Rabu, 24 November 2010

RINTIHAN WANITA ISLAM DI DALAM PENJARA SYRIA

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.

            Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis ataupun membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurungi kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya-Allah surat ini akan sampai kepada seluruh umat Islam seluruh dunia.
            Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahanam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.
            Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat di antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di muka bumi ini. Dari hati kami yang tersiksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan maruah dan nyawa kami. Kalau dahulu, apabila seorang muslimat meminta pertolongan daripada Khalifah Al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkannya tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu muslimat dizalimi, diseksa dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.
            Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta untuk dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan bersama kami di dalamnya.
            Wahai Umat Islam seluruh dunia, cukuplah dengan tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan di soal di hadapan ALLAH SWT di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah  yang di lakukan ke atas kami. Apakah kesalahan-kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.
            Apakah kesalahan-kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam keadaan separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa. Apakah kesalahan mereka ? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.
            Wahai Umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu NYENYAK TIDUR. Apakah jawapan kamu wahai umat Islam seluruh dunia ? Apakah kamu akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami daripada neraka yang tidak bersempadan ini ? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangkan hati kami yang terseksa ini ???

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thoghut nasionalis Syria.

Sumber : Seindah Mawar Berduri - Fatimah Syarha Mohd Noordin

  • Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa2, muhasabahlah diri !
  • Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Syria dengan mana-mana negara yang lain. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini. BANGUNLAH ! Wahai akhowat ( saudara-saudara perempuanku ) ku, selagi ada waktu dan kesempatan ini, jagalah maruah (aurat) mu seperti menjaga nyawa demi mengelakkan diri daripada menjadi fitnah lelaki di akhir zaman. Wahai ikhwan ( saudara-saudara lelaki ) ku, jangan kau menjadi dayus dengan menutup mata daripada membiarkan isteri, anak dan saudara2 perempuanmu mendedahkan perhiasan diri mereka. Sungguh kau tahu apa akibatnya menjadi dayus.      
http://www.facebook.com/notes/kami-peduli-palestin/rintihan-wanita-islam-di-dalam-penjara-syria/169996019696033

Tiada ulasan:

Catat Ulasan