Isnin, 22 Oktober 2012

kursus kesukarelaan


hari sabtu ahad lepas, aku dgn akhwat mate  gi kursus b4 kitorg fly gi indon.

Sgt suke dgn kursus tu sbbnya dia sgt berkait rapat dgn tarbiyah.

cumenya yg aku perasan tarbiyah dan kesukarelaan nie bergerak secara parallel cumanya kesukarelaan tak terjumpa titik penting atau asas paling penting yang ada dalam tarbiyah.

sebabnya fasi2 kat situ selalu menekan kan mengenai sorg sukarela perlu korbankan masa, tenaga, dan material. kerja2 kesukarelaan bukan kerja part time tapi a way of life.  dan macam2 lagi kalau letak sikit fikrah islam tentu org2 yg jadi sukarela nie sgt hebat disamping mendapat redha Allah.

"alhamdulillah, dalam ramai2 org kita yang terpilih dapat pergi kursus nie.." k.aha

p/s: tinggal lagi bape jam b4 bergerak ke LCCT

Khamis, 4 Oktober 2012

dah bagi 100% ke?

hari nie aku dan seorg akhwat cam membincangkan tentang adik2 intake baru yang bertanya kan tentang usrah. Dorg tak dapat ke usrah walhal shbt2 dorg yg sama umur dgn dorg tapi intake yg lebih awal dapat join usrah.

pastu aku pun cakaplah
"tenaga kakak2 tak cukup (walaupun sbnrnya bukan alasan) so kita kena ada priority dan focus. takut tak terhandle adik2."

akhwat itu pun mengatakan
"bukan ke sewaktu rasulullah tak terlayan org buta yang nak kan islam sbb sedang melayan org2 besar Quraisy Allah menegurnya?"

 aku menjawab
"memang betul, tapi kan sbbnya org2 besar Qurasy tu kalau dorg tak terima islam pun Allah tak murka sbbnya dorg rasa diri dorg cukup. Sbb tu Allah tegur Rasulullah. Tp keadaannya berbeza dgn kita. Adik2 yang kita pegang nie nak kan islam (walaupun ade je 2,3 orang yg still tak commit dan tak rasa kepentingan usrah)."

So bagi aku, kalau kita bwk banyak2 usrah tapi last2 semua tak menjadi tak kah kita menzalimi mereka?

Satu perkara je bagi aku, kita rasa kasihan org2 yang nak kan usrah tapi diri kita sendiri bagi berapa banyak untuk islam?

sbb apa ada kata2 "kalau semua umat islam baling sebiji batu nescaya akan jadi sebuah gunung?"
persoalannya mana gunung tu?

pondok pun tak nampak. sbbnya kita belum lagi nak bagi all out utk islam.
Kalau dalam masa 24 jam kita ada rasa 'free' maksudnya kita belum betul2 urus masa kita ikut yang islam nak. sbbnya ramai sgt org dekat luar tu yang nak tahu islam, nak masuk usrah atau nak dekatkan diri dengan Allah tapi akhirnya tak dapat pun sbb masih ada lagi org islam yang main2 menjadi daie. kita guna masa tu cara yang kita nak bukan dengan cara umat perlu kan. 

sebenarnya hal ni buat aku sedar, sbbnya dakwah nie belum lagi masuk betul2 dalam jiwa aku, belum lagi betul2 jadi hidup aku. Maksudnya aku belum betul2 bagi 100% untuk dakwah nie. Tido aku masih lena, masa free aku sgt banyak, aku masih makan secara mewah, aku buang masa berborak perkara sia2, aku bermalas-malasan dalam ibadah dan banyak lagi. Tak payah tgk org lain. Tgk diri sendiri.

patutnya seorg daie tak de masa utk diri sendiri sbb semuanya dia bagi untuk org lain
Hak Allah
Hak ibu bapa dan keluarga
Hak akhwat
Hak murabbi
Hak mutarobbi
DLL

sbbnya satu hari nnt dekat akhirat kita ada semua masa untuk diri kita.
Iaitu sama ada kita sibuk diseksa sbb tak tunaikan hak org lain atau sibuk dgn nikmat sbb fullfill hak utk org lain.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ia memasamkan muka dan berpaling, 
Kerana ia didatangi orang buta.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! 
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. 
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), 
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). 
Adapun orang yang segera datang kepadamu,  
Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), - 
Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. 
(surah 'abasa: 1-10)


P/s: Alhamdulillah untuk tarbiyah hari ni, sgt besar sebenarnya dan terima kasih untuk akhwat yang brought the subject about adik2 baru yang nakkan usrah  =).
cheers. takde niat pun nak hurt any feelings but I think it is a good reminder from Allah.