Sabtu, 16 Julai 2011

Tafsir surah Al-Falaq




Al-Falaq maksudnya waktu subuh (aku pun sedang menaip pada waktu subuh)
Surah ini mempunyai pengajaran agar kita sebagai hamba Allah memohon perlindungan Allah dari ditimpa bahaya yang ditimbulkan oleh makhluk2 Allah yg jahat.

kite kena mengaku sebagai manusia kita ini lemah, dan kita amat perlukan pertolongan dan bantuan Allah. dan dalam sesetengah perkara kita tak boleh lakukan sendirian, kita perlukan sahabat. =)

Dengan nama Allah yang Pengasih lag Penyayang

1. katakanlah (muhammad) "aku berlindung kepada Tuhan yang menjadikan belahan (cahaya subuh).

*Allah menyuruh Nabi dan kita membaca dan meminta pertolongan Allah yang berkuasa membelah suasana malam menjadi terang dangan menyinarkan cahaya subuh hingga suasana pagi itu menjadi terang dan lenyaplah suasana gelap malam. Allah khas kan sebutan Al-Falaq bagi melambangkan harapan bagi orang yang mengharap terbitnya cahaya pagi, sebagaimana orang yang berada dalam ketakutan mengharapkan datangnya keselamatan dan kejayaan.


2. dari kejahatan (makhluk) yang Ia jadikan

* ayat ni menunjukkan kita berserah diri kepada Allah daripada semua makhluk tak kiralah haiwan, jin ataupun manusia lain. sebab, semua manusia sebenarnya ada side jahat masing-masing. sebab tu ada doa yang berbunyi "ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan diriku sendiri"
sebab kita tak tahu mungkin kita tak dapat mengawal sesetengah perkara jahat dalam diri kita. dan pada haiwan pula, itu memang sifat semula jadi mereka untuk menyerang ketika merasa terancam ataupun ketika mengancam sesuatu.

3. dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita
4.dan dari kejahatan wanta-wanita (tukang sihir) yang menghembus (jampi) pada simpulan-simpulan

*  kita juga diajar untuk berlindung kepada Allah akan datangnya malam yang gelap gelita. Kerana ketika malam itulah manusia dan jin selalunya keluar mencari mangsanya. binatang buas pun keluar dari sarangnya, serangga seperti lipas akan keluar dari tempat persembunyian. pencuri dan perompak pun akan mencuri dan merompak pada waktu malam. bukan itu sahaja, kalau musibah seperti kebakaran terjadi, sangat sedikit pertolongan yang datang menghulurkan.

serta berlindung juga dari tukang-tukang sihir yang membuat simpulan-simpulan benang lalu meniupkan dengan jampi-jampi untuk tujuan memudharatkan orang lain. Sebenarnya mereka itu tidak berkuasa sedikit pun kalau Allah tidak membenarkannya. Sihir langsung tidak akan mendatangkan mudharat tanpa izin Allah.

5. dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia telah dengki

* orang yang dengki bermaksud orang yang mengharap nikmat orang lain akan berkurangan atau hilang. dia amat berharap dapat merebut nikmat tersebut dan berasa tidak reda atas pembahagian Allah yang telah ditetapkan kepadanya. Hanya Allah sahaja yang berkuasa menolak segala usaha jahat yang dirancang oleh orang yang hasad.

jom bersama-sama meminta perlindungan Allah dengan mengamalkan surah lazim ini.

p/s: please rujuk al-quran untuk tulisan bahasa arab.
sorry for the inconvenient.

sumber rujukan

Tafsir Al-quran di radio
oleh Ahmad sonhadji mohamad

1 ulasan: