Isnin, 2 April 2012

tren ktm bukan sekadar utk dinaiki


segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..

last week, aku berpeluang untuk pulang ke rumah lagi. aku teringat kata2 kawan aku,
"walaupun aku nie jahat tapi Allah tetap bagi aku peluang. Allah tu Maha Baik"

tentulah, kalau tak, takkanlah kita yg terlalu bnyk lalai dan ternoda dgn dosa ni masih di dunia. sedangkan pada saat kita melakukan dosa pun Allah tak menarik nimat oksigen yg kita hirup. cuba bygkan kalo pada saat hati kita memikirkan perkara yg bukan2, tiba2 paru2 kita terus shj protes tak mahu menghirup oksigen..
something for me n you to ponder upon.
kalo balik kampung pasti majoriti drpd kita akan mengunakan komuter, melainkan jika dia ada kereta kan.. hehe..

bg aku naik komuter bnyk sgt ajar aku erti kehidupan. Aku melihat manusia sedang compete each other. Mengejar masa. Mengejar kerja.

Entah dalam kesibukan itu mereka ada memikirkan tentang pencipta?

Dalam kejar-mengejar, dalam bersungguh2 menjalani kehidupan ini apa agaknya mereka akhirnya menuju?
kadang2 aku terlihat ada yg tertido kepenatan, ada yg muka masam memanjang, ada yg pentingkan diri sendiri.

kadang2 perbualan mereka sekadar bersifat duniawi, masa menunggu komuter terbuang sia2.

Kalo org di Jepun berpusu2 keluar beramai2 kerana kerja, kerana hal penting, kerana kepentingan masa.
aku lihat org di Malaysia berpusu2 keluar berhibur, berseronok, bersia2, sekadar membuang masa.

MasyaAllah! apa ini semua?

kemudian masih lagi kita tertanya2 kenapa ada umat islam yg diturun bala?
Kenapa ada umat islam yg teruk ditindas, dibunuh, diseksa..

padahal, kita sendiri yg meninggalkan islam.

berkali2 melaungkan islam is the way of life

tapi kita sendiri tidak hidup di dalam islam.
kita sendiri mangambil islam itu separuh2. kalau mahu di ambil, kalau tak berkenan di buang.

sedih =(

ada satu ketika aku terdengar mak cik berborak pasal anak dia. kecik lagi 6 thn rasanya. dia kata ada budak2 dkt tadika yg belajar menyanyi lagu dangdut, berpoco2. dan akhirnya bila budak itu pulang ke rumah dia mula berjoget dan sebagainya.
kesian budak2 macam tu,kecik2 lagi dah di ajar benda tak berfaedah. Padahal kalau di ajar nilai2 islam, sgt lah bagus, sbb dorg cepat catch up dalam usia yg muda nie.
jangan nnt tiba satu masa, mereka menuntut pada ibu bapa ilmu islam yg mereka patut dapat. iaitu di akhirat. ketika itu semuanya dah terlambat, pertalian darah sudah tidak wujud lagi. semua saling salah menyalahkan semata2 untuk lari dari azab Allah. Sahabat karib yg dahulu di dunia bersama2 dalam suka dan duka bukan kerana Allah akan saling bercakaran di akhirat kelak.
Masyarakat perlu dibaiki.

bagaimana?
bermula dengan kita.
jadilah pengerak, bukan sekadar pengikut.

wallahulam..

*baru balik dari mukhayyam semalam. insya Allah akan diceritakan kalo sempat.. hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan