Isnin, 2 April 2012

masyaAllah it is so beautiful


Assalamualaikum..

Aku suke berjalan ke university waktu pagi sbb waktu tu sgt best, sejuk, nyaman dan tenang.
Ada satu pagi nie, aku jalan macam biasa, tapi masa tu aku tengok pokok, burung2 berterbangan. Cantik sangat. Walaupun permandangan tu semua biasa je, setiap hari kita semua tengok kan, tapi tak taulah kenapa aku rasa tersentuh sangat. Dan aku teringat beberapa ayat Al-Quran tentang burung2 berzikir kpd Allah, alam inilah bukti kekuasaan dan kewujudan Allah. Semuanya datang bertalu2 dalam kepala aku.

Kemudian aku terfikir, kenapa dengan kehebatan ciptaan alam yg mengagumkan ini masih non-muslim tak tergerak untuk mencari pencipta (bukan semua, ada je yg mencari kita tak tahu). Kemudian aku mendapat jawapan ketika itu, mereka terlalu sibuk dengan kehidupan mereka.

Aku bagi analogi paling mudah dalam kehidupan pelajar. Pelajar nie terlalu sibuk dengan studi, exam, persatuan itu ini, café, tido. Bagi mereka itulah hidup student. Sampai mereka tak sempat nak tengok keluar. Nak tengok alam. Semua terlalu sibuk mengejar cita2. Bile ada satu foreign lecturer tanya pernah tak kita pergi hutan2 kat malaysia (sbb hutan malaysia merupakan salah satu hutan tropika terbesar kat dunia) dan tak de sorg pun yg dah pergi. Walaupun bunga rafllessia kat malaysia, rupanya takde sorg pun student kat kelas aku dah tgk live, walaupun ada yg dari sabah. Lihatlah, betapa pelajar itu di tahan di meja belajarnya sampai tak mahu pergi ke mana2 melihat dunia luar.

Mungkin juga ini sume agenda musuh2 islam, mereka tahu kalau pelajar yg bijak dan genius melihat kehebatan alam pasti akan terdetik dalam hatinya tentang pencipta.
Jadinya kalau ada masa dan sedikit duit, marilah melancong melihat kebesaran Allah. Tak payah jauh2, depan rumah pun boleh jer jalan2 tengok pokok dan burung. Allah tu adil, di semua tempat Dia bg kita nampak kehebatanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan