malam tadi before tido dengar kisah nabi Daud a.s daripada imam anuar awlaki.
Imam kata, pemerintahan nabi Daud adalah anatar pemerintahan yang berjaya dan zaman ini adalah antara zaman kegemilangan org2 bani israel. pastu dia bagi contoh pemerintahan berjaya yang lain iaitu zaman Omar al-khattab.
Omar sejak di lantik jadi khalifah tak pernah tido dengan nyenyak dan selesa. Dia hanya akan tido bile tertidur iaitu dengan bersandar di dinding atau tido dalam posisi duduk.
satu hari ni ada seorang rakyat dia nak cari dia time waktu tengah hari. Kebiasaan orang arab nie diorg selalu tido waktu tengah hari sbb waktu tu sangat panas. so seseorg yg tgh cari Omar tu tak jadi cari dan pergi ke tempat lain utk menunaikan hajatnya (sori tak ingat apa). Omar pun dapat tahu pasal lelaki nie dan jumpa dia dan tanya "kenapa kau tak terus je jumpa aku?"
lelaki nie cakap "aku takut kau tengah tido"
Omar jawab " bagaimana aku boleh tido? aku takut jika aku tido pada waktu siang hari aku akan mengabaikan rakyatku, jika aku tido pada malam hari aku akan mengabaikan Tuhanku"
Heart mealt.....
bile kaitkan dengan kehidupan kita sendiri, kita nie bukan lah manusia yang tgh memenuhkan kita punye hawa nafsu semata2. iaitu belajar sebab nak dapat kerja, kite makan sebab nak kenyang, kita tido sbb mengantuk..
Bile dengar kisah ni mmg dapat rasa mcam mane Omar nie SUBMIT to his Lord tanpa memenuhi kepentingan diri. Dia tahu penat lelah kat dunia nie hanya sementara dan saat dia akan berjumpa dengan Tuhannya dia dapat berehat dengan sempurna. T.T
aku teringat waktu aku foundation dulu, time mule2 dapat tarbiyyah, aku sangat takut diuji.
Aku akan duduk kat masjid nangis dan doa pada Allah jangan ambil perasaan manis yang aku rasa masa tu. dan in between masa tu dan sekarang sangat banyak perkara yang berlaku dan Allah tunjuk pada aku banyak benda. dan jawapan pada perasaan takut hilang perasaan manis tu rupanya Allah dah bagitau dalam AQ surah Al-baqarah ayat 112.
"
Barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan bersedih hati"
tahulah aku rupanya waktu tu aku belum lagi total submit pada Allah.