Khamis, 23 Februari 2012

bila Allah mentarbiyah aku 2


I had a lilttle struggling within myself. And I know Allah is always here with me and with all of you guys.

story pertama. Time ni mase cuti sem kat rumah. Membuang masa seakan2 lumrah student yg pulang ke rumah, baik mereka usrah atau tidak. Beberapa hari sebelum cuti tamat, ada satu masa aku terlihat jam di laptop (ok, semua org akan lihat jam di laptop kan) tapi pandangan aku kali ni berbeza. kemudian aku rewind balik, apa yg aku dah buat sepanjang cuti kat rumah? kemudian aku pandang ke kiri yakni memandang jam dinding. Wah, ada satu lagi jam. macam tak sedar2 pulak dua jam dok depan mata tapi pembaziran masa yg terlampau telah berlaku. lepas tu pandang ke belakang ada satu lagi jam dinding jarumnya bergerak membelah saat. (Rumah aku ada dua jam dinding terletak berdekatan). Masa tu serta merta aku terfikir, "eh, 3 jam nie semua akan jadi saksi aku buang masa kat depan Allah nnt" Mase tu jantung aku berdegup dengan laju. Oh No. Dah bnyk sgt clue Allah bagi (iaitu 3 jam di depan aku) tapi aku buat derk jer. Mase tu aku trus stop dengan what so ever jahiliyah yg aku tgh buat (iaitu menonton movie).

story kedua. Aku actually sejak mula masuk usrah aku sgt2 bermujahadah nak membuang segala jahiliyah. Tapi sampai sekarang sangatlah susah. Then aku tahu penyelesaiannya. Lebihkan masa bersama Allah dan melakukan kerjanya dengan seikhlas2nya. Kita selalu kata nak balance dunia akhirat kan? Tapi cuba kita bahagikan masa yg kita ada selama 24 jam dengan masa kita guna untuk badan, akal dan hati kita. ternyatalah masa yg aku spend utk Allah sangat lah sedikit. pasti ada org akan pertikaikan "habis niat ibadah dan ikhlas tu macam mne? bukan solat je kan ibadah. bukan kah perkara lain itu utk Allah juga?"  Tapi aku juga akan membidasnya " pastikah anda setiap saat ketika beribadah itu hatimu berada di samping Allah?"  memperbaharui niat kerana Allah adalah sgt perlu. Omar bin Abdul Aziz perbetulkan niatnya setiap langkah dia berjalan ke arah sesuatu perkara.
Satu hari ni, aku dah tak boleh tahan dah, aku nak jugak tahu ape kesudahan cerita Vampire Diaries. Lagipula tak de org pun yg nampak, dan mase tu pulak free time. Aku pun bukak bookmark di google crhome.

The page you search is not available because the problem of copy right issue.

MasyaAllah... Allah menjaga aku sgt2 sampai bile nak start kembali menjenguk perkara yg sia2 pun tak boleh. Boleh pula aku nak menyia-yiakan segala nikmat yg Allah bg ni T.T

Third story, aku tak nak cerita dengan details. just nak bagi satu quote.
"kalo masa dahulu ketika engkau berseorangan Allah hadiahkan engkau tarbiyah, lantas kenapa sekarang kau mengeluh kerana sunyi? boleh jadi Allah mahu menghadiahkan sesuatu lagi"

Air mata mengalir deras T.T


Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Al-muddathir 1-7)


utk bca keseluruhan surah



1 ulasan: