Khamis, 20 Februari 2014

law of attraction

pernah dengar tak law of attraction?

minggu lepas aku pergi seminar Dr. Azizan, tajuk dia Bangkit 2014 secara free kalau bawak 2 org bersama.

AKu pun tak tau kenapa aku setuju dengan ajakan k.Tiqah. pada mulanya saja2 je setuju. and nak pergi pun rasa tak ikhlas je (sama macam b4 pergi sarawak tu). tapi aku tahu mesti ada sebab Allah bagi aku pergi.

by the end of the seminar Dr. Azizan suruh kitorg tulis satu matlamat kita setahun akan datang. pada mulanya aku tak nak tulis, sbb aku malas nak fikir. pastu Dr. Azizan suruh jugak tulis so aku pun fikirlah benda yg aku paling nak selesaikan dalam hal isu kewangan. After dah tulis tu Dr. Azizan suruh cakap apa yg aku dah tulis.

"mestilah taaak, malu kot nak sebut kuat2. ini kan kita punya impian"

tapi aku still cakap cume mulut berkumat kamit supaya org sebelah tak dengar.

"cakap pun macam tak makan je..macam bisik2 je. Macam tak nak je impian tu..." Dr. Azizan kata.

"Saya nak kamu cakap kuat2. Cakap macam kamu nak benda tu"

dengarlah suara hadirin cuba untuk mengespresikan impian masing2.

"saya tak dengar!" Dr. Azizan still tak puas hati.

"Saya nak kamu semua pejam mata and bayangkan yg kamu dah dapat dah benda tu, apa perasaan kamu? siapa yg kamu nak berada di sisi kamu semasa kamu dah berjaya dapat apa yg kamu impikan? bayangkan harini adalah setahun akan datang."

tapi still suara yg kedengaran sayup2 mengatakan impian mereka, termasuklah aku.

"Kenapa kamu still tannak cakap? Apa kamu ingat Allah tu kedekut sgt ke nak bagi apa yg kamu doakan tu?"

Masa nie zaaaasss...
And aku tersedar "haah lah apa yg aku malukan sgt, apa yg aku takutkan sgt..aku NAK apa yg aku tulis nie"

masa tulah aku reflek balik macam mana cara aku doa selama nie. patutlah hidup aku sedih je, rupanya cara aku mintak pun menyedihkan. macam nak tak nak je apa yg aku minta, doa macam caca marba. kalau kita berdoa kan kita kena yakin Allah akan makbulkan doa kita, hanya dia sahaja chance yg kita ada, kalau minta syurga kepada Allah kita kena rasa kita menghirup udara syurga, minum air susunya, seolah2 kita dah ada di sana. kalau minta dijauhkan neraka rasakan api mambakar kulit kita dan kita sedang berlari menjauhinya. tapi betapa Pemurahnya Allah ni, doa yg ntah pape tu pun Allah still makbulkan. Allah still dengar. sedih...sedih....

oh, kalau nak tau pasal law of attraction boleh lah google..hehehe..



dengan kenderaan aku menjelajah

ok.. not really funny, saja ambil tajuk dengan basikal aku menjelajah. huhu..

beberapa minggu lepas aku tengok summary dokumentari ni dengan basikal aku menjelajah seriously sgt BEST and kagum dengan Zahariz nie. tak habis pun lagi tengok keseluruhan dokumentari tapi mmg dapat banyak benda. dia kata tujuan utama dia menjelajah ke artik tu adalah untuk tengok aurora. Di samping tu dia nak cari jawapan kepada persoalan2 yg bermain dalam fikiran dia.

mmg betul sgt, when you have too many things playing in your mind you certainly need to travel and if possible alone. sbb aritu aku travel gi sarawak nak gi majlis perkahwinan adik usrah aku, sgt banyak benda yg aku reflek. especially when you are alone and no one to talk too you definitely need to think about the past, about the future, about yourself.

and dia nak buat lagi satu dokumentari..wahhh..tak sabar nak tengok.
you guys can follow the updates here

end of poverty?

hari nie kelas habis agak awal.
selalunya msti akan ada kelas sampai 5 or 6 ptg. tapi sbb aku nak drop satu module nie aku tak pergi lah kelas tu.
so aku gilah library tgk CD2 yg best utk ditengok..padahal banyak lain kerja lain yg oleh diselesaikan..
tgklah satu CD tajuk dia "the end of poverty?" documentary.

disebabkan movie nya 1 hour something so aku pun tgk lah trailernya dekat youtube.
mmg sgt2 menyayat hati. bile tengok org2 yg miskin tu semua. even kita tak tahu pun dia islam ke tak, kita tahu yg dorg nie deserve better if only islam is ustaziatul alam (UA).

dunia akan keep jadi macam nie if we don't do anything and just sit around studying in our universities tak hirau pun dunia luar. sgt2 sedih and takut sbb dorg nie semua akan tanya and tuntut dekat kita kenapa tak jalankan tanggungjawab as a muslim tu. T.T

Isnin, 10 Februari 2014

Nabi yusuf as a role model

beberapa hari lepas semasa mukhayyam aku mentadabbur surah yusuf ayat 100 yg berbunyi.

Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgasana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: "Wahai ayahku inilah ta'bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

bile baca ayat nie rasa sgt kagum dengan Nabi Yusuf. No wonder Allah mentioned pada awal surah yg kisah nie adalah kisah terbaik. setiap kali baca surah yusuf mesti akan dapat banyak ibrah. dalam ayat nie Nabi Yusuf bersyukur pada Allah sbb Allah dah berbuat yg TERBAIK padanya. kalau bahasa arabnya Ahsan. masa tu aku macam, Ya Allah mmg layak lah kau jadi Nabi sbb kau seolah2 dah melupakan segala ujian yg Allah turunkan pada kau. Cuba bayangkan dari kecil sampai besar macam2 ujian yg Allah bagi tapi bile dia cerita pada ayah dia, Yusuf tak cerita satu pun kesusahan melainkan kata "Allah telah buat yg terbaik padaku".

mmg nampak lah macam mana seorg mukmin tu patut jadi. org2 yg beriman tu patutnya memandang segala yg baik dan buruk tu satu tarbiyyah dari Allah yg tidak lain tidak bukan untuk mengajar dan menguji kita. Bila relate dgn mukhayyam yg baru dihadiri mmg nampak je semua org Allah uji, ada yg luka semasa membuat aktiviti lasak, ada yg didenda sbb tak berdisplin, ada yg ditegur sbb melakukan kesalahan. Tetapi bile diminta bagi refleksi semua akhwat memberi refleksi yg positif,yg membangun, yang membangkitkan iman sbb tahu Allah sedang mentarbiyyah..

P/s: Obses dengan perkataan AHSAN

Jumaat, 7 Februari 2014

dengar tafsir al-quran bahasa indonesia

dah lama aku cari bacaan tafsir quran nie.. sbb kadang2 kalau cam tak sempat nak baca or kalau dok dalam kereta or bus boleh dengar bacaan quran di samping memahami maksudnya. dulu pernah terfikir nak buat sendiri recording bacaan AQ and tafsirnya tapi tak pernah sempat..
alhamdulillah.. boleh lah kalau korang nak download.

quranwebsite.com
p/s: here's the link to go to the website. XD

Selasa, 4 Februari 2014

terbaik. yang terbaik.



beberapa minggu yg lepas, ade beberapa peristiwa yg berlaku waktu exam yg menyebabkan ayat yg pendek dari surah al-qasas ayat 77 nie keep popping in my mind.

kalau baca dalam tafsir "buatlah baik kepada (orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu".

walaupun setiap hari berODOJ/ one day one juzu' mentadabbur al-quran, ayat tu jugak yg datang bile hati kesusahan. pastu beberapa hari selepas mentaddabur ayat tu dapat pula pengisian Dakwatunna (revision class). masa tu lagi lah dush2 mereflek diri macam mana selama ni membawa usrah, macam mana rancangan pembinaan adik2 dan diri sendiri. bile baca balik ayat al-qasas tu lagi lah menangis sbb baca sekali bahasa arabnya yg bermaksud "buatlah yang TERBAIK kerana Allah telah beri yg TERBAIK".

Ahsan bermaksud terbaik atau the best.

mmg betul, Allah telah beri segala2nya TERBAIK buat kita. ambil sahaja satu contoh seperti bintang. saya tak tahu kenapa saya sangat menyukai ciptaan Allah yang ini. dulu masa kecik2 pernah bercita2 nak jadi astronomer. kalau tengok siri2 dokumentari paling suke pasal angkasa. Ia sangat misteri dan cantik.

dokumentari dengan basikal aku menjelajah


satu hari after balik dari satu program (waktu mlm) saya melihat angkasa, pada waktu itu subhanAllah bintang bertaburan sgt cantik. saya boleh merenung langit selama berjam2 kalau tengkok saya tak sakit sbb tengok ke atas sambil berdiri. so saya tertanya2 macam mana sebenarnya bintang nie diciptakan? so saya google (buat research) so dapat info like bintang dilahirkan di nebula dan memerlukan tekanan yg sgt kuat, suhu at least 1500 degree celcius dan sekurang2nya separuh billion tahun untuk dilahirkan. masa tu saya macam tergamam sbb itu baru satu bintang, dekat langit tu ada sangat banyak bintang. dan untuk merealisasikan salah satu tujuan bintang diciptakan iaitu sebagai perhiasan langit untuk manusia satu bintang mana cukup. (kalau tengok langit dan ada satu bintang je mmg tak feel)

nampak tak AHSAN Allah dalam ciptaannya? perhiasan langit yg ada setiap malam adalah untuk manusia lihat, tadabburi dan senangi. masa tu just terfikir "mahalnya Allah buat perhiasan manusia ni".

contoh kalau kita sedih kan, pastu ada org hadiahkan pada kek coklat siap hias cantik2. kita akan rasa terharu dan tak sanggup nak rasa sedih kan? tapi Allah ciptakan bintang utk kita dan ia ada setiap malam di langit untuk buat kita rasa gembira, mana appreciation kita pada Allah?

marilah kita mereflek kembali macam mana kesungguhan kita dalam melakukan ibadah=kehidupan seharian kita. itu baru satu contoh tak bagi lagi contoh lain macam susu. macam mana Allah bagi susu yg sgt suci dan bersih walaupun salurannya berdekatan dengan saluran najis tapi ia tak ter effect. Susu yg sgt bersih dan lazat tapi mcm mana amal kita pada Allah? adakah sesuci susu atau ada kekotoran yg tercampur? macam mana amal ni boleh tercampur? bile kita buat sesuatu bukan sbb Allah semata2. bile kita ada syirikkan Allah dengan makhluknya yg lain.