Selasa, 9 Ogos 2011


Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w:
Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab:
"Keseluruhannya adalah pengajaran". Aku merasa hairan terhadap orang
yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan
kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku
hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih
kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolakbalik
penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga
merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian
hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".

Ahad, 7 Ogos 2011

cara mendapatkan pahala berterusan

Six Easy ways to earn even after death:

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.


2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.


3) Participate in building a Masjid.


4) Place water cooler in a public place.

5) Plant a tree. U gain whenever a person,ani mal sits in 


its shade or eats from it. 


6)And the easiest of all to Share this message with people.


insyaAllah~~

bulan kedua bagi bumi


Tahukah anda2 sekalian dahulunya bumi kita ini berkemungkinan mempunyai 2 bulan orbit mengelilingi bumi?

Dalam kajian yang dilakukan, bulan kedua berkemungkinan bersaiz 1/3 daripada bulan. Dan dikatakan bulan kedua yang kecil ini menghempas bulan pada 10 juta hingga 100 juta tahun yang lalu kerana berlaku ketidakseimbangan. Peristiwa ini menjawab persoalan saintis yang tertanya-tanya mengapa bahagian bulan sebelah timur berlainan daripada sebelah baratnya.

Bulan kita mempunyai dua sisi permukaan yang sangat berlainan daripada sisinya yang lain. Sebagai contoh permukaan sisi satu rata dan rendah, tetapi sisinya yang lain jauh lebih tinggi dan mempunyai kawasan pergunungan.

Bulan kedua yang kecil ini mempunyai kira2 1200 km lebar dan terbentuk daripada pelanggaran yang sama seperti bulan yang kita lihat di langit hari ini. Saintis berpendapat bulan terbentuk daripada pelanggaran planet dan objek bersaiz Marikh.

Ahli astronomi mencadangkan bulan kedua terbentuk pada masa yang sama dengan bulan kita. Para saintis bersetuju bulan kita dilahirkan dari sejumlah besar sisa dari bumi bersaiz planet marikh dalam pada sejarah sistem suria.

Bulan kecil kedua boleh kekal statik dalam satu tempat di kenali sebagai orbit Trojan selama berpuluh-puluh juta tahun. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan berlaku akibat orbit bulan mengembang jauh dari bumi.

Pelanggaran yang terhasil agak perlahan menyebabkan zahrah pada bulan kecil kedua berselerakkan satu lapisan tebal di atas permukaan bulan kita yang membentuk puluhan kerak pepejal batu tebal dan bukannya membentuk kerak.

"Ianya munasabah untuk bulan Trojan yang telah terbentuk dalam kesan gergasi, dan kerana ia tidak stabil selepas 10 juta kepada 100 juta tahun dan meninggalkan bukti zahrah pada bulan," kajian pengarang bersama Erik Asphaug, planet saintis di Universiti California, Santa Cruz, memberitahu SPACE.com. Bayangkan "bola-Gruyere berlanggar dengan bola cheddar."

sumber

http://news.yahoo.com/earth-had-two-moons-crashed-form-one-study-170201124.html

ilmu baru hari ini =)

cara untuk speaking dengan baik


aku mengaku dengan ikhlas aku mmg tak pandai nak ckp org putih dgn lancar
kadang2 kalo dpn foreigner aku kena gak pakse diri aku utk ckp english
yela, mne la mereka phm bahasa ibunda kita ni kan.
so, setelah ditanya oleh seorang adk dorm aku Khadijah lukman (DJ)
cmne nak practice speaking english better
aku terpikir lah beberapa idea yang agak bernas.

1) berbual dgn kawan dlm bhs inggeris walaupun broken english
*aku tau, cara nie sgt susah. aku ngaku aku pun tak boleh nak ckp bi dgn member
mengade katanya. tapi ckp english pelan2. jgn pakse sampai membuatkan perbualan dgn kwn tu kekok sbb tersekat2 nak fikir perkataan yg sesuai. kalo tak tau ckp je bm campur2 dgn english.
takde sape nak tolak markah kamu sbb broken english.

kalo tak boleh buat jugak step number one tu move to step 2

2)practice speaking english depan cermin
*cara ni dapat meningkatkan self-esteem. lagi2 kalo nak presentation, kite kena tahu ape gaya terbaik utk ckp depan audience.

3)amek article or text english, pastu bace kuat2 dgn intonasi yang sesuai.
* boleh meningkatkan pronountiation english anda

4)amek kamus atau buku atau surat khabar pastu cari satu perkataan then bina ayat dengan perkataan itu. try buat pelbagai ayat in your head and speak it out loud
* meningkatkan daya kreativiti minda

5)banyakkan membaca dan mendengar perbualan bahasa inggeris
*tgk movie (yg bermanfaat) tgk contoh presentation dlm utube (ape gunanya teknologi kan?)

6)buat beberapa soalan atau cari beberapa soalan lepas tu try jawab dalam bahasa inggeris
*contoh : what is the best way to be a good student?
where do u see yourself in 10 years time?
what is the major achievement of malaysia in the past 50 years?


dan lain2 lagi soalan yang menjana minda. cara ni sgt membantu lebih2 lagi kalo ade oral speaking dan akan ditanya soalan depan audience.

actually ade bnyk je lagi cara ape pun yang paling penting practice, practice and practice

insyaAllah~~

Jumaat, 5 Ogos 2011

surah al-baqarah ayat 214

Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-oarng terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai ujian)  sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata "bilakah datang pertolongan Allah?" dan ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat   

kenapa orang islam tak boleh minum arak?

mase kat Universiti ade la satu brother nie kate

kalau la ade orang bukan islam tanye kita macam tu ape kite nak jawab?

katanya lagi jgn jwb

"arak nie memabukkan dan ade lebih bnyk keburukkan drpd kebaikan kalau minum"

jawab dulu

"kami tak minum arak sebab Allah yang suruh, kami dengar dan kami patuh kepada perintah Allah"

lepas tu baru lah jwab

"lagipun arak nie memabukkan dan ade lebih bnyk keburukkan drpd kebaikan kalau minum"

and boleh la bagi ayat Al-Quran surah Al-baqarah ayat 219

" mereka bertanya kepadamu (muhammad) tentang khamar dan judi. katakanlah, 'pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya' "

sebenarnya islam nie mudah, mmg orang akan kate islam nie menyusahkan sbb itu tak boleh, ini tak boleh. makan itu haram, makan ini haram. mereka tak tau, Allah hanya menetapkan beberapa je rezeki kat dunia nie yang kita tak boleh makan. dlm bnyk2 haiwan lain yang kite boleh makan, hanya Khinzir yang Allah haramkan. dalam banyak2 minuman kita boleh minum, hanya khamar yang Allah haramkan.

mana dia agama yang menyekat kebebasan?

Allah beri  kita pilihan untuk makan apa sahaja kecuali yang terlist dalam al-quran sebagai haram.

Itu semua ujian Allah kepada kita, nak lihat kita nie patuh atau tidak sebagai muslim.

remember, freedom is not by doing anything that u want but by doing everything that is right 


wallahualam~~

Rabu, 3 Ogos 2011

cara untuk memaafkan orang

actually aku pun antara orang yang susah nak maafkan kesalahan orang lain

sbb aku jenis yang pendam dan simpan dalam hati

bile seseorang tu dah sakitkan hati kita bukan senang ye tak nak maafkan?

tapi hari nie aku dpt tahu salah satu caranya dalam al-quran

 وَْليَعُْفوا وَلْيَصَْفحُوا َأَلا تُحِبُّو َ ن َأ ْ ن يَغْفِرَ اللَّهُ َل ُ كمْ


Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta
melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah
mengampunkan dosa kamu? (Surah An-Nur, Ayat: 22).


Allah memberithu cara untuk memaafkan kesalahan orang lain dengan melupakan kesalahannya dan
berfikir, tidakkah kita gembira kalau Allah menerima taubat kita.

aku yakin, semua antara kita pernah rasa menyesal dengan kesalahan yang kita lakukan
kita amat berharap agar Allah akan ampunkan dosa kita. begitu juga dengan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita, berkemungkinan sebenarnya dia menyesal tetapi tidak ditunjukkan.

sifat pemaaf adalah sifat yang terpuji,
bukan sahaja orang kagumi di dunia
bahkan Allah juga menyukainya
dan akan memberi ganjaran di akhirat.

p/s: berdendam tu tak bagus untuk kesihatan jantung