Isnin, 18 April 2011

gem words

we are not created by Allah to be punish
so let us be thankful to Him

Daurah minggu ini

usrah last aku kak tirah ckp pasal hadith Rasulullah S.A.W pasal menyebarkan salam..

“Kamu tidak akan masuk ke Syurga hingga kamu beriman kamu tidak akan beriman secara sempurna hingga kamu saling mencintai. Maukah kamu kutunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan akan saling mencintai? Biasakan mengucapkan salam di antara kamu (apabila bertemu).”

so kononya aku dgn Yu nak implement kan la sebarkan salam nie.
mse kat KTM kajang tuh aku ajak Yu bagi salam kat sekumpulan perempuan tgh tunggu train
ehem2..
"assalamualaikum" serentak aku dgn Yu memberi salam
"waalaikumsalam" jwb mereka
"eh?"
"yuhanes!" kata salah seorg hamba Allah di situ
rupanya member lame..ceh! haha
kalo tak bg salam tadi mesti tak jumpe..
pastu masuk train nak menuju ke stesyen shah alam
penuh nya MasyaAllah..sungguh mencabar kesabaran
"takpe, dunia ni sementara je. kalo aku mati pun harap2 Allah terima niat perjalanan aku untuk mencari Allah"
kalo tgk org yg masuk train tuh, sume org nak cepat, sumer org pikir diri masing2..
"asalkan aku sampai destinasi aku"
tak dinafikan aku pun pikir camtu jugak..
pastu kakak Raimi suruh tunggu kat stesyen Petaling, pergi rumah Ansar
aku dgn Yu pun berjalan ke rumah Ansar.. takde org..tapi nasib baik pagar tak kunci .
hujan dah makin lebat..kami masuk je after tunggu beberapa ketika
bile zohor dah masuk, aku dan Yuhanes saling berpandangan

cmne nak solat nie? kakak2 tuh macam lambat lagi je nak sampai

last2 kami amek wudhuk gne air hujan dan solat je kat laman rumah yg besar tuh.

mse tuh aku pikir, aku tak pernah rase susah nak dirikan solat kat mne2 pun

sbb ade masjid, dgn sejadah empuk. tempat laki perempuan asing.

tempat bersih

nie first time aku solat kat laman rumah yg kami sekadar yakin dgn hati tempatnya bersih..
ya Allah, terlalu bnyk nikmat yg Engkau beri sampai aku tak pernah fikir pasal saudara seislam yg lain
kat negara yg ditindas, nak solat pun takut. takde masjid. solat kat mne2 tempat yg sempat..

Terima kasih ya Allah!
di Daurah pun aku dapat bnyk sgt ilmu. Alhamdulillah
baru aku tau, tujuan sebenar aku join usrah, bukan sekadar utk diri aku

bukan sekadar menjaga diri aku, bukan sekadar menjaga iman aku seorg

aku ade tangungjawab berat lain..

dan aku juga bersyukur kepada Allah sbb beri aku kesempatan dan mase dan kesihatan utk menghadiri majlis ilmu ini.
Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[surah al-Mujadilah ayat 11]
selain itu aku jiga baru tahu yg Allah nak suruh kita solat 50 kali sehari pada first2 suruhanNya sbb Allah rindu nak jumpa kita.Sweetnya Allah..
tapi kita sendiri tannak jumpa Allah. berat! susah! yg 5 kali sehari ni pun kita rase berat dan susah.. aku rase kalo Allah bagi sehari solat wajib sekali pun kita akan ckp susah juga..



p/s: aku sgt puas hati dgn kesibukan minggu ini sbb aku tak membazir 24 jam sehari yg Allah beri dgn perkara2 jahiliyah dan sia2..









Selasa, 12 April 2011

siape tahu sejarah KFC?

sgt menarik..
Colonel Harland Sanders adalah pengasas KFC.
   
wajah sebenar

wajah ilustrasi
 bukan nak mengalakkan makan KFC cume nak menceritakan kisah menarik disebalik kejayaan KFC nie sampai sebut kat mne2 pun sume org tahu.

kisahnya bermula begini..

Sanders nie ade cooking skill yg sgt hebat.
sampai dia digelar "kentuky colonel" by the Gorvernor.
so die pun mereka satu recipe yg mmg fabulous lah..
pastu dia pun bukak satu restoran atas nama die
The Sanders Court & Café

tapi satu hari nie dia rugi besar sampai dia terpakse gulung tikar
tapi dia tak pernah putus asa
dia yakin yg recipe dia sgt2 istimewa dan dia nak sgt mempopularkan recipe tersebut
so, dia pun travel  pergi ke pelbagai restoran dan di reject bnyk kali
ade jugak yg gelakkan die sbb ade hati nak menjual recipe kirenya mcm muke tak malu
sbb time die pergi restoran ke restoran yg lain age die dlm 65 years old.

a retire old man ade hati nak jual recipe tak laku

"why should I buy your recipe, I have my own one"

mungkin itulah dialog yg dilemparkan pada Sanders

cube teka sampai restoran keberape baru ade org nak terime dia?

layan gambar sambil meneka restoran keberapa

bergaya nyer patung tuh


wah happynya semua org
suasana membeli di KFC


jeng, jeng jeng..

restoran ke-1000 baru ade org nak amek recipe die


betapa kuatnya azam dia nie, dan usaha dia tak kenal putus asa.

kalo la kita di tempat die restoran ke berapa kita give up?

kalo aku first restoran tolak aku dah tak mau buat dah

tapi Allah berfirman , sape yg berusaha pasti berjaya

cume tak tahu bile, sbb usaha itu mmg sunnahtullah dia kejayaan.

usaha itu seiring dgn kejayaan.

lihat je la kejayaan KFC tuh kukuh sampai hari ni ke seluruh dunia. tak de sape sangka org tua

macam dia ade recipe hebat sampai semua org nak makan ayam berempah rahsia tuh

kita kena contohi dia

(ckp org aku pun tak tahu boleh ke tak contohi dia)

tapi kalo kita buat sesuatu yg diredhai Allah. dan kita tak berputus asa

bukan kat dunia jer, akhirat pun Allah bagi kejayaan..

kejayaan akhirat tu lagi tak bileh nak bygkan kenikmatan nya

kalo KFC yg 59 thn lepas dah tersebar ke seluruh dunia dgn usaha org tua yg tak kenal putus asa

sampai 1000 retoran die pergi, kalo dia buat ikhlas sbb Allah ape ganjaran dia di akhirat?



kalo kat dunia pun org sebut KFC sumer tahu, ape lagikan kat akhirat?

kita tak boleh byg sbb, perkara kat akhirat itu adalah benda yg kita tak pernah lihat, rase, bau, dengar, pikir

pun kat dunia. kalo pikir pun tak sehebat mne dgn akhirat.

kesimpulannya, jgn putus asa sbb org Islam tak boleh putus asa, sifat putus asa nie adalah sifat org munafiq

dan org2 yg sesat..

Reference
http://franchises.about.com/od/mostpopularfranchises/a/colonel-sanders.htm

[....sekalipun (syurga itu) tidak nampak. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati.]
surah Maryam ayat 61

germ words

u can never please everyone, so choose to please Allah

If u please Allah, Allah will make everybody else please with u


Khamis, 7 April 2011

terima kasih mama

mimi ingat lagi mama yg suapkan mimi nasi mase kecik2 dulu

mimi suke soso cili, ajim suke soso tomato.

dua2 sos ade dlm satu pinggan sbb mama nak puaskan hati kami berdua

mimi ingat lagi mase mimi demam, mama yg amek tuala basah dan letak kat kepala mimi..walau dah larut malam

mama tak kisah, mama tetap jugak nak berjaga nak jaga mimi sampai mimi kebah

pastu mama citer "mase mimi baby mama tak bagi satu nyamuk pun gigit mimi time mimi tido"

wah..besyukur sungguh pada Allah sbb telah mengurniakan ibu yg penyayang seperti mu

sbb ade ramai lagi anak2 same umur mcm mimi kat luar tuh tak de sape pun yg pedulikan mereka

tapi mimi, mama ade di sisi

"I love u mum" taipku di sms

"I love u too much" balas mama kembali..

air mataku mengalir deras membaca bait kata2 yg ikhlas itu

mimi sayang semua, mimi tannak ade sorg pun family kita ade dalam kemurkaan Allah

mimi tannak nanti kat akhirat ade sorg dua je dari kita semua yg masuk syurga yg lain masuk neraka.

mimi nak kita semua sama2 masuk syurga, sama2 gembira di sana..

insyaAllah..

Heart serene

before aku start aku nak ucapkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah sbb telah mempermudahkan niat aku untuk pergi ke program ini..
aku tak menyesal walau sesaat yg aku dah hbskan RM350 pergi majlis ilmu nie demi Allah
walaupun lepas nie aku kena berjimat2 sedikit dalam berbelanja untuk cover balik yuran tuh

walaupun mula2 mama pun tak tau aku pergi seminar tu dgn byrn sebegitu

bile dah bagitau mama,mama sedikit terperanjat tapi akhirnya tak kisah.
Alhamdulillah ya Allah, sungguh kau permudahkan segalanya

"why are u here?"
tanya Sheikh Riad di dewan besar itu

keadaan senyap

"If  think u are here becoz u are rich u. U are wrong!
Becoz there are thousands people who are richer than u but they are not here"

"Allah the one who pick u. u r chosen to be here"

terlalu banyak ilmu dan pengetahuan yg aku dapat tak terbanding dgn harga yuran dia..

u need to be there to experience it yourself..
aku tak boleh nak gambarkan ape yg aku rase..
sbb ade mase aku gelak dgn gelagat dan lawak2 sheikh tuh..ade masenya hati aku sgt tersentuh dgn kata2 sheikh tuh sampai aku menangis..

"its like a roller coaster"

"bile kali terakhir kita menangis kerana Allah?"
satu perkara yg kita kena muhasabah diri kita balik, sbb salah satu cara kita untuk bersyukur kpd Allah adalah dgn muhasabah balik kesilapan dan menyesali dosa kita kpd Allah..

seriously aku tak sabar nak pergi program tuh lagi next week.. Moga Allah memberi keredhaan pada kita semua, dan moga Allah mempermudahkan jalan bagi hambaNya yang berusaha mencariNya.

tak perlu berasa tinggi

kita mahkluk paling mulia di dunia kerana Allah mengangkat darjat kita melebihi makhluk lain
tapi kita boleh jadi makhluk paling hina di akhirat dgn dicampakkan ke neraka.

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.[surah al-isra' ayat 37]


Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. [surah al-isra' ayat 70]


Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. [surah al-isra' ayat 18]

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
[at Tiin, 95:6]