Khamis, 31 Mei 2012

I'm Home! 

alhamdulillah  =)

currently hearing to Nouman Ali Khan tafsir Al-Falaq

Rabu, 30 Mei 2012

morning thoughts


ok.

tengah2 pagi buta tension nak habiskan lecture notes untuk exam terakhir bila mana hati dan roh dah pun berada di zon cuti yakni masa depan. sgt terseksa.
Tapi tiba2 hati tersedar.

"Eh, laila takkan berjam2 kau habiskan belajar lecture notes nie only for the sake of exam?"
Mesti ada something yang Allah nak tunjuk. Mesti ada something Allah nak tarbiyah.

Cubalah fikirkan kebesaran Allah dalam subjek ni disamping belajar drpd cursing microb nie susah.
yelah. kalau aku sabar ke tak sabar ke, aku tetap tak boleh tido selagi tak habiskan bace microb ni. baik aku sabar ye tak?

entahlah tetiba teringat hadith satu pasal niat tu.

kalau aku belajar hanya semata2 sbb exam. hanya exam je lah aku dapat. kalau aku lulus dengan cemerlang itu jelah yang aku dapat tapi kalau aku fail, sia2 je lah aku stay up tak tido, tak makan (exagerate..), tak mandi..

tapi..

kalau aku niatkan sbb Allah. Aku cemerlang ke fail ke.. aku tetap dapat Allah.
when you have Allah you have everything..=)

make it easy ya Allah, for me and my friends..

Selasa, 29 Mei 2012

this blog is gonna be my little diary to be

counting hours to my last exam tomorrow.

can't wait for it to be over.

okey.. sebenarnya nak cerita pasal kipas bilik aku cam ade prob. bile on dia akan berbunyi bising dan tiba2 akan stop dengan sendiri.

I repeat myself...

"Berhenti sendiri.."

hihihi.. ok takde lah nak buat citer hantu ke ape, kipas tu mmg camtu..macam ade somthing rust dalam sistem dia..

so sbb sgt tension dengan bunyi kipas yg sgt kuat menganggu kenyeyakan ketidoranku, jadi saya off the fan.

skrg nie nak study sgt tak selesa. kerana berpeluh2.
tapi semalam teringat dalam usrah, k.farah ade cakap

"org tu terapung sbb Allah yang bagi dia terapung"

kitorg buat usrah kat swimming pool despite of all the sexy girls walking around..oppsss..

ok skrg kena letak dlm hati

" bukan kipas yg bagu sejuk tapi Allah yang bagi.."

"..dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar tetapi Allah yang melempar.." (8: 17)

p/s: oh ya.. pasal tajuk kat atas tu, boleh abaikan.. hehehe...

Isnin, 28 Mei 2012

my summer sem

assalamualaikum..

wahaaha.. dah lama jugak aku tak update blog (readers: Do I look I care?)
ayat first tu selalu sgt jadi cam headline untuk org yg nak start menaip.. lagi2 cam aku jenis tak reti nak menulis and expressing myself in blog sgt kan?

actually baru je tadi habis kelas mandarin. Yup! insya Allah aku amek kelas mandarin untuk summer sem nie teruskan kelas yg aku amek time first sem of my degree.

and nak share sikit lah precious ilmu yg aku dapat dalam kelas tadi selain belajar language.
Laoshi ckp budak2 generasi sekarang sgt lain dgn generasi dulu. Pastu dia pun start citer pasal ade sorg laki ni bunuh diri sebab tak dapat nak kejar sorg awek ni.
ayah budak laki ni kata "He wanted wind, I give him wind, He wanted rain I give him rain" kirenya cam dia bagi segala2nya yg anak dia nak. That is where things went wrong. The boy kill himself sbb dia dah biasa dapat apa yg dia nak. Bile tak dapat, dia tak tahan pressure so kill himself. So, laoshi kate bile anak nak ape2 ajar dorg untuk tunggu dan berusaha untuk dapatkannya.

and satu phrase yg laoshi share is "a baby born stupid need to fly first"

maksudnya kalau kite lembab in anything kita kena start b4 anyone else. so that bile org2 yg hebat dan pandai start kita tak ketinggalan jauh. dia maksudkan aku la kot sbb lambat nak catch up.. opss.. hehehe

Rasa sgt2 lah excited,walaupun dapat balik rumah sekejap je nnt. tapi aku tak kisah sbb aku dah penat dah dok relaks dan goyang kaki dan buang mase waktu umur aku masih belas2 tahun tu..=D

walaupun tak dapat internship, aku akan dapat belajar mandarin dan dapat focus to many things.. K. Afy nasihatkan aku cuti nie banyak2 bce buku fikrah,dengar recordings, buat slide untuk daurah ape2 incase kena jadi bidan terjun untuk sampaikan ISK bab sejarah tu wuhuu..(insya Allah).. Aku dapat rasakan yg dalam satu kesusahan tu Allah akan bagi kemudahan yg berganda. Thank you Allah..

bukan itu shj insya Allah aku akan amek lesen kete+moto (ok tak yah la nak bangga sangat kan sbb ramai lagi org yg lagi muda drpd kau yg dah pun pass dgn cemerlang lesen kete+lori balak sume bagai)

anyhow!

last paper on the go..

Microbiology.

Ya Allah nothing is easy unless if u make it easy..=)


Ahad, 15 April 2012

saat itu..

ketika semalam aku melihat kakak usrah ku mencium tangan suaminya selepas selamat di ijab kabulkan, hati ini berbisik kecil
 " berapa banyak kali dah Laila kau cium tangan parents kau?"

air mata mengalir perlahan. Ya Allah kau lebih mengetahui yg aku mmg tak bersedia lagi untuk saat itu.



Isnin, 2 April 2012

masyaAllah it is so beautiful


Assalamualaikum..

Aku suke berjalan ke university waktu pagi sbb waktu tu sgt best, sejuk, nyaman dan tenang.
Ada satu pagi nie, aku jalan macam biasa, tapi masa tu aku tengok pokok, burung2 berterbangan. Cantik sangat. Walaupun permandangan tu semua biasa je, setiap hari kita semua tengok kan, tapi tak taulah kenapa aku rasa tersentuh sangat. Dan aku teringat beberapa ayat Al-Quran tentang burung2 berzikir kpd Allah, alam inilah bukti kekuasaan dan kewujudan Allah. Semuanya datang bertalu2 dalam kepala aku.

Kemudian aku terfikir, kenapa dengan kehebatan ciptaan alam yg mengagumkan ini masih non-muslim tak tergerak untuk mencari pencipta (bukan semua, ada je yg mencari kita tak tahu). Kemudian aku mendapat jawapan ketika itu, mereka terlalu sibuk dengan kehidupan mereka.

Aku bagi analogi paling mudah dalam kehidupan pelajar. Pelajar nie terlalu sibuk dengan studi, exam, persatuan itu ini, café, tido. Bagi mereka itulah hidup student. Sampai mereka tak sempat nak tengok keluar. Nak tengok alam. Semua terlalu sibuk mengejar cita2. Bile ada satu foreign lecturer tanya pernah tak kita pergi hutan2 kat malaysia (sbb hutan malaysia merupakan salah satu hutan tropika terbesar kat dunia) dan tak de sorg pun yg dah pergi. Walaupun bunga rafllessia kat malaysia, rupanya takde sorg pun student kat kelas aku dah tgk live, walaupun ada yg dari sabah. Lihatlah, betapa pelajar itu di tahan di meja belajarnya sampai tak mahu pergi ke mana2 melihat dunia luar.

Mungkin juga ini sume agenda musuh2 islam, mereka tahu kalau pelajar yg bijak dan genius melihat kehebatan alam pasti akan terdetik dalam hatinya tentang pencipta.
Jadinya kalau ada masa dan sedikit duit, marilah melancong melihat kebesaran Allah. Tak payah jauh2, depan rumah pun boleh jer jalan2 tengok pokok dan burung. Allah tu adil, di semua tempat Dia bg kita nampak kehebatanNya.

tren ktm bukan sekadar utk dinaiki


segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..

last week, aku berpeluang untuk pulang ke rumah lagi. aku teringat kata2 kawan aku,
"walaupun aku nie jahat tapi Allah tetap bagi aku peluang. Allah tu Maha Baik"

tentulah, kalau tak, takkanlah kita yg terlalu bnyk lalai dan ternoda dgn dosa ni masih di dunia. sedangkan pada saat kita melakukan dosa pun Allah tak menarik nimat oksigen yg kita hirup. cuba bygkan kalo pada saat hati kita memikirkan perkara yg bukan2, tiba2 paru2 kita terus shj protes tak mahu menghirup oksigen..
something for me n you to ponder upon.
kalo balik kampung pasti majoriti drpd kita akan mengunakan komuter, melainkan jika dia ada kereta kan.. hehe..

bg aku naik komuter bnyk sgt ajar aku erti kehidupan. Aku melihat manusia sedang compete each other. Mengejar masa. Mengejar kerja.

Entah dalam kesibukan itu mereka ada memikirkan tentang pencipta?

Dalam kejar-mengejar, dalam bersungguh2 menjalani kehidupan ini apa agaknya mereka akhirnya menuju?
kadang2 aku terlihat ada yg tertido kepenatan, ada yg muka masam memanjang, ada yg pentingkan diri sendiri.

kadang2 perbualan mereka sekadar bersifat duniawi, masa menunggu komuter terbuang sia2.

Kalo org di Jepun berpusu2 keluar beramai2 kerana kerja, kerana hal penting, kerana kepentingan masa.
aku lihat org di Malaysia berpusu2 keluar berhibur, berseronok, bersia2, sekadar membuang masa.

MasyaAllah! apa ini semua?

kemudian masih lagi kita tertanya2 kenapa ada umat islam yg diturun bala?
Kenapa ada umat islam yg teruk ditindas, dibunuh, diseksa..

padahal, kita sendiri yg meninggalkan islam.

berkali2 melaungkan islam is the way of life

tapi kita sendiri tidak hidup di dalam islam.
kita sendiri mangambil islam itu separuh2. kalau mahu di ambil, kalau tak berkenan di buang.

sedih =(

ada satu ketika aku terdengar mak cik berborak pasal anak dia. kecik lagi 6 thn rasanya. dia kata ada budak2 dkt tadika yg belajar menyanyi lagu dangdut, berpoco2. dan akhirnya bila budak itu pulang ke rumah dia mula berjoget dan sebagainya.
kesian budak2 macam tu,kecik2 lagi dah di ajar benda tak berfaedah. Padahal kalau di ajar nilai2 islam, sgt lah bagus, sbb dorg cepat catch up dalam usia yg muda nie.
jangan nnt tiba satu masa, mereka menuntut pada ibu bapa ilmu islam yg mereka patut dapat. iaitu di akhirat. ketika itu semuanya dah terlambat, pertalian darah sudah tidak wujud lagi. semua saling salah menyalahkan semata2 untuk lari dari azab Allah. Sahabat karib yg dahulu di dunia bersama2 dalam suka dan duka bukan kerana Allah akan saling bercakaran di akhirat kelak.
Masyarakat perlu dibaiki.

bagaimana?
bermula dengan kita.
jadilah pengerak, bukan sekadar pengikut.

wallahulam..

*baru balik dari mukhayyam semalam. insya Allah akan diceritakan kalo sempat.. hehehe..