Isnin, 24 September 2012

mum and dad fighting

hari nie ade satu kelas je yg berlangsung selama 2 jam++
aku actually baru je balik dari rawang, last minit punyer decision untuk balik rumah hari ahad (yakni semalam).
bile aku drive sampai rumah aku tgk takde org. aku dah pelik, dah lah tak bwk kunci rumah (terlupe). so aku kol mak aku lagi, which is the first time mak aku tak angkat, msg pun tak balas, tapi aku tetap jugak tekad utk balik rumah yg memakan masa 1 setengah jam atau lebih driving from semenyih to bukit beruntung.

aku kol pulak abah aku, dia kata jap lagi dia balik.
bile dia balik dia jumpa kereta mak aku berdekatan dengan deretan kedai. tapi she is no where to be found.
abah aku dah cuak, takut mak aku lari sbb kecik hati. aku tak tau the whole story tapi yg aku tahu abah aku dah kecik kan hati mak aku dan sekarang mak aku merajuk.

kitorg pun balik rumah sbb nak tgk dekat rumah mana tahu ade surat ke yg dia tinggalkan.
bile sampai rumah, takde pun ape2 yg suspicious.
so kitorg pun amek keputusan utk tunggu.

sampai lah hampir maghrib camtu barulah mak aku kol aku.
rupanya mak aku attend class menjahit.
dia pernah bgtau aku tapi aku lupe.
and dia tak dgr langsung org kol dia 27 kali.

bile dia tahu abah ade dekat rumah dia tak nak balik.

tapi last2 dia balik jugak siap belikan lauk and everything.

dorg tak bercakap langsung sampailah time makan. abah tanya "beli lauk dekat mana?"

mak aku jwb "dekat depan tu je"

pastu nampaklah cara abah aku try nak pujuk mak aku balik dgn letak lauk depan mak aku. suruh mak aku tambahlah kononnya.

lepas tu dorg mule baik.

esoknya barulah aku citer dekat mak aku betapa cuaknya abah kelmarin.
rupanya mak aku mmg ade terfikir nak lari.

dan pergi kelas menjahit adalah satu alternatif dia nak hilangkan tension dia.

alhamdulillah..

semuanya Allah yg takdirkan terjadi, dan bersyukur sgt dorg dah berbaik.

sebenarnya aku balik rawang pun terdorong oleh sesuatu perkara.
dan aku perasan aku cepat jatuh sakit kebelakangan nie sbb aku terlalu banyak berfikir.
macam time foundation dulu.

p/s;I love you mum and dad so much <3

1 ulasan: