nak kerja. tapi mcam mana, duit takde, modal nak berniaga pun takde, so terpaksa juga kerja sementara so that boleh tampung sewa rumah, bayaran kereta and hutang mara. aku tak nak susahkan parents & org lain. seorg daie kena berdikari, salah satu ciri muasafat tarbiyyah.

bukan perkara mudah nak keluar dari comfort zone. nak buat sesuatu yang tak pernah dibuat dek org. sgt ramai org tak support and tak percaya sbb tahu ramai daie larut dek kesibukan kerja dan kilauan harta dunia. tapi sebenarnya harapan diri nie sgt besar, walaupun bila difikirkan balik "mampukah aku?" selalu sgt rasa was2 and nak turn back.

aku mempunyai impian nak all out dalam DnT nie dgn tidak diganggu oleh kesibukan kerja dunia (kerja under org), and membantu akhwat lain untuk boleh all out dlm DnT juga. dan passive income yang banyak so that aku boleh buat and sumbang lebih to the world. Satu impian yang besar, tapi selalu rasa down bila go into the reality.

That's why bila pergi fajar ilmu baru beli buku DR muhaya. sgt suka dgn aura positif dia. even just baca buku boleh terngiang suara dia yang lembut. walaupun tahu sebenarnya dia sendiri pasti dah lalui jalan yang panjang utk jadi macam tu, sbb she was not like that before.

to be continued...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan