Jumaat, 24 Mei 2013

got the answer already

I was speechless.

bile dapat tahu, dapat internship kat campus. tak tau mcm mana nak citer, sbb mmg tak sangka langsung dapat.
so, Laila kau dah dapat pun jawapan dari Allah. moga lepas nie kau lebih yakin dan buat kerja betul2. bukan hanya dengan intern kau tapi dengan DnT.

Rasa sangat2 tak layak.

satu pengarajaran yang aku dapat adalah, doa banyak2 dan jangan putus harap dari Allah. Aku sebenarnya berharap je dengan Allah untuk dapat internship nie tapi aku tak doa utk dapat intern tu, aku doa "moga Allah beri yang terbaik" sbb aku tahu Allah lebih tahu dari aku mana yang terbaik utk aku sama ada dapat atau tak.

pengajaran lain yang aku dapat dari Allah hadiah birthday aku adalah mengenai akhlak. hak manusia. hubungan dengan manusia sangat mereflek hubungan kite dengan Allah. lagi2 aku baru bace tafsir surah al-maun, yang menceritakan ape yang penting dalam sesuatu ibadah itu adalah rohnya. bukan gerak-gerinya.

roh ibadah tu yang mengukuhkan hubungan kite dengan Allah dan yang menjadi neraca utk kite melakukan amal2 soleh selepasnya.

ade lah seorang housemate yang menjadi qudwah, dan rasa terkesan sangat nak jadi seperti dia. duduk RI sangat2 banyak mengajar tentang hubungan dengan manusia dan menjadi lebih sensitive kepada orang lain.

lagi 2 papers to go. One paper tomorrow and another one by 27th of mei.

Isnin, 13 Mei 2013

yang mana satu idaman hati?


sekarang semua org pun tgh study week utk exam for university students.
ade bnyk perkara yg bermain dalam fikiran aku.

yg paling aku fikirkan adalah after exam nie ape perancangan aku? stay di university like sem lepas atau pun berkhidmat kat rumah selama 4 bulan (tapi of course aku akan jenguk campus bile tenaga diperlukan utk prog ape2).

bile kakak usrah tanya pasal benda nie dan aku ckp aku tak sure akan duduk sini or not time cuti sem nie, muke dia dah pelik. dan aku fhm je dia pelik. sbb aku org selangor yang sepatutnya berkhidmat di sini, sbb rumah aku dekat compare to others. dan tenaga pun tak cukup, intake makin banyak.
aku tgh in state of keliru and tgh menunggu jwpn dari Allah.

kalau tgk equation nya mmg patut lah aku pilih utk stay di university sbb kat sini lah aku boleh berkhidmat utk islam.

tapi aku tgh nak fix ada bnyk benda dalam diri aku, tarbiyah dzatiyah org kata. aku nak try duduk rumah, tempat yg selesa tgk ape yg aku boleh achieve. sbb aku perasan asal balik rumah je aku mule lemau dan malas. aku takut sepanjang aku dalam tarbiyyah aku belum betul2 ikhlas dan hanya semangat bile ade org2 tarbiyah bersama dgn aku. aku tak nak jadi org munafiq.

and aku perasan sgt banyak lagi haq family aku yang aku belum tunaikan. dorg family aku, aku tahu je dorg accept semua kelemahan aku, tapi itu tak menjadi alasan utk aku tidak menjadi qudwah utk mereka.
tapi satu benda for sure, ape pun jwpn Allah aku kena bersedia. aku kena ade rancangan, lagi2 kalau duduk rumah. mmg betul2 kena rasa keberadaan Allah. sbb aku rasa usrah yg sebenar adalah bile kita berada di luar lingkungan usrah, mase tu lah time utk kite amalkan ilmu yg kite dapat.

btw, aku nak cerita satu story gak. dalam last 2 weeks, aku ade kat rumah, and then housemate tanye "bile nak balik (university)? mlm esok k.ct nak dtg nak bincang pasal adik2"

aku reply "tak sure ingat tak nak balik this week"

housemate reply "oh yeke.."

after reply tu, aku keep thinking; ape yg aku dapat stay kat rumah? better aku balik. concern nya masa tu adalah malas nak drive and bazir je duit minyak. pastu fikir2, aku kena gak hantar proposal final year project, baik balik U,duduk kat rumah tak terbuat nnt. so aku pun solat istikharah on the day tgh berkire2 nak balik U or not.  dan aku amek keputusan utk balik without bgtau kat mak aku (sbb dia keje). bile aku dah sampai U mak tanya kenapa balik (dgn nada sedih), aku jawab; ade keje sket. tapi bile aku fikir2 balik kalau lah aku tak yah hantar proposal tu aku akan balik U ke tak? sbb melalui niat aku dah kurang keihlasan dah.

salah satu perkara yang membuatkan aku tekad nak balik selain proposal tu adalah, aku terfikir waktu foundation dulu betapa aku eager nak buat everything dan nak pergi everywhere utk islam tapi cume aku tak de kenderaan yg menyekat aktiviti aku, dan waktu tu aku sgt sedih. dan waktu nie bile aku dah ade kereta aku malas pulak, fikir duit minyak lah ape lah, padahal Allah boleh je provide.

mmg bnyk lah reflect diri. Allah dah bnyk sgt bagi aku, tapi ape yg aku buat in return the favour?

Ahad, 5 Mei 2013

GF

ok- sekarang nie kalau tgk blog majoritinya akan tulis pasal PRU13
tapi aku tak boleh nak mengundi lagi insya Allah 5 tahun lagi. So, aku cam tak tau nak tulis pasal ape, neway kalau aku tulis nnt jadi panjang.

ok lets make it this quick

aku habiskan 2 hari kat rumah bace buku nie

sangat2 best. walaupun before ni dah pernah tgk video pasal freemason tu sumer tapi buku nie mmg bagi penjelasan yg lebih dalam tanpa menjadi terlalu obses. org yg tulis buku nie adalah org america yang akhirnya berpindah ke indonesia dan tukar kewarganegaraan sbb dia dah tahu terlalu bnyk perkara yang america buat. Bila baca buku nie mmg sangat terasa yang hanya pada Allah lah kite boleh berlindung dari tipu daya mereka nie semua dan kalau kita tak tolong islam dengan buat kerja khalifah (iaitu buat don't know) kite tgh bantu org2 kafir buat kerja.

and time balik ke rumah aku dgr recording GF (ghazwul fikr= serangan pemikiran).

ustaz: kalau lah sbb kite belajar nie akan menyebabkan kerja dakwah kite merudum kite kena pilih utk stop belajar. Sbb bukan tadi antum dah cakap dakwah lagi penting dari belajar?

student: mane boleh ustaz, belajar nie kat amanah.

ustaz: jadi dakwah bukan amanah?

student tu terkelu. aku pun sama.

kite fikir2kan lah. hehehe..

anyway, insya Allah aku akan teruskan pembacaan buku ke-2 iaitu

Reason kenapa aku pilih buku nie dari rak adik aku adalah buku nie ceritakan sirah start dari nabi ibrahim dgn raja namrud. Moga2 bermanfaat.