Isnin, 6 Ogos 2012

Allah is with me all the time

alhamdulillah...alhamdulillah..

tak tau lagi macam mana nak bersyukur kpd Allah atas nikmat meluluskan ujian JPJ kereta..

before test tu mmg sgt takut, banyak kali rasa ragu2 dgn Allah.
Banyak kali try convince hati " bukan ke Allah yg berkuasa atas segala2nya?"

"I trust Allah, I just don't trust myself"

baguslah tu Laila. time adik usrah kau kata kurang percaya keberkesanan surah An-nas dalam menangkis kemalasan kau kata aqidah tak sejahtera lagi. Nah, hambek kau bile Allah uji benda kecik macam nie. tu pun kau tak boleh nak tawakal sepenuhnya pada Allah.

siapa punyer aqidah yang tak sejahtera sekarang?

mmg rasa ditumbuk berkali2, bertubi2..

teringat target ramadhan aku pertama sekali adalah utk kurangkan merungut.

dan itulah perkara pertama yg Allah uji bile masuk je ramadhan.

aku merungut susah naik moto still tak boleh nak imbang masuk track moto dan aku tak pass nak masuk bulatan 8 tu.

citer2 kat org, mengeluh sbb susah..

tup2.. bile aku dtg utk berlatih lagi sekali aku terus boleh masuk bulatan 8 dan amazingly aku boleh bawak gracefully dalam track motor tu.

lepas tu teringat..

"betul lah.. Allah boleh je nak bagi pandai terus tapi Allah nak bagi lambat sikit je, nak uji aku nak tgk aku react macam mana."

dan aku dah gagal untuk sabar.

teringat k.aha kata " mmg masa ujian JPJ akak mmg rasa Allah yg tolong"

dan aku rasa betul tadi. padahal boleh je aku gagal time bukit (macam selalu dalam latihan) or parking or three pointer.

tapi aku rasa tadi semuanya senang sgt..

hope lepas nie aku tak payah nak tunggu kesenangan dari Allah utuk rasa "Allah is with me all the time"

p/s: rasa kagum dgn tokoh2 yang syahid di tali gantung tapi masih boleh keep calm dan sebarkan dakwah and baca al-quran b4 syahid. aku tadi sbb terlalu gugup al-quran pun terketar2 nak bukak sbb aku org first dalam list. so hanya sempat zikirullah.

dan after habis test lalu kawasan perkuburan org islam. pastu seolah2 terdetik dalam hati org2 dlm kubur tu berkata..

"kesiannya manusia menangis fail JPJ test tapi tak menangis pun utk dosa2 yg telalh lalu"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan