Selasa, 28 Disember 2010

tahun baru boleh menjengah setiap tahun tapi thn yg dah berlalu takkan hilang begitu sahaja.

selepas aku membaca blog shbt aku, Aisha .. semua memory di samura menjengah tanpa diundang..

You are soo true Aisha..kalo nak citer sumer kisah kat samura dulu..  the  list will never end..

too much to be forget..

smua tempat kat Samura tuh ade kenangan..

just name it.

padang, the stage, kelas, tangga, koperasi, bilik guru,surau,fish pond dll

just once u look at it, 1001 memories dancing in front of your eyes..

wahhh.. hatiku tercuit seketika..

ulangkaji subjek psycology bahagian 2

malam tadi dgn penuh keberkatan aku mula membaca lagi nota2 psychology

aduiii..malasnyaaaa...

tapi tak pe, aku berjaya membaca sedikit sebanyak nota2 yg aku ade (sbb ade 2 nota aku tertinggal kat campus)

ape yg aku nak citer kat sini adalah mengenai pusat penjagaan kanak2..

mase aku kecik2 dulu parents aku hantar gi pusat penjagaan sbb dorg keje..

rupnya ade experiment org barat ni pernah buat pasal kanak2 atau bayi yg dihantar ke pusat jagaan kanak2 ataupun nurseries..

dlm kajian tersebut, kanak2 yg dihantar sebelum umur 1 thn dikatakan mempunyai IQ lebih tinggi daripada kanak2 yg masuk selepas umur 1 tahun..

tetapi, ade kajian lain juga yg hasilnya menunjukkan tahap keagresifan kanak2 yg masuk ke pusat jagaan kanak2 bwh 3 thn meningkat 2 kali ganda drpd biase..

ini bermakne aku agresif?

abaikan...

kesimpulannya.. sbb tula kadar jenayah meningkat..ini actually masalah global, bukan hanya di Malaysia
and budak2 kat skolah yg bermasalah tu sbnrnye IQ mereka mungkin tinggi..pandai2 belaka..
cume MALAS dan takde MINAT..

sekian..

P/S: sedutan citer vampire diary

Bonnie masuk ke rumah adik beradik Salvatore dgn muke yg pelik sbb semua org seakan2 sibuk membuat persediaan sesuatu.

"what's going on?" soalnya.

Jeremy kebatulan lalu di sebelah Bonnie lalu menjawab pertanyaannya.

"We gonna kill Katherine"

Bonnie terkejut dgn jwpn itu. Dia baru sahaja mahu menolak cadangan itu. Lalu Stefan mengatakan.

"I can explain" kemudian berfikir selama beberapa saat.

"Please!" Bonnie seakan-akan merayu untuk penerangan.

"We gonna kill Katherine" jawab Stefan mengambil jawapan Jeremy sambil tersenyum.Mungkin dia tiada modal lain untuk menjawab pertanyaan itu.

Khamis, 23 Disember 2010

mood berkelah ke mood belajar

time to wake up..
its not holiday..this is a study weeek..

Rabu, 22 Disember 2010

pengertian bacaan dalam solat..

Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
p/s : Hayatilah dan ingatlah maknanya kerana ianya akan menambahkan kusyuk di dalam solat anda ... selamat mencuba


Selasa, 21 Disember 2010

Isnin, 20 Disember 2010

ulangkaji subjek psycology



muahahahaa...

nasihat aku jgn amek psycology..

takde sbb..

aku nak citer pasal teori sorg mamat yg bernama Strenberg ni

name teory itu adalah " triangular theory of love"



untuk lebih memahami teori ini sila rujuk pada jadual di bawah



Intimacy itu adalah kemesraan dan hubungan yg rapat dengan seseorang

passion itu adalah sexuality drives (aku tak tau dlm bm ape)

commitment itu pula adalah exchanges of rewards and costs and acceptance of the rewards and costs

aku just nak gitau aku suke companionate love iaitu gabungan kemesraan dan commitment

ya, agak memeningkan..sila abaikan jika tak de kena mengena dgn anda..

p/s : friendship ada ciri2 intimacy shj..=(

padahal persahabat lebih daripada itu..

sejarah itu untuk dipelajari bukan skdr dikenang sahaja..

malam tadi aku bukak balik diary aku mse form 2,form 3, form 4..
aku rase lawak sgt..aku gelak giler2 time bce.. tak matang langsung..

tapi ade beberapa peristiwa yg membuatkan aku ingat balik kisah yg aku tak ingat langsung..
kadng2 ade beberapa bende yg kita tulis untuk refresh our mind satu hari nnt ataupun ade sesuatu yg kita tak boleh nak citer kat org and kertas adalah satu-satunya medium yg kita boleh luahkan.. mcm stefan pernah kate dlm citer vampire diaries "every moment in our lives is too precious to be forget"

walah.. walau sebegong mne pun mse tuh, walau sesedih mne pun ketika itu, pasti ade something yg Allah nak tunjuk pada kita..

dlm bnyk2 saat yg aku citer dlm diary tuh, aku paling nampak bnyk kisah sedih aku mesti hadir bestfriend aku di sisi..

First skali Nur Faradiba Zakirah Binti Mohd Adib..
aku pun tak tau bape kali aku tulis name die dlm diary tuh.. time aku sedih or time aku nangis mesti die ade..
walaupun sebenarnya luar drps kisah diary tuh die bnyk kali sgt berada di sisi aku..
Thanks diba, i will never forget that..kesengalan kita bersama, ketidak matangan kita bergaduh sbb lelaki, ketidak sependapat tentang sesuatu perkara.. banyak sgt perkara yg terjadi..bende tuh sumer makin mengikat kite berdua dlm persahabatan.. persahabatan yg takkan aku lupe sampai bile2..insyaAllah sampai akhirat aku nak bersahabat dgn kau..

secondly,
kisah yg aku rase sengal+terharu adalah kisah aku dgn Danial Fitri
mmg sengal kisah ni..tapi aku hampir jugak menangis..
entah nape satu hari ni dia ckp dia dah tannak aku tegur dia..
katanya seseorg jeles tgk aku terlalu ramah menegur dia..
aku ikut ckp dia, walaupun hati aku memberontak
pastu dia ade bg satu surat, katanya dia mintak maaf and permintaan terakhir dia adalah dia nak aku senyum selalu..
daripada you know who i am..tulisnya
aku tergelak bile ingat balik..
lepas tuh ade satu malam tuh aku dgn diba main true or dare kat majlis barbeque penyelia baru..
diba kate "kau ckp dgn Dan kau akan jadi kwn dia sampai bile2"
aku pun sahut cbrn tuh and ckp cmtuh dgn dia..
tapi dia buat2 tak dgr and bla..
tapi aku puas dpt ckp cmtuh
then, esoknya dia bg lagi satu surat, kate jgn anggap dia kwn lagi tapi permintaan dia suruh aku senyum selalu..
aku menangis..
aku suruh seorg sahabat aku, arwah Shereen ckp dgn Danial aku nangis lepas bce surat dia.
keesokkan harinya time recess diba ckp dgn aku Danial nmpk mcm baru lepas menangis..

mmg aku rase terharu sgt time tuh.. tapi tak tau la betul ke tak psl dia nangis tuh..

hahahaha.. sorry eh kalo tersalah..

p/s: sedekah kan Al- Fatihah pada arwah Shereen Nuraisyah..

Khamis, 16 Disember 2010

better to write without public by being yourself

than to write in public without being yourself..

aku sungguh terasa dgn kata2 pujangga ini..

aku rase aku sgt hipokrit dgn semua org..

"yeah..like people care"

Maybe aku tak kisah apa org kate, aku kisah sbb aku menjadi hipokrit to myself.

and pengajaran yang aku dapat sepanjang aku cuti beberapa hari di rumah ni adalah,

jgn sebarkan perkara yang tak pasti pada orang lain. siasat dahulu then dah pasti i can spread it out...

contohnya pasal orang ckp "kita kena boikot ipod 4G sbb org yahudi ade agenda tertentu dan maksud2 upin dan ipin dalam bahasa kuno org yahudi bermaksud sekian-sekian"

padahal kebenarannya aku tak pasti. sama la seperti aku menyebarkan fitnah..

kedua, jgn sakiti hati ibu, selalu la bertanya keadaannya..sbb itu je yg seorg ibu mahu..seorang anak yg prihatin akan sakit peningnya..percayalah..

dah makin berusia ni, hatinya semakin sensetif. kita yg muda patut beralah dan bersabar dlm apa jua keadaan.
tak kisahlah siapa yg bersalah siapa yg betul dlm sesuatu salah faham.

org yang mengalah tu yg paling baik perilakunya..mengalah bukan bermakna kalah, tetapi menundukkan ego itu bagus juga sekali-sekala agar ego itu tidak naik kepala terhadap kita..

bila waktu lapang menjengah,jgn lupa utk mengingati Allah..mungkin kerana itu ada masa lapang..kerana ia dicipta untuk mengingatkan diri tentang pencipta..

wallahualambissawab..

Ahad, 12 Disember 2010

citer yg aku pernah tgk kat wyg

aku ingat lagi citer first skali aku pernah tgk kat wyg dgn family aku time kecik2 adlah citer Godzilla..

aku bukan tgk pun citer tuh dulu..aku lagi bnyk men kat tangga dgn adek aku..sampai bapak dgn mak aku marah and ckp "len kali tannak bwk lagi pergi wyg" adn mmg benar lepas tuh aku tak pernah gi tgk wyg dlm tempoh mse yg agak lame..

aku tak tau cmne kanak2 secomel aku boleh dibawa masuk ke dalam citer seganas ini..

kali kedua aku g tgk wyg sekali lagi dgn family aku tgk citer Eragon setelah aku bergaduh dgn adek aku kena pilih antara cicak man ataupun eragon.. time tuh aku form 3..
part action

akhirnya aku menang.. mmg best ar citer tuh..

best!
lepas tuh aku kuar dgn member aku g tgk citer Primeval.. skali dgn adek aku..
time tuh aku nak tgk citer Ghost rider tapi member aku tuh tannak..
tapi citer primeval tuh best ar..pasal buaya besar kat Afrika.. tak tau la lagenda je ataupun kisah benar..org Afrika panggil buaya besar tuh Gustave.. 

tidak lama lepas tuh aku gi tgk wyg lagi dgn adek aku tgk citer ape ntah dgn sorg member dia lak.. citer akali ni agak membosankan..menceritakan pasal satu kedai menjual alat permainan yang ajaib..tapi citer die slow..
aku ingat lagi ade sorg budak laki ckap sejurus  hbs citer tu "membazir duit aku rm7"
tak gune menyesal.. haha

and then aku gi tgk wyg time aku f4 dgn sorg senior aku..K.aishah.. tgk citer twilight..Best! 



Next story lepas tuh aku g reunion dgn member aku tgk citer The day the earth stood still..
citer tuh ade yg best tapi sepanjang  citer tuh aku hampir tertidoo..
buang duit aku rm14..
makhluk asing turun ke bumi utk musnahkan bumi

effect die still terbaik ar



pastu aku ingat lagi aku tgk wyg dgn deeb..sbb takde citer best kitorg tgk citer melayu yg ade 2 org kembar tuh..kepala bercantum tuh.. ape ntah tajuk die..
mmg sumpah tak best..
tapi aku suke ending die..cm twist r..

pastuh aku g tgk citer vengeance furry dgn syaza naqibah.. mmg lawak hbs ar.. citer ni mmg terbaikk. aku ashik gelak jer..sampai sakit perut aku..

citer psl sorg arkitek ni die nak ubah kwsan perhutanan tuh jadi kwsan perumahan..pastu haiwa2 kat hutan tuh tau..so dorg nak halang la arkitek tuh..



Citer last aku tgk dgn ade2 aku adalah citer Grown up..

citer ni pn lwk gak..








adek aku pernah ckp sape yg gi wyg ni solat dia tak sah 40 hari..sbb die kan dari skola agama..
bile aku tanye kenapa? dia ckp sbb kite g tempat punca maksiat dan kelalaian..

insaf aku..tapi yg sure aku tak pernah gi wyg dgn bukan muhrim berdua-duan..alhamdulillah..

aku nak try jauhkan diri dr kelalaian ni..










Jumaat, 10 Disember 2010

makin aku follow citer vampire diaries tuh makin aku geram dgn jln cerita die.. aku cm tak boleh nak berdiri ataupun nak buat ape pun.. sbb citernya terlalu seronok utk dilepaskan..
geram!
geram!

ok sudah..

im addicted now..

cm aku teraddicted dgn citer supernatural dulu..skrg not anymore..

tapi takpe..aku nak jadikan citer ape yg aku tgk ni actually ade jugak pengajaran yg aku dpt..

first skali stefan hensem..opsss..bukan2..

bukan pengajaran ni..tak bagus ni..

nilai yg aku dpt dlm citer ni adalah balas dendam itu tak menyelesaikan masalah..

sebagai contoh dlm scene citer ni

ade sorg laki ni die nak bunuh Damon(seorg vampire) sbb Damon ni pernah bunuh makwe dia tapi Elena ckp

"please don't kill him.You are better than him"

maksudnya kat sini kalo la laki ni bunuh Damon, dia ni tak de bezanya dgn Damon sebagai pembunuh and dia tak kan dpt hidupkan kembali makwe dia..
aku paham pengajaran ni sume org tau kot..

pengajaran lain..


dlm season 2

Nina Dobrev yg berlakon dlm citer vamp diaries ni melakonkan 2 watak
satu sebagai Elena-baik,lemah lembut,
and lagi satu sebagai katherine-jahat, pentingkan diri sendiri, manipulative


aku mmg suke lakonan dia kat sini mmg jadi ar..satu jahat..satu lagi baik
tapi yg aku kurg setuju kat sini
cmne dia boleh lakonankan watak ni dgn ramai lelaki dlm scene hubungan intim.. seperti kissing dan sebagainya?
sebagai perempuan pertama dia dah takde maruah,second dia mcm bhn seks semata,mmg dlm citer tuh like sume lelaki nak rebut hati dia tapi as in sebenarnya luar casting dorg takde pn feeling tuh kan..
bdn dia mcm bhn pass2 lak dlm citer ni.


skip that part..

pengajaran seterusnya,
mereka takde Allah dlm menyelesaikan masalah vampire mereka..

kononnya "love conquer all"
kononnya dgn cinta mereka akan dpt keluar dari masalah yg membelengu mereka.
nmpk sweet..tapi in real live cinta pada manusia itu bukan everything..


overall citer ni mmg best! friendship,family,selfless..action,being brave,love..mmg superb..

Khamis, 9 Disember 2010

syiah itu agama sesat?

ade satu pagi tuh..aku borak dgn sorg roomate aku Merhzad..dari Iran..dia ni syiah..

"U don't celebrate Muharram?"
aku tanye
"No.." sambil tersenyum dia menjawab..cantik..

Diam

"We actually mournig for one of our imam.Hassan.He was killed on 10th of the Muharram, so we don't have fun, we don't hear music, we wear blacks in the first 10 days"

"o..i didn't know that" Agak segan dgn ilmu aku yg terlalu sedikit

"what do u think of Syiah?" dgn tiba2 soklan tu diajukan
aduh mampus!
"i never give a thought about it" berkerut2 aku cuba spekang menerangkan

"Its good you know.." mukanya berseri2

"people always said that we are not islam, our concept of islam is way too extreme, they thought we said Ali is the prophet. That's not true u know"

aku terkejut, sbb ape yg kau belajar dlm kelas agama sebelum ni cmtuh tapi nak kate yg dorg ni sesat aku tak berani sbb akidah kita kan sama..

"we still believe Allah is God, and Muhammad is a prophet..we never argue about it..people who believe that Ali is supposed to take Muhammad's place as a prophet is not syiah"

konklusinya

hanya Allah sahaja yang berhak menghukum siapa yg kafir dan siapa yg tidak..

walaupun fahaman agama yg berlainan kita tetap muslim, Tuhan kita tetap Allah..
•Dalam sebuah riwayat dikatakan bahwa setelah selesai Perang Badar yang terkenal itu, Nabi Muhammad SAW mengatakan kepada para sahabatnya bahwa” kita “ (kaum muslimin) baru saja kembali dari jihad kecil kepada Jihad besar, yaitu   jihad melawan hawa nafsu.
(copy dari notes islamic study)

hawa nafsu, musuh yang kita tak nampak..
org kafir, musuh yg kita nmpk gerak gerinya..

ujian org muslim akhir zaman adalah melawan hawa nafsu musuh yg tersembunyi..

semua org mengimpikan syahid pada hidupnya..

sbb kalo semua org tahu, betapa dasyatnya hari pembalasan nanti pasti semua orang berebut-rebut utk mati syahid demi agama Allah..
org yg mati syahid itu, tidak akan dihisab amalannya kecuali berhutang kalo tak silap..
sehingga dikatakan jikalau kita benar2 ikhlas menuntut ilmu lalu kita mati ketika itu, insyaAllah kita mati syahid..
jadi setiap kali ke kelas atau ke sekolah bersihkan lah niat,
jujunglah amanat..
syahid itu ada di hadapan untuk digapai..

sila klik di sini utk ilmu lebih

Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan maruahnya adalah syahid , sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya adalah syahid dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya adalah syahid."

(Riwayat Abu Daud, An Nasai dan At Tirmi...zi).

Jumaat, 3 Disember 2010

kerana Allah aku selamat pulang..

aku tak tau cmne nak start..today had been a very long day to me.. I think the longest day i had ever endured..
aku g kajang tadi petang..dgn merhzad (dari iran).. tujuannya aku terpakse merahsiakan di sini..
aku berkira2 sebenarnya before gi kajang tuh sme ade nak g tesco or not.. tapi entah mcm mne after solat asar tetibe hati aku tergerak nak ikut merhzad gi kajang..

ade hikmah~~

sampai jer kat kajang, aku dgn merhzad berpisah.. merhzad jln dgn kwn dia gi metro kajang..aku lak berjalan menuju ke plaza kajang/ kajang point watever the name is..
kira2 7.15 cmtuh lepas niat aku dah terlaksana.aku tunggu la bas kat tepi jalan mcm biase..
tunggu punyer tunggu punyer tunggu dgn tak selesanya, dgn ramai org yg mencurigakan berjalan2 sne sini..aku takut sgt beg aku tetibe kena ragut or pape..sbb tempat yg aku tunggu bas tuh mcm takde org walaupun bnyk kete lalu lalang.. aku start bce ayat kursi..
aku yakin Allah akan protect aku..
lepas setengah jam aku tunggu bas tak dtg jugak.. aku takut maghrib terlepas so aku nak tanye la kat merhzad mne dia.. tapi aku lupe kat dlm phone baru aku ni takde no die..
aku pun mintak kat Yu.. tapi Yu tak balas..aku rase sgt geram..aku rase mcm takde sape yg kisah pasal aku..

dah ar aku rimas sgt time tuh..dgn burung bnyk giler berterbangan bising giler..dgn gelap..pastu panas..sumer ar..
lepas tuh Yu balas bagi no. bal..darpd bal aku dpt no. merhzad..
aku bisik dlm hati aku..
"takpe jalan kpd kebuntuan adalah sbr"

aku dpt msg drpd yu juga yg menanyakan keadaan aku..tapi aku tak bls sbb aku tgh risau psl hal aku nak balik U. rupanya de yg kisah..bukan seperti yg aku jangka.

 aku msg merhzad.
"where are u?"
merhzad balas
" im at metro plaza first floor first lady shop"

tapi dgn izin Allah, aku tersalah interpret data tu..
aku gi berjalan ke metro kajang
ps: metro kajang and metro plaza adalah berbeza

aku jalan kat satu jalan sunyi..mmgh menakutkan..dah la gelap..mmg btol2 mcm citer seram atau citer pembunuhan bersiri..pastu aku nampak ade org lelaki kutip2 kotak kat tepi jalan
aku mmg dah cuak giler dah..
"ya Allah"
aku start bce ayat kursi lagi

nasib bek takde pape..org tuh mcm tak perasan aku lalu kat situ..
sampai metro kajang aku solat maghrib dulu takut terlepas..
after tuh aku cari kedai first lady tuh tak jumpe.. aku tanye sumer org mne kedai firts lady tuh sumer tak tau
aku naik darah lagi..takkan org kerja kat situ pun taktau kedai2 kat situ.. metro kajang tuh takde la besar mne pun..
pastu aku tanye kat satu mak cik ni

"tumpang tanye mak cik"
"ye"
"kedai first lady kat mne eh?"
"kat sini takde kedai first lady kat plaza metro ade la"

aku dah terkejut giler dah..
cmne aku nak patah balik plaza metro sorg2 lalu jln tadi..

aku tak sanggup..

bile aku kuar metro kajang aku kol merhzad..rupanye mmg aku tersalah bce msg..mmg salah aku

aku try pikir cmne nak balik ke sane...
pastu aku try satu jalan ni jalan belakang bgnn..
aku jadi keliru sbb dah mlm, gelap and tu first time aku gi metro kajang
aku jalan ikut ade satu mak kpd beberapa anak jalan g kereta..aku ingat nak tumpang dorg je tapi entah

aku bertindak utk berjalan sendiri ke arah plaza metro melalui jln yg gelap tuh..sbb dari jauh aku dah boleh nmpk plaza metro..bile aku jalan and jalan..rupanya depan tuh jalan mati..so aku kena belok ke mana entah.. aku amek keputusan utk patah balik.. time patah balik tuh aku lari sbb aku terlalu takut..
belakang bgnn tuh sunyi sgt and takde org..bile aku nak mintak tolong dari mak kpd beberapa anak yang aku nmpk tadi mereka dah pun pergi..
aku rase give sgt time tuh..aku dah penat jalan.. pastu aku rase keliru cmne nak balik..

tapi aku try lagi cari jalan lain..iaitu jln tadi yg aku lalu mse aku nak g mtero kajang yg aku nmpk org kutip kotak tadi

entah mcmne..pandangan aku terpaut pada satu family ni..aku pandang dorg lame sgt..
mcm Alah bg hint  tula family yg patut aku ikut..

"assalamualaikum mak cik..boleh tak kalo mak cik tumpangkan saya gi plaza metro?"
"eh..boleh" sambil memandang ke suaminya
masuk je dlm kereta aku bersyukur..

"kamu ni tak berani nak lalu jln gelap tuh sorg2 tapi kamu berani naik kereta ni?"
soal pak cik tuh seakan2 menguji psychology aku..
aku cube bg alasan ape ntah tapi pak cik tuh masih lagi mengulangi kate2 nya..

aku amat terasa dgn kata2 dia..dia nak tolong ke tak..
nak je aku kuar dari kereta tuh and cari org lain..
tapi aku tak buat..entah..
mungkin sbb aku takde pilihan lain..sbb kalo aku kuar dari kereta tuh ade ke kereta lain yg baik hati nak tumpangkan aku?
aku start menangis..

sbb aku aku rase sgt lemah..
pak cik tuh trus diam..

and start enjin kereta..
mak cik tuh pulak tanye
"student ke?"
"haah"
"kat mne?"
"university nottingham"
"lah..sekali lah nak balik rumah ni.."
aku diam jerp..
"nak kitorg tolong hantarkan tak?"

aku tannak

"boleh jugak" aku jawab

aku trus msg merhzad suruh dia jgn tunggu aku..

"nasib baik budak ni jumpe kita" kata mak cik itu pada suaminya
"tula..ni sumer grak hati ni" pak cik tu pulak jwb

gerak hati dari Allah

Alhamdulillah~~

aku selamat sampai ke nottingham..

Alhamdulillah bagi segala-galanya ya Allah..

bile aku pikir2 balik, nape aku dilencongkan ke metro kajang mungkin sbb plaza metro tuh takde surau..
and mmg Allah nak uji aku..

munking bg sesetengah org bende ni takde pape..bende kecik je..tapi bagi aku ujian ni berat..lagi berat kalo malam ni aku diculik,dirogol dan dibunuh..

cukup ke niat aku g kajang tu lillahitaala?

terime ke Allah? and kejadian hari ni ade kena mengena dgn aku kecikkan hati mak aku baru2 ni..

Allah bayar cash kat dunia.. mase aku diuji ni aku ashik teringatkan mak aku..
sampai je U aku msg mak aku tanye pasal hal kecik hati tuh..mmg benar mak aku still kecik hati..

keredhaan Allah tu terletak pada keredhaan ibubapa..

pabila tiada siapa yg mengerti




jgn ngada2 nak klik kat sini eh..

Khamis, 2 Disember 2010

beza pemurah dgn pembazir

definisi aku sendiri

pemurah tuh kalo kita sanggup bagi something pada org lain..its all about giving without taking back

kalo pembaziran tuh adalah spending money semata2 utk memenuhi kehendak kita bukan keperluan..

Auch! aku terasa kott..

utk lebih ilmu sila cek sendiri dlm kamus..

sila jgn terpengaruh dgn karya aku yg tak bertauliah ini..


ok..ape yg aku nak citer kat sini sebenarnye adalah sifat pemurah Rasulullah..
aku suke and sgt respect dgn baginda..sbb aku teringat ade satu kisah usatzah aku citer dulu
ade sorg hamba Allah ni dia bagi seekor kambing pada Rasulullah..
lepas tu Rasulullah bagi balik kambing tuh dgn benda lain aku tak ingat, tapi yg penting dia bagi balik kat hamba Allah tuh lebih banyak daripada hamba Allah tuh bagi tadi..

wa...

Allah syg org kaya yg pemurah tapi Allah lebih syg org miskin yg pemurah

org jahil yg pemurah itu lebih baik drpd org alim yg kedekut

utk pembacaan lebih sila layari di sini dan sini pun boleh

jgn tekan!!

usaha tangga kejayaan

"takpe, yang Allah tgk kan usaha kita bukan hasilnya"

mesti semua org pernah lalui kejadian di bawah

kita dah usaha sehabis baik tapi hasilnya tak setimpal dgn usaha kita, tapi org lain yg tak usaha sgt pun, sikit2 jer.. tapi hasilnya lebih baik dari kita...

biase la tuh.. kite kena ingat, sesiape yg berusaha pasti akan berjaya. Allah dah janji dah..

"tapi org tu relaks2 jer, berjaya jugak!"

usaha itu perlukan strategi, kalo usaha, tapi takde matlamat.. bagaikan memanah dgn mata yg tertutup..

maybe org tuh nmpk je relaks tapi die dah susun strategi dgn baik, jadi dia berusaha dgn starteginya itu.

bagaimana pula dgn situasi ni?
"fulamak! aku hentam jer kot soklan ni tapi dapat full mark.."
tapi kite dah bce dah, dah yakin betul, still tak dpt full mark.. mesti ada salah kat mne2..

mesti geram dgn org yg dpt full mark tuh kan?

takpe..dia betul pun sbb Allah..kalo Allah tak tolong dia mampu ke dia dpt full mark yg precious sgt tuh?

itu rezeki Allah padanya..

kita tak perlu jeles, sbb kita tau kita dah berusaha, kalo tak dpt jugak usaha lagi jgn putus asa sbb sifat putus asa tu bukan sifat org islam..

 kalo still fail jugak, kita reda dan percaya dgn ketentuan Allah..
Mesti Allah ade rancangan baik utk kita pada masa depan..

dunia ni tak adil, tapi Allah tu maha adil.
Wallahualam..

hidayah tu dtg dgn izin Allah

malam tadi aku gi islamic video lecture, pasal sorg rapper yg hidupnya kucar kacir, dok kat tgh2 new york city , tak pernah kisah pasal islam langsung..tapi Allah nak bagi hidayah kat die sekarang dah jadi seorg muslim..
dgn hanya melihat kebesaran Allah yg menyentuh hati die..

"i never care about the sun before. All i saw was moon, and all i know day and night happened. They passed by everday but i never put any thought about it. Until i saw the sun rise."

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (surah Al-Mulk ayat 3)

subhanallah..
benarlah kejadian alam itu merupakan tanda keagungan Allah..
jadi bagaiman dgn kita? moga apabila kita melihat keindahan ciptaan Allah iman kita akan makin meningkat..

Allahuakhbar!