Jumaat, 29 April 2011

germ words

Though Im not an engineer, I will try to build for myself and for my parents, few Palaces in Paradise.


kisah sahabat yg agung

sila bce kisah nye di link ini

http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/biarlah-aku-menerima-hukuman-di-dunia/#axzz1KtvsmCWt

aku teringat cerita ni dulu pernah diceritakan oleh ustaz kimia mse kelas kimia dulu

bile org tanye kat Abu zar

"kenapa sanggup datang utk mengantikan tempat Hassan dlm hukuman bunuh? (sbb dia boleh je lari kalo dia taknak gantikan tempat Hassan dihukum)"

Abu zar menjawab

"Aku tak mahu sekali dalam sejarah islam terlakar perbuatan aku melarikan diri dari hukuman ketua"

Hassan pun menjawab dgn jwpn yg sme bile ditanye soklan sebegitu. sbb kalo dia nak lari bile2 je, kalo tgk kelogikan la kan. tapi betapa mereka takutkan hukuman Allah dan ketinggian iman mereka kepada Allah telah  mengatasi ape pun kegentaran terhadap dunia sekali pun nyawa akan melayang..

Rabu, 27 April 2011

germ words

saat melakukan amalan kebaikan pandang manusia yg berada di atasmu
saat mendapat kesusahan pandang manusia yg lebih susah daripadamu

Bersyukurlah kepada Allah nescaya Allah akan menambah nikmat kepada mu

Isnin, 25 April 2011

bersyukur lagi dan lagi

 23 April 2011

Terima kasih ya Allah..

kau dah bagi terlalu bnyk nikmat pada aku
kau dah beri bantuan terlalu bnyk pada aku

kau pelihara aku dgn penuh kasih sayang 

bagaimana lagi ya Allah bisa aku tunjukkan penghargaan padaMu
aku lebih bnyk berbuat dosa dan perkara lagha kepadaMu

namun nikmatMu tak pernah putus mengunjungi ku
seakan2 Engkau tak kisah dgn amalan ku yg tak seberapa
dosa ku yg menimbun dan tak pernah sunyi daripada alpa kepadaMu

=(

24 april 2011

antara tempat yg aku suke kat nottingham adalah tasik nottingham.
aku rase ramai jer ske tempat tuh. lagi2 tempat bagi makan ikan tuh.. 

aku suke giler dok situ.. melayan perasaan..eh tak2.. maksud aku memuji 

kebesaran Allah..hehehee

selalunya after joging (dgn perlahan) sekeliling tasik. aku akan duduk kat 

tepi tasik tu sorg2 sambil mendengar deruan angin, bunyi fountain. melihat itik berkumpulan atau seekor berjalan atau terbang. ikan menunggu makanan dicampakkan. awan berarakan.langit membiru cantik..sgt menenangkan..

terbaik!

bile bce al-ma'thurat atau zikir2 yg meruntun jiwa (bajet) kat tepi tasik 

tuh, tibe2 air mata boleh mengalir bile mengenangkan betapa banyak 

nikmat Allah pada aku tapi still aku nie kurang bersyukur. aku juga ade 

teringat, yg alam nie setiap saat berzikir kepada Allah dgn bahasa dan 

cara mereka sendiri. sbb tuh kita akan berasa sgt tenang bile bersama 

dgn alam. lagi2 kalo kita memikirkan Allah. sbb alam nie kan sebagai 

bukti kekuasaan Allah.

A: prove to me God exist

B: can u prove to me first that God does not exist? 

with all u see and all u cannot 

see everything glorifies Allah. Only u can't understand. Only u 

cannot hear. Because if u can hear, it will annoy u and it will bother u. U will 

become very stress. Just imagine every second u hear people scream 

on your ear, wat would u feel? But Allah is so Merciful, He make u can't 

understand but yet still u can see and feel. What do u feel when u go out 

and see the trees, the greens, the sound of waterfall, the sound of wave? 

Peace right?

 they all glorifies Allah 

the way we can't hear, the way we can't understand. One thing that 

Allah grant us with

the feel of peacefulness by the nature  and we don't not even realised its a gift and because of 

that  we don't thank Allah. 

and everything u see in this world is not God. because everything u see 

is the creation of God. How can God become a creation? by just thinking 

and seeing the beautiful creation of the world, we know this 

well-organised  nature needs a Creator. 

p/s: esok nak gi beli baju kat KL dan kalo sempat nak gi pesta buku. 

InsyaAllah...

****************************

I agree money is not everything
but I do not agree money does not give happines at all


      *ayat seribu dinar*

"barang siapa yang bertaqwa pada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal pada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.


p/s: letakkan duit di tangan bukan di hati. kerana hati ini khas hanya untuk Illahi..

wallahualam..





Jumaat, 22 April 2011

muda sebelum tua

22 april 2011

hari kedua dok kampung membuat aku mengimbau kembali zaman

persekolahan aku. bgn awal. pergi sekolah awal, pakai uniform sekolah

sbb sepupu aku sumer kecik2 lagi. paling besar pun darjah lima.

tgk mak su rajin kemas2 rumah. pagi2 lagi dah bgn siapkan anak, pastu

basuh baju. pastu bg nenek minum susu gne tiub.

"mimi reti nak bagi nenek minum?"
tanye mak su tiba2.

aku sekadar tersengih.

bile tgk nenek kurus melidi, kesian pulak aku tgk. mse tula terlintas kat

kepala aku:

"sape yg ckp nak taubat mse tua nanti mmg rugi, sape yg ckp lambat lagi

dtg seru mmg rugi, sape yg ckp nak berbakti pada islam lambat lagi

mmg tak tau ape yg dia ckpkan, sbb kalo dia tau ape rasenya tua dia

akan buat semua itu sekarang
"

sbb mse tua nnt sape tahu tiba2 kena strok lalu lumpuh, nak solat berdiri

pun tak mampu.

bile blaja dlm kelas bio psl sinovial fluid yg ade dlm lutut.(sila google kalo

tak tahu) org2 tua yg dah takde fluid tuh susah sgt nak jln. mcmne nak

sebarkan dakwah islam? cmne nak solat bnyk2,selain solat fardhu? salah

satu nikmat Allah yg kita slalu lupe. bile tua nnt, Allah tarik balik nikmat

tuh, baru kita menangis, merintih, mengadu kehilangannya.

ade satu citer Yu citer kat aku pasal seorg senior. dia sanggup buat

usrah kat kolej2 dan universiti2 jauh2 semata2 kerana islam. sampai dia

ni terlalu aktif lalu ditendang keluar hostel campus. bile org tanye kenapa

sanggup bersusah payah buat usrah jauh2?

"supaya di kubur nnt kita bersenang lenang pula"

indahkan?

tapi bukan senang. betul la hadis Rasulullah S.A.W

ade 2 nikmat yg paling kita tak syukuri iaitu waktu lengang dan kesihatan.

ucaplah Alhamdulillah dan tunjukkan kesyukuran kita dgn mengisi mase

kita dgn perkara yg diredhai Allah..InsyaAllah..

*****

aku tgk MHI tadi, rupanya hari ni Hari Dunia (earth day). pastu Wardina

ade mengatakan sesuatu yg berbunyi lebih kurang begini

"bile dikaji, kebanyakan negara yg kotor adalah negara2 islam. Mengapa

jadi begitu? perlu dimuhasabah semula. sbb sepatutnya kita nie menjadi

contoh, tugas umat islam sebagai khalifah perlu dijalankan.."

terase boleh tak..

sbb sebaik2 manusia adalah manusia yg berbakti pada org lain.

kalo tgk aktivis2 yg cintakan alam sekitar tu sumer sanggup buat kerja2

mengutip sampah, membersihkan sungai dan air terjun tanpa minta

dibayar atau dibalas. kenape?

sbb mereka cintakan bumi ni.. mereka berasa tanggungjawab utk

berbuat sesuatu kerana mereka hidup di bumi ini.

kita seharusnya berasa malu la kalo org bukan islam lebih beriya2 nak

jaga bumi, org islam sendiri hanya tahu berhibur hanya tahu berkate

"hidup hanya sekali so kena enjoy puas2"
hidup tiada tujuan. tak kisah pasal org lain. agama ke mane, diri ke mana.

this way of thinking need to be changed.

*ape yg melayakkan kita untuk masuk syurga Allah kalo care kita hidup same mcm org kafir or maybe worst?

kite makan, mereka juga makan
kita tido mereka juga tido
kita solat, mereka sembahyang dgn care mereka
kita kerja mereka juga kerja

jadi ape perbezaannya?

fikir2kan..

Khamis, 21 April 2011

melawat nenek di kampung

hari nie aku ajim and abah balik kampung melawat nenek.
alhamdulillah, akhirnya Allah mengkabulkan doaku untuk balik kampung..
dah lame dah nenek jatuh sakit kena strok



bile akhirnya dpt melihat dgn mata aku sendiri aku harap perkara ni dpt 

memberikan aku pengajaran hidup

eventually everyone will die

but not everyone will feel to be old

bile tgk tadi mcmne seksanya nenek nak mkn

aku berasa sgt bersyukur aku masih lagi boleh memegang makanan dgn 

tgn aku, aku boleh suap sendiri ke mulut aku,  aku boleh kunyah sendiri 

dgn gigi aku

betulah syeikh Riad ckp

" we always focus on what we want until we forget to ask Allah to remain 

the thing we have "

bygkan, nenek dah tak bleh nak makan gne mulut, so dia kena gne tiub 

dari hidung..

mse nak masukkan tiub masuk ke hidung, nenek meronta tannak 

dipelakukan begitu..

aku tahu sakit, aku palingkan muka aku dari melihat nenek meronta tidak 

bersuara. 

imagine, tiub tub tu kena masuk dari hidung sampai ke tekak. 

"mie, pegang tangan nenek nie" 
aku terkedu.
lagi aku tannak melihat lagi Allah seakan2 mahu aku mendekati dan 

merasai kesakitan itu.

perlahan2 aku memegang tgn nenek. aku tannak pegang keras2. aku 

tannak nenek rase sakit sikit pun. 

mak lang aku jenuh memasukkan tiub ke dalam hidung, nenek melawan 

mak lang.

"mak tannak nie, dia melawan.."
kata mak lang kesal. 

mak lang seakan2 sudah biasa dgn situasi sebegitu. biasalah seorg 

jururawat. 

aku memegang tgn nenek sambil memalingkan muke.. aku tak sanggup.. 

sungguh! 

"aik mimi, kate amek bio takkan takut tgk kot"
ujar pak lang mungkin berasa kelakar dgn gelagatku..

"mimi amek bio yg takde kena mengena dgn org dan kesakitan"

selesai memasukkan tiub, mereka mengikat tangan nenek di katil. takut 

nenek membuka tiub itu sekali lagi. kalau dibuka terpaksalah mejalani 

proses memsukkan tiub itu sekali lagi. nenek sudah separuh lumpuh. 

hanya beberapa anggota shj yg boleh digerakkan.. 

mak su membuat air susu, mula meletakkan di tiub itu untuk nenek.. 

masih ade lagi org yg tabah seperti mereka, moga Allah memberi 

mereka syurga tertinggi sebagai balasan kebaikan mereka

Ya Allah moga aku setabah mereka di kala ibu dan bapa ku memerlukan 

aku di usia tua mereka.. amin..


amirul (sepupu)
amira dan aliaa(sepupu)

Rabu, 20 April 2011

gem words

I can be angry if I choose to be
so let us choose not to be

gem words

Its not how well u know about an ayat or hadith its how well u practice it in your daily life
lets pray to Allah that we will be the people who practicing the Quran and Hadith as well as Rasulullah did
InsyaAllah

Isnin, 18 April 2011

gem words

we are not created by Allah to be punish
so let us be thankful to Him

Daurah minggu ini

usrah last aku kak tirah ckp pasal hadith Rasulullah S.A.W pasal menyebarkan salam..

“Kamu tidak akan masuk ke Syurga hingga kamu beriman kamu tidak akan beriman secara sempurna hingga kamu saling mencintai. Maukah kamu kutunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan akan saling mencintai? Biasakan mengucapkan salam di antara kamu (apabila bertemu).”

so kononya aku dgn Yu nak implement kan la sebarkan salam nie.
mse kat KTM kajang tuh aku ajak Yu bagi salam kat sekumpulan perempuan tgh tunggu train
ehem2..
"assalamualaikum" serentak aku dgn Yu memberi salam
"waalaikumsalam" jwb mereka
"eh?"
"yuhanes!" kata salah seorg hamba Allah di situ
rupanya member lame..ceh! haha
kalo tak bg salam tadi mesti tak jumpe..
pastu masuk train nak menuju ke stesyen shah alam
penuh nya MasyaAllah..sungguh mencabar kesabaran
"takpe, dunia ni sementara je. kalo aku mati pun harap2 Allah terima niat perjalanan aku untuk mencari Allah"
kalo tgk org yg masuk train tuh, sume org nak cepat, sumer org pikir diri masing2..
"asalkan aku sampai destinasi aku"
tak dinafikan aku pun pikir camtu jugak..
pastu kakak Raimi suruh tunggu kat stesyen Petaling, pergi rumah Ansar
aku dgn Yu pun berjalan ke rumah Ansar.. takde org..tapi nasib baik pagar tak kunci .
hujan dah makin lebat..kami masuk je after tunggu beberapa ketika
bile zohor dah masuk, aku dan Yuhanes saling berpandangan

cmne nak solat nie? kakak2 tuh macam lambat lagi je nak sampai

last2 kami amek wudhuk gne air hujan dan solat je kat laman rumah yg besar tuh.

mse tuh aku pikir, aku tak pernah rase susah nak dirikan solat kat mne2 pun

sbb ade masjid, dgn sejadah empuk. tempat laki perempuan asing.

tempat bersih

nie first time aku solat kat laman rumah yg kami sekadar yakin dgn hati tempatnya bersih..
ya Allah, terlalu bnyk nikmat yg Engkau beri sampai aku tak pernah fikir pasal saudara seislam yg lain
kat negara yg ditindas, nak solat pun takut. takde masjid. solat kat mne2 tempat yg sempat..

Terima kasih ya Allah!
di Daurah pun aku dapat bnyk sgt ilmu. Alhamdulillah
baru aku tau, tujuan sebenar aku join usrah, bukan sekadar utk diri aku

bukan sekadar menjaga diri aku, bukan sekadar menjaga iman aku seorg

aku ade tangungjawab berat lain..

dan aku juga bersyukur kepada Allah sbb beri aku kesempatan dan mase dan kesihatan utk menghadiri majlis ilmu ini.
Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[surah al-Mujadilah ayat 11]
selain itu aku jiga baru tahu yg Allah nak suruh kita solat 50 kali sehari pada first2 suruhanNya sbb Allah rindu nak jumpa kita.Sweetnya Allah..
tapi kita sendiri tannak jumpa Allah. berat! susah! yg 5 kali sehari ni pun kita rase berat dan susah.. aku rase kalo Allah bagi sehari solat wajib sekali pun kita akan ckp susah juga..



p/s: aku sgt puas hati dgn kesibukan minggu ini sbb aku tak membazir 24 jam sehari yg Allah beri dgn perkara2 jahiliyah dan sia2..









Selasa, 12 April 2011

siape tahu sejarah KFC?

sgt menarik..
Colonel Harland Sanders adalah pengasas KFC.
   
wajah sebenar

wajah ilustrasi
 bukan nak mengalakkan makan KFC cume nak menceritakan kisah menarik disebalik kejayaan KFC nie sampai sebut kat mne2 pun sume org tahu.

kisahnya bermula begini..

Sanders nie ade cooking skill yg sgt hebat.
sampai dia digelar "kentuky colonel" by the Gorvernor.
so die pun mereka satu recipe yg mmg fabulous lah..
pastu dia pun bukak satu restoran atas nama die
The Sanders Court & Café

tapi satu hari nie dia rugi besar sampai dia terpakse gulung tikar
tapi dia tak pernah putus asa
dia yakin yg recipe dia sgt2 istimewa dan dia nak sgt mempopularkan recipe tersebut
so, dia pun travel  pergi ke pelbagai restoran dan di reject bnyk kali
ade jugak yg gelakkan die sbb ade hati nak menjual recipe kirenya mcm muke tak malu
sbb time die pergi restoran ke restoran yg lain age die dlm 65 years old.

a retire old man ade hati nak jual recipe tak laku

"why should I buy your recipe, I have my own one"

mungkin itulah dialog yg dilemparkan pada Sanders

cube teka sampai restoran keberape baru ade org nak terime dia?

layan gambar sambil meneka restoran keberapa

bergaya nyer patung tuh


wah happynya semua org
suasana membeli di KFC


jeng, jeng jeng..

restoran ke-1000 baru ade org nak amek recipe die


betapa kuatnya azam dia nie, dan usaha dia tak kenal putus asa.

kalo la kita di tempat die restoran ke berapa kita give up?

kalo aku first restoran tolak aku dah tak mau buat dah

tapi Allah berfirman , sape yg berusaha pasti berjaya

cume tak tahu bile, sbb usaha itu mmg sunnahtullah dia kejayaan.

usaha itu seiring dgn kejayaan.

lihat je la kejayaan KFC tuh kukuh sampai hari ni ke seluruh dunia. tak de sape sangka org tua

macam dia ade recipe hebat sampai semua org nak makan ayam berempah rahsia tuh

kita kena contohi dia

(ckp org aku pun tak tahu boleh ke tak contohi dia)

tapi kalo kita buat sesuatu yg diredhai Allah. dan kita tak berputus asa

bukan kat dunia jer, akhirat pun Allah bagi kejayaan..

kejayaan akhirat tu lagi tak bileh nak bygkan kenikmatan nya

kalo KFC yg 59 thn lepas dah tersebar ke seluruh dunia dgn usaha org tua yg tak kenal putus asa

sampai 1000 retoran die pergi, kalo dia buat ikhlas sbb Allah ape ganjaran dia di akhirat?



kalo kat dunia pun org sebut KFC sumer tahu, ape lagikan kat akhirat?

kita tak boleh byg sbb, perkara kat akhirat itu adalah benda yg kita tak pernah lihat, rase, bau, dengar, pikir

pun kat dunia. kalo pikir pun tak sehebat mne dgn akhirat.

kesimpulannya, jgn putus asa sbb org Islam tak boleh putus asa, sifat putus asa nie adalah sifat org munafiq

dan org2 yg sesat..

Reference
http://franchises.about.com/od/mostpopularfranchises/a/colonel-sanders.htm

[....sekalipun (syurga itu) tidak nampak. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati.]
surah Maryam ayat 61

germ words

u can never please everyone, so choose to please Allah

If u please Allah, Allah will make everybody else please with u


Khamis, 7 April 2011

terima kasih mama

mimi ingat lagi mama yg suapkan mimi nasi mase kecik2 dulu

mimi suke soso cili, ajim suke soso tomato.

dua2 sos ade dlm satu pinggan sbb mama nak puaskan hati kami berdua

mimi ingat lagi mase mimi demam, mama yg amek tuala basah dan letak kat kepala mimi..walau dah larut malam

mama tak kisah, mama tetap jugak nak berjaga nak jaga mimi sampai mimi kebah

pastu mama citer "mase mimi baby mama tak bagi satu nyamuk pun gigit mimi time mimi tido"

wah..besyukur sungguh pada Allah sbb telah mengurniakan ibu yg penyayang seperti mu

sbb ade ramai lagi anak2 same umur mcm mimi kat luar tuh tak de sape pun yg pedulikan mereka

tapi mimi, mama ade di sisi

"I love u mum" taipku di sms

"I love u too much" balas mama kembali..

air mataku mengalir deras membaca bait kata2 yg ikhlas itu

mimi sayang semua, mimi tannak ade sorg pun family kita ade dalam kemurkaan Allah

mimi tannak nanti kat akhirat ade sorg dua je dari kita semua yg masuk syurga yg lain masuk neraka.

mimi nak kita semua sama2 masuk syurga, sama2 gembira di sana..

insyaAllah..

Heart serene

before aku start aku nak ucapkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah sbb telah mempermudahkan niat aku untuk pergi ke program ini..
aku tak menyesal walau sesaat yg aku dah hbskan RM350 pergi majlis ilmu nie demi Allah
walaupun lepas nie aku kena berjimat2 sedikit dalam berbelanja untuk cover balik yuran tuh

walaupun mula2 mama pun tak tau aku pergi seminar tu dgn byrn sebegitu

bile dah bagitau mama,mama sedikit terperanjat tapi akhirnya tak kisah.
Alhamdulillah ya Allah, sungguh kau permudahkan segalanya

"why are u here?"
tanya Sheikh Riad di dewan besar itu

keadaan senyap

"If  think u are here becoz u are rich u. U are wrong!
Becoz there are thousands people who are richer than u but they are not here"

"Allah the one who pick u. u r chosen to be here"

terlalu banyak ilmu dan pengetahuan yg aku dapat tak terbanding dgn harga yuran dia..

u need to be there to experience it yourself..
aku tak boleh nak gambarkan ape yg aku rase..
sbb ade mase aku gelak dgn gelagat dan lawak2 sheikh tuh..ade masenya hati aku sgt tersentuh dgn kata2 sheikh tuh sampai aku menangis..

"its like a roller coaster"

"bile kali terakhir kita menangis kerana Allah?"
satu perkara yg kita kena muhasabah diri kita balik, sbb salah satu cara kita untuk bersyukur kpd Allah adalah dgn muhasabah balik kesilapan dan menyesali dosa kita kpd Allah..

seriously aku tak sabar nak pergi program tuh lagi next week.. Moga Allah memberi keredhaan pada kita semua, dan moga Allah mempermudahkan jalan bagi hambaNya yang berusaha mencariNya.

tak perlu berasa tinggi

kita mahkluk paling mulia di dunia kerana Allah mengangkat darjat kita melebihi makhluk lain
tapi kita boleh jadi makhluk paling hina di akhirat dgn dicampakkan ke neraka.

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.[surah al-isra' ayat 37]


Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. [surah al-isra' ayat 70]


Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. [surah al-isra' ayat 18]

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
[at Tiin, 95:6]