Rabu, 29 Jun 2011

germ words

When we commit a sin on earth, it will ask Allah to allow it to swallow us.
When we commit a sin on sea, it will ask Allah to allow it to drown us.
When we commit a sin under the sky, it will ask Allah to allow it to crush us.


But Allah is so merciful that He replied, "leave Me alone with my creations".

germ words

One of my favorite du'a and quotes from Dr Reda:

"O Allah, I am talking to you. Pleas HELP me removes all the barriers(sins) that comes between me and YOU. Please forgive me!" ;(

dakwah itu tugas semua umat islam

After 950 years of giving dakwah, Prophet Nuh a.s. said "Rabbighfirli"...


How long have we spent doing dakwah and we already want to give up?
Did we do enough dakwah to feel proud and feel like we have done enough?

~~off to muar then to penang then back home

I'm gonna go to Muar this friday.
but tomorrow I will be going to Syaza's house.
may Allah make it easy, may Allah bless this journey.

u can never know u are strong,
untill u r being tested.
its not about  the winning that matters
its about how u overcome if u fail

kisah wahsyi

siapa wahsyi? org yg telah membunuh Hamzah atas arahan Hindun utk meraih kemerdekaan hamba semasa perang badar

Wahsyi memeluk islam mase pembukaan Mekah. Rasulullah menghantar org utk menyeru Wahsyi utk memeluk islam.

Wahsyi pun datang menghadap Rasulullah.

Rasulullah bertanya, “Kamukah yang bernama Wahsyi?”

“Ya,” jawab Wahsyi.

“Kamukah yang telah membunuh bapa saudaraku Hamzah?” tanya Rasulullah.

“Benar,” jawab Wahsyi.

“Ceritakan kepadaku bagaimana kamu melakukan pembunuhan itu,” pinta Rasulullah.

Wahsyi pun menceritakan satu persatu apa yang telah dilakukan kepada bapa saudara Nabi itu, bagaimana tubuh bapa saudara baginda dilapah dengan kejam oleh Hindun dan dimakan hati dan jantungnya. Selesai sahaja bercerita, Rasulullah SAW yang dalam keadaan teramat sedih berkata kepadanya: “Pergilah kamu dari sini. Jangan engkau muncul lagi di hadapan mataku.”

sejak hari itu Wahsyi tak pernah muncul di depan mata Rasulullah.
Rasulullah sedih sgt tannak tgk Wahsyi sbb kalo tengok Wahsyi Rasulullah akan teringat Hamzah.

kalo dtg majlis Rasulullah, Wahsyi akan duduk belakang sekali ataupun duduk dibelakang Rasulullah sbb nak patuhi kata2 Rasulullah. Wahsyi juga selalu mengintai-ngintai dari jauh untuk melihat wajah Rasulullah SAW.

pastu turun ayat 68-69 surah al-furqan
[sila cek sendiri ya]

mase tuh Wahsyi rase sgt sedih sbb dia pernah buat semua dosa tuh.
dia menyesal dan bertaubat dan menangis pada Allah.

kemudian Allah turunkan ayat seterusnya iaitu ayat 70 surah al-furqan  sebagai pengubat hati.

** serius bace ayat al-quran tuh sbb salah satu ayat al-quran yg menunjukkan kemaafan Allah itu sgt luas..

wallahualam

Selasa, 28 Jun 2011

daurah super saiya

ingat tak summayah kena sula sbb kalimah syahadah dia?

Dia sanggup mati untuk Islam

tapi kite, nak bersusah sikit untuk Islam sangatlah susah

mcm beberapa hari yg lalu aku pergi daurah (its like pengisian ilmu islam lebih drpd usrah)

mase aku dlm train tuh aku tanye diri aku

"kenapelah aku sanggup bersusah payah untuk pergi program ni?"

dlm diam aku mengeluh. ye kadang2, aku lupe tujuan aku yg sebenar

Allah baru uji aku sikit dgn kesusahan bersesak dlm train,penat berjalan ke lokasi daurah, spent times on hearing the lecture to gain knowledge.
tapi tak pernah setanding sanggup mati demi syahadah. not even close.

jadi macam mane depan Allah nnt aku nak convince Allah yg aku nie layak jejak pun ke syurga?

"ape jahiliyah yg awak sukar nak tinggalkan?"

kak af bertanya pada aku.

Jahiliyah itu apa sahaja perkara yg bukan dlm lingkungan islam.
aku revise pengertiannye.

"tgk movie"
aku rase kesal dgn jwpn aku sendiri, sbb aku tak mampu nak tangkis jahiliyah tu.

"akak susah nak tinggalkan muzik. tapi bile ingat balik tujuan hidup akak stop. bile lalai, akak dengar"

its human. we are human. tak lepas drpd lalai.

after pergi daurah bnyk sgt perkara yg membuat aku terfikir.

aku Islam, aku mengaku dari segi hati dan lisan. tapi aku jarang lakukan dgn perbuatan.

sebagai contoh, aku tahu dan berasa sgt sedih dgn saudara di Gaza ditindas dengan hebat oleh Israel. tapi the truth is, I never done anything and aku jarang amek tahu pasal mereka. kalo lah benar aku sayang mereka dan aku percaya mereka ini saudara seakidah dgn aku kenapa I still have this ignorance ego in myself.

sepatutnya aku amek tahu tentang mereka setiap hari, sepertinya aku akan rasa sakit kalo adek kandung aku sendiri dilukai oleh orang lain. sepatutnya aku menangis setiap kali ade org yg syahid di sana, seperti mana kalo ayah aku sendiri syahid ditembak oleh orang lain.

tapi aku tak buat dan rasa sumer tu x real enough.

tak payah pergi jauh ke palestin. tgk sahaja negara kita. jenayah dan maksiat berleluasa. kenapa?

sbb masyarat tidak amek tahu atau tidak ambil peduli.

" aku jaga anak aku, kau jaga anak kau. pandai2 jaga anak sendiri"

aku sgt terkesan dgn perkara ni. aku sgt tidak ambil peduli. padahal itulah tanggungjawab aku dan kita.

we need to find the solution
if we are not the solution, we are the problems


Ignorance is not a bliss, its a tragedy.

bile kita rasa hidup ini is a waste ingat balik tujuan kita hidup


surah al-baqarah ayat 30
surah adzariyat ayat 56

Jumaat, 24 Jun 2011

Roswell

mase kecik2 dulu dlm darjah 2 aku ade tgk movie tajuk dia Roswell
mmg dah lame dah movie nie thn 2000 dulu ade kat tv2
pastu hari nie aku saje la tgk balik citer tuh kat youtube
bile dgr lagu starting dia, mcm membangkitkan memori lame
I miss my childhood days
and I miss this story

walaupun mase kecik2 dulu aku tak phm sgt citer nie
pastu ayah aku cm tak bg aku tgk sgt sbb aku skola
and citer nie agak utk org dewasa jugak la
tapi aku paling ingat nie la citer english pertama yg aku hook up

pastu baru muncul smallville dan lain2

episode yg paling aku ingat mase aku kecik2 pernah tgk
Tajuk dia the end of the world
aku ingat lagi how my heart break tgk episode nie
and bile aku lagi tadi
my heart break even harder [auch!]

citer2 hollywood nie pandai memanipulasi perasaan aku
dan lakonan mereka membuatkan aku rase betol2 feel
kalo sedih aku boleh menangis
kalo gembira aku boleh tersenyum

how big is that impact!

time for sedikit sinopsis of this story
aku tak tgk citer nie sgt tapi aku tau lah skit2 jln citer dia

the hot max evans [actually an alien]


menyelamatkan Liz parker yg cedera ditembak dalam restoran
dalam pergaduhan 2 org lelaki


they fall in love
dan rupanya max evans nie dah suke kat dia sejak kecik lagi cume liz yg tak tau
and after sembuhkan Liz, max berdepan dgn risiko yg kemungkinan identitinya akan terbongkar
sbb sembuhkan dia dia khalayak org ramai
walaupun org tak nmpk ape yg berlaku
tapi  mereka pelik sbb tak jumpe peluru yg ditembak kat mane2 penjuru restoran tu

citer dia yg paling aku suke sbb mereka nie sweet sgt
aku rase sumer citer barat kalo couple mesti sweet kan?

nostalgia lame~~

layan picture

Liz dan Max

micheal[an alien too] and max

and as the story moves nnt ade seorg perempuan dtg and carik max and claim that mereka nie jodoh
Liz dan max mase depan dtg jumpe dgn dia
well that's all i think..

Khamis, 23 Jun 2011

siapa kate duit ade duit tu best?

It is said that for money u can have everything 
but the truth is u cannot

u can buy Food but not Appetite
Medicine but not Health
Books but not Wisdom
Makeup but not Beauty
People but not Friends
Leisure but not Peace
Services but not Faithfulness

so what actually money can do?
maybe it can buy u
but not your heart 
when people always thought u are so clever like this


and a student freak like this


and people expect u to get an awesome result like this

15A+


when u are just a normal kid with normal IQ

lazy


Confuse
always fall asleep in the class

neglect homework

falling in love

Gossiping

and shopping!!!


well yeah people always misunderstood


p/s: addicted to tumblr

Rabu, 22 Jun 2011

Allah itu apa yang kita sangka

Alhamdulillah.chekedmyresult.notgood.needtoimprove

Hidup nie macam layang2
the more we wanted to be high
in the sky
the more harder wind we need to face
sbb anginlah yang mengangkat kita tinggi di udara
sbb anginlah yg menjadikan kita tegak di angkasa

enjoy the time on the sky as we can
face the problems as brave as u can
cause one day our string will be pulled
back down

Back to Allah our Creator..

**bila satu hari takde sape pun yang fahami kita
dan satu hari tu kita nak merintih pada Allah
tapi tak jumpa ayat yang sesuai untuk bercerita
ketahuilah Allah Maha Mengetahui
walaupun benda itu hanya terdetik di hati
Allah lebih memahami dari 
diri kita sendiri

p/s: be positive the outcome will be good

Jumaat, 17 Jun 2011

Allah loves u that's y

Allah is always there for u,
He is never not there,
it's the matter u feel Him in your heart or not
u remember Him in your head or not

only that makes the different

because people who does't remember Allah
make sins
People who doesn't feel Allah in the heart
neglect the hereafter

**Innalillahiwainnalillahirojiun.
sedekahkan Al-Fatihah pada ayah
Adilah Yusof yg baru meninggal dunia ptg selasa
yg lalu.

I know y now.
Because Allah loves u.
If its me
I don't know how to face it
how to get through it
and eventually
everyone will go back where
we belong to..
our main destination

~~Allah~~



--be strong by remembering Allah--

Rabu, 15 Jun 2011

kenapa?

Mr A: When I was in the army back 40 years ago, there was one day we went to the woods to get ready for                    any attack that time. Then suddenly my friend who was just standing behind me get shot. And he collapsed in my arms.
when we got back to the camp site he can't make it and he died after a few hours.
I was very shock and I asked my friends at the camp. Why he? Why not me?
Then one of my closest friend said to me "Why ask?"

ayat al-quranul karim

"dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia

 berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi 

apabila ditimpa malapetaka dia banyak berdoa" 

[surah Fussilat ayat 51]

Selasa, 14 Jun 2011

Kisah Rasulullah

satu hari Uthman dtg berjumpa Abu Bakar dan Omar Al-khatab
lalu menceritakan kisah Rasulullah pada mereka

"saya baru sahaja balik dari rumah Rasulullah. Mahukah kamu mendengarkan kisahnya?"

Abu bakar dan Omar al-Khatab berasa amat berminat lalu menyuruh Uthman bin Affan menceritakannya

"semasa saya dtg ke rumah beliau, beliau sedang menjahit pakaiannya.Pakaiannya sudah usang dan koyak di sini dan sana. Itulah satu-satunya pakaian yg dimiliki beliau bagi menutup auratnya semasa musim sejuk atau panas. Bukan beliau tidak mampu memiliki pakaian mewah seperti yg dipakai oleh Maharaja Rom dan Parsi, tetapi beliau ingin menjadi contoh tauladan kpd umatnya"

"kemudian Rasulullah bercadang utk pergi ke pasar membeli barang keperluan utk keluarganya. Beliau membawa wang sebanyak 8 dirham kerana itu shj wang miliknya yg ada.Sedangkan sekiranya beliau mahu, Allah boleh saja menjadikan pasir dan gunug itu menjadi emas" cerita Uthman panjang lebar.

Menurut Uthman lagi, semasa dlm perjalanan ke pasar Rasulullah bertemu dgn seorg wanita sedang menangis kerana kehilangan wangnya. Lalu beliau memujuk wanita itu dgn mamberinya 2 dirham.

Apabila sampai ke pasar, Nabi Muhammad membeli pakaian yg berharga 4 dirham. semasa dlm perjalanan pulang beliau bertemu dgn seorg wanita lalu wanita itu meminta pakaian yg baru dibeli itu drpd Rasulullah.
Rasulullah pun memberikan pakaian itu, kemudian beliau pergi lagi ke pasar lalu membeli pakaian yg lebih murah berharga 2 dirham.

"Dlm perjalanan pulang ke rumah, Rasulullah bertemu dgn seorg hamba perempuan yg sedang menangis. Menurut hamba perempuan itu, dia takut untuk pulang ke rumah kerana bimbang dimarahi tuannya. Maka Rasulullah menawarkan diri bg menghantar perempuan itu pulang ke rumah majikannya"

"Apa yg berlaku selepas itu?" soal Umar Al-kahatab

"hamba wanita itu kepunyaan puak ansar. Rasulullah sanggup berjalan hingga ke perkampungan ansar"jawab Uthman bin Affan.

Menurutnya lagi, semasa Rasulullah sampai keluarga itu sedang berbual2. Melihat kedatangan Rasulullah mereka terlalu gembira. Apabila Rasulullah membari salam, mereka tidak menjawab. Selepas tiga kali Rasulullah memberi salam barulah mereka menjawab salam itu. Apabila ditanya mengaapa mereka berbuat begitu mereka menjawab ingin mendengar Rasulullah menguncap banyak kali salam pada mereka.

"diringkaskan cerita, hamba perempuan itu dimerdekakan oleh tuannya"kata Uthman menamatkan ceritanya.

"hanya dgn 8 dirham Rasulullah dpt membantu mereka yg dlm kesusahan, memberi pakaian kpd org miskin dan memerdekan seorg hamba sahaya" Kata Abu Bakar As-siddiq

p/s **how about us? adakah setiap kali kaki kita menjejakkan kaki keluar rumah kita memberi manfaat kepada sesiapa?

kalau kita tak mampu untuk memberi sedekah dgn harta dan wang, sekurang2nya kita memberikan sedekah dgn nasihat yg berguna dgn mengingatkan manusia tentang Allah dan islam.

Wallauhualam bissawab~~

Khamis, 9 Jun 2011

Tafsir surah Al-ikhlas

Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari Uthman r.a. bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya".




Hari ni, at least nak buat sedikit manfaat drpd hbs begitu sahaja bukan?


jom pelajari maksud surah Al-Ikhlas yang saya kira semua orang pasti tahu dan hafaz. insyaAllah..=)


Surah Al-Ikhlas ertinya "Tulus", diturunkan selepas turunnya Surah An-Nas


Rasulullah S.A.W menyampaikan perkara terpenting dalam rukun2 iman iaitu Mengesakan Allah-tidak menyekutukanNya adalah landasan bg setiap amalan. Menolak anggapan orang2 Nasrani yg mengatakan Allah itu tiga serangkai dan kaum Musyrikin yg mengadakan sekutu bg Allah. Juga perkara ghaib yg akan dialami selepas kematian seseorg dgn dibangkitkan utk menerima pembalasan berupa pahala dan dosa.


Sebab turunnya surah Al-Ikhlas


Ibnus Abbas meriwayatkan
ada dua org utusan kaum Musyrikin Mekkah iaitu Amir bin Wail dan Rabiah dtg menemui Rasulullah lalu Amir bertanya


"Engkau,ya Muhammad telah memecah belahkan msyrkt kami dan mencerca penyembahan kami dan menyalahi agama nenek moyang kami. Apa tujuanmu yg sebenarnya? kalau engkau inginkan harta kami akan kumpulkan harta utkmu supaya menjadi kaya raya.
Kalau engkau sedang menghidap penyakit kami mengubatimu sehingga engkau sembuh. Kalau engkau merindukan perempuan pilihlah mana2 perempuan nanti engkau kami kahwinkan"


Rasulullah menjwab


"Aku adalah utusan Allah.Kuajak sekalian supaya meninggalkan sembahan berhala dan kembalilah menyembah Allah yg Esa"


mendengar jwpn Rasulullah mereka pun pulang dgn kecewa.Tetapi kemudian mereka dtg lagi lalu bertanya 


"Ya Muhammad,sifatkanlah Tuhanmu itu, adakah dia drpd emas atau perak atau besi atau kayu?"


maka turunlah surah ini.


Dengan Nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang
1]Katakanlah (ya Muhammad) iaitu Allah itu Esa


*Surah Al-Ikhlas ini merupakan intisari agama islam yg dibawa oleh Muhammad s.a.w
iaitu agama yg berdasarkan tauhid. Bererti setiap pemeluknya mestilah mengesakan Allah. Allah itu Tuhan yang mengendalikan alam. Maka akan rosaklah alam jika dikendalikan oleh Tuhan yang berbilang2.


2]Allah itu tempat meminta


*Allah itu diibaratkan pusat meminta segala2nya. Dari mana arah sekalipun, di hutan, laut, gunung, tanah dan alam yg lain. dan dari segala darjat sekalipun, baik yg kaya atau miskin. yg dato' atau datuk. semuanya menuju kpdNya tanpa sebarang perantaraan. bukanlah meminta tolong tangkal keramat, bomoh, paderi dan lain2.


3]Tidak beranak dan diperanakkan


*bukanlah seperti kepercayaan org2 arab jahiliyah dahulu yg mengatakan malaikat itu anak perempuan Allah dan org2 yahudi pula mengatakan Uzair(berhala) itu anak Allah dan org krstian mengatakan Isa itu anak Allah. Kepercayaan ini dinafikan dan bertentangan dgn ajaran Islam.


4]Dan tiada ada sesuatu yang menyerupaiNya


*Allah itu bukan bende dan tak ada apa pun yang setara dgn zatNya. Allah bukan emas, besi, perak, ataupun kayu sepeti yg disangka oleh org2 Arab
bukan juga bintang2 yg dipertuhankan oleh org2 Greek dan Rom
bukan jugalah dewa2 atau puaka2 yg mempunyai kuasa ghaib lalu dibuat patung
kemudian disembah.


Wallahualam bissawab~~


sumber rujukan


tafsir al-quran di radio oleh Ahmad Sonhadji Mohamad

review novel2

dah tiga novel aku dah hbs bce actually

first skali adalah cinta sufi


bg aku novel nie amatla bermanfaat sbb dia bnyk sgt ingat kan kita tentang Allah

"Allah Maha Kuat"
salah satu bicara laksamana Sunan ketika dia lemah dan tak bermaya
mengingatkan sahabatnya mase suasana bahaya berlaku

jalan cerita dia pun sgt menarik dan tak cliche
dan kreatif

walaupun ada bnyk adengan tidak logik
tapi Ramlee Awang Mursyid nak membuka mata
kita semua bahawa kalo dgn izin Allah
tiada ape yg mustahil

ape lagi yea?

bace lah sendiri, sbb kalo bagi sipnopsis dah tak syok nak bce. hehehe..

buku kedua Tautan Hati

sgt best! aku tak tahu cmne nak komen lagi

bnyk sgt pengajaran yg aku dpt dr novel nie
jodoh dan ajal itu kan di tangan Allah
so, betapa sukanya kite pada seseorg tu
tak semestinya dia adalah orgnya

pilhan Allah itu lebih baik
dan lebih bagus kalo kite mengetahui
ape pun kita hanya merancang Allah yg menentukan

ade la beberapa babak yg menyentuh hati
terutamanya mase Asiah Yusra menyangka jejaka idamannya
yang menyuntingnya lalu sebenarnya pemuda lain

dan mcmmne Fatimah Syarha nie nak memberitahu
kecantikkan fizikal itu tak menjadi kayu ukur dalam
kebahagiaan keluarga
sbb eventually it will gone by time
yg tinggal adalah iman dan kebaikan hati

dan menunjukkan ketulusan seorg hamba Allah
menyelamatkan seorg wanita yg lebih berumur drpdnya
dgn bersetuju utk mengahwininya sblm org yg tidak memahami agama
menyuntingnya walaupun jelas2 wanita itu tiada tarikan fizikal
(seyes aku tersentuh sbb aku tak sangka dia setuju nak kahwin)
lalu Allah beri yg lebih baik
iaitu mengahwini wanita yg dia cintai

*korg phm ke ape yg aku merepek nie?

buku ketiga Sinergi

buku nie seyes best

dia citer pasal Iman mainly.
ape beza iman org islam dgn org bukan islam
need to read the book to know more
seyes tak rugi bace
mcm mne Iman tu boleh mengubah org
lepas Iman (faith) then Taqwa came along

Hilal Asyraf terangkan yg cinta tak haram
begitu juga sebelum kahwin
tapi mcm mne kita mengunakan cinta itu yg lebih penting
sbb Islam never haramkan cinta
Islam mengajar kita utk mengawalnya

aku bnyk nangis kot bce buku nie
sbb ia sgt menyentuh jiwa dan hati aku
semacam ikhlas dan
itulah kata2 yg aku cari selama nie

dan bnyk lagi
its a MUST READ!

Wallahualam bissawab..=)

buku bagus lain adalah Syabab by Fatimah Syarha
aku dah bce tapi dah tak ingat sgt
sbb pinjam je
lepas nie nak beli sendiri
boleh bce bnyk2 kali..

jannah we will be

never give up in live
and Allah will never give up in u

give Allah a chance
believe Allah all u can

its hard to have faith
on someone u never face

but once u trust
it will never be hard

get to know Allah more
and learn to love Him without
bore

with Iman in your heart
the stronger u will get

u will not feel weak
for this world is not real

our mission is hereafter
and if u jump into hell fire 
I'll jump and pull u up with me
into jannah we will be!

insyaAllah.

kau dan aku

Rabu, 8 Jun 2011

Allah itu Maha Pemurah

kisah nie aku dgr mase HEART SERENE oleh syeikh Riad

adalah seorang pemuda ni di hisab di hadapan Allah
lalu dia kurang satu je lagi pahala kebaikan untuk membenarkan dia masuk ke syurga
dia berasa sgt takut dgn keputusan utk ke neraka

dan seorg lagi pemuda dia ade terlalu bnyk dosa
dan hanya ade satu je pahala kebaikan yg dia ade

lalu org yg mempunyai bnyk dosa ini pun berkata pada seorg lagi
"u can take my hassanah, I'm going to the hell with or without it anyway"

lalu Allah berfirman
"so u r the only one wanted to be generous when u r standing in front of Me? I am the Most Generous among all. Go both of you enter Jannah"

MasyaAllah..

Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..

Selasa, 7 Jun 2011

germ words

orang yang lalai dalam solat bermaksud
orang yang bila solat di awal waktu tidak berasa senang
dan bila solat di akhir waktu tidak berasa sedih 
Ia tidak mengangap menyegerakan solat itu suatu kebaikan
dan tidak pula mengangap penundaannya sebagai satu dosa


"Rasulullah saw bersabda, pekerjaan yang paling disukai oleh Allah adalah solat diawal waktu, sesudah itu berbakti pada kedua ibu bapa,sesudah itu jihad  menegakkan agama Allah" riwayat al-bukhari dan muslim

germ words

Tiap diam yg tidak disertai dengan mengingati Allah adalah leka
Tiap pandangan yang tidak disertai dengan hikmah penciptaan adalah lalai

germ words

hidayah itu milik Allah. mereka yang faham tugasnya menyampaikan bukan menghukum
~hilal asyraf: sinergi~

germ words

bile kita terkena penyakit FUTUR dipertengahan pasti ada sesuatu perkara tak kena semasa permulaan
~hilal asyraf:sinergi~

Isnin, 6 Jun 2011

the day that i meet You

and I arrived in front of You with empty handed
from my time I spent in this world..

