Khamis, 9 Jun 2011

Tafsir surah Al-ikhlas

Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari Uthman r.a. bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya".




Hari ni, at least nak buat sedikit manfaat drpd hbs begitu sahaja bukan?


jom pelajari maksud surah Al-Ikhlas yang saya kira semua orang pasti tahu dan hafaz. insyaAllah..=)


Surah Al-Ikhlas ertinya "Tulus", diturunkan selepas turunnya Surah An-Nas


Rasulullah S.A.W menyampaikan perkara terpenting dalam rukun2 iman iaitu Mengesakan Allah-tidak menyekutukanNya adalah landasan bg setiap amalan. Menolak anggapan orang2 Nasrani yg mengatakan Allah itu tiga serangkai dan kaum Musyrikin yg mengadakan sekutu bg Allah. Juga perkara ghaib yg akan dialami selepas kematian seseorg dgn dibangkitkan utk menerima pembalasan berupa pahala dan dosa.


Sebab turunnya surah Al-Ikhlas


Ibnus Abbas meriwayatkan
ada dua org utusan kaum Musyrikin Mekkah iaitu Amir bin Wail dan Rabiah dtg menemui Rasulullah lalu Amir bertanya


"Engkau,ya Muhammad telah memecah belahkan msyrkt kami dan mencerca penyembahan kami dan menyalahi agama nenek moyang kami. Apa tujuanmu yg sebenarnya? kalau engkau inginkan harta kami akan kumpulkan harta utkmu supaya menjadi kaya raya.
Kalau engkau sedang menghidap penyakit kami mengubatimu sehingga engkau sembuh. Kalau engkau merindukan perempuan pilihlah mana2 perempuan nanti engkau kami kahwinkan"


Rasulullah menjwab


"Aku adalah utusan Allah.Kuajak sekalian supaya meninggalkan sembahan berhala dan kembalilah menyembah Allah yg Esa"


mendengar jwpn Rasulullah mereka pun pulang dgn kecewa.Tetapi kemudian mereka dtg lagi lalu bertanya 


"Ya Muhammad,sifatkanlah Tuhanmu itu, adakah dia drpd emas atau perak atau besi atau kayu?"


maka turunlah surah ini.


Dengan Nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang
1]Katakanlah (ya Muhammad) iaitu Allah itu Esa


*Surah Al-Ikhlas ini merupakan intisari agama islam yg dibawa oleh Muhammad s.a.w
iaitu agama yg berdasarkan tauhid. Bererti setiap pemeluknya mestilah mengesakan Allah. Allah itu Tuhan yang mengendalikan alam. Maka akan rosaklah alam jika dikendalikan oleh Tuhan yang berbilang2.


2]Allah itu tempat meminta


*Allah itu diibaratkan pusat meminta segala2nya. Dari mana arah sekalipun, di hutan, laut, gunung, tanah dan alam yg lain. dan dari segala darjat sekalipun, baik yg kaya atau miskin. yg dato' atau datuk. semuanya menuju kpdNya tanpa sebarang perantaraan. bukanlah meminta tolong tangkal keramat, bomoh, paderi dan lain2.


3]Tidak beranak dan diperanakkan


*bukanlah seperti kepercayaan org2 arab jahiliyah dahulu yg mengatakan malaikat itu anak perempuan Allah dan org2 yahudi pula mengatakan Uzair(berhala) itu anak Allah dan org krstian mengatakan Isa itu anak Allah. Kepercayaan ini dinafikan dan bertentangan dgn ajaran Islam.


4]Dan tiada ada sesuatu yang menyerupaiNya


*Allah itu bukan bende dan tak ada apa pun yang setara dgn zatNya. Allah bukan emas, besi, perak, ataupun kayu sepeti yg disangka oleh org2 Arab
bukan juga bintang2 yg dipertuhankan oleh org2 Greek dan Rom
bukan jugalah dewa2 atau puaka2 yg mempunyai kuasa ghaib lalu dibuat patung
kemudian disembah.


Wallahualam bissawab~~


sumber rujukan


tafsir al-quran di radio oleh Ahmad Sonhadji Mohamad

1 ulasan:

  1. thankkk pasai tafsiran inii...sya copy untk assignment ...thank skali lg

    BalasPadam