Isnin, 27 Februari 2012

program ipk


alhamdulillah, segala puji bg Allah yg telah mempermudahkan segala kerja2 kami semalam. walaupun ada beberapa kekurangan dan serba serbi ketidak puas hati, segalanya telah pun berlalu. dan program semalam telah berjaya, moga segala usaha tidak sia2. moga Allah redha pada kami, dan kami pun reda padanya..=')
kalau nak review balik semua yg berlaku semalam terlalu banyak perkara yg telah aku pelajari. Ya, sejak ditarbiyah, aku mulai perasan yg aku nampak sesuatu perkara dalam pelbagai sudut. Tapi aku yakin bukan hanya aku,akhwat yg selalu disamping aku juga begitu.

dlm blog nie aku nak sentuh beberapa sudut yg telah membuat hatiku tersentuh.

1) mase petang adik2 baru sampai, seorang akhwat mengajak taddabur surah at-taubah ayat 38-45. Ayat tu temanya jihad dan perang. Akhawat tu mengingatkan perang bukan sahaja mengangkat senjata dan bom2 bagai. Tapi y lebih penting adalah sanggup utk keluar dari zon selesa. Dan aku perasan bila kita nak mencari redha Allah pasti akan diuji. Selain tidak selesa, diuji dengan lapar (ade adek2 yg tak mkn sejak tengah hari. dan mknn hanya sampai after maghrib). Diuji mengantuk kerana berjaga lebih daripada waktu tidur. dan macam2 lagi. Tapi itu lah perang kan? lagi2 kalo kita berperang di jalan Allah, pasti sahaja Allah nak tengok sejauh mne keimanan yg kita ckp dimulut itu betul2 hadir di hati.

dan satu perkara lain yg aku kagum adalah, setiap manusia walaupun berada di tempat yg sama pada waktu yg sama kita semua diuji dengan ujian yg berbeza. Boleh jadi kita menjadi ujian pada orang lain, boleh jadi orang lain menjadi ujian pada kita. macam tanah. Tanah disesuatu kawasan mempunyai komposisi yang sama, tapi macam mana boleh menumbuhkan pokok dan tumbuhan yang berbeza?

masyaAllah...

2) semasa program sedang dijalankan, ade beberapa kekecohan yg telah berlaku di luar. Rupanya ada kebakaran hutan di seberang jalan hadapan surau. Tapi takde lah besar cuma asapnya berkepul2. Dan beberapa akhwat telah menelefon bomba. Entahlah, semasa terlihat asap tu, aku tahu ada kebakaran yg berlaku di seberang jalan sana. Tapi tiada apa yg boleh aku lakukan selain menelefon bomba. Bomba yg datang pun pada mulanya tak nampak kebakaran itu dan terus masuk ke jalan lain. Kami menelefon lagi. Tidak lama kemudian bomba datang lagi dan sekadar berlegar, kemudian pergi. Mungkin sedang mencari jalan penyelesaian. Namun, ketika waktu hampir maghrib kami melihat hutan itu masih berasap. maksudnya bomba tidak melakukan apa2 pun utk memadamkan kebakaran tersebut. Waktu maghrib itu hujan turun dengan lebatnya. Akhirnya Allah jua yang memadamkan api itu.

Apa yg aku nmpk dengan kejadian ini adalah, api itu macam umat islam yg sedang ditindas. Umat islam ditindas di mana2. Palestin, syria, thailand, filipina, dll. Dekat sangat. Tapi takde apa yg aku boleh buat. Ramai sangat yg saksikan. Tapi tak ada apa yg boleh kami buat. Kemudian beritahu kerajaan, beritahu badan2 ini, badan2 itu. mereka juga lihat, mereka saksikan. Namun, akhirnya takde ape pun tindakan, lalu pergi, mcm bomba tu pergi. Api mula merebak, senyap2, asap berkepul tu bukti. Namun semua org mula diam, sbb tgk takde sape ambil peduli. Lalu semua pun ambil keputusan utk berdiam diri.

Ya itu yang aku nmpk. Realiti.

Khamis, 23 Februari 2012

bila Allah mentarbiyah aku 2


I had a lilttle struggling within myself. And I know Allah is always here with me and with all of you guys.

story pertama. Time ni mase cuti sem kat rumah. Membuang masa seakan2 lumrah student yg pulang ke rumah, baik mereka usrah atau tidak. Beberapa hari sebelum cuti tamat, ada satu masa aku terlihat jam di laptop (ok, semua org akan lihat jam di laptop kan) tapi pandangan aku kali ni berbeza. kemudian aku rewind balik, apa yg aku dah buat sepanjang cuti kat rumah? kemudian aku pandang ke kiri yakni memandang jam dinding. Wah, ada satu lagi jam. macam tak sedar2 pulak dua jam dok depan mata tapi pembaziran masa yg terlampau telah berlaku. lepas tu pandang ke belakang ada satu lagi jam dinding jarumnya bergerak membelah saat. (Rumah aku ada dua jam dinding terletak berdekatan). Masa tu serta merta aku terfikir, "eh, 3 jam nie semua akan jadi saksi aku buang masa kat depan Allah nnt" Mase tu jantung aku berdegup dengan laju. Oh No. Dah bnyk sgt clue Allah bagi (iaitu 3 jam di depan aku) tapi aku buat derk jer. Mase tu aku trus stop dengan what so ever jahiliyah yg aku tgh buat (iaitu menonton movie).

story kedua. Aku actually sejak mula masuk usrah aku sgt2 bermujahadah nak membuang segala jahiliyah. Tapi sampai sekarang sangatlah susah. Then aku tahu penyelesaiannya. Lebihkan masa bersama Allah dan melakukan kerjanya dengan seikhlas2nya. Kita selalu kata nak balance dunia akhirat kan? Tapi cuba kita bahagikan masa yg kita ada selama 24 jam dengan masa kita guna untuk badan, akal dan hati kita. ternyatalah masa yg aku spend utk Allah sangat lah sedikit. pasti ada org akan pertikaikan "habis niat ibadah dan ikhlas tu macam mne? bukan solat je kan ibadah. bukan kah perkara lain itu utk Allah juga?"  Tapi aku juga akan membidasnya " pastikah anda setiap saat ketika beribadah itu hatimu berada di samping Allah?"  memperbaharui niat kerana Allah adalah sgt perlu. Omar bin Abdul Aziz perbetulkan niatnya setiap langkah dia berjalan ke arah sesuatu perkara.
Satu hari ni, aku dah tak boleh tahan dah, aku nak jugak tahu ape kesudahan cerita Vampire Diaries. Lagipula tak de org pun yg nampak, dan mase tu pulak free time. Aku pun bukak bookmark di google crhome.

The page you search is not available because the problem of copy right issue.

MasyaAllah... Allah menjaga aku sgt2 sampai bile nak start kembali menjenguk perkara yg sia2 pun tak boleh. Boleh pula aku nak menyia-yiakan segala nikmat yg Allah bg ni T.T

Third story, aku tak nak cerita dengan details. just nak bagi satu quote.
"kalo masa dahulu ketika engkau berseorangan Allah hadiahkan engkau tarbiyah, lantas kenapa sekarang kau mengeluh kerana sunyi? boleh jadi Allah mahu menghadiahkan sesuatu lagi"

Air mata mengalir deras T.T


Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Al-muddathir 1-7)


utk bca keseluruhan surah



is islam the fast growing religion?


mlm td aku dan kwn2 aku hadiri islamic video lecture given by Mufti Menk (boleh tgk kat youtube) sgt best dan tak rugi pun kalo tgk.
tajuk dia "Islam is the fastest growing religion"
point2 yg aku fhm dalam video tu adalah,

1) org tertarik degn islam sbb rules dia yg sgt bnyk
pelik kan? ramai non-muslim pun pelik dengan org yg revert to islam nie, sbb dorg tak fhm. syeikh ni bg ideologi org yg pergi ke sekolah penuh degan rules and regulation. akhirnya akan melahirkan org yg berdisplin dan bnyk pengalaman kan? mcm tu jugak islam, syariat islam sebenarnya secara tidak langsung melahirkan bukan je individu tapi masyarakat dan negara yg hebat kalo betul2 amalkan islam.

2) akhlak yg baik dlm diri muslim
syeikh tu amat tekankan aspek akhlak. bukan hanya luaran tapi dalaman jugak. salah satu qoutation yg aku suke adalah, "if a human act half of the way he act outside the house, he would've solve all the problems with his family" (telah di edit mengikut kefahaman aku) kenapa..? sbb selalunya kita akan act differently with friends and differently with our family. Our friends can call us cool and happy go lucky, but at home muka masam je memanjang. Kalo jumpa org kat luar senyum sampai ke telinga, tapi kat rumah senyum yg tak nampak gigi tu pun tak hingin. padahal senyum pada keluarga tu adalah sedekah atas sedekah. maksudnya lebih digalakkan.
Syeikh tu jugak sentuh pasal dalaman iaitu, jgn jugde org

"when u think that u r religious than the person just because of their cloth and scarf is not covered like yours, then u r worst than them to have a heart like that"

"The person u look down to might have 2 imperfections that can be seen and you have 70 imperfection inside that can't be seen"

"people might see religious outside, but his heart as black as charcoal. A person not so religious outside might have the heart of a snow in the eye of Allah"

also dia quote hadith rasulullah pasal " the best of u is the one who has good akhlak"
dia tanya kenapa Rasulullah tak ckp "the best of u is the one who solat the most or who reads the most Quran?"
sbb Solat dan bace Quran tu mmg kewajipan bg kita. And berakhlak baik tu bonus. Ingat senang ke nak pupuk akhlak mulia dalam diri kalo suke tengking2, marah2, masam2 muka. That's y, bile solat, puasa dan segala rukun islam tu settle plus pulak akhlak, menurut Rasulullah org itu mmg the best muslim among the best!

3) learn islam!
memang tak dpt dinafikan, non-muslim yg revert tak tertarik pun dgn org islam tapi dengan ajaran islam. Bila manusia mula berfikir dan balik kepada fitrah, mereka akan nampak kebenaran islam. manusia fitrahnya sukakan kebaikan. dan syeikh tu ckp learn islam sampai bile2. sbb bila kita ada ilmu barulah kebenaran senang nak nampak.
ok, balik kepada nature tu tadi. kebanyakkan manusia mula berfikir pasal tujuan hidup bile umur makin meningkat. cuba tanya kawan2 apa tujuan hidup dorg? ada manusia tak pernah fikir pun, sbb mereka ikut flow. kebanyakkan manusia yg berfikir nie, mula nampak yg hidup materialism nie sgt tak seronok sbb semua benda nak judge. Money,smell of perfume,food,waist size dll. Bila dorg jumpa islam dorg rasa sgt bebas sbb islam is not all about material thing, it is about your heart. Lagi2 bile dorg dah pakai pakaian menutup aurat, yg labuh, dorg rasa safe dan  tak kisah dah dengan saiz tubuh badan. becoz people can't see it.

4) tegakkan islam dalam diri mu
last sekali, syeikh tu kata make islam the fastest grow in yourself within your heart then up to your hand.
so that u can act upon it.

tegakkan islam dalam diri mu, maka islam akan tertegak di sekelilingmu.
-hassan al-basri-

Isnin, 20 Februari 2012

semata2 kerana Allah

sudahkah kita pastikan segala perkara yg kita sukai dan kita benci bergantung kepada kehendak Allah? 

sifat itulah rahmat iman yang sebenar






Selasa, 14 Februari 2012

never afraid to be alone

jangan takut untuk hidup bersendirian
bila bersendirian kita akan lebih bnyk memikirkan tentang pencipta
dan kehebatan ciptaanNya

jangan sedih bila ditinggalkan
sedangkan Allah gembira bersendirian bersamamu

jikalau bersama teman itu lebih lalai
jikalau ketawaku membawa mudharat
jikalau persahabatan itu tiada membawa manfaat
aku rela jika Tuhan mengambilnya dariku

asalkan Dia redha kepadaku..=')

Sabtu, 4 Februari 2012

bile cinta itu sudah pudar


aku ada sorang kawan nie, masa aku kat samura dulu aku sangatlah mengagumi dia. sgt aktif dalam koko, pandai dalam akademik pegang jwtn yg tinggi. aku sgt suke tgk dia membawa diri. tapi sejak kebelakangan ni, status2 yang dia tulis dalam fb sgt2 menyedihkan.

dia seolah-olah sudah hilang tali pegangannya. entah. Aku pun tak tahu apa yg terjadi. dan lebih penting lagi siapa aku untuk menghakimi org yg aku tak berape nak kenal and I'm not even in his shoes.

hey friend if you are reading my blog which i think very low chances for that to happen : DON'T GIVE UP.

ok, tak kisahlah siapa pun kau dulu, betapa hebatnya kau dulu, betapa org kagum dengan kau dulu..

Itu semua DULU. what matters is NOW!

bile kau ckp kau dah takde semangat macam dulu, or kau yang dulu dah hilang

aku rasa semua org pernah rasa benda tu.

who knows Allah will give something better in return of what u had lost.

actually Aku pun pernah rasa.

bukan setakat semangat. kadang-kadang kemanisan iman pun boleh hilang. I mean, lantaklah semangat tu. this is IMAN i'm talking about.

mungkin itu ujian Allah pada aku nak tengok sejauh mana aku still akan berpegang teguh padanya walaupun rasa best tu dah takde. Adakah aku akan still bertahan, or give up and cari benda lain yang boleh kembalikan rasa best tu?

ada satu phrase yg aku suke "Islam bukan untuk org yg manja"

Hang in there man, because Allah values your hard work. It doesn't matter how much time you fail to fight your nafs, you keep doing sins and you neglect Allah as long you try your best to be in the straight path of Islam and you never give up, Allah will forgive you.

tidakkah itu cukup...?

 "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
Ali imran:195

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok yang banyak Aku mengingatnya dalam orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

bacaan lebih lanjut di sini

apa pun yg paling penting adalah berdoa pada Allah agar tidak memesongkan hati kita setelah diberi petunjuk. dan Carilah Allah kembali di hatimu jika hanya dunia yang mengisinya sebelum ini.

**nasihat seorang akhwat : apa sebenarnya tujuan kita beribadah kepada Allah? adakah semata-mata nak dapat kemanisan iman ataupun itu sebenarnya memang tanggungjawab kita sebagai hamba.

kemanisan iman itu boleh dijadikan side reason tapi bukan sebagai reason utama, sbb kalau hilang kemanisan iman  adakah itu bermakna kita akan tinggalkan ibadah yang kita lakukan?

p/s:bacaan lagi