Selasa, 24 Disember 2013

semangat omar mukhtar

semalam aku tgk movie omar mukhtar (lion of the desert) tapi tak tengok sampai habis pun.
sbbnya aku tgk satu iklan nie kat tv astro pasal camne nak lembut kan hati kita. dia bagi lah beberapa cara contohnya macam : solat tengah malam, dengar bacaan quran yg sedap bacaannya, pergi ke kubur dan tgk a touching movie and dia bagi tajuk omar mukhtar.

nak tahu lebih lanjut pasal omar mukhtar ni boleh lah go here.

tapi yang aku nak ceritakan di sini adalah omar mukhtar dia start berjihad di medan perang melawan Itali pada usia dia 50 tahun. dan dia melawan tentera Itali for 20 years. Bile umur dia 70 tahun dia start sakit and akhirnya ditangkap oleh tentera Itali dan di hukum gantung.

bile aku baca2 pasal kisah dia ni rasa sgt malu dgn diri sendiri. Bayangkan kita yang muda nie selalu sgt lah tido, makan, bersenang2, penat, dan macam2 lagi. mmg tak boleh bayang bile umur kita dah 50 tahun nnt macam mana kita ye. mesti dgn bermacam2 penyakit, tak boleh berdiri lama sangat.

teringat satu scene dalam cerita nie masa nie tentera Itali dapat bantuan ketenteraan (dengan kereta kebalnya, shot gun nya) and negara2 lain pulak tak ambil tahu pasal peperangan antara mereka nie. so ramai lah suruh Omar mukhtar nie berundur dan menyerah diri. masa tu mmg rasa sgt penyerahan diri pada Allah tu. sbb mmg takde sape dah yg akan tolong mereka except yang memiliki kerajaan langit dan bumi- Allah. dah lah mereka berperang guna kuda and senapang patah je kot. Kagum~~

scene dalam cerita omar mukhtar

p/s: dah malas sgt baca, malas sgt dengar recording, janganlah malas tgk cerita tokoh2 islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan