kerja dekat nursery sgt banyak membutuhkan kesabaran.
sama je jage baby atau budak-budak 2-4 tahun, same je susah nak jaga.
kalau baby, dorg tak reti nak buat ape2 lagi so mandi and bagi susu sumer kena buat dgn care.
kalau budak-budak 2-4 tahun dorg basically dah pandai jalan n minum susu cuma nya dorg nie sgt nakal dan aktif, suke pukul kawan dan nangis.
penat lah jugak kerja dkt nursery nie.
Tapi bile kerja dkt nursery nie, aku dapat tgklah yg dorg jaga sgt kasar dan garang.
masa mula2 masuk aku tak fhm knp kena kasar dan garang utk jaga budak2 nie.
tapi after seminggu aku keje, aku fhm..
1. sbb tannak budak2 tu lekat dgn kita sampai membuatkan kita tak boleh bergerak ke mana2. penjaga taska ada sgt banyak kerja lain utk dibuat, kalau ade budak asyik menangis dan mintak didukung kerja lain takkan siap, dan ada banyak lagi budak2 lain yg kena dijaga.
2. kalau tak garang dorg tak dgr cakap. Ya, aku dah pun mengalaminya. budak2 tu tannak dgr cakap aku sbb aku tak garang. dorang tannak tido, dorg tannak stop main pintu.
tapi bile borak2 dgn budak KUIS yg kerja part time kat situ dorg tak setuju dgn cara kasar dan garang.
aku pun tak sampai hati nak jerit2 dan pukul dorg (melainkan kalau dorg dah buat salah).
kalau mandikan dorg pun aku tak sanggup nak biarkan je dorg terbaring kat atas lantai toilet tu.
yelah, fikir je lah kalau kita nie parent budak tu.
satu lagi perkara aku kurang bersetuju dgn parents adalah bile dorg amek anak dorg yg dorg tau sumer benda dah siap. ye lah ade certain parents yg sgt cerewet. kalau dorg amek anak dorg dan perasan anak dorg berak dalam pampers atau baju basah dan tak tukar dorg tak puas hati. kadang2 penjaga taska tak sempat nak buat sume tu. kalau nak anak2 dijaga dgn rapi hired lah penjaga peribadi, mmg mahal tapi worth it lah utk penjagaan anak. kalau nak lebih bagus lagi jaga anak tu sendiri.
bayangkan hantar anak2 ke nursery 12 hours, bile bwk anak2 tu balik tinggal nak tido je. kalau nak spend time pun sabtu ahad. ade certain parents tak percaya pun anak2 dia nakal dan suke pukul org sbb tak kenal anak sendiri.
sbnrnya agak takutlah jugak nnt time aku pulak yg akan jadi parent. macam mana agaknya?
dan aku perasan lah jugak, mase aku mula2 masuk tu aku ada pendirian aku sendiri iaitu tannak jadi garang. tapi bile dah lama2 aku dah terikut2 jd garang. seakan2 dah di dakwah oleh org2 dekat taska tu.
p/s:another 2 weeks to go!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan