Jumaat, 8 Jun 2012

course ape yang kau amek tu? bhg 3.


sape2 lagi yang tak tahu course ape yang aku amek, aku amek course plant biotechnology.
I know..

I know..

korang mesti tak tahu ape prospect kerja untuk course nie. Tulah, lagi2 bila mak cik2 kat kampung tanya aku just jawab "it's complicated"

"excited" (tetiba tukar mood)

aku ade lah bace isu semasa pasal palm oil

sekarang nie FELDA + sime darby ada cam buat research untuk tukar biojisimkelapa sawit (yakni bahan yang dianggap tak berguna seperti dahan,daun,dan buah yang tiada isi) kepada gula (non-food).
kalau researchers (insya Allah aku bakal to be) berjaya untuk hasilkan gula tersebut pulangannya sangat lumayan.

malaysia bukanlah negara yang pertama menukar2 sisa bahan nie kepada bahan yang boleh diguna pakai. Thailand dah pun menukar ubi kayu kepada gula dan brazil menukar jagung kepada ethanol.

dan biojisim kelapa sawit dikatakan mempunyai potensi tinggi untuk dipasarkan. Malaysia sekarang nie tgh mengintai peluang untuk menghasilkan lebih banyak bahan yang boleh digunakan contohnya macam biopellet yang sedang dijual ke jepun dan korea selatan untuk digunakan sebagai bahan api loji kuasa mereka.

selain itu, dikatakan biojisim kelapa sawit nie boleh menghasilkan botol plastic.

dan bahan2 yang dihasilkan boleh mendapat harga yang tinggi dipasaran.
pengeluaran biocomposites, biofertilisers, biopellets, biocharcoals, biobriquettes, serat biojisim, eko-produk, biochemicals, makanan haiwan dan bahan-bahan bangunan hijau sedang giat dijalankan.

sumber: sini dan sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan