sejak beberapa hari nie aku rasa membuak2 dalam diri nak menulis sesuatu. Tapi asal aku start taip je idea tu hilang.
So amacam raya korang?
Aku?
alhamdulillah. inilah raya pertama yg aku rasa aku fhm sebenarnya apa itu aidilfitri.
Kalau b4 nie aku just mencari kemeriahan, ketupat&rendang, mercun&bunga api, duit raya&pakaian raya.
Tahun nie sgt berbeza.
kerap kali time detik2 akhir ramadhan sebelum berlalu, aku bertanya "wahai, ramadhan knp kau harus pergi? bukannya aku membenci kau syawal..cuma..."
aku tak boleh nak bg alasan untuk menghabiskan dialog dalam diri aku tu. Mmg sedih ramadhan tu pergi tapi rupanya banyak perkara lain yg Allah nak bagi.
malam raya tu tak rasa sgt pun esoknya nak raya. aku tak rasa sgt pun kemeriahannya. aku cuma rasa penat dan nak tido cepat2.
bile esoknya tiba, pagi2 tu bukak tv9 slot tanyalah ustaz. menarik sgt rancangan tu. membuka hati aku untuk terima bulan syawal.
antara kata2 ustaz tu yg aku ingat
" hari raya aidilfitri adalah hari yg Allah bagi keampunan pada kita. dan sepatutnya after ramadhan kita menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan kerana dosa2 yg telah kita lakukan telah pun diampunkan oleh Allah pada bulan ramadhan yg lalu. janganlah kerana hari raya yg sehari meleburkan amalan2 kita selama sebulan menjadi sia2"
mase aku dengar tu aku macam
"ya Allah, betul ke aku dah taubat kpd Mu dgn sungguh2 pd bulan ramadhan yg lalu?"
Dan waktu inilah selepas keluar dari institusi ramadhan Allah akan uji sejauh mana ketaqwaan yg kita sedaya upaya cuba gapai semasa bulan ramadhan. di sinilah ujian sebenar bermula selepas kita bertungkus lumus berlatih dgn latihan yg ketat.
Dan masa pergi solat raya, walaupun takbir raya tu kedengaran tak semangat je tapi aku rasa sgt seronok dan bersemangat. Aku rasa sgt bersyukur kepada Allah kerana Allah telah menghadiahkan hari ni sebagai hari perayaan kpd umat islam.
Setelah pelbagai dosa yang kita buat.Allah sgt Pemurah dan Pengasih masih mahu memberi hari istimewa ini pada kita. Padahal kalau nak reflek amal dan kesyukuran masa ramadhan mmg tak banyak mana pun. mmg tak layak pun nak dapat hadiah yg sangat bernilai nie drpd Allah.
sbb tu lah bila aku tgk org2 islam lain yang asal hari raya je benda lain yang lebih dia pentingkan drpd keredhaan Allah rasa sgt sedih dan kasihan. lebih2 lagi pabila pembaziran yg sgt dahsyat berlaku dari segi makanan dan kewangan air mata nie mmg akan mengalir teringat saudara kita di luar sana entah2 tak de ape nak makan pun. Baju raya tu mmg lagilah jauh.
p/s: jom istiqamah dalam mencari taqwa. because taqwa is a journey not a destination. Our destination is Allah.
di sini pengertian&keutamaan syawal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan