Jumaat, 22 November 2013

something miracle, a lightning maybe?

ada satu time, aku solat aku macam terbayangkan kalau something happen adakah aku akan teruskan solat aku atau aku akan berhenti dan baru teruskan solat aku. faham tak? contoh situasi, aku tgh iron and then aku terlupe nak tutup iron tu and iron tu aku letak atas baju yg aku tgh iron. pastu aku terus solat. time solat tu baru teringat iron tu tak tutup. kalau lama mestilah baju tu akan terbakar sbb iron tu panas kan? adakah aku akan stop solat dan tutup iron?

situasi lain, contoh macam waktu solat dah masuk pastu time tu dah nak hujan. aku pulak tak bawak kereta so nak kena jalan lah. so akan jalan balik rumah dulu or solat dulu?

ataupun bus ke university suppose to arrive beberapa minit dah masuk waktu solat tapi tak punctual pun. kadang2 awal, kadang2 lambat. so nak tunggu bus or solat dulu?

dalam hidup aku selalu ada dilema macam ni. dan aku paling terasa bile dekat facebook ada phrase yg kata " kita selalu memikirkan sesuatu tentang dunia di dalam solat padahal kita sedang menghadap Tuhan yang dunia berada di dalam gengamannya"

bile aku keep thinking about this sentence, aku macam... ape lagi yg menyebabkan aku tak yakin Allah akan jaga everything for me? kadang2 kita selalu rasa usaha kita yang menyebabkan something happen. but its not. Allah makes it happen. samalah macam iron membakar baju, atau hujan atau tertinggal bus; semua tu dengan izin Allah. kadang2 kita selalu doubt Allah sbb ade beberapa peristiwa dalam hidup kita yg bile kita percaya kita dikecewakan contoh macam kita percaya Allah akan bantu kita dalam exam tapi tgk result teruk. ataupun kita yakin iron tu takkan membakar baju kita time solat sbb Allah Maha kuasa kan? tapi bile kita habis solat baju tu hangus. ataupun kita sesat dan kita baca doa atau 3 qul banyak2 tapi sampai ke sudah tak jumpe jalan keluar. so kita question Allah and kerana kejadian2 macam tu kita jadi depend on usaha kita and tak tawakal pada Allah lagi .  tapi pernah tak kita terfikir sbenarnya kenapa Allah tak tolong kita? mungkin sbb kita tak betul2 beriman lagi. kita tak yakin dgn sebenar2 yakin lagi. akan ada satu tahap yang Allah takkan tunjuk kekuasan Dia sbb tahap iman kita tak capai lagi tahap tu.

aku teringat surah yusuf ayat 110
" sehingga para Rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan kaumnya) dan telah menyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka itu pertolongan kami, lalu diselamatkan orang yg Kami kehendaki. dan siksa kami tidak dapat ditolak dari org2 yang berdosa"

dalam ayat ni menceritakan macam mana rasul tu dah buat kerja dakwah sehabis mungkin, sampai dia rasa dah takde apa  dah yg dia boleh  buat bile umat dia still tannak terima islam.

sama lah org2 yg beriman, para daie akan diuji utk naikkan keimanan mereka sampai satu tahap hampir give up sbb dah all out, dah buat everything, then pada waktu tu Allah akan bagi pertolongan. pertama, Allah nak bagitau bukan usaha kita yg menyebabkan kemenangan second Allah nak bagitau kita kena percaya (imani) kepada Allah sampai paling tinggi yg dah takde apa lebih tinggi dari keimanan kita; what ever happens. masa tu lah Allah akan tunjuk kekuasaanNya.

Bile kita nak minta sesuatu pada Allah, lebih2 lagi something miracle, u need to give Him something in return; Your faith.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan