Ahad, 18 September 2011

change the way u think

do u believe by changing the way u think, u can change the world u live in?


We don’t see the things the way they are. We see things the way WE are.”
                                                                                              - Talmund



Sabtu, 17 September 2011

Gunakan dunia untuk Allah, bukan Allah untuk dunia




Allah itu bukan sekadar pengkabul doa umat manusia.Allah itu Tuhan kita. Allah tidak perlukan amal ibadah kita, tapi kita yg memerlukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Listen all my dear friends,


dulu aku tak faham nape kita diwujudkan kat dunia. yang aku tahu, cemerlang periksa and have fun in life. dan aku tekun beribadah utk mendapatkan ape yg aku mahu itu : keputusan yg cemerlang dan hidup yang mengembirakan. Bila Allah tak makbulkan doa aku, aku jadi sedih. so aku terus tekun beribadah untuk capai perkara2 tersebut. 


bila Allah berikan 2 perkara tersebut aku jadi gembira tak terkira, melupakan Allah seketika. Bila semua tu dah tak boleh memuaskan hati aku, aku kembali berteleku berdoa untuk perkara yg sama cuma makin beranjak usia.


UPSR->PMR->SPM


perkara yg sama.


seolah2 aku mengunakan Allah untuk dunia. Aku memohon kecemerlangan dunia, akhirat aku ingat sekejap cuma. 


Bukan itu tujuan kita.


Allah itu bukan sekadar pengkabul doa kita. Kita ini hamba Allah. Tahukah kalian tugas hamba? . Kita ada tugas yang lebih besar sekadar cemerlang periksa, shcolarship, segulung ijazah, banggakan ibu bapa dengan kerjaya. 


Tugas kita membawa ISLAM.
Tugas kita menghambakan diri kpd Allah.
Tugas kita mengajak kpd kebaikan dan menjauhi kebatilan.


Tahukah anda tujuan anda hidup sekarang?


 ya, untuk Allah.


bukan gunakan Allah untuk dunia.
Buat Adik Syafinaz semoga Allah memberkati dan semoga berjaya 4 okt nie PMR

Buat Adik Najmuddin Semoga Allah permudahkan untuk temuduga SPA 17 okt nie


Selasa, 13 September 2011

ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan  senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani kemudian (tanamannya) itu menjadi kering dan kamu lihat warnnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. [surah al-hadid ayat 20]  

Isnin, 12 September 2011

germ words

Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak 

berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata 

"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana 

terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan 

makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan 

aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku 

sedikit.."

aku sure fail punyer exam nie..



luahan kata2 lahir atau batin majoriti pelajar, mahasiswa/siswi pada masa kini.


mahukah kamu aku tunjukkan satu cara utk membuatkan kamu tenang menghadapi peperiksaan atau ape jua dugaan Allah?


Dan bersangka baik terhadap Allah bahawa Dia juga akan memberikan kita yang terbaik...
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan." 
[HR Ahmad, Ibn Hibban]


jadi, jangan mengalah sebelum kalah. kerana kejayaan itu berada di hujung usaha. kalau awal2 lagi dah mengalah cmne Allah nak beri kejayaan?


wallahualam..

Ahad, 11 September 2011

Allah will provide way when there seem no way

Assalammulaikum.

aku sekarang dalam dilema. sama ada nak INI atau ITU. (ini dan itu dirahsiakan) haha.. padahal bukan big secret pun. cume aku tak rase cm nak share di sini. 

takpe, aku nak buat istkharah. Allah knows best kan? hehe..

kepada seorg sahabat aku yg sedang berlawan antara nafsu atau cahaya Illahi jgn risau, sbb Allah is always there to guide u and I will always pray for u. Ya, kalo kita rasa tak tenang dan gelisah selalu, berkemungkinan besar Allah nak bagi warning bahawa hati kita penuh dgn noda dosa. Salah satu solutionnya adalah BERTAUBAT. Buat solat taubat, pastu pergi mintak maaf dgn sape2 yg kamu rase kamu dah buat salah, serta maafkan sape2 yg pernah buat salah pada kamu. InsyaAllah~~ 

ape yg aku dah buat dlm minggu nie adalah, aku mencari course english yg dapat mengajar aku bahasa inggeris agar aku lebih fasih dan mahir. rupanya mmg boleh cari di google. kalo kalian2 semua nie mmg tak de ape nak buat boleh la pergi ke www.englishlink.com untuk sharpen u guys punyer english, appart from that dia juga memberikan certificate secara free utk setiap org yg hbskan course tu.

aku juga sedang mencari course bahasa arab secara percuma di internet.. tak jumpe lagi yg best.. takpe2.. when there is a will there is a way.. 

may Allah grant us all the highest state of iman..

Rabu, 7 September 2011

aku bukan hamba ramadhan

aku bukan hamba ramadhan pada bulan itu sahaja aku solat sunat
aku bukan hamba lailatulqadar pada malam itu sahaja aku beribadat
aku bukan hamba puasa pada saat itu sahaja aku menahan nafsu
aku hanya hamba Allah dan Allah wujud setiap waktu..

moga ramadhan menjadi titik tolak kita untuk berubah menjadi lebih baik, bukan hanya dalam bulan ramadhan sahaja kita menjadi baik, bulan lain kita menjadi hantu. sbb Allah tidak hanya wujud dalam bulan ramadhan, Allah tetap menilai amalan kita selepas itu.


kisah bulan syawal


assalamualaikum everyone!

wahaa.. rindunya ramadhan..
lepas ramadhan je aku ngaku aku trus jatuh futur.
aku jadi sgt pemarah, dan pemalas.
kesabaran sgt tipis dan rase sgt berat nak buat ibadah.
tapi semalam berbekal kan ilham dari Allah
aku teringin pulak nak bace buku Nasihat Agama dan Wasiat Iman

tup2. masuk bab perihal solat. memang bedebuk rase cm kena penumbuk sekali
satu di perut dan satu di hati..

mmg aku sgt terasa menjadi antara orang yg tidak menunaikan solat dgn sempurna

bnyk la perkara yg dikumpaskan contoh cam pelihara solat fardhu, solat itu bererti mengingati Allah, suci sebelum solat dan macam2 lagi la. tapi ape yg aku nak sentuh kat sini adalah perihal HAKIKAT SOLAT LAHIR DAN BATIN.

ape yg sure di sini kalo hakikat solat lahir pastilah tentang rukun solat kita, seperti ruku',sujud dan sebagainya

hakikat batin pula sudah pastilah kehadiran hati kita yang ikhlas menunaikan kewajipan kpd Allah.

Imam Ghazali pernah berkata

perumpamaan orang yang mendirikan solat secara hakikat lahir sahaja bagaikan seorang penaka yang menghadiahkan seorang puteri yang mati kepada seorang raja yang agung.  dan perumpamaan orang yang menunaikan solat tetapi alpa secara lahirnya bagaikan seorang penaka yang menghadiahkan seorang puteri yang cacat kaki dan tangannya, buta pula matanya kepada raja. penaka2 itu akan diseksa dan dianiaya oleh raja kerana telah menghina kedudukan raja dan mengabaikan haknya. 


samalah juga perumpamaan anda menghadiahkan solatmu kpd Allah. Awas! janganlah sehingga solat anda mempunyai kelemahan itu sehingga anda patut menerima siksaan Allah..

sumber: Nasihat Agama dan Wasiat Iman

disebabkan perkara ini serba sedikit telah menyedarkan aku dgn menyepak terajang iman aku agar aku sedar dan wake up aku pun membuka kembali sylabus Heart Serene.

 mencari Cara-cara untuk khusyuk dalam solat

*solat di awal waktu
*solat berjemaah
*rasakan seperti kita berinteraksi dgn Allah, and Allah alone
*memahami ayat,doa dan zikir yg diucapkan dlm solat
*mempelbagaikan bacaan surah pilihan selepas bacaan al-fatihah
*elakkan daripada menguap

p/s: jgn lupe utk berdoa kpd Allah utk kekhusyukan hati. kalo boleh buat solat hajat utk mintak hati yg khuyuk dlm solat. sbb sape yg dpt kemanisan khusyuk dlm solat sungguh dia org yg beruntung.

actually ade bnyk lagi cara2nya. boleh google. =)

"dan mintaklah pertolongan Allah dalam sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" [surah al-baqarah ayat 45]

aku sekarang agak excited, sbb ade bnyk events yang menanti sementara tunggu pendaftaran university. Moga Allah permudahkan.
kawan2 aku ramai dah pergi menuntut ilmu. pape pun all the best and may Allah bless u all..

just nak share dgn kamu semua kalo ade sesiapa yang tak tau nak buat ape, tapi online je setiap hari boleh lah kunjungi laman web www.islamicuniversityonline.com

boleh dapatkan diploma percuma secara online.

papepun niatkan kerana nak mencari ilmu kerana Allah kan?

Barang siapa yang mengambil jalan bersusah-payah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk masuk syurga

ape pun aku dah try dah amek satu course dan bnyk sgt ilmu yg aku dapat..

home work today and tomorrow adalah untuk bace buku ISK (ini sejarah kita)
mungkin menjadi fasi untuk program itu di KL jumaat nie.

hope sgt mama bagi pergi usrah khamis nie, i really need usrah utk charge up my eman..=) insyaAllah..


Ahad, 4 September 2011

course ape yang kau amek tu? bahagian 2


Assalamualaikum everyone!

moga Allah menerima amal kami dan kamu terutamanya pada bulan ramadhan yang lepas.

selamat hari raya Aidilfitri! masih tak terlambat kan? sbb raya kan sebulan! =)

kali nie aku nak meneruskan penerangan pasal course PLANT BIOTECHNOLOGY, aku tahu aku sgt berjasa dengan kamu2 orang yg nak amek course nie tapi tak tahu pape pasal course nie. Tp jgn risau sbb aku juga dahulu seperti kalian2 semua. hahaha.  walaupun actually aku tak la tahu sgt pasal course nie sbb aku belum pun masuk degree. aku baru je hbs foundation beberapa bulan yg lepas.

post nie aku akan menerangkan skop pekerjaan budak2 plant biotech. mmg kite akan mainly buat research in lab. kalo pasal pekerjaan korg sume jgn risau sbb peluang pekerjaan utk course nie sgt luas dan semakin luas setiap hari (merapu..)

dah name course pun Plant Biotech, jadi kerjanya tentu sangkut paut dgn tumbuhan.

Bosan?

Jangan rasa bosan dulu, sbb aku rasa bidang pekerjaan nie agak menarik.


Ini adalah salah satu projek atau research yg perlu dilakukan kalau korg berekerja bawah lembaga koko malaysia di sabah. waw! dpt terbang ke sabah!

kan aku dah ckp best..

lagi2..

dulu ade sorg profesor pangkat abang, dia citer org biotech dlm negara nie tak cukup, so dia kena bnyk bekerjasama dgn org2 luar negara dan fly gi luar negara dgn kerap. so korg yg tak dpt fly skerang jgn sedih, nnt fly time keje lagi best! dan actually agensi2 luar negara juga cukup dan amat2 berminat dgn khazanah tumbuh2 dlm negara kita, jadi mereka sanggup melabur berjuta (aku tak tau la bape dia melabur) untuk buat research.

selain itu, sebagai researcher, kita juga bertanggungjawab memberi kesedaran kepada orang ramai tetang tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. macam contoh, ade artikel yg aku jumpe pasal seminar asas membuat coklat dgn koko. Industri nie boleh berjaya, tgk mcm milo tu, cume org tak tau mcmne. pdhl resources kat malaysia nie sgt bnyk. selain itu, kesedaran pasal minyak kelapa sawit di dunia. negara lain berebut2 nak kelapa sawit kita tetapi kite buat dunno. jual mahal la tu an~~ huhu..
selain itu, aku juga ade membaca pasal biodegradable gloves yg diperbuat drpd natural rubber. sbb kalo perasan kebanyakkan bidang dekat malaysia pakai sarung tangan. dah tu pulak, pakai sekali jer pastu buang. so, dengan kesedaran ahli sains mereka mencipta sarung tangan boleh  hancur.

pape pun itu sahaja lah yg aku nak share pada malam nie. Moga bermanfaat. kalo salah tolong betulkan, sbb aku pun budak baru belajar.. peace~

p/s: rajin2lah bace isu semasa dekat web2 malaysia punyer minyak kelapa sawit, koko, kayu dan lain2. aku bagi link kat bawah.

Getah-www.lgm.gov.my
Koko-www.koko.gov.my
kelapa sawit-www.mpob.com.my
perladangan-www.kppk.gov.my
kayu-www.mtib,gov.my

selain itu kalo sukekan lebih cabaran gi la cari laman web FRIM pastu gi lawat sane.

sekian..