Rabu, 29 Jun 2011

kisah wahsyi

siapa wahsyi? org yg telah membunuh Hamzah atas arahan Hindun utk meraih kemerdekaan hamba semasa perang badar

Wahsyi memeluk islam mase pembukaan Mekah. Rasulullah menghantar org utk menyeru Wahsyi utk memeluk islam.

Wahsyi pun datang menghadap Rasulullah.

Rasulullah bertanya, “Kamukah yang bernama Wahsyi?”

“Ya,” jawab Wahsyi.

“Kamukah yang telah membunuh bapa saudaraku Hamzah?” tanya Rasulullah.

“Benar,” jawab Wahsyi.

“Ceritakan kepadaku bagaimana kamu melakukan pembunuhan itu,” pinta Rasulullah.

Wahsyi pun menceritakan satu persatu apa yang telah dilakukan kepada bapa saudara Nabi itu, bagaimana tubuh bapa saudara baginda dilapah dengan kejam oleh Hindun dan dimakan hati dan jantungnya. Selesai sahaja bercerita, Rasulullah SAW yang dalam keadaan teramat sedih berkata kepadanya: “Pergilah kamu dari sini. Jangan engkau muncul lagi di hadapan mataku.”

sejak hari itu Wahsyi tak pernah muncul di depan mata Rasulullah.
Rasulullah sedih sgt tannak tgk Wahsyi sbb kalo tengok Wahsyi Rasulullah akan teringat Hamzah.

kalo dtg majlis Rasulullah, Wahsyi akan duduk belakang sekali ataupun duduk dibelakang Rasulullah sbb nak patuhi kata2 Rasulullah. Wahsyi juga selalu mengintai-ngintai dari jauh untuk melihat wajah Rasulullah SAW.

pastu turun ayat 68-69 surah al-furqan
[sila cek sendiri ya]

mase tuh Wahsyi rase sgt sedih sbb dia pernah buat semua dosa tuh.
dia menyesal dan bertaubat dan menangis pada Allah.

kemudian Allah turunkan ayat seterusnya iaitu ayat 70 surah al-furqan  sebagai pengubat hati.

** serius bace ayat al-quran tuh sbb salah satu ayat al-quran yg menunjukkan kemaafan Allah itu sgt luas..

wallahualam

1 ulasan:

  1. Tak pernah tahu pun asbabun nuzul Al Furqan:68-70 ni ada kaitan dengan kisah Wahsyi..terima kasih atas perkongsian.. :)

    BalasPadam