waktu2 exam macam nie selalunya kita akan berdoa pada Allah macam2, lebih2 lagi utk permudahkan jawab soalan periksa.
Kita:manusia ada macam2 permintaan, kita ada bermacam2 keinginan. setiap hari kita tak terlepas daripada memerlukan sesuatu. Apa doa kita pada Allah setiap hari? kenapa kita berdoa kepada Allah?
sbb kita lemah.
kita tak mampu nak buat tanpa pertolongan Allah. setiap hari kita doakan parents kita sbb apa?
sbb kita nak sgt dorg masuk syurga dgn kita tapi kita tak tahu adakah kita akan bertemu mereka di akhirat nnt.
kita semua nakkan kebaikan. kita semua nakkan nikmat Allah. Macam dalam surah al-fatihah Kita minta Allah tunjuk jalan yg lurus sama macam org2 yg Allah dah beri nikmat.
siapa org2 yg diberi nikmat nie? kalau rujuk surah an-nisa' ayat 69
"dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul maka mereka itu akan bersama2 dgn org yg diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) para nabi, para pecinta kebenaran (Sidikin), org2 yg mati syahid dan org2 yg soleh"
Allah dah mentioned kat dalam ayat nie, above all nikmat yg kita minta tu nikmat yg paling tinggi adalah derajat2 yg Allah bagi pada golongan2 tu. Tapi kita obviously bukan Nabi, nak jadi org yg Sodik (org yg hati,percakapan dan perbuatannya selari) sgt susah, kita tak tahu adakah kita akan mati syahid, kita tak tahu juga adakah kita org2 yg soleh. Sbb Allah tahu susah bagi kita, so Allah bagi satu guideline. nak jadi org yg mendapat nikmat lebih besar dari semua nikmat2 yg kita doa selalu tu adalah dgn taat pada Allah dan Rasul.
Golongan2 yg Allah bagi nikmat nie for sure akan masuk syurga, dan kalau kita bersama2 dgn mereka bukankah syurga pun guarentee bagi kita. Aku membayangkan bukan hanya bersama di syurga tapi actually bersama jugak di dunia dalam melaksanakan ketaatan kpd Allah. Apa sahaja kebaikan yg kita buat dan usaha yg ikut sunnah percayalah golongan2 di atas juga pernah melakukannya. Apatah lagi kalau sedang melakukan dakwah, sunnah nabi yg terbesar, bukankah ia satu kebangaan bagi kita melalui jalan yg dilalui oleh para Rasul.
kalau rujuk surah Maryam ayat 58
"...mereka itulah org yg telah diberi nikmat oleh Allah iaitu...org yg telah Kami beri petunjuk dan telah kami pilih. Apabila dibacakan ayat2 Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka maka mereka tunduk sujud dan menangis" (boleh baca ayat yg lengkap sendiri)
dan rasailah kita nie antara org yg terpilih. Bile Allah dah bagi rasa nikmat kesyumulan islam, nikmat merasai mahukan khalifah kembali di dunia, nikmat tunduk dan patuh hanya pada Allah, kita tak boleh selfish. kita kena sebarkan pada org lain.
Kita kena sentiasa buat suruhan Allah dengan rasa syukur. Barulah ia tidak menjadi beban. Menyampaikan islam adalah beban yg berat, tapi Allah sebenanya dah banyak bagi kemudahan dekat kita utk melaksanakan tugas tu.
Allah bagi kita bumi yg selesa dan mudah utk berjalan di atasnya. Allah jadikan gravity agar kita tak sukar bergerak. Allah jadikan sumber2 rezeki yg kita makan setiap hari tak pernah habis. Allah jadikan perhiasan2 yg cantik seperti bintang, laut, gunung dan matahari terbenam agar kita tak stress. Allah dah sediakan satu tempat yg dah lengkap dengan semua benda, yg kita perlu buat adalah tarbiyyah diri dan dakwah org lain.
Allah tak jadikan semua benda dekat dunia nie utk kita bersuka ria, utk kita makan sepuas2nya, utk kita tido, utk kita study, jadi doktor, jadi engineer, jadi cikgu. Allah suruh kita jadi abid (org yg beribadah) dan khalifah. Ia adalah 'dan' bukan 'atau'. maksudnya kita kena buat dua2 tak boleh tinggal salah satu. kalau kita buat apa yg kita nak dan tinggalkan apa yg kita tak suke maksudnya kita memilah-milahkan Al-quran (tak ambil keseluruhan).
sekarang dah masuk tahun 2014. Masih ramai lagi yg tak tahu kesyumulan islam, ramai org yg nakkan kebaikan tapi tak tahu nak cari di mana, ramai org yg nak berubah tapi keadaan sekeliling tak mengizinkannya. Sangat menyedihkan..kalau baca news mmg rasa sgt segala kesempitan, jenayah yg meningkat dan bencana alam yg terjadi tidak lain tidak bukan merupakan cebisan2 azab2 Allah kepada kita. dan ketahuilah bile kita tak buat apa2 azab lebih besar akan tiba.
*re-reading muntalaq chapter 3&4