Assalamualaikum
wbt..
sabtu ahad
minggu nie aku balik ke rumah. Sekejap je, tapi aku mohon bnyk2 pada Allah agar
berbaloi. Mama dan abah bising juga sbb balik sekejap sgt, yelah kata mereka
"baik tak payah balik" hehe..
Tapi bnyk
sgt perkara yg aku dpt walaupun balik sekejap cuma.
Mase abah
nak hntr aku balik tu lah yg terjadinya bnyk perkara. Perkara yg membuatkan aku
terfikir "macam nie rupanya setiap hari yang abah aku lalui.
Abah aku
seorang pemandu teksi. Malu dengan pekejaan itu? Pada mulanya aku malu. Jujur,
aku tak dapat terima abah akhirnya jadi
pemandu teksi setelah lama menjadi penganggur. Aku pujuk hati aku kerja tu kan
halal (insya Allah).. tulah, hati nie kita tak tahu berbolak-balik dia.
Tapi sejak
abah jadi pemandu teksi rezeki keluarga aku makin murah, alhamdulillah..
walaupun tak semewah mane tapi kebanyakkan bil dan barangan dapur dia mampu
untuk membayarnya.
kalo nak
karang kisah seorg pemandu teksi mmg boleh dibuat buku jilid bersiri. Sangat
banyak pengalaman asam garam yg dilaluinya.
Mase dalam
perjalanan balik ke universiti ade org menahan teksi. Abah pun berhenti.
"CiMB
rawang" kata penumpang wanita tua itu.
Abah pun
bersetuju dan menekan meter teksi, lagi pula kami menuju ke tempat yg sama ke
rawang.
Sampai
sahaja ke destinasi wanita itu, aku melihat meter RM6.70. Wanita itu pula terus
menghulurkan wang dan keluar dari teksi. Namun wang yang berada di tangan abah
hanya RM3. Aku menjadi pelik, penumpang itu pun tak tanya harga yg sepatutnya
dibayar. Muka abah berubah. Marah+cuba untuk sabar.
"suka
hati dia je nak bayar berapa yang dia nak"
Rupanya,
wanita tua itu mmg hanya mahu membayar RM3 sahaja.
Kemudian
abah mengatakan "takpe lah" dan menyimpan duit itu.
Pada waktu
itu terdetik di hati ku, berapa banyak kali abah dah ditipu lalu cuba untuk
reda?
Mama selalu
kata " abah tu dah bnyk kali kena tipu, tulah baik sgt"
Kemudian,
kami pergi ke masjid india. Jalan di masjid india itu sempit. Ada pula seorang
pemuda membawa kancil putih dari simpang lalu berlaga dengan teksi abah. Mmg
kena, lalu abah hon pemuda itu. bnyk kali. kereta kancil itu berhenti. Abah
keluar, marah2 pemuda itu kerana melanggar teksinya. Aku duduk dalam kereta
sekadar menyaksikan dan berdoa agar tiada apa2 yg buruk akan berlaku. Pemuda
itu tidak mahu mengalah dia menunjukkan muka marah lalu berkata " tak
dengar ape2 pun!" Masing2 tak mahu mengalah. Namun abah akhirnya masuk ke
teksi kembali.
mase itu yg
terdetik dalam hati aku adalah, "melayu menjadi hina tanpa islam"
Kalaulah kedua2nya faham islam, takkan ada pertengkaran yang aku baru lihat itu
terjadi. pasti masing2 akan cuba menyelesaikan dengan berhemah. Bagi aku medan
ujian abah adalah jalan raya. Dan Allah akan uji dan uji abah sehingga abah
sabar. kesabaran abah sanggat tipis di jalan raya. Aku baru sahaja
bersama abah beberapa minit tapi banyak sangat perkara yang menguji kesabaran
berlaku.
Sebagai
pelajar, alhamdulillah aku tak diuji sebegitu hebat. Ya, bagi aku abah hebat.
kerana itu Allah mengujinya begitu. Moga semua ujian yang abah lalui akan
memudahkan jalan abah ke syurga. Abah tak pernah abaikan keluarga, abah jadi pemimpin keluarga yang baik dan abah sabar menjadi abah kami.
Moga Allah
meredhai abah. =')
p/s: ade satu lagi kisah tapi insya Allah akan di post nnt..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan