bismillah. alhamdulillah. wassalatuwassalam ala rasulillah.
semalam after dinner. k.tiqah dgh aku berborak lah pasal kes perempuan dan lelaki yang diperdagang kan. maksudnya macam kes perdagangan orang. Before tu ada lah jugak citer pasal satu buku novel yang ceritakan pasal kisah benar sorang perempuan yang diculik masa umur dia 11 thn dan dirogol oleh seorang lelaki. lelaki tu kurung dia sampai umur dia 29 tahun. bila polis dah dapat carik dia dia tak mengaku pun yang dia diculik. bahkan dia macam dah sayangkan lelaki tu sbb lelaki tu ayah pada anak2 yang dilahirkannya hasil dirogol.
actually bukan itu yang aku nak citer. lepas citer novel tu, kitorang borak lah pulak pasal orang2 yang diculik dan dipaksa jual badan dan minta sedekah. yang perempuan of course untuk pelacuran yang lelaki untuk jadi peminta sedekah. yang kesiannya ade kes yang budak2 yang mintak sedekah nie dipotong tangan dan kaki untuk jadi peminta sedekah.
ade satu kisah nie. ade sorg budak lelaki umur dalam 9 tahun camtu hilang diculik. parents dia punya lah risau. tapi report polis and carik punye carik tak jumpa pun. satu hari nie mak cik budak laki tu pergi ke thailand atas urusan kerja. Masa tengah jalan2 kat pasar kat thailand tu tetiba mak cik tu dengar ade orang panggil dia "aunty..?"
mak cik tu punya lah terkejut rupanya anak buah dia. dengan kaki dan tangan takde. tapi dia blur tak tau nak buat ape. so, dalam kalut nak carik phone dalam bag bila kalih tempat tadi anak buah dia tu dah hilang . sampai sekarang tak dengar berita.
kesian kan? ade kisah lain, pasal jumpa ade budak mintak sedekah kat KL sentral. kaki takde balutan merah lagi. mase tgh mintak sedekah tu seolah2 tengah pegang kaki dia tahan kesakitan. kesian sangat.
bila aku dengar citer2 camni terdetik dalam hati aku, kenapa jadi camtu kat diorang? Tapi aku istighfar banyak2, sbb aku yakin walau ape pun yang diorang lalui Allah tahu. Dan aku sangatlah yakin juga yang Allah sayang pada mereka pada saat orang lain tak ambil peduli. kerana kasih sayang Allah tu lebih besar daripada kasih sayang seorang ibu pada anaknya.
bercakap pasal kezaliman yang berlaku di merata2 tempat, aku teringat ada ideologi barat yg mengatakan Tuhan setelah menciptakan kita, meninggalkan kita.
ape pendapat korang?
Tapi kalau benarlah Allah meninggalkan kita, jadi siapa pemberi udara yg dihirup ni? Jadi siapa yg megawal pergerakan malam dan siang? Siapa yang menurunkan hujan? Siapa lagi kalau bukan Allah.
Jikalau benarlah sangkaan barat2 itu, kenapa tidak Allah alang2 sudah biarkan kita, masih lagi memberikan cahaya matahari, hujan, dan membiarkan segala2nya berjalan dan beratur dengan sendiri.
Makhluk2 ini semua takkan mampu! Boleh tak kalau saya suruh anda semua menghentikan jantung anda selama seminit dan suruh ia menari2 sebentar?
Jadinya saya beralih ke kejahatan yg berleluasa di seluruh dunia. Mmg tak dinafikan, terlalu bnyk rampasan hak yg berlaku. Sbb ape? Ada yg menuduh Tuhan yg melakukan semua itu. Benar! Hanya Tuhan yg berkuasa tapi atas sbb apa?
Sbb manusia itu sendiri.
Allah memberi kita pilihan jalan kebaikan dan kejahatan, hanya kita dan jin sahaja yg dibenarkan membuat pilihan antara keduanya. Semua makhluk yg lain wajib patuh pada Allah sama ada mereka rela atau terpaksa.
Manusia tujuan hidupnya adalah menjadi khalifah di bumi, untuk makmurkan bumi kan? Allah telah memberi manusia kuasa untuk memilih cara memakmurkan bumi Allah ini. Jika baik yakni islam pilihan kita, maka baiklah keseluruhannya. Tapi kalau kita memilih selain islam, itulah yg terjadinya kejahatan yg berleluasa di bumi ini. Satu2nya jalan penyelesaian adalah islam itu sendiri.
Ruginya dunia tanpa islam, kerana islam itu daripada Allah.
Jadinya setuju atau tidak semua kejahatan yg berlaku adalah sbb manusia itu sendiri.
Sy bg lagi satu ideologi XD
Seorg lelaki pergi kedai gunting rambut. Lalu pak cik yg mengunting rambut itu bertanya kpdnya
Pak cik: anak ni percaya pada Tuhan?
Lelaki: tentulah
Pak cik: pak cik tidak percaya
Lelaki: (Diam…)
Pak cik: tahu kenapa?
Lelaki: (Diam lagi..)
Pak cik: tengok je la kejahatan yg berleluasa, mustahil ada Tuhan. Kalau Tuhan itu wujud, pasti dia takkan biarkan semua ini berlaku.
Lelaki: (Dia sudah tak senang duduk)
Setelah siap digunting rambut, lelaki itu keluar. Tidak lama kemudian dia masuk kembali lalu menjerit
“Mustahil kat bandar ni ada tukang gunting rambut!”
Pak cik itu terkejut bukan main,
“eh, bukan ke aku yg baru potong rambut kau?”
“saya tetap tak percaya pak cik nie tukang gunting rambut”
Kata lelaki itu.
“kenapa?”
Soal pak cik itu pula.
“cuba tengok kat luar, kenapa masih ramai yg rambutnya panjang tak terurus? Kalau betul ada tukang gunting rambut pasti rambut mereka semua terpotong dan terjaga rapi”
Tingkah lelaki itu bersungguh2.
“macam mne aku nak potong rambut mereka sedangkan mereka tak datang ke sini mintak aku potongkan?”
Pak cik itu menerangkan.
Kemudian lelaki itu tersenyum.
“begitu juga dengan Tuhan. Macam mana kebaikan itu mahu diberikan Tuhan sedangkan kita sendiri tidak datang kepadannya”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan