semalam bersamaan 11 haribulan mac 2010..setelah jantungku ini hampir inginku tamatkan riwayatnye kerana bergegar terlalu kuat aku berasa lega tiba juga hari yg dinanti nanti. aku bersiap-siap mandi pagi (mengigil juga sbb dh lame tak mandi pagi).sempat juga aku melakukan solat dhuha 2 rakaat bg menenangkan hatiku yg kecemasan ini.tepat 9:35 pagi kami sekeluarga bertolak.yg ade cume aku,mak aku n my father as the driver.
pergi breakfast dulu n singgah kat booth telefon.murah2 phone die kat situ.barula niat kami diperbetulkan semula.Dalam perjalan aku sempat membaca beberapa surah dalam al-quran.alhamdulillah..bisik hatiku takkan lari result dikejar..mak aku pula sifatnya bertentangan dgnku lebih cuak dan tidak habis2 gelisahnya.sampai abah kata" rasanya time mama amik result die dulu pun tak segelabah ni" aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka yg comel mcm aku itu. mama ashik memegang hanphonenye takot2 kalo ade sedare yg menelefon menanya keputusanku.kalo keputusanku k.o aku berani bertaruh mama akan off phonenya selama-lamanya..
hampir 3 jam perjalan..ajim ada kol 2 kali ingin bertanya resultku.prihatin juga adek lelakiku ini.
beberapa kali aku bermain msg dgn syaza.katanya thn ini pointer sekolah meningkat dr 1.8 ke 1.3.
wow!! besar jurang itu. Aku hanya mampu berharap aku akan menjadi salah seorang straight a yg menyumbang kpd pointer sekolah itu.
namun berharap hanya harapan palsu yg aku suapkan pada hatiku supaya bertenang.Aku menelefon syaza dr riak suaranya sje aku sudah tahu dia pasti mendapat straight a..jelesnyer..
aku langsung tidak yakin yg aku bakal mendapat keputusan yg cemerlang..bygkan admath aku tinggalkn beberapa soalan tidak terjawab.rasenya aku nk bg pemeriksa itu yg menjawabnye.kesian kan ashik menanda saja.apa salahnya sekali sekala jawab pula soalan.pasti pemeriksa suka akan aku.=)
sampai di sekolah dewan sudah kosong tanpa ada sesiapa di sana.damn it! luah hatiku.
lmbt sgt punyer psl..aku bertanye tummy nk ambil keputusan di mana.katanya di pejabat.
rupanya keputusan straight a sudah ditampal di pintu dewan.mama mahu melihatnya.namun cepat2 aku menarik tgn mama tidak membenarkan.kelakar juga scene itu.abah pula selamba membaca nama2 pelajar di situ.aku tidak kisah kerana abah tidak cepat melatah seperti mama.
2:45 ptg.kata kerani pejabat. sekarang baru 1:30.lambat lagi.diam2 abah membisikkan tahniah padaku.rupanya aku tergolong daripada 129 org yg mendapat straight a. mama pula curi2 tgk senarai itu semasa aku pergi berjumpa dgn syaza.mama memeluk syaza tabda tahniah.syaza dah rasmi dulu marahku!
kemudian mama ternampak namaku bwh sekali second last kemudian terus memelukku.erat sekali.jarang kami berpelukan begitu.namun aku dapat merasakan semacam ketenagan dan kasih syg yg mendalam.aku sebak. mama juga begitu.aku terus mengatakan "tp mimi dpt 1 je a+." kata mama pula " asalkan semua a"
aku pergi ke dorm melawat junior2ku.semuanya ada.dj sudah aku temui sblm naik ke dorm. rupanya kebanyakan mereka akan pulang bermalam kecuali segelintir yg akan terlibat dgn HKSBP. mereka menyambut baik kedatanganku.terma kasih adik2 budiman 2..kami rancak bercerita.terutamanya perihal dorm yg mulai keras dan mereka mula ditindih.meremang bulu romaku mendengar cerita mereka.katanya budi merupakan portnya.semoga kita semua di bawah lindungan Allah...
kemudian aku pergi solat zohor.dgn tenang aku mengangkat takbir dan di akhiri dgn salam.kemudian aku sujud semula untk sujud syukur.aku bersyukur tidak terhingga pada Allah kerana memberi rezeki sebesar ini padaku pdhl entah aku layak atau tidak menerimanya.setelah mengambil semua sijil2 an slip spm kami beredar dr sekolah.aku agak sedih kerana tidak berjumpa dgn mne2 cikgu yg mengajar aku.pasti mereka semua sudah pulang.hatiku bagaikan terguris kerana kerinduan yg teramat pada mereka.cikgu maafkan saya.
dalam perjalan pulang yg amat pjg itu aku hanya mampu merintih kesedihan(hanya Allah shj tempat aku merintih hal ini.bukan sbb result) aku menitiskan air mata.mungkin abah nmpk.cepat2 aku buat2 tido.aku memohon keluarga kami dilembutkan hati menerima hidayah Allah dan bersama-sama dpt memasuki syurga Allah yg kekal..
itu shj cerita psl result aku..trimas kerana membaca..
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Setahun yang lalu
npe ayt ko skema sgt ni laila? haha
BalasPadamcongratz babe..;DDD
BalasPadamwah! stret a! tahniah!
BalasPadam:)