Sabtu, 22 Januari 2011

~~

Girl A: Auch! it hurt!!

jerit seorg pelajar ketika jatuh terseliuh

Girl B: It hurts..bukan it hurt

Girl A: tak kisah la ape pronunciation die.. Miss jane pun ckp setiap negara sebut lain2

Girl B: bukan masalah pronunciation, ni mslh grammar

Aku: Tet! don't care

*************************************************************************************

3:13 pagi

semua tekun menelaah nota chemistry

sunyi sepi bilik aku.

Dilah: When will my life begin..? (dgn intonasi lagu tangled)

memecah kesunyian malam

Aku: (sekadar mengeleng)

**********************************************************************************

11.00 pagi

luar dewan peperiksaan

hbs exam chemistry

Yu: Now will my life begin...(intonasi lagu tangled)

Aku : besar sungguh pengaruh cerita tuh, lebih2 lagi time pekse ni

***********************************************************************************



Khamis, 20 Januari 2011

Bile dalam hati takde Allah...

ade satu hari tuh..Qilah dgn Yu borak2 pasal sorg pelajar non-muslim kat U ni
kalo aku citer mesti semua org yg same U dgn aku kenal sgt2 die ni

Pelajar ni sgt kecewa die tak dpt Overseas..
sampai die menyalahkan Biasiswa *** kerana tidak memilih dia sebagai salah seorang yg layak mendapatnya..
tapi still die dpt biasiswa lain iaitu *u**
mmg, kalau tgk qualification die, die ni pandai sgt, pegang jwtn tinggi, active pastu tetap pendirian.

dia terlalu kecewa sgt sampai tannak buat exam btol2, pastu memusuhi rakan2 yg mendapat biasiswa ***

dia seolah2 dah putus harapan sgt..

kalo kita sebagai org islam, kita percaya pada ketentuan Allah, rezeki Allah, keAdilan Allah..
kita boleh claim dunia ni tak adil...tapi Allah tuh Maha Adil.. Allah takkan menzalimi makhluknya..

org islam percaya, tak dpt kat dunia, kita dpt kat akhirat..
ade hikmah tak dapat sesuatu benda,

mungkin kita nak sgt pergi Overseas, tapi tak dapat..
sbb ape?
kite asyik persoalkan bende tuh..
padahal kita dah buat yg terbaik dlm interview, kita dah prepare first class..
ade hikmah semua yg terjadi, mungkin Allah dah rancang sesuatu yg lebih baik
mungkin kita tak dpt nak thn hidup kat sne,
 jauh drpd family..
different culture.
different language..


aku ade sorg roomate drpd Iran, ni first time die ddk berjauhan drpd family..
bru aku tau, betapa seksanya berjauhan drpd family and duduk satu bilik dgn org asing
its hard! believe me!
slalu tgk die sedih, maybe ade problem tapi tak selesa nak share dgn kitorg,
pastu die pernah nangis sbb tertinggal lab session..
makanan malaysia yg tak memenuhi citarasa die..
bukan nak jatuhkan semangat sape2 tapi sebagai pemberitahuan,
hujan emas di negeri org hujan batu di negeri sendiri

Allah lebih mengetahui ape2 yg kita tak tahu
yg penting usaha, then tawakal..
org islam tak boleh putus asa!
walau ape pun natijah yg Allah beri..

sbb Allah dah janji, orang yg berusaha pasti berjaya..
tinggal lambat atau cepat..

sbb tu, bile kita letak Allah dlm hati kita yg paling utama,
walau ape pun natijah yg Allah bagi,
 
bankrup,

fail exam,

kena gantung skola 

kena marah dengan bos

or pape je la

kita tak rase kita ni dah takde hrpn..
sbb Allah ade..
Allah itu harapan semua manusia..



Firaun diselamatkan Allah..

Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu(firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.
~Surah Yunus ayat 92~

aku ingat lagi mse kecik2 ustazah aku pernah citer..
kan Firaun mengejar Musa dan penginkutnya sampai ke laut merah,
kemudian dgn tongkat Nabi Musa, laut itu terbelah lalu mereka semua boleh merentasi lautan tuh..
Firaun dan pengikutnya kejar2, punyer kejar, last2 laut tuh terbentuk kembali..
ketika hampir lemas itu barulah Firaun nak mengaku Allah tuh Tuhan..
tapi malaikat Jibril cepat2 amik segenggam pasir lalu menyumbatkan ke mulut Firaun..
menyebabkan Firaun mati dalam keadaan tidak sempat mengakui keEsaan Allah..

Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". surah Yunus(89)

Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. surah yunus(91)

Maka malaikat Jibril telah memberitahu : Wahai Muhammad! maka sekiranya engkau melihatku dan aku telah mengambil sedikit daripada tanah di dasar laut. Maka aku telah menyumbatnya ke dalam mulutnya dalam keadaan bimbang dia (Firaun) akan mendapat rahmat Allah.
- Abu Isa telah berkata bahawa hadis ini martabatnya Hasan-


pastu sambungan cerita ustazah aku tuh,
Lepas malaikat Jibril memasukkan pasir ke dalam mulut firaun
Allah memberitahu Jibril, jikalau Allah yg berada di situ ketika Firaun nazak nescaya Allah akan selamatkan Firaun.. dan menerima taubat dia

sesungguhnya sifat Penyayang Allah, melebihi kemurkaanNya..
source dan ilmu lebih sini , sini , sini juga

islam dalam keadaan dagang

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

tak yah citer jauh2...
tak yah citer kat U.S..
aku nak citer kisah kat U aku sendiri je..hahaha
biar popular sikit..ade mse datang la ke sini..dekat semenyih,selangor

first story


ade satu hari tu aku gi lunch kat cafe, seperti setiap hari yg lain
pastu..ade la seorg wanita yg memakai burkha masuk ke dalam cafe..semua mata memandang ke arah wanita ni..
aku pun same.lame la jugak aku pandang..aku actually tannak pandang sbb aku takut wanita itu tidak selesa tapi i just can't help it, sbb aku sgt respect wanita yg boleh memakai burkha itu..
i also can't help noticing people around keep looking at her like she is some kind of criminal..
siap ade sorg amoy ni jalan tak pandang depan sbb tgk wanita itu..
tak kisahla die nak anggap wanita itu terrorist ataupun mumbuat kesalahan fesyen..
yg penting itu dah satu bukti islam tuh asing sgt kat U aku..


Second Story


ade la satu ketika..mase tuh isyak..aku on the way gi cafe jugak
azan pun berkumandang dgn suara merdu muazzin..
walah..mmg hampir aku menitiskan air mata..
tetibe ade la seorg pelajar nie dgn kurang ajarnye memasang radio kuat2 seolah2 mahu menengelamkan azan yg berkumandang..
mmg sdey..


Third story


aku ade sorg member bangse india kat U nie..dulu kat skola lame kitorg sekelas
pastu de satu hari ni kitorg naik bas sme2 nak gi KTM kajang
pastu ade seorg wanita islam memakai purdah masuk dlm bas.. then member aku ni pun bisik kat aku
"Harituh ade sorg budak kecik nangis kott tgk perempuan pakai macm tuh"
hati aku cm tersentap sgt.. aku tak tau nak buat ape, sbb die bukan islam. kalo aku ckp something pun, ape yg sepatutnya aku ckp...?
aku pun diam je, and hati aku memberontak nak terangkan something, tapi aku tak tau nak ckp ape..

"Knowledge is power but limited knowledge is dangerous"














 

Rabu, 19 Januari 2011

Surah Al-Mutaffiffin

Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(dalam takaran dan menimbang)(1)

(yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,(2)

dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.(3)

** huraiaan

Ayat ni actually Allah nak tegur org musyrikin Mekah yang menipu dalam perniagaan diaorg.

diorg nak byrn setimpal tapi mengurangkan timbangan. A.K.A menipu la..

kalo tgk dlm real life, paling senang nak kaitkan dgn ayat ni adalah AMANAH yg kita dapat.

contohnya mcm kerja,

tiap bulan dpt gaji sme, tapi kualiti kerja setiap hari variable. ade satu hari semangat, ade satu hari rase malas.. curik tulang, suruh member buat, tapi gaji tetap sama..

sme la mcm dlm ayat Al-Quran kat atas,

nak gaji iaitu hak sendiri dipenuhi tapi mengurangkan hak org lain dengan tidak melaksanakan tugas dgn bersungguh-sungguh..

maka celakalah org tersebut..

Nauzubillahiminzalik.. mintak dijauhkan...

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang menertawakan orang-orang yang beriman.(29)

Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya.(30)

Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira.  (31)


Dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat",(32)

ayat ni lagi la tak yah ckp, terjadi secara langsung atau tidak dlm kehidupan kita..

nampak perempuan pakai tudung labuh jalan kat depan, siku2 member kat tepi sambil menjuih2kan mulut..

tak ckp pape pun tapi org2 ni dikategorikan sebagai org2 yg berdosa..free2 dpt dosa kering.

kadang2 kita tak sedar pun kita mentertawakan saudara seislam sendiri secara tak langsung mempermainkan islam..

Orang A: kalo saya jumpa ustazah tuh, terpakse la sy sorokkan jambul sy ni

Orang lain: gelak dgn lwak itu..

mcm mne dgn keadaan ini? adakah situasi ini mempersendakan hukum Allah? Jambul rambut itukan aurat..?
kenapa depan ustazah baru nak sorok? padahal Allah itu melihat kita setiap saat dan ketika..

mintak kita dijauhkan dari golongan ini,  peringatan untuk diri sendiri dan org lain..
kalau kita tak mampu buat baik dalam kehidupan seharian kita, jauhkan diri daripada membuat kejahatan..

Wallahualam..

Khalid Al-Walid

Aku ade bce kisah Khalid Al-Walid pada suatu hari itu..

Aku nak kongsi kat sini

Kisah die cm ni..

Satu hari..(ceh padahal aku tak tau starting cite tuh) Khalid dpt perintah drpd Abu Bakar As-Siddiq utk menawan satu kawasan ni..
sebelum Khalid sampai lagi penduduk tuh ambil keputusan utk menyerah diri..sbb mereka tahu yg mereka tak mampu utk melawan pasukan tentera islam ketika itu..
apabila tentera islam sampai di sana, ketua kwsn itu pun keluar dan menyerah diri.
Tetibe, terkeluar satu botol kecil dari poket ketua itu.
Khalid: Botol apakah itu?
Ketua: itu racun yg tiada penawarnya, sesiapa yg minum pasti akan mati serta merta.

Khalid tidak percaya dgn kata2 ketua itu.

Khalid: tiada siapa akan mati sebelum ajalnya. Racun ini takkan dpt memudaratkan aku dengan izin Allah

ketua kawasan itu tetap juga berkeras dgn kenyataannya, racun itu amat berbisa dan tiada penawarnya

Khalid pun mengambil racun itu lalu meminumnya.

Mmg benar, racun itu tidak memberi apa2 kesan pada Khalid.
 Ketua kawasan itu amat terkejut dan serta merta memeluk islam. Dia juga mengajak penduduk kwasan itu memeluk islam dgn menceritakan kisah Khalid meminum racun itu.

**Huraian

Rasulullah mendapat didikan terus drpd Allah. Sahabat Rasulullah, mendapat pendidikan terus drpd Rasulullah. Setiap sahabat mendapat cebisan kehebatan Rasulullah. Ade yg hebat berperang, ade yang hebat berpidato, ade yg baik hati dan lemah lembut..

dan mereka ini juga menyerah diri bulat2 di hadapan Allah.. dan pakaian mereka hanya islam. tiada pakaian lain. tanpa islam mereka berasa seolah2 tidak berpakaian di hadapan Allah..

Keimanan mereka juga tinggi jika nak  dibandingkan dgn kita..
keimanan kpd Allah boleh mengubah sunnatullah..
Sunnatullah itu makhluk Allah juga
seperti api..
sunnatullahnya panas.
tetapi dgn keimanan Nabi Ibrahim yg tinggi, api yg panas itu terasa sejuk dan langsung tidak mencederakan Nabi Ibrahim..
dalam kisah Khalid tadi, racun yg sunnatullahnye memudharatkan bertukar menjadi penawar dgn ketinggian tawakal Khalid..

Walah..hebatnye keimanan mereka..yg semakin hari semakin meningkat tidak seperti kita yg ade pasang surutnya..sehingga mungkin iman kita adalah selemah-lemah iman pada pandangan Allah..

Sabtu, 15 Januari 2011

~surah Hud ayat 9-11~

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.(9) 

Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga,(10)

kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.(11) 

ermm..ape nak citer kat sini..?
aku rase tertarik bile bce ayat nie
sbb dalam ayat nie mmg btol2 mengambarkan perangai manusia

bile Allah tarik nikmat dari kite, kite rase kitela manusia paling malang kat dunia
menipula kalo nak kate kite takkan rase sedih..
bnyk sgt hikmah dari rase susah kat dunia nie. selain penghapusan dosa, sebagai pengajaran kat diri sendiri dan org lain..

kite semua harap sgt semua doa kita dimakbulkan..kadang2 Allah tahan doa seseorang tuh sbb Allah suke dgr rintihan die.. tak rase istimewa ke kalo cmtuh? istimewa kan?

pastu kalo kite diuji, time tu la paling bnyk kite ingat kat Allah..
makin berat ujian tuh, makin kuat kita percaya pada Allah..
Bile kite gembira, ujian tuh dah diangkat kita bersyukur sikit je pastuh lupe pada Allah.. 

sbb manusia tuh lumrahnye lupe..
satu nikmat dari Allah juga sebenarnye, tapi bala kalo kite tak jage sifat pelupe tuh sampai terlupe pada Allah..

dan beruntungla org yg sabar dengan cubaan dan ujian yg Allah, dan tetap bersyukur selepas ujian itu diangkat..

Subhanallah..moga kita salah seorg drpd org yg sbr tu..
InsyaAllah.. amin..