cume ade satu je perkara yg aku kurang berpuas hati.
dah banyak kali juga lah aku kalau gi terawih bile start solat je mesti ade jarak2 yg terlalu jauh antara jemaah.
kadang2 serba salah aku dibuatnya. nak tarik tangan takut kecik hatinya. yelah.. kan mak cik2 takut dikatakan kite ni pandai2 je. tapi aku fikir kite kena lagi takutkan Allah.. macam peristiwa tadi, kanan kiri aku mak cik. then aku perasan ade ruang yg agak besar so aku bergerak ke kanan. tapi mak cik belah kiri aku tak berganjak pun ke arah aku. solat aku dah tak khusyuk dah. so aku dok pikir macam mana nak tarik mak cik nie (don't try this in your solah).
after je habis 2 rakaat terawih yg pertama aku perasan org2 belah kiri lagi ramai so bile start terawih kedua aku bangun dan bergerak ke kiri pulak. mak cik belah kanan aku tak pun berganjak mendekati aku. so aku pun cuit lah tangan dia. Dia pandang aku, tak faham agaknya, lalu dia terus angkat takbir. Aku pegang bahu dia pulak dan tunjuk isyarat rapatkan ke bahu aku. tetibe dia pandang aku dan bergerak ke kiri dan teruskan solat tanpa memperbaharui takbir. eh, boleh pulak begitu.
agak serba salah jugak. time solat kite kan tak boleh pandang selain ke arah kiblat.
entahlah..
rasa diri nie kurang sangat ilmu tapi dan rasa bersalah sbb kita kena bagitau orang yg tak tahu. kalau org tu tak tahu kita yg salah kerana tak beritahu.
ade banyak lah kisah2 mak cik2 yg tak suka duduk rapat2 dalam soff, padahal Allah tak pandang kalau barisan solat kita tak sempurna dalam satu barisan. bukan ke sia2 solat kita macam tu?
wah.. susah dan beratnya tugas rasul2 dulu. mereka lagilah diancam dan dibenci sampai dibuang org sendiri gara2 untuk sebarkan agama Allah..
pastu kaitan dgn status inche gabana pasal seorg pak cik tegur dia letak Al-quran atas lantai, pada pendapat aku satu sebab knp dia letak Al-quran atas lantai. time terawih dia nak fhm kan ape yg imam bace panjang2 tu kan so dia bace Al-quran time solat. then time sujud dia pun meletakkan Al-quran di atas lantai in order utk sujud . tapi bile bangun untuk rakaat baru dia angkat lah balik Al-quran tu. aku rasa lah. tapi bg pendapat aku itu tidak langsung menurunkan kan darjat Al-quran. sbb dia bersungguh nak baca dan hayati maksudnya. rasanya kalau Al-quran tu letak tinggi mana pun tapi tak bace lagi hina drpd Quran yang di bawa ke mana2 dan dibaca.
itulah bila orang melayu nie merasakan kemuliaan islam tu dgn menjungjung Al-quran, tak dipijak, tak diletak rendah drpd lutut. Itu semua sekadar adap dgn Al-quran, tapi kewajipan mengkaji Al-quran diambil sambil lewa dan ada yang tak pernah baca pun tafsir Al-quran. kalau bukan kita orang islam yang kaji Al-quran tak kan nak bagi dekat suraj atau Micheal
p/s:
Dari Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda:
“Allah swt sentiasa berharap kepada para hamba-Nya dalam solatnya, selama hamba itu tiada berpaling-paling. Apabila hamba itu memalingkan mukanya,berpalinglah Allah swt daripadanya.”
same goes to me
BalasPadammak cik kanan cuit ajak rapat kanan.kita pegi kanan
mak cik kiri cuit ajak rapat kiri.kita pegi kiri
lepas tu panggil makcik belakang, keras tak nak datang,
how to solve this?hurrmm
susah kan?mostly nak duduk bawah kipas, so tanak bganjak
Betuuuuuul~~
BalasPadamalaa..tarik je tangan kedua-dua makcik sebelah kita.. tapi tarik lembut2 la.. in my case, mostly ramai makcik yg x sedar benda ni.. but bila tarik tangan depa slowly, and surprisingly they thanked me. sbb sentuhan yg lembut banyak makna ya
BalasPadam