Selasa, 31 Januari 2012

Hidup manusia macam robot



aku tgk video nie seriously awesome!
i mean menusuk ke kalbu aku


Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. 
(surah al-kahfi ayat 103-106)



kdg2 bile aku tgk citer2 org putih or drama2 melayu
mereka mempunyai impian yg sgt kecil
cth: jadi penyanyi terkenal, nak cium hajarul aswad, nak mendapat segulung ijazah,nak jadi pilot dll

kalaulah mereka tahu yg hidup kite nie ade matlamat lebih besar dari itu
tak mengapalah kalau tak dpt segulung ijazah kalau di akhirat nnt dpt menatap wajah Allah

tak mengapalah tak dpt mencium hajarul aswad kalau di akhirat nnt dapat bertemu Rasulullah S.A.W

jadikan impian2 dunia itu semua (yg halal je la) sebagai pemangkin untuk kita mencapai redha Allah.

Tidak mengapalah jika satu hari nanti pabila ustaziatul alam telah digapai
aku tiada di sana melihat kejayaannya
kerana apa yang aku mahu, usaha aku ada menjurus ke situ.

supaya pabila aku menghadap Allah,
aku ada secebis sesuatu untuk ditunjukkan,
dan aku berharap Allah menerima cebisan yg tak seberapa itu
lalu mengampunkan aku.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan