Sabtu, 24 Mac 2012

saudara kita

dalam beberapa program umum yg aku hadiri,
beberapa perkara telah menyentuh hatiku..

1) hati saya tertinggal di sana (palestine).
Dr. hafidzi Mohd Noor baru je pulang dari palestine. membantu misi kemanusiaan di sana.

2) bila kali terakhir kamu rasa kelaparan? ramai lagi saudara kita di luar sana kebuluran..
Ir. Zairulsyahfudin Zainal Abidin pengerusi Islamic relief yg bnyk terlibat dalam misi kemanusiaan..

Selasa, 13 Mac 2012

adik is my hero juga

Assalamualaikum wbt. haw are u guys?
me? alhamdulillah, walaupun ade blur sket belajar dalam kelas.
Oh, bukan khabar jasad? oh, khabar iman?
ehem.. skip that please.. hehehe..
seperti yg dijanjikan dalam post sebelum nie nak post lagi satu citer time aku balik rumah sabtu ahad lepas.

kali nie kisah adik aku pulak. Huhu..
Syafinaz pinjam cerita eh, mimi dah mintak izin kan?
Adik aku cakap "sekolah adik takde tarbiyah"
mase dengar tu aku dah terkejut dah. wow, advance nye adik aku nie.
so, after borak2 tanye macam2 dengan dia aku pun setuju sekolah agama sangat peilk kalau tak de usrah. Lagi2 bile dorg pergi universiti nnt, bg mereka usrah sekadar ilmu yg boleh dipelajari kat sekolah.

you are very wrong. silibus dalam usrah hanya boleh dapat dalam usrah.
Jadinya aku cakap kat adik aku, "jom mimi tunjuk contoh usrah"
after solat isyak, kitorg pun duduk dan mula sharing.
Adik aku la yg start cerita, kisah kwn2 dalam dorm dia tak rasa best nak bce al-mulk dan rasa beban.
mmg lah rasa beban bile dorg tak fhm kenapa kena bce al-mulk kan?
So, aku ckp dkt syafinaz "cuba bg kat dorg fadhilat membaca al-mulk, mesti dorg berlumba2 nak bce"
Dulu mase kat samura pun aku rasa berat dan malas nak bce, tapi after tahu fadhilat dia, bce rasa best dan tak malas2 dah.
pastu kitorag taddabur surah at-taubah ayat 40.
mmg paling suke ayat "jangan bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita"
Adik aku kongsi lagi kisah dia. Dia telah dipaksa masuk bahas bahasa arab. (kan?)
pastu, kwn2 dia pass kat dia kerja paling susah. so dia sedih. lalu mulalah saat tak reda dan bermasam muka. Tapi kwn2 dia tak endahkan dia pun. tak sorg kwn pun tanya kenapa.
jadinya, dia dok sorg2 kat bawah sorg2, gelap2.
"tempat tu seram, org lain takkan pilih tempat tu utk duduk. tapi adik suka duduk situ. rasa tenang tengok pokok2"
pastu adik buka al-quran, tengok ayat2 pilihan yg dah lekat sticker lutsinar tu.

tepat2 tu terbuka surah al-baqarah ayat 286

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."

lepas tu hati adik terus tenang kan?
aku menangis jugak lah dengar cerita nie. sbb Allah sangatlah sweet.
cuba just imagine, kalo ade kwn dia yg tegur dan prihatin, mesti adik takkan turun bwh sorang2 dan merintih pada Allah kan?
Allah just want to be alone with u.
ade satu lagi story, tapi nnt la post insya Allah..
ape pun, moga adik berjaya membawa tarbiyah di sana. walaupun, mungkin adik dah takde kat sana bila usrah dah establish, tapi Allah sangat teliti dengan apa yg kita kerjakan.
wallahualam..

Isnin, 12 Mac 2012

abah is my hero


Assalamualaikum wbt..

sabtu ahad minggu nie aku balik ke rumah. Sekejap je, tapi aku mohon bnyk2 pada Allah agar berbaloi. Mama dan abah bising juga sbb balik sekejap sgt, yelah kata mereka "baik tak payah balik" hehe..
Tapi bnyk sgt perkara yg aku dpt walaupun balik sekejap cuma.

Mase abah nak hntr aku balik tu lah yg terjadinya bnyk perkara. Perkara yg membuatkan aku terfikir "macam nie rupanya setiap hari yang abah aku lalui.

Abah aku seorang pemandu teksi. Malu dengan pekejaan itu? Pada mulanya aku malu. Jujur, aku tak dapat terima abah  akhirnya jadi pemandu teksi setelah lama menjadi penganggur. Aku pujuk hati aku kerja tu kan halal (insya Allah).. tulah, hati nie kita tak tahu berbolak-balik dia.

Tapi sejak abah jadi pemandu teksi rezeki keluarga aku makin murah, alhamdulillah.. walaupun tak semewah mane tapi kebanyakkan bil dan barangan dapur dia mampu untuk membayarnya.
kalo nak karang kisah seorg pemandu teksi mmg boleh dibuat buku jilid bersiri. Sangat banyak pengalaman asam garam yg dilaluinya.

Mase dalam perjalanan balik ke universiti ade org menahan teksi. Abah pun berhenti.
"CiMB rawang" kata penumpang wanita tua itu.

Abah pun bersetuju dan menekan meter teksi, lagi pula kami menuju ke tempat yg sama ke rawang.
Sampai sahaja ke destinasi wanita itu, aku melihat meter RM6.70. Wanita itu pula terus menghulurkan wang dan keluar dari teksi. Namun wang yang berada di tangan abah hanya RM3. Aku menjadi pelik, penumpang itu pun tak tanya harga yg sepatutnya dibayar. Muka abah berubah. Marah+cuba untuk sabar.
"suka hati dia je nak bayar berapa yang dia nak"

Rupanya, wanita tua itu mmg hanya mahu membayar RM3 sahaja.
Kemudian abah mengatakan "takpe lah" dan menyimpan duit itu.

Pada waktu itu terdetik di hati ku, berapa banyak kali abah dah ditipu lalu cuba untuk reda?
Mama selalu kata " abah tu dah bnyk kali kena tipu, tulah baik sgt"

Kemudian, kami pergi ke masjid india. Jalan di masjid india itu sempit. Ada pula seorang pemuda membawa kancil putih dari simpang lalu berlaga dengan teksi abah. Mmg kena, lalu abah hon pemuda itu. bnyk kali. kereta kancil itu berhenti. Abah keluar, marah2 pemuda itu kerana melanggar teksinya. Aku duduk dalam kereta sekadar menyaksikan dan berdoa agar tiada apa2 yg buruk akan berlaku. Pemuda itu tidak mahu mengalah dia menunjukkan muka marah lalu berkata " tak dengar ape2 pun!" Masing2 tak mahu mengalah. Namun abah akhirnya masuk ke teksi kembali. 

mase itu yg terdetik dalam hati aku adalah, "melayu menjadi hina tanpa islam" Kalaulah kedua2nya faham islam, takkan ada pertengkaran yang aku baru lihat itu terjadi. pasti masing2 akan cuba menyelesaikan dengan berhemah. Bagi aku medan ujian abah adalah jalan raya. Dan Allah akan uji dan uji abah sehingga abah sabar. kesabaran abah sanggat tipis di jalan raya. Aku baru sahaja bersama abah beberapa minit tapi banyak sangat perkara yang menguji kesabaran berlaku.

Sebagai pelajar, alhamdulillah aku tak diuji sebegitu hebat. Ya, bagi aku abah hebat. kerana itu Allah mengujinya begitu. Moga semua ujian yang abah lalui akan memudahkan jalan abah ke syurga. Abah tak pernah abaikan keluarga, abah jadi pemimpin keluarga yang baik dan abah sabar menjadi abah kami.

Moga Allah meredhai abah. =')

p/s: ade satu lagi kisah tapi insya Allah akan di post nnt..