Isnin, 21 Jun 2010

perbezaan medical check up di hospital swasta and hospital kerajaan

aku bru je wat medical check up dekat2 dgn rumah aku selepas round2 di situ dan mendapat harga yg boleh dirunding dgn doktor di situ.. okla harga die walaupun beberapa kali aku bagaikan tercekik tulang di ruang tengkukku melihat harga bayarannya.

tak kisahlah kan.bende dah lepas dah pn. rezeki klinik Asniza tu hari ni, sbbnyer dah 2-3 kali aku round2 kat bukit beruntung tu barulah mak aku setuju nak wat kat situ.

Oleh kerana time aku form 4 aku pernah wat medical check up gak utk masuk SBP kat hospital kerajaan, kali ni lak aku dapat peluang utk kat kat klinik swasta jadi aku nak wat post perbandingan antara swasta dgn kerajaan.
harap tak de sape la yg band aku punyer blog lepas bce. hehehe..

fisrt skali perbezaan die
kuantiti manusia kat dalam klinik tu. kalo kerajaan, masyaAllah.. ramainya orang.. sesak.. dah la tak de aircond..opss..hehe..terlebih lak kutuk..huhu..tapi ade gak yg ade air cond.
kat swasta, org tak ramai. dok cm raja pun boleh di sofa yg empuk.(melebih lak)

kedua, receptionist yg sangat sopan santun dan tidak garang.
tanye je la ape2 kat receptionist die,and dorang sanggup ulang alik dari meja tempat keje ke doktor semata2 utk layan soalan kite. Tapi janganla korang tanye soalan bodoh seperti," petang ni doktor makan ape ye?"
mentang-mentangla cite2 korg nak jadi doktor.itu mmg la.. cm mak aku tanye btol2 harga medical check up tu..sampai orang tu kene bape kali ntah ulang alik utk tanye doktor.
kalo kat kerajaan tu, dah la penat beratur berasak2 dgn org, then nurse yg sambut tu pn sikit tak senyum.
then kalo kite tak tau tu boleh lak biarkan kite tercengang-cegang pikir sendiri. mmg panas btol aku..



ketiga, masa menunggu yg tak sampai 3 minit. nak bce majalah yg disediakan pn tak sempat. haha. mmg efficient.  kalo kat kerajaan, mmg menguji kesabaran aku yg sememangnya tipis. x-ray je dr kol 2 sampai 4 ptg nk kene tunggu. tapi mmg tak boleh salahkan dorag gak, sbb org yg keje kat situ sorg je, tapi pesakitnya 100 org sejam.. mmg penat aku boleh bygkan..

keempat, doktor yg lemah lembut, dan sanggu keluar dr bilik utk terangkan ape2 yg kite tak phm.
cam situasi aku. mak aku mmg btol2 nk tau harga medical check up yg aku bakal nk wat. sampai doktor tu sendiri yg keluar bg penerangan. bygkan doktor pemilik kepada klinik tu. name die Dr. Asniza. manis je.. huhu.. and doktor tu sangat gentle la, amek darah sumer.. haha..nampak sgt aku batak g hospital swasta.

perbezaan last skali, adalah byrn yg dikenakan.
mmg semua manis kan, time nk byr tu pn manis gak.. hak hak hak...
mak aku spend about Rm148 overall. cian jugak kat mak aku. gara2 aku dah burn duit die, kalo tak dah boleh beli mee goreng 50 bungkus utk lima puluh hari.
kerajaan lak mungkin murah sikit, ataupun free of charge tapi, layanan takde, mase menunggu terbuang.

bile pikir2 balik, cmtu jugak la hidup kite.
kalo kite nk bende yg baik,menyenangkan, kite mesti kene 'byr lebih',
kalo tak, hidup ni akan jadi cm hospital kerajaan..hehe.. cm scary je bunyi die.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum.

    nak tanya,masa lung xray tu mcm mana situasi dia?

    kena topless ke?

    BalasPadam
  2. hahaha, ada sense of humour. How old r u?

    BalasPadam