Ahad, 31 Julai 2011

aku tak bodoh


aku baru hbs tgk citer "aku tak bodoh".
citer sgt bnyk nilai2 murni dan moral yg nak diketengahkan dlm masyarakat.
dan kebanyakkan scenenya semua ade makna dan tujuan.

aku berani kate citer nie tak hampeh mcm citer lain.
walaupun sebenarnya hidup nie lebih bnyk drpd tu

main utama dia masyarakat.

tapi sebenarnya penyakit masyarakat lebih drpd
masalah ibu bapa tak de masa untuk anak2, bapa selalu pukul anak,
ibu bapa tak perasan kelebihan seorang anak, ibu bapa tak pernah nak dengar luahan hati seorang. ya, ibu bapa juga tak sempurna. dan seorang anak tak pernah memilih dari rahim ibu mana dia mahu dilahirkan.

sbb tu, kalau orang tanya
"kenapa kau still nak dgr ckp bapak kau tu, dia bukannya sayang kau pun. dia slalu pukul kau"

ataupun

"mak kau tak kisahkan kau pun, kenapa kau nak lembut lagi dgn dia?"

jawapannya semua ada dalam al-quran

cuma remaja sekarang tak tahu.

jawapan common

"dia still my parent"

betul juga, tapi tak tepat

sepatutnya

"sbb Allah suruh"

maknanya dia fhm.

kadang2 mungkin kita salahkan parents kita, ataupun persoalkan kekurangan parents kita seperti 'kenapa mak aku tak penyayang macam mak orang tu' dan sebagainya.

satu perkara kita perlu fhm

they have tried their best.

ataupun mungkin kita yg belum try our best.

satu persoalan yg perlu difikirkan. =)

Rabu, 27 Julai 2011

plan ramadhan



before aku gitau kepada kalian2 tentang plan aku ape aku nak buat pada bulan mulia dan durian runtuh pahala pada 1 ogos akan datang (insyaAllah tarikh puasa), aku nak berceloteh sedikit tentang beberapa perkara yg membuat aku sedar dalam minggu nie.

kejadian pertama,
aku baru je balik shopping drpd tesco. ade tesco baru bukak kat bukit beruntung. mall paling dekat dgn rumah aku. dan aku harap Giant pulak akan bukak sbb aku tak suke shopping di tesco kerana mereka milik org US yg berkemungkinan aku menjana ekonomi mereka utk mengebom saudara2 aku di palestin.

after balik shopping tuh, adelah satu pak cik warga asing nak jual something kat kami. aku dah nampak dah pak cik nie dari tadi sbb dia jual brg kat satu family nie tapi family nie tak nak beli. pastu pak cik nie dtglah ke kami. belum sempat pun pak cik nie ckp pape mak aku dah angkat tangan menunjukkan dia tannak beli barang dia. aku pulak sebaliknya, aku teringin nak tgk ape yg dia jual, memandangkan dlm purse aku ade rm10 (aku pokai) huhu.. tapi aku tak sempat nak panggil dia, mak aku suruh aku angkat barang tolong dia. bile aku pandang ke arah pak cik tu, dia dah pun bla. aku berasa sedikit terkilan la sbb aku tak dpt nak bersedekah hari tu. tapi aku pun pujuk la hati aku, Allah akan reward aku dgn niat aku. InsyaAllah manalah tau =)

pastu esoknya, ade lah sorang budak lelaki bg salam kat depan rumah.
katanya daripada rumah anak yatim jual makanan. aku pun berasa happy sbb akhirnya aku dpt berlanjakan duit rm10 tu utk bersedekah. mmmg aku borong bnyklah jugak. =)

pengajaran yg aku dpt kat sini, kite jgn putus asa. kalau niat kita baik, Allah Maha Mengetahui dan insyaAllah berkemungkinan anak yatim tuh lebih memerlukan duit drpd pak cik tu td. pasti lah ade hikmahnya. kalau lah aku beli something drpd pak cik tuh, mungkin aku tak dpt nak bg pape pada anak yatim yg dtg depan rumah aku hari tu.

kejadian kedua,
actually bukan kejadian pun, aku surf tumblr (aku dah ade tumblr skrg)
dan aku came across one hadith yg sgt menyentuh jiwa aku.

"laksanakanlah amalan semampu kalian sesungguhnya Allah swt tak pernah bosan sehinggalah kamu sendiri yang berasa bosan,amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit" (riwayat bukhari dan muslim)

Allah sgt kenal dengan hambaNya, selalunya, aku kalo first2 buat semangat sgt, sampai aku tak kisah ape dah
tapi bile dah buat bnyk kali then ditambah pulak dgn dosa, iman semakin luntur, mulalah istilah bosan dalam hati aku. istilah jemu. aku rasa terpukul sgt, sbb Allah sendiri pun tak pernah bosan menerima amalan hambanya utk diberi pahala dan sebagainya, kita yg the fact tak de pape pun rase bosan utk menjadi hamba Allah? bosan dengan ujian? bosan dengan hidup?

astaghfirullahal azim~~


plan ramadhan pula,
selain mantapkan yg wajib dan tambah perkara sunat
aku nak tulis diary ramadhan.

kat dlm diary tu aku akan tulis setiap ibadah yg aku buat sepanjang ramadhan dan tahun depan aku kena jadi lebih baik dr itu.

dan amal tambahan sebagai seorg remaja
setiap hari kena cari ilmu baru, tak kisahlah hadith ke, ayat al-quran ke, science facts ke, ilmu memasak ke pape jela.
dan aku akan tulis kat dalam diary tu.

u guys try la, mane tau meningkatkan semangat dalam beribadah kpd Allah.. aku pun baru nak try.

pape pun, moga  Ramadhan ini lebih baik drpd Ramadhan sebelumnya.

 

Selasa, 19 Julai 2011

aku sayang kau sahabat


"dan sungguh kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" surah Al-qaf ayat 16

kadang-kadang kite rasa best friend kita paling dekat dgn kita, paling faham diri kita, paling tahu segalanya
dan kita lupe yang Allah adalah Tuhan yang menciptakan kita. pasti saja Dia lebih mengetahui. sedangkan ulat di bawah tanah itu pun rezekinya terjamin oleh Allah, apakah wajar kita memandang rendah akan kehebatan Allah mengetahui segala hati kita? 

persahabatan itu indah. bile kita selalu bersama. berjanji setia for each other. tapi mahukah engkau tahu apakah yang lebih indah?

apabila sahabat itu kekal hingga ke syurga

apabila seorang sahabat hampir melupakan Allah, seorang lagi mengingatkan
apabila seorang sahabat melakukan kemungkaran, seorang lagi menegah
apabila seorang sahabat jatuh futur, seorang lagi tidak membiarkan begitu

pendek kata apabila seorang sahabat hampir menjerumus ke neraka
seorang lagi akan menariknya ke syurga

itulah sahabat paling benar paling sejati

dan aku sayang kau sahabat~~

aku tahu aku adalah salah seorang yg bakal tergelincir ke neraka nnt
dan aku harap kau salah seorang yg akan menarik aku jauh daripadanya

bukan bersengketa saling tuduh menuduh di depan pintu neraka
tentang salah siapa
atau
siapa yang lebih layak dicampak ke neraka

='(

hari akhirat itu sgt dasyat. hingga sahabat baik, keluarga sendiri akan saling menyalahkan 
untuk terlepas daripada siksaan Allah
tapi tak de seorang pun yang akan terlepas

"dan takutlah pada hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah. kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya. dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)"

surah al-baqarah ayat 281

wallahualam bissawab

Sabtu, 16 Julai 2011

Tafsir surah Al-Falaq




Al-Falaq maksudnya waktu subuh (aku pun sedang menaip pada waktu subuh)
Surah ini mempunyai pengajaran agar kita sebagai hamba Allah memohon perlindungan Allah dari ditimpa bahaya yang ditimbulkan oleh makhluk2 Allah yg jahat.

kite kena mengaku sebagai manusia kita ini lemah, dan kita amat perlukan pertolongan dan bantuan Allah. dan dalam sesetengah perkara kita tak boleh lakukan sendirian, kita perlukan sahabat. =)

Dengan nama Allah yang Pengasih lag Penyayang

1. katakanlah (muhammad) "aku berlindung kepada Tuhan yang menjadikan belahan (cahaya subuh).

*Allah menyuruh Nabi dan kita membaca dan meminta pertolongan Allah yang berkuasa membelah suasana malam menjadi terang dangan menyinarkan cahaya subuh hingga suasana pagi itu menjadi terang dan lenyaplah suasana gelap malam. Allah khas kan sebutan Al-Falaq bagi melambangkan harapan bagi orang yang mengharap terbitnya cahaya pagi, sebagaimana orang yang berada dalam ketakutan mengharapkan datangnya keselamatan dan kejayaan.


2. dari kejahatan (makhluk) yang Ia jadikan

* ayat ni menunjukkan kita berserah diri kepada Allah daripada semua makhluk tak kiralah haiwan, jin ataupun manusia lain. sebab, semua manusia sebenarnya ada side jahat masing-masing. sebab tu ada doa yang berbunyi "ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan diriku sendiri"
sebab kita tak tahu mungkin kita tak dapat mengawal sesetengah perkara jahat dalam diri kita. dan pada haiwan pula, itu memang sifat semula jadi mereka untuk menyerang ketika merasa terancam ataupun ketika mengancam sesuatu.

3. dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita
4.dan dari kejahatan wanta-wanita (tukang sihir) yang menghembus (jampi) pada simpulan-simpulan

*  kita juga diajar untuk berlindung kepada Allah akan datangnya malam yang gelap gelita. Kerana ketika malam itulah manusia dan jin selalunya keluar mencari mangsanya. binatang buas pun keluar dari sarangnya, serangga seperti lipas akan keluar dari tempat persembunyian. pencuri dan perompak pun akan mencuri dan merompak pada waktu malam. bukan itu sahaja, kalau musibah seperti kebakaran terjadi, sangat sedikit pertolongan yang datang menghulurkan.

serta berlindung juga dari tukang-tukang sihir yang membuat simpulan-simpulan benang lalu meniupkan dengan jampi-jampi untuk tujuan memudharatkan orang lain. Sebenarnya mereka itu tidak berkuasa sedikit pun kalau Allah tidak membenarkannya. Sihir langsung tidak akan mendatangkan mudharat tanpa izin Allah.

5. dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia telah dengki

* orang yang dengki bermaksud orang yang mengharap nikmat orang lain akan berkurangan atau hilang. dia amat berharap dapat merebut nikmat tersebut dan berasa tidak reda atas pembahagian Allah yang telah ditetapkan kepadanya. Hanya Allah sahaja yang berkuasa menolak segala usaha jahat yang dirancang oleh orang yang hasad.

jom bersama-sama meminta perlindungan Allah dengan mengamalkan surah lazim ini.

p/s: please rujuk al-quran untuk tulisan bahasa arab.
sorry for the inconvenient.

sumber rujukan

Tafsir Al-quran di radio
oleh Ahmad sonhadji mohamad

lawak pagi bute

kisah nie berlaku awal pagi dalam kol 4 pagi

ayah aku ambil laptop lalu on kan laptop tu
aku ternampak,
"oh, men game bola"

actually aku tak tau pun ade game bola kat dlm laptop

pastu mak aku nmpk
tapi dari jauh

"eh, abg tgk bola online ke?"

ayah aku diam je, tak jawab

"sape lawan sape?"

aku dah tergelak gile2 dah time nie

pastu ayah aku kate malaysia lawan england

mak aku pun layan jela.

"cmne boleh tgk bola online?''

maybe mak aku perasan internet adapter tu tak masuk pun kat usb port

bapak aku tunjuk perlawanan tuh kat mak aku

"lah game ke..."

memang lawak pagi bute.. =D

Khamis, 14 Julai 2011

The purpose of SPM


aku teringat dulu mase aku dapat result SPM
aku dpt straight A's tapi tak delah bgs mne pun
sbb A+ aku hanya satu
selepas dpt result tuh
sejam of joy
aku tak rase pape pun

"damn, is this the feeling after i studied for 2 years?"

sekarang aku tahu kenapa.
sbb niat aku tak betol.
aku tak tahu pun kenapa aku amek SPM mase tu

maybe just ikut pembelajaran

"org lain amek SPM so aku pun amek la jugak"

aku teringat doa naqib aku dlm kelas

"Ya Allah, moga dengan keputusan cemerlang SPM kami nnt, dptlah kami tegakkan agama Islam di bumiMu"

tapi I don't really mean it, sbb aku tak tau ape maksudnya

sampai after SPM, aku just dpt ape yg aku niat.
entahlah maybe joy, so itu lah yg aku dpt
for only an hour.

so starting now aku nak ubah niat.
walau ape pun yg aku buat aku akan niatkan kerana Allah.

sbb kalo aku berjaya aku dapat Allah
kalau aku fail pun aku still dapat Allah
I know Allah will never leave me.

contoh la kalo aku niat amek exam utk dpt dapat result bagus untuk membanggakan ibu bapa
akan ade dua situasi
kalo aku berjaya aku akan dpt membanggakan ibu bapa aku
kalo aku tak berjaya ibu bapa aku takkan bangga / or they will be proud because at least I tried

tapi kalo aku niat kerana Allah
kalo aku berjaya aku akan dpt syurga
kalo aku fail pun aku akan dapat syurga

depending on how I face the test

kalo aku berjaya pastu aku riak dan bongkak
dan menjadi lebih jauh drpd Allah
bye2 paradise
kalo aku tidak berjaya dan menyalahkan takdir
juga selamat tinggal syurga.


because in the end we will realised its not the result of SPM that matters
its the effort before the SPM and how we thank Allah after the SPM result.
Allah does not care how excellent or how bad the result is because it is given by Him
its how u manage to deal with the SPM before and after it.

Purify your intention
make more good deeds
our main goal is jannah
not this world

Innamal a'malu binniah
amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya [hadith Rasulullah saw]

wallahualam bissawab


Rabu, 13 Julai 2011

I want to go back home
and my home is Jannah