Sabtu, 27 Julai 2013

kite terlupa sebab utama buat sesuatu

Ya, kite selalu terlupa utk memperbetulkan niat kite sbb kite berbuat sesuatu. Sbb tu lah kadang2 jadi sampai matlamat kite pun salah.

Adik aku share lah pasal couple. Sbb aku yang tanya at the first place. saja nak tanya pendapat. so dia pun ceritalah pasal result dia dan rakan2 dia yang cemerlang compare kawan2 dia yang couple dan ada contact lelaki. dan bagi satu lagi dalil pasal perempuan yang baik utk lelaki yang baik. Bile aku fikir2 patutlah selalunya orang2 yang berpegang pada alasan macam nie dia tak dapat nak stay single atau pure in a long time. Sbb ape sbb niat dia dah salah. Pertama niatnya adalah utk dapat result cemerlang sbb kite tahu maksiat dan ilmu tu tak kan dapat bersatu sbb ilmu tu cahaya dan maksiat tu mengelapkan so hati takkan dapat nak terima kedua2nya sekali in one heart. Tapi ade je certain orang yang even sekolah agama pun tapi couple dan dapat result cemerlang. So orang yang tgk situasi nie akan keliru. Kite boleh je nak kata mungkin Allah uji dia or mungkin jugak istidraj, tapi still...

Atau kalau kite bagi dalil perempuan baik utk lelaki baik, so seseorang akan stay jauh2 dari maksiat sbb ni. mcm mana pulak org yang mmg kurang baik, so dia akan reda je lah yang dia akan dapat org yg jahat? seolah2 membuatkan dia putus asa dan rasa " aku mmg dah jahat mane layak utk org yg baik2"

sbb tu aku rasa kalau nak buatkan seseorg tu jauhi couple atau ape2 yang mendekatkan diri dari zina nie first skali adalah betulkan dalam hati dulu. Kita kena betulkan pemikiran dia dulu iaitu buat sesuatu sbb Allah. sbb Allah kekal. kalau kita buat sebab2 di atas, semua tu tak kekal dan berubah-ubah.

First skali aku rasa kite review dulu ape maksud islam. Islam nie masudnya tunduk dan patuh kepada Allah setiap saat, setiap ketika. Bile kite mengaku diri kita islam, seorang muslim, seorang yang mengucap dua kalimah syahadah, kite kena rela utk tunduk dan patuh kepada Allah dan syariat Allah. Tidak layak sesorang yang mengambil syariat Allah separuh2 dan mengaku diri islam. Mungkin separuh islam, separuh kafir. Dalilnya,

" Barang siapa yang berhukum dengan apa yang tidak diturunkan Allah maka mereka itulah orang yang kafir" (5:44)

" Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan hendak membezakan antara Allah dan para Rasulnya, dan mereka berkata : kami beriman kepada setengah dan kafir kepada yang lain dan mereka hendak mengambil jalan tengah antara itu. Mereka itulah orang yang benar-benar kafir..." (4: 150-151)

" Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tiada balasan untuk yang demikian itu melainkan akan ditimpa azab kehinaan di dunia sedangkan di akhirat akan dimasukkan ke dalam azab yang pedih. Dan tidaklah Allah lengah dari apa yang kamu kerjakan" (2:85)

samalah macam orang yang menghalalkan couple tapi still solat, puasa, umrah, haji, pergi usrah. Eh..?

Sebab tu lah Allah mengatakan dalam surah al-baqarah ayat 208

" wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan"

Maksud firman Allah yang terang lagi bersuluh nie mengatakan kepada kita yang kalau kita tak hidup cara islam dengan keseluruhan, tidak tunduk dan patuh kepada Allah secara keseluruhan sbb kite pilih apa yang kite nak dan senang  dan buang yang kite rasa susah, MAKA jalan syaitan lah sedang dituruti.  Takde jalan yang ketiga. Antara kita pilih islam keseluruhan atau jahiliyah keseluruhan.

ok, mungkin semua ni agak harsh, tapi ini lah kebenaran. Dalam bulan ramadhan yang mulia nie kite betulkan lah niat kite buat sesuatu kerana Allah, sbb nak tunduk dan patuh kepada Allah. Ramai orang dekat luar sana sgt suka kan kebaikan tapi dorang tak tau nak cari dekat mana dan selalu salah matlamat.

Tegak kan lah islam dalam diri kita dulu sebelum kita mahu melihat islam ditegakkan di tempat lain.

Isnin, 22 Julai 2013

when u feel lazy or tired trying to finish your al-quran, try to listen to al-quran audio and check the reading.

Ahad, 21 Julai 2013

macam mana nak masuk syurga...

kalau tido pun 9 jam sehari?

”Sesungguhnya, orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami adalah mereka yang apabila diperingatkan (ayat-ayat itu) mereka menyungkur sujud seraya bertasbih dan memuji Rabb-nya dan mereka tidak menyombongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya. Mereka selalu berdoa kepada Rabb-nya dengan penuh rasa takut dan penuh harap serta menginfakkan rezeki yang Kami berikan kepada mereka, ” (QS as-Sajdah 15–16)

Jumaat, 19 Julai 2013

target ramadhan

semua orang pun mesti ada target ramadhan yang di tampal di dinding atau di sorokkan dalam diari tentang apa yang nak di capai dalam masa sebulan nie.

apesal pula takde, bile bulan ramadhan ni lah bulan yang sepatutnya kite senang nak capai taqwa sbb best friend syaitan takde..

macam tahun sebelum nie, aku tahu je dan aware je yang bile kite minta sesuatu kpd Allah pasti Allah akan uji dulu utk tg kite pass tak utk dapat ape yang kite minta. dan salah satu target ramadhan aku adalah utk memaafkan semua org sebelum tido.

dan dalam bulan ramadhan nie lah aku perasan yang aku main sensitif even dalam perkara kecil. sikit2 nak terasa. sikit2 rasa nak marah and buat muke begang. tapi aku doa banyak2 moga Allah permudahkan. dan satu tips yg aku rasakan berkesan. even kite begang or marahkan kawan kite doakan kebaikan dia even hati tak ikhlas pun (sbb time tgh begang). pupuk sikit2 rasa ikhlas tu . dan aku baca buku "how to win and influence people" penulis tu kata, kite kena stop mind yang suke judge orang lain. try utk letak diri kite dalam position dia, dan fikir kenapa dia bertindak macam tu. Senang cakap try utk huznuzon (bersangka baik)

I don't know why tapi org2 barat nie sgt positive even stephanie pun suke puji students dia dgn kata " you are a STAR" atau "perfect" atau "brilliant". dia selalu puji seseorang.

Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.”(Hadis riwayat Muslim)

Selasa, 16 Julai 2013

The truth is this several days of fasting month has been difficult for me. 


Ahad, 7 Julai 2013

north selangor peatswamp forest scientific biodiversity expedition 2013 (2)

Assalamualaikum wbt..

aku baru je balik dari kuala selangor hutan gambut.
Banyak perkara yang berlaku in a week.
Tapi sangat2 berbaloi.

Aku bukan hanya berpeluang untuk interact dgn alam tapi dengan manusia.

Aku perasan yang Allah telah banyak berlaku Ihsan dgn kita semua. Ihsan bermaksud bersungguh-sungguh. Bile tgk semua benda dan kecantikan alam yg Allah sediakan utk manusia, layak ke kite tannak berlaku ihsan kembali kepada Allah? Bile aku naik bot menyusuri sungai tengi beberapa kali, aku nampak banyak sgt perkara yang aku tak nampak before nie. Pokok2, ikan dalam sungai, burung yang cuba untuk menyaingi bot, angin yang sepoi2 bahasa dan even pepatung (dragonfly). Semuanya sangat cantik dan sempurna tapi manusia abaikannya.




Dalam menghadiri expedisi nie aku sangat risaukan ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Sbb terlalu sibuk aku tak sempat sgt nak baca AQ, hafazan, nak baca buku fikrah walaupun aku ade lah curi2 baca. Tapi satu perkara yang aku dapat dari ekspedisi nie adalah reason kenapa nak baca ma'thurat setiap hari dan 2 kali pula tu. sebabnya utk firm kan faith kite kepada Allah dan islam. Aku hanya rasakannya bile diuji. Duduk dgn org2 yang tak amalkan islam membuatkan kite hampir2 dilute bersama dgn mereka. Tapi bile baca ma'thurat lagi2 surah al-baqarah yang mmg mengembalikan kite kepada jalan yang betul.

"Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, iaitu mereka yang melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. dan mereka yang beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadamudan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin dengan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"  (al-baqarah:1-5)

Pekara lain yang aku sedar adalah, setiap kali aku pergi ke mana2 event yang bukan dalam lingkungan akhwat pasti akan menjadi center of attention. Before nie masa pergi kem volunteer tu pun semua org kenal kitorg. kali nie bile pergi expedition nie pun semua org realize lah nottingham dan even kenal aku. Bile aku fikir2 balik, betul lah Allah dah mudahkan semuanya nak buat dakwah tu. Baru2 nie dalam usrah ashik dapat pasal para daie sentiasa dalam protection Allah selagi kite buat kerja dakwah.

p/s: "Apabila ibadah tidak terasa kemanisannya, itu petanda hati telah dibebani dosa mata." [Ustaz Pahrol Mohd Juoi]