last2 aku terime dan cube utk mengikhlaskan hati aku. sbb Allah. bukan sbb nak jage hati sesiape.
mse jge malam tuh kebanyakkan kerja mmg nurse yg buat mcm bg makan dan cek darah sumer. aku just duduk dan tolong jge je la, mcm urut2 kan nenek, basahkan bdn nenek. ble pagi tuh aku tolong tukar pampers nenek dgn pertolongan sorg nurse nie. masyaAllah, barulah aku tau betape susahnye nak tukar pampers. dgn berat lagi. pastu dekat badan nenek ade bnyk wayar utk salur pernafasan, mknn dan kencing. so kena sgt hati2. sgt susah. lebih2 lagi utk aku. aku terfikir mcm mne mak su buat sorg2? at least kena buat 2 org.
pastu pagi sabtu tuh mama dtg. temankan nenek. dan pagi tuh nurse tukar balutan luke nenek kat belakang badan. bile aku tgk baru aku tahu betapa dlm luke nenek. aku tgk sekali mmg tak sanggup nak tgk kali kedua. bygkan ayah aku pernah hntr gi hopital kat tanjung karang, dorg tak terime sbb luke nenek besar sgt. mse tub baru aku tahu kenape.
lagipun nenek dah tua, sgt bnyk risk die kalo bersihkan luke tu. plus nenek ade kencing manis. kate mereka actually luke tu tak teruk sgt, tapi sbb nenek kencing manis and tak digerakkan selalu so luke tuh merebak dgn pantas.
bile bdn nenek digerak kan utk menukar posisi baringnya atau menukar lampin bnyk kali aku tgk nenek menangis. mungkin sakit. saat tuh hati aku meruntun hiba. tapi apekan daya nenek tak boleh bercakap utk memberitahu perasaannya. hanya kepada Allah Maha mengetahui perasaan nenek ketika itu. sakit, panas, lenguh, gatal, aku tak tahu. aku hanya boleh tolong sekadar termampu.
mak aku bnyk kali kate kat aku
"mama tannak hidup lame sgt, dan sakit tua mcm nenek"
sape yg nak?
ade dua jer perkara yg boleh menundukkan keangkuhan manusia iaitu
kematian dan kesakitan.
dgn kesakitan la baru kebanyakkan manusia nak bertaubat atau ingat tuhan.
dgn mengingati kematian barulah kite rase hidup kat dunia nie boleh end bile2 mase.
ape pun nenek sakit nie adalah satu hikmah baik bg nenek ataupun kami semua
pertama, Allah nak ampunkan dosa2 nenek dgn memberikan dugaan sebegini di dunia. bnyk kali aku remind myself Allah tak pernah menzalimi makhluknya dan aku tahu Allah sgt sygkan nenek sbb tuh Allah beri nenek sakit.
secondly, beri peluang pada anak2nye termasuk cucu2nya utk meraih pahala lebih dan pengajaran yg Allah selit dlm setiap kejadian utk kite berfikir hikmahnye bukan utk kite keluhi. sbb setiap org pasti ade ujian masing2. dan ujian Allah itu utk mereka yg Allah syg. lebih2 lagi nenek. moga nenek menghadap Allah dalam keadaan beriman dan dosanya diampunkan Allah.
because everyone eventually will die.
"setiap situasi yg tidak dilihat berserta hikmah itu lalai"
1)Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mengunjungi orang yang sedang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang sedia dipetik sampai dia kembali.”
Riwayat Tirmidzi
2)Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
3)Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga. (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi).
wallahualam bisawab
(~~_)kuatkan hati...
BalasPadam