I arrived in front of You with a lot of
sins as huge as the mountains

I arrived in front of You with my bare foot
and nothing else protecting my body

I arrived in front of You with very few good deed
like the small pebbles

Ya Allah..=*(

will You accept myself coming back to You?

jage nenek di hospital

                hari jumaat yg lalu aku tolong jagakan nenek kat hospital selame dua hari.nenek masuk hospital sbb belakang die ade luke sbb kurang digerak-gerakkan mase kat rumah mak su (nenek aku kena strok). tapi after aku jage nenek barulah aku tahu betapa susahnya nak jage org tua dan aku tak salahkan mak su dgn luke yg nenek ade sbb kalo aku kena jage nenek b4 tuh mesti lagi teruk luke nenek. dah la mak su sorg2 kat rumah dgn mengandung lagi. kesian sgt kat mak su. mse mak aku tanye nak jge tak nenek, aku rase berat sgt, aku bnyk berdalih sbb aku tak pernah jage org sakit lebih2 lagi nenek dah tak boleh gerak langsung. mcmne dgn makan die? kencing berak die? sanggup ke aku?
             
               last2 aku terime dan cube utk mengikhlaskan hati aku. sbb Allah. bukan sbb nak jage hati sesiape.
mse jge malam tuh kebanyakkan kerja mmg nurse yg buat mcm bg makan dan cek darah sumer. aku just duduk dan tolong jge je la, mcm urut2 kan nenek, basahkan bdn nenek. ble pagi tuh aku tolong tukar pampers nenek dgn pertolongan sorg nurse nie. masyaAllah, barulah aku tau betape susahnye nak tukar pampers. dgn berat lagi. pastu dekat badan nenek ade bnyk wayar utk salur pernafasan, mknn dan kencing. so kena sgt hati2. sgt susah. lebih2 lagi utk aku. aku terfikir mcm mne mak su buat sorg2? at least kena buat 2 org.

                pastu pagi sabtu tuh mama dtg. temankan nenek. dan pagi tuh nurse tukar balutan luke nenek kat belakang badan. bile aku tgk baru aku tahu betapa dlm luke nenek. aku tgk sekali mmg tak sanggup nak tgk kali kedua. bygkan ayah aku pernah hntr gi hopital kat tanjung karang, dorg tak terime sbb luke nenek besar sgt. mse tub baru aku tahu kenape.
lagipun nenek dah tua, sgt bnyk risk die kalo bersihkan luke tu. plus nenek ade kencing manis. kate mereka actually luke tu tak teruk sgt, tapi sbb nenek kencing manis and tak digerakkan selalu so luke tuh merebak dgn pantas.

                   bile bdn nenek digerak kan utk menukar posisi baringnya atau menukar lampin bnyk kali aku tgk nenek menangis. mungkin sakit. saat tuh hati aku meruntun hiba.  tapi apekan daya nenek tak boleh bercakap utk memberitahu perasaannya. hanya kepada Allah Maha mengetahui perasaan nenek ketika itu. sakit, panas, lenguh, gatal, aku tak tahu. aku hanya boleh tolong sekadar termampu.

mak aku bnyk kali kate kat aku
"mama tannak hidup lame sgt, dan sakit tua mcm nenek"
sape yg nak?
ade dua jer perkara yg boleh menundukkan keangkuhan manusia iaitu
kematian dan kesakitan.
dgn kesakitan la baru kebanyakkan manusia nak bertaubat atau ingat tuhan.
dgn mengingati kematian barulah kite rase hidup kat dunia nie boleh end bile2 mase.

ape pun nenek sakit nie adalah satu hikmah baik bg nenek ataupun kami semua
pertama, Allah nak ampunkan dosa2 nenek dgn memberikan dugaan sebegini di dunia. bnyk kali aku remind myself Allah tak pernah menzalimi makhluknya dan aku tahu Allah sgt sygkan nenek sbb tuh Allah beri nenek sakit.
secondly, beri peluang pada anak2nye termasuk cucu2nya utk meraih pahala lebih dan pengajaran yg Allah selit dlm setiap kejadian utk kite berfikir hikmahnye bukan utk kite keluhi. sbb setiap org pasti ade ujian masing2. dan ujian Allah itu utk mereka yg Allah syg. lebih2 lagi nenek. moga nenek menghadap Allah dalam keadaan beriman dan dosanya diampunkan Allah.
because everyone eventually will die.

"setiap situasi yg tidak dilihat berserta hikmah itu lalai"



1)Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mengunjungi orang yang sedang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang sedia dipetik sampai dia kembali.”
Riwayat Tirmidzi
2)Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
3)Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga.  (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi).


wallahualam bisawab