Isnin, 30 Julai 2012

banyak mase terbuang dalam train

aku kalau nak balik kampung/rumah tercinta daripada notts agak lame sebenarnya kalau naik train.
kampung aku dekat2 dengan stesyen KTM rasa. so kalau naik daripada KTM kajang adelah total dalam 3 jam lebih . padahal kalau ikut highway dalam sejam lebih je sampai dah ke kampung.

So aku kalau b4 balik kampung aku akan pastikan dalam phone aku ade audio untuk aku dengar dalam train atau time tunggu train.  kadang2 aku suke keluar untuk nek train sbb time tu aku boleh habis dalam 1 juzuk AQ pun sebenarnya. Wah.. membazirnya masa kalau tak buat ape2.

contoh2 audio yang aku selalu dengar adalah kisah2 25 orang rasul oleh imam anuar al-awlaki. Isoc (islamic society) yang bagi dalam CD. tapi aku transfer dlm laptop n masuk dalam phone. setakat yang aku slalu dengar dalam train adalah sampai nabi Lut a.s.

actually nak khatam dgr kisah 25 org rasul mmg projek ramadhan aku. dan lain2 lah seperti khatam bace AQ dan hafaz beberapa surah pilihan (insya Allah)..

jd ape korang slalu buat dalam train n ape projek ramadhan korang?

Khamis, 26 Julai 2012

ape nie laila?

tak ingatkah kau saat kau tak percaya pada Allah sblm result spm dulu?

tapi pelik kau masih berharap..

dan Allah beri kejayaan yang tak disangka2.

padahal nak kata layak tak jugak kan..

bukan itu je, Allah permudahkan kau dapat scholar.

berharaplah lagi, berdoa kuat lagi, buat ikhlas lagi..

moga Allah beri kejayaan pada saat kau tak sangka2.

ingatlah seseorang hanya akan dapat ape yg dia usaha.

jadi apa yang kau takut?

"Tidak ada satu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah" (At-taghabun: 11)

P/s: alhamdulillah motor dah ok. tinggal nak practice isyarat tgn jer.




Rabu, 25 Julai 2012

JPJ test coming by

Ya Allah nape lah hati aku tak tenteram. padahal boleh je aku mati b4 test tu dan fitnah kubur dan fitnah akhirat lebih teruk drpd fitnah JPJ test.. T.T

p/s:doakan saya ya kawan2..

Selasa, 24 Julai 2012

muslims nowadays..


ingat org yg masuk usrah je ke yg boleh dakwah2 nie?

orang yg tak tau ape2 pasal tarbiyah nie pun kadang2 boleh tarbiyah kita yg konon2 commit gi usrah taw..
for example like my mother, she doesn't really know about me went to daurah and program2 for the adiks2.
if she know, she will be very the unhappy one, i said to u.

but i think she knows but buat2 tak tau.

I mean, come on.. I choose to stay near campus rather than stay at home although I don't get internship. I can actually senang lenang at home right. feel the breeze at home, holiday maday..

but hey, nafsu kena jaga. If I manjakan sangat nafsu akan jadi my tuan tau, I don't want to make Allah my number two in my life. He is always the number one for me.

Allah sangat baik pada I.

tapi I tak jadi pun hambaNya yang setia. takutnya..

Anyhow, nak sambung the story tadi.
I kan baru balik dari alor setar, jemput my kuda perang from there.
sepanjang perjalanan i and my mother pun story mory lah banyak cerita.
One of it yang menyedarkan I is

mama: mama, kalau dengan jiran belakang tu mama senyum kalau nampak dia, dgn anak2 dia greet kalau nampak. yelah kita kan jiran.. (jiran i tu orang india malaysia). kadang2 bagi gule2 kat anak2 dia.

OMG, sangat2 terasa. aku yang dah dpt syahadatul haq pun tak DF jiran aku macam tu. Thank you mama, thank you Allah.

I learnt a lot.

also, we ade lah borak2 pasal2 rakyat malaysia nie.
satu hari my mom's car broke down in the middle of the road. She was alone. The a chinese guy came and said "ni lah rakyat malaysia, tak de sape pun yang nak tolong bawak kereta nie ketepi. kalau dekat australia dulu sekejap je semua orang berebut2 nak tolong kalau happen macam ni" then the chinese guy yang stop kan moto2 mintak tolong bw kan ke tepi.

another story

kereta my mom cannot start because of the battery and she asked for some people (all malay) but no one wanted to help. and she remembered asking help from one malay guy with a honda car. He said "sorilah kak, kete honda saya nie tak muat dengan kereta wira akak tu" and he went away. Tak teringin pun nak tgk ape masalah kereta tu.
And then an indian guy came driving a lory. resque my mom. I mean a lory battery and a wira baterry lagi lah huge differences. and nak bukak baterry lory is a lot more difficult than a HONDA battery.

come on lah people, tak malu ke mostly kaum non muslim yang lebih religious than muslims itself?

why I said religious? because religious people is not selfish and always help people when people needs it.

kalau lah macam nie sikap orang islam ingat kat akhirat nnt Allah nak bagi muka ke?

boleh jadi dengan sikap mereka yang baik tu Allah akan bagi hidayah. tapi orang islam sendiri makin jauh dari hidayah Allah.

ni lah bile orang islam rasa solat, puasa, zakat tu je ibadah.

FYI,tolong orang tu pun ibadah..

aku pergi ke Barat, aku lihat Islam tanpa Muslim. Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam.” syed Qutub

Isnin, 23 Julai 2012

kuda perang in the house


baru jer balik dari alor setar menunggang kuda perang ade juga sekali sekala bertukar tempat menungang dengan mama. walaupun secara haram di highway. hihihi..

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

walaupun nanti kena ikat perut dan nafsu dalam mengunakan duit tapi takpe, Allah akan permudahkan juga.
tak sabar nak pegang lesen secara sah. doakan saya ambil test JPJ 31 jun nie.

saya tahu Allah akan bantu.

ha.. cerita pasal Allah bantu nie, teringat masa pra test saya buat sangatlah teruk. dengan lupa lepaskan hand break. mati di bukit. dan macam2 lagi.tapi uncle cine tu bagi juga sy lulus. ingatkan sbb sy pandai cakap mandarin sikit2 dengan dia. wah.. riak sungguh laila.

saya lupa rupanya Allah yang bantu.

sebelum saya menaip untuk bercerita perkara yang tak penting dalam blog nie dan membosankan anda baik saya habiskan dengan kisah pelajar notts yang kena rogol baru2 nie. membuatkan saya trauma sampai saya bawak naik pisau dr dapur masuk bilik. kalau2 kena guna time emergency. perkara ni membuatkan saya banyak terfikir tentang kekuasaan Allah.

Yelah, manusia nie sangat lemah ye tak. Kita tak berkuasa pun sebenarnya nak lindungi diri sendiri. apatah lagi nak lindungi orang lain seperti parents kita. selama kita kita berjauhan dari family kita time kita belajar sape yang jaga mereka kalau bukan Allah ye tak?

"Allah lah sebaik2 pelindung"

P/S: nak bagi nama kuda perang ape ni?

Selasa, 17 Julai 2012

writing mandarin essay in the morning to prevent from falling back to sleep

credit

Jumaat, 13 Julai 2012

kelas mandarin 1B

aku kan masuk kelas mandarin. dan aku sgt suke laoshi (cikgu) yang ajar aku. dia sangat baik dan penyabar.
sepanjang sebulan lebih aku masuk kelas tu macam2 sangat yang aku tempuhi (ceh mcm ape je..)

dalam kelas tu ade 4 orang pelajar termasuk aku. 3 orang lagi tu orang pakistan dan semuanya muslims. 
tapi 3 orang pakistan sgtlah pemalas dan liat nak dtg kelas. padahal dorg amek subject mandarin tu core kot. aku yang amek auditor nie pun selalu dtg awal. dorg slalu dtg lambat setengah jam dan yang paling teruk datang kelas 1 jam lambat. 

dah lah datang lambat pastu nak balik awal. haiiyoo..

aku rasa kelas mandari nie satu cbrn sbb laoshi selalu sgt tanya pasal islam. And I realize that she had the wrong perspective about islam, just like most of the muslims who don't understand their religion. 

contoh macam pasal kahwin 4

dia tanya aku 

" Why islam man can marry 4 wives?" [lebih kurang ar soalannya tak ingat sgt dah mcm mne boleh start to talk about it] 

aku dah tertelan air liur dah.

"actually there are some rule for a man to marry more than one wive. He cannot simply just marry another wive without being fair to another wive. And the Quran also tell that a man need to be fair to all the wives if he cannot do that then just marry one. but then, most of the man now days don't understand the religion deep enough so they just simply marry without thinking the big responsibility they carry" aku jawab dgn tergagap2 tapi alhamdulillah Allah bantu.

"aiyoo, very hard you know to be just. how can you measure the justness?" laoshi tu bertanya lagi.

"that is why I said, it is a big responsibility, but most man don't know and don't understand" aku jawab

"probably, men can marry many wives back then because they need a huge family to conduct their farm, lands and etc." laoshi tu membuat andaian.

"sudaaah.. dia ikut logik lah pulak" aku monolog dalam hati. tapi luarannya aku diam membisu.

" marrying many wives is not relevant now days anymore.." laoshi menyambung lagi.

pastu masa tu aku teringat masa dalam kelas pun dia pernah bangkitkan pasal hal poligami ni jugak tapi masa tu ade student lain yang sgt tegas lah dgn pendirian dia.

" man can marry many wives because the population of woman is increasing more than man, if one man can only marry one wive than how about other woman outside there?" jia ma li kata.

"you know that population of man is actually more than woman. because in China a family can only have one child and they choose to have a boy. so ahead of time man will be more than woman" laoshi menjawab.

ciss, aku baru nak bg jwpn tu tapi laoshi dah bidas yg kaw2 cmtu so aku diam je and bagi alasan nak solat zohor. 

pastu kisah lain yang menyedihkan adalah 2 orang pelajar pakistan yang lain dalam kelas tu obviously sgt2 jahil tentang islam.

ade satu time tu dorg mengaku minum arak. 

ya Allah banyak lagi kerja tak buat. islam yang syumul tu tak sampai lagi pada mereka padahal aku satu kelas dg dorg. kalau dorg tanya aku kat akhirat cmne? 
 

 

    

Ahad, 8 Julai 2012

pabila Allah mentarbiyah aku 2

teringat dalam talk nouman ali khan pasal ego and islam.

"don't look at the adviser, hear the point of the advice. Even the advice is a bad one and even the advice hurts. Rather than you keep thinking who is she/he to talk to me like that. maybe through this inappropriate comment Allah is telling me something that I should think offTake the good in even a bad advice. Even a nasty comment. Take the good of it and leave the rest." 


nasihat drpd radio ikim


"orang yang senang terasa atau terlalu sensitif dengan teguran membina orang lain dia ada masalah iman"


Allah sangat2 baik. sebelum aku terkena teguran Allah sediakan aku dengan kata2 yang menguatkan hati aku..


nasihat seorang ukhti


" ujian tu hanya jentikan Allah untuk lihat kita berpegang teguh atau tidak. setelah banyak nikmat yang kita dapat, tak layak kah kita mendapat ujian yang sedikit?" 


nasihat seorang lagi ukhti


"ujian Allah nie sama mcm ujian yang cikgu2 bagi dekat sekolah. waktu belajar, kita boleh tanya macam2 pada dia even the most stupid question. tapi bile waktu ujian cikgu akan duduk dari jauh tgk kita jawab soalan. cikgu takkan tolong kita jawab. tapi bile ujian habis cikgu akan tolong bg jwapan. bg tips untuk ujian seterusnya dan comfort kite bile kite gagal."

Rabu, 4 Julai 2012

I realized that facebook has steal a lot of my time.

and I still waste my time surfing it. 

credit

sya'ban bulan preparation

bulan jun dah pun berlalu pergi.
ntah ape yg aku buat sepanjang sebulan aku cuti..=.="

rasanya makin nak datang ramadhan makin menjadi2 kemalasan aku.
mungkin syaitan sedang melakukan serangan habis2habisan sebelum ramadhan menjelma.

jom tanya diri sendiri,
ape yang ramadhan sebelum nie dah hasilkan dalam diri kita?

kesabaran makin meningkat?
kekhusyukan makin hebat?

atau ia seperti bulan lain yang datang dan pergi?

"wahai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (2:183)

ruginya, bulan yang dijanjikan Allah kalau kita menghayatinya dengan benar akan mendapat taqwa tapi akhirnya kita hanya mendapat lapar dan dahaga.

apa taqwa tu?

tingkatan org islam di sisi Allah berbeza.
pertama sekali muslim iaitu orang yg menyerah dan tunduk dan patuh kpd Allah.
kedua beriman iaitu keyakinan yang mantap kpd Allah. dan ada beberapa ciri orang yang beriman.
tingkat tertinggi sekali adalah taqwa. tingkat paling dekat dengan Allah.

nak capai darjat taqwa sangat susah. 

diri kita sendiri entah di tingkatan yang mana?
sudahkah kita tunduk dan patuh sepenuhnya kpd Allah?
sudahkah kita cuba untuk tidak buruk sangka?

ya, taqwa sangat susah untuk dicapai

kerana orang bertaqwa ni berada dalam lindungan Allah. selamat dunia akhirat, dan insya Allah mendapat syurga di akhirat.

tak nak kah kita kpd syurga?

dan yang lebih penting tak nak kah kita dekat kepada Allah?

jom.

mari.

 kita menyambut ramadhan, yakni tetamu kita dengan lambaian amal2 yang baik, ikhlas, semata2 kerana Allah.

start dari sekarang. kita cuba baca Al-quran satu juzuk sehari.
solat sunat rawatib penuhkan 12 rakaat.
faham bacaan dalam solat,dan cuba untuk khusyuk.
doa dan merintih dan berborak dengan Allah selalu.
tinggalkan perkara sia2, seperti TV , movie, dan music

tak mengapa..

sbb taqwa itu lebih manis rasanya..