Isnin, 18 April 2011

Daurah minggu ini

usrah last aku kak tirah ckp pasal hadith Rasulullah S.A.W pasal menyebarkan salam..

“Kamu tidak akan masuk ke Syurga hingga kamu beriman kamu tidak akan beriman secara sempurna hingga kamu saling mencintai. Maukah kamu kutunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan akan saling mencintai? Biasakan mengucapkan salam di antara kamu (apabila bertemu).”

so kononya aku dgn Yu nak implement kan la sebarkan salam nie.
mse kat KTM kajang tuh aku ajak Yu bagi salam kat sekumpulan perempuan tgh tunggu train
ehem2..
"assalamualaikum" serentak aku dgn Yu memberi salam
"waalaikumsalam" jwb mereka
"eh?"
"yuhanes!" kata salah seorg hamba Allah di situ
rupanya member lame..ceh! haha
kalo tak bg salam tadi mesti tak jumpe..
pastu masuk train nak menuju ke stesyen shah alam
penuh nya MasyaAllah..sungguh mencabar kesabaran
"takpe, dunia ni sementara je. kalo aku mati pun harap2 Allah terima niat perjalanan aku untuk mencari Allah"
kalo tgk org yg masuk train tuh, sume org nak cepat, sumer org pikir diri masing2..
"asalkan aku sampai destinasi aku"
tak dinafikan aku pun pikir camtu jugak..
pastu kakak Raimi suruh tunggu kat stesyen Petaling, pergi rumah Ansar
aku dgn Yu pun berjalan ke rumah Ansar.. takde org..tapi nasib baik pagar tak kunci .
hujan dah makin lebat..kami masuk je after tunggu beberapa ketika
bile zohor dah masuk, aku dan Yuhanes saling berpandangan

cmne nak solat nie? kakak2 tuh macam lambat lagi je nak sampai

last2 kami amek wudhuk gne air hujan dan solat je kat laman rumah yg besar tuh.

mse tuh aku pikir, aku tak pernah rase susah nak dirikan solat kat mne2 pun

sbb ade masjid, dgn sejadah empuk. tempat laki perempuan asing.

tempat bersih

nie first time aku solat kat laman rumah yg kami sekadar yakin dgn hati tempatnya bersih..
ya Allah, terlalu bnyk nikmat yg Engkau beri sampai aku tak pernah fikir pasal saudara seislam yg lain
kat negara yg ditindas, nak solat pun takut. takde masjid. solat kat mne2 tempat yg sempat..

Terima kasih ya Allah!
di Daurah pun aku dapat bnyk sgt ilmu. Alhamdulillah
baru aku tau, tujuan sebenar aku join usrah, bukan sekadar utk diri aku

bukan sekadar menjaga diri aku, bukan sekadar menjaga iman aku seorg

aku ade tangungjawab berat lain..

dan aku juga bersyukur kepada Allah sbb beri aku kesempatan dan mase dan kesihatan utk menghadiri majlis ilmu ini.
Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[surah al-Mujadilah ayat 11]
selain itu aku jiga baru tahu yg Allah nak suruh kita solat 50 kali sehari pada first2 suruhanNya sbb Allah rindu nak jumpa kita.Sweetnya Allah..
tapi kita sendiri tannak jumpa Allah. berat! susah! yg 5 kali sehari ni pun kita rase berat dan susah.. aku rase kalo Allah bagi sehari solat wajib sekali pun kita akan ckp susah juga..



p/s: aku sgt puas hati dgn kesibukan minggu ini sbb aku tak membazir 24 jam sehari yg Allah beri dgn perkara2 jahiliyah dan sia2..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan