Isnin, 27 Februari 2012

program ipk


alhamdulillah, segala puji bg Allah yg telah mempermudahkan segala kerja2 kami semalam. walaupun ada beberapa kekurangan dan serba serbi ketidak puas hati, segalanya telah pun berlalu. dan program semalam telah berjaya, moga segala usaha tidak sia2. moga Allah redha pada kami, dan kami pun reda padanya..=')
kalau nak review balik semua yg berlaku semalam terlalu banyak perkara yg telah aku pelajari. Ya, sejak ditarbiyah, aku mulai perasan yg aku nampak sesuatu perkara dalam pelbagai sudut. Tapi aku yakin bukan hanya aku,akhwat yg selalu disamping aku juga begitu.

dlm blog nie aku nak sentuh beberapa sudut yg telah membuat hatiku tersentuh.

1) mase petang adik2 baru sampai, seorang akhwat mengajak taddabur surah at-taubah ayat 38-45. Ayat tu temanya jihad dan perang. Akhawat tu mengingatkan perang bukan sahaja mengangkat senjata dan bom2 bagai. Tapi y lebih penting adalah sanggup utk keluar dari zon selesa. Dan aku perasan bila kita nak mencari redha Allah pasti akan diuji. Selain tidak selesa, diuji dengan lapar (ade adek2 yg tak mkn sejak tengah hari. dan mknn hanya sampai after maghrib). Diuji mengantuk kerana berjaga lebih daripada waktu tidur. dan macam2 lagi. Tapi itu lah perang kan? lagi2 kalo kita berperang di jalan Allah, pasti sahaja Allah nak tengok sejauh mne keimanan yg kita ckp dimulut itu betul2 hadir di hati.

dan satu perkara lain yg aku kagum adalah, setiap manusia walaupun berada di tempat yg sama pada waktu yg sama kita semua diuji dengan ujian yg berbeza. Boleh jadi kita menjadi ujian pada orang lain, boleh jadi orang lain menjadi ujian pada kita. macam tanah. Tanah disesuatu kawasan mempunyai komposisi yang sama, tapi macam mana boleh menumbuhkan pokok dan tumbuhan yang berbeza?

masyaAllah...

2) semasa program sedang dijalankan, ade beberapa kekecohan yg telah berlaku di luar. Rupanya ada kebakaran hutan di seberang jalan hadapan surau. Tapi takde lah besar cuma asapnya berkepul2. Dan beberapa akhwat telah menelefon bomba. Entahlah, semasa terlihat asap tu, aku tahu ada kebakaran yg berlaku di seberang jalan sana. Tapi tiada apa yg boleh aku lakukan selain menelefon bomba. Bomba yg datang pun pada mulanya tak nampak kebakaran itu dan terus masuk ke jalan lain. Kami menelefon lagi. Tidak lama kemudian bomba datang lagi dan sekadar berlegar, kemudian pergi. Mungkin sedang mencari jalan penyelesaian. Namun, ketika waktu hampir maghrib kami melihat hutan itu masih berasap. maksudnya bomba tidak melakukan apa2 pun utk memadamkan kebakaran tersebut. Waktu maghrib itu hujan turun dengan lebatnya. Akhirnya Allah jua yang memadamkan api itu.

Apa yg aku nmpk dengan kejadian ini adalah, api itu macam umat islam yg sedang ditindas. Umat islam ditindas di mana2. Palestin, syria, thailand, filipina, dll. Dekat sangat. Tapi takde apa yg aku boleh buat. Ramai sangat yg saksikan. Tapi tak ada apa yg boleh kami buat. Kemudian beritahu kerajaan, beritahu badan2 ini, badan2 itu. mereka juga lihat, mereka saksikan. Namun, akhirnya takde ape pun tindakan, lalu pergi, mcm bomba tu pergi. Api mula merebak, senyap2, asap berkepul tu bukti. Namun semua org mula diam, sbb tgk takde sape ambil peduli. Lalu semua pun ambil keputusan utk berdiam diri.

Ya itu yang aku nmpk. Realiti.

1 ulasan: