Ahad, 18 September 2011

change the way u think

do u believe by changing the way u think, u can change the world u live in?


We don’t see the things the way they are. We see things the way WE are.”
                                                                                              - Talmund



Sabtu, 17 September 2011

Gunakan dunia untuk Allah, bukan Allah untuk dunia




Allah itu bukan sekadar pengkabul doa umat manusia.Allah itu Tuhan kita. Allah tidak perlukan amal ibadah kita, tapi kita yg memerlukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Listen all my dear friends,


dulu aku tak faham nape kita diwujudkan kat dunia. yang aku tahu, cemerlang periksa and have fun in life. dan aku tekun beribadah utk mendapatkan ape yg aku mahu itu : keputusan yg cemerlang dan hidup yang mengembirakan. Bila Allah tak makbulkan doa aku, aku jadi sedih. so aku terus tekun beribadah untuk capai perkara2 tersebut. 


bila Allah berikan 2 perkara tersebut aku jadi gembira tak terkira, melupakan Allah seketika. Bila semua tu dah tak boleh memuaskan hati aku, aku kembali berteleku berdoa untuk perkara yg sama cuma makin beranjak usia.


UPSR->PMR->SPM


perkara yg sama.


seolah2 aku mengunakan Allah untuk dunia. Aku memohon kecemerlangan dunia, akhirat aku ingat sekejap cuma. 


Bukan itu tujuan kita.


Allah itu bukan sekadar pengkabul doa kita. Kita ini hamba Allah. Tahukah kalian tugas hamba? . Kita ada tugas yang lebih besar sekadar cemerlang periksa, shcolarship, segulung ijazah, banggakan ibu bapa dengan kerjaya. 


Tugas kita membawa ISLAM.
Tugas kita menghambakan diri kpd Allah.
Tugas kita mengajak kpd kebaikan dan menjauhi kebatilan.


Tahukah anda tujuan anda hidup sekarang?


 ya, untuk Allah.


bukan gunakan Allah untuk dunia.
Buat Adik Syafinaz semoga Allah memberkati dan semoga berjaya 4 okt nie PMR

Buat Adik Najmuddin Semoga Allah permudahkan untuk temuduga SPA 17 okt nie


Selasa, 13 September 2011

ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan  senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani kemudian (tanamannya) itu menjadi kering dan kamu lihat warnnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. [surah al-hadid ayat 20]  

Isnin, 12 September 2011

germ words

Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak 

berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata 

"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana 

terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan 

makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan 

aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku 

sedikit.."

aku sure fail punyer exam nie..



luahan kata2 lahir atau batin majoriti pelajar, mahasiswa/siswi pada masa kini.


mahukah kamu aku tunjukkan satu cara utk membuatkan kamu tenang menghadapi peperiksaan atau ape jua dugaan Allah?


Dan bersangka baik terhadap Allah bahawa Dia juga akan memberikan kita yang terbaik...
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan." 
[HR Ahmad, Ibn Hibban]


jadi, jangan mengalah sebelum kalah. kerana kejayaan itu berada di hujung usaha. kalau awal2 lagi dah mengalah cmne Allah nak beri kejayaan?


wallahualam..

Ahad, 11 September 2011

Allah will provide way when there seem no way

Assalammulaikum.

aku sekarang dalam dilema. sama ada nak INI atau ITU. (ini dan itu dirahsiakan) haha.. padahal bukan big secret pun. cume aku tak rase cm nak share di sini. 

takpe, aku nak buat istkharah. Allah knows best kan? hehe..

kepada seorg sahabat aku yg sedang berlawan antara nafsu atau cahaya Illahi jgn risau, sbb Allah is always there to guide u and I will always pray for u. Ya, kalo kita rasa tak tenang dan gelisah selalu, berkemungkinan besar Allah nak bagi warning bahawa hati kita penuh dgn noda dosa. Salah satu solutionnya adalah BERTAUBAT. Buat solat taubat, pastu pergi mintak maaf dgn sape2 yg kamu rase kamu dah buat salah, serta maafkan sape2 yg pernah buat salah pada kamu. InsyaAllah~~ 

ape yg aku dah buat dlm minggu nie adalah, aku mencari course english yg dapat mengajar aku bahasa inggeris agar aku lebih fasih dan mahir. rupanya mmg boleh cari di google. kalo kalian2 semua nie mmg tak de ape nak buat boleh la pergi ke www.englishlink.com untuk sharpen u guys punyer english, appart from that dia juga memberikan certificate secara free utk setiap org yg hbskan course tu.

aku juga sedang mencari course bahasa arab secara percuma di internet.. tak jumpe lagi yg best.. takpe2.. when there is a will there is a way.. 

may Allah grant us all the highest state of iman